You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

2/ 2015

Tarikh : 3 Ogos 2015 (Isnin)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Pusat Sumber,

Sekolah Kebangsaan Lambir Village

KEHADIRAN

1. Puan Rohani binti Ismail (GB) - Pengerusi


2. Encik Lau Siu Hee (Pemangku PK 1)
3. Puan Lusi Lottey (PK HEM)
4. Puan Duria Laban (PK KK)
5. Puan Achar bt. Seruji
6. Encik Achang Anak Sigan
7. Encik Aidit Mustapah bin Azhari
8. Puan Anita Beti
9. Puan Annie Song Hie Ming
10. Puan Asmah bt. Mohammat Aaripin
11. Puan Dekuline Anak Jimmy
12. Puan Bejau Anak Manggi
13. Encik Desmond Abba
14. Puan Dorrina Sindun Anak Ujai
15. Puan Fifi Syazwa Syafrein bt. Noraini
16. Puan Freda Puyang Deng
17. Puan Hamsah binti Juli
18. Puan Haryati binti Mustafa Kamal
19. Puan Hazlinda binti Abdullah
20. Puan Hjh. Iasah binti Abdullah
21. Encik Joseph Anak Lunge
22. Puan Maria binti Morshidi
23. Encik Mahly bin Merzuki
24. Puan Meering Anak Douglas
25. Puan Mijen Asai
26. Encik Matheson anak Gringgu

1
27. Encik Mohd. Firdaus bin Salasa
28. Encik Mohd Hafiz bin Ahmad Fo’ad
29. Encik Mohd Rafidi bin Mohd Marazi
30. Puan Nor Azah bt. Sarip @ Khalid
31. Puan Nur Hidayah @ Afrida bt. Abdullah
32. Puan Nooraini binti Zawawie
33. Puan Pauline Bulan Erang
34. Puan Rafedah binti Badiusman
35. Puan Rosmini Suzy binti Rosman
36. Puan Saliyah binti Drahman
37. Puan Salihah binti Salleh
38. Puan Sharifah Fairuz Hafizah bt. Wan Mohamad Madehi
39. Cik Siti Nur Aina bt. Mat Zain
40. Encik Steven Anak Riggi
41. Puan Sudan Anak Sipok
42. Cik Susana Anak Undau - Setiausaha –
43. Cik Suryani bt. Bushrah
44. Encik Difery bin Dailit
45. Encik Jekuis Donol

TIDAK HADIR

1. Puan Bintang Anak Kuda - Berkursus

Agenda

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat tersebut. Beliau berharap agar mesyuarat yang dikendalikan pada
petang ini akan berjalan dengan lancar.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PSKPP untuk pertandingan memasak dan


mengubah bunga diadakan di IPG Miri. Seramai dua orang wakil sekolah yang
akan menyertai pertandingan memasak iaitu Puan Rosmini Suzy bt. Rosman dan

2
Puan Azah bt. Sarip @ Khalid manakala wakil untuk mengubah bunga ialah
Puan Lusi Lottey dan Puan Norazimah binti Mahsen

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa SI Partner mencadangkan 4 program khas


untuk UPSR yang perlu dilaksanakan.

1.4 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas dan pembantu guru kelas
untuk masuk ke dalam kelas bagi mengambil kehadiran pelajar serta
menjalankan Program Nilam dan Bacaan sifir setiap awal pagi. Program Nilam
dalam Bahasa Malaysia diadakan pada hari Isnin, Bahasa Inggeris pada hari
Jumaat manakala bacaan sifir pada hari Selasa dan Khamis. Diharap semua
guru kelas dan pembantu guru kelas menjalankan program yang telah
dirancangkan.

1.5 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru yang hendak mengambil cuti CRK
dan Cuti Tanpa Rekod perlu untuk membuat jadual anjal terlebih dahulu sebelum
memohon cuti tersebut.

1.6 Bagi cuti sakit atau CRK yang melibatkan kecemasan, guru perlu meminta
kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar. Selepas itu, perlu
memaklumkan kepada Cikgu Lau Siu Hee untuk membuat ‘sit-in’ pada hari
tersebut.

1.7 Pengerusi memaklumkan bahawa 46% kemajuan pelajar dipengaruhi oleh


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas.

