You are on page 1of 4

Rujukan 1

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:


1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas
keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan
ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30
hari keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam


bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari
keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang
berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?


▪ Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
▪ Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018.
▪ Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.

4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan
ke Tingkatan Enam?
Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) Tahap
A+ 1 Cemerlang Tertinggi
A 1 Cermelang Tinggi
A- 2 Cemerlang
B+ 3 Kepujian Tertinggi
B 4 Kepujian Tinggi
C+ 5 Kepujian Atas
C 6 Kepujian
D 7 Lulus Atas
E 8 Lulus
G 9 Gagal

5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?


Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam
(T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap
diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang
diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel
Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima.
Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui
sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran

39
dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah


merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan
Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Sekolah Kerajaan
Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang
moe.gov.my. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh
tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak
dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat
Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan
kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas
Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Khas.

7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah


Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah
kerajaan?
Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama
Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan
Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2018 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta &
Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada
borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi
hendaklah dikembalikan kepada:
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan
kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas
Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Khas.

40
8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk
bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang
ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah
caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275
Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara].
Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan
Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan
pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang
ingin dimohon itu berada.
(a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan
kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas
Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Khas.

9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke


Tingkatan Enam?
Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen
130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid
ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah)
1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat
permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh
di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Pastikan
segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan
seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid,
ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan
pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan.
Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen
sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa,
serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid
tersebut yang telah ditentusahkan.

10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus
saya lakukan?
Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?


Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014
Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar
panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju
kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap
dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan
lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan.
Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian

41
yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa
menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata.
Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga
boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak
kepada murid).

12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon
ke Tingkatan Enam?
Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke
Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri
sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya


merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat
rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri
selewat-lewatnya pada 24 Mei 2018. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon


penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?
Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh
masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda
tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran
tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat
permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk
kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di
Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-
masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

42

You might also like