1.8 Pengerusi memaklumkan bahawa Pegawai Pendidikan Daerah akan


mengadakan lan ngabang ke sekolah-sekolah. Semua guru diminta
menggunakan pakaian yang kemas dan sopan kerana beliau akan terus ke bilik
kelas dan kantin sebelum berjumpa dengan Guru Besar.

1.9 Guru besar memaklumkan akan membuat pemantauan mengejut ke kelas dan
diharap semua guru menyediakan lembaran kerja yang mencukupi kepada
pelajar mengikut tahap penguasaan mereka. Pemantauan yang dijalankan
mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.10 Pengerusi juga memaklumkan supaya semua kelas berada dalam keadaan yang
ceria dan cantik. Hasil pelajar yang menarik dan terkini perlu dipamerkan di

3
dalam kelas masing-masing. Dinasihatkan juga untuk mempamerkan Visi, Misi,
Motto sekolah dan gambar pemimpin. Selain itu, Jawatankuasa displin sekolah
diminta untuk mempamerkan peraturan sekolah dan salah laku displin pelajar.

1.11 Pengerusi meminta bantuan daripada semua guru untuk memaklumkan kepada
beliau jika terdapat guru yang tidak masuk ke dalam kelas bagi membaiki antara
satu sama lain. Seandainya sesuatu perkara berlaku, maka guru yang lewat
masuk ke dalam kelas akan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.

1.12 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pemeriksaan


mengejut ke dalam kelas pada awal pagi esok. Semua guru kelas dan pembantu
guru kelas diminta untuk menjalankan pemeriksaan mengejut untuk merampas
semua objek tajam seperti gunting, pembaris besi dan pisau serta rokok.

1.13 Pengerusi menggalakkan supaya guru menggunakan Pusat Sumber dan bilik
khas yang lain untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan namun perlu
membuat tempahan awal daripada Cikgu Anita bagi mengelakkan kesesakan.
Diharap semua guru tidak menyalahgunakan bilik tersebut.

1.14 Pengerusi menasihatkan semua guru untuk menepati masa sewaktu program
PIBG dijalankan dan memberi kerjasama semasa aktiviti PIBG dijalankan.

1.15 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru untuk mengenal pasti tahap
pencapaian pelajar bagi memudahkan penyediaan aktiviti pemulihan dan
pengayaan di dalam kelas. Semua guru diminta untuk memperbanyakkan latihan
untuk meningkatkan prestasi pelajar.

1.16 Pengerusi meminta guru yang mengajar mata pelajaran teras Tahun 6 untuk
fokus kepada sasaran masing-masing. Oleh itu guru diminta untuk
menggandakan usaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

1.17 Pengerusi memaklumkan supaya semua guru untuk berusaha dan berkerjasama
untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Makluman

4
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Muka surat 1 : Ralat : Puan Asmah bt. Mohammat Aaripin
2.2 Muka surat 3: Ralat : Kesalahan ejaan Cikgu Seteven kepada Cikgu Steven
2.3 Muka surat 3: Ralat : Kesalahan ejaan pembelajran kepada pembelajaran
2.4 Muka surat 4: Ralat : Kesalahan ejaan gerakkan kepada gerakan
2.5 Muka surat 4: Ralat : Kesalahan ejaan Penitia kepada Panitia
2.6 Muka surat 5: Ralat : Kesalahan ejaan perestasi kepada prestasi
2.7 Muka surat 6: Ralat : Kesalahan ejaan masing-masinga kepada masing-masing
2.8 Muka surat 6: Ralat : Kesalahan ejaan diperoehi kepada diperolehi
2.9 Muka surat 7: Ralat : Kesalahan ejaan Segak kepada SEGAK
2.10 Muka surat 8: Ralat : Kesalahan ejaan ‘roll-cal’ kepada ‘roll-call’
2.11 Minit Mesyuarat Kurikulum 1/2015 dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Aidit
Mustapah bin Azhari dan disokong oleh Puan Lusi Lottey.
Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Bilik Gerakan KSSR
3.1.1 Dimaklumkan bahawa bilik gerakan KSSR diserahkan kepada Ustazah
Siti Nur Aina bagi menggantikan Cikgu Lavina yang telah berpindah.
3.1.2 Semua bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut perlu dikemaskan.
Makluman

3.2 Fail Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)


3.2.1 Semua guru sudah menghantar fail tersebut.
3.2.2 Terdapat beberapa orang staf sokongan yang masih belum menghantar
fail meja.
Makluman

3.3 Penggunaan mesin fotostat


3.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa akan menguruskan penyediaan mesin
fotostat. Pihak sekolah menyewa mesin fotostat dari pihak luar.
Makluman

5
3.4 Guru praktikum
3.4.1 Terdapat seorang guru praktikum yang tidak hadir ke sekolah pada hari
ini. Dimaklumkan bahawa guru tersebut pening kepala selepas
menyorong motosikal ke stesen minyak dan balik semula ke maktab
untuk berehat. Pihak pentadbiran yang akan menyelesaikan masalah ini
nanti.
Makluman

3.5 Kursus NPQEL


3.5.1 Semua guru dialu-alukan untuk memohon kursus NPQEL yang diadakan
di Kuching. Seramai 7 orang Guru Besar yang akan bersara pada tahun
hadapan.
Makluman

4. PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH


4.1 PKBS
4.1.1 PKBS 3 telah dijalankan dan semua guru yang mengajar mata pelajaran
teras sedang menyemak kertas ujian masing-masing. Dinasihatkan
supaya semua guru perlu siap menyemak kertas ujian dalam 3 hari
selepas ujian dijalankan.
4.1.2 Semua guru yang mengajar mata pelajaran teras dari Tahun 1 hingga
Tahun 5 perlu mengisi markah ke dalam SAPR 16, manakala Tahun 6 di
dalam SAPS.
4.1.3 Guru Tahun 6 yang mengajar mata pelajaran teras perlu membuat
analisis item bagi setiap soalan ujian untuk menambahbaik pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Analisis ini perlu disimpan di dalam fail
sebagai bahan bukti.
4.1.4 Ujian PKBS 4 dijangka akan dijalankan pada 26-30 Oktober 2015.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua guru.
Makluman

6
5. PLC
5.1 Laporan Kitaran 2
5.1.1 Diminta panitia yang berkaitan untuk menghantar laporan sebelum hujung
tahun bagi kitaran 2. Panitia yang berkaitan diminta untuk menjalankan
PLC dan menyimpan laporan di dalam fail panitia masing-masing.
5.1.2 Semua ketua Panitia mata pelajaran teras perlu menjalankan kitaran 2.
5.1.3 Cikgu Salihah diminta untuk memantau selalu aktiviti PLC setiap panitia
yang terlibat.
Tindakan: Ketua Panitia

6. LAPORAN PRESTASI MURID


6.1 Laporan prestasi pelajar akan dibentangkan semasa dialog prestasi yang
akan dijalankan nanti.
Makluman

7. HAL-HAL LAIN
7.1 KBAT & i-THINK
7.1.1 Semua guru perlu mengaplikasikan penggunaan soalan KBAT dan
i-THINK di dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.1.2 Soalan yang berbentuk KBAT perlu dipraktikkan selalu.

Makluman

7.2 Dialog Prestasi

7.2.1 Dialog prestasi guru akan diadakan pada 12 Ogos 2015.

Makluman

7.3 Program Muzakarah/ Pemuafakatan Tahun 6

7.3.1 Program Muzakarah/Pemuafakatan pelajar Tahun 6 akan diadakan pada


14 Ogos 2015.

Makluman

7
7.4 Penyemakan buku latihan pelajar

7.41 Semua ketua panitia diminta untuk menyemak buku latihan pelajar
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Borang penyemakan buku latihan
boleh diperolehi daripada Cikgu Lau Siu Hee.

7.4.2 Semua guru perlu memberi latihan yang mencukupi kepada pelajar.

7.4.3 Guru perlu memastikan pelajar supaya membuat buku kerja yang telah
dibeli.

Makluman

7.5 Pengisian semasa UPSR dijalankan

7.5.1 Semasa ujian UPSR dijalankan, aktiviti yang dijalankan perlu fokus kepada
perkembangan staf dan sudut mata pelajaran masing-masing.

Makluman

7.6 Pelajar yang ke tandas

7.6.1 Semua guru tidak dibenarkan membiarkan pelajar ke kantin pada masa
pengajaran dan pembelajaran. Keselamatan pelajar tersebut adalah
tanggungjawab guru yang sedang berada di dalam kelas pada masa
tersebut.

Tindakan : Semua guru

8. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

8
Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________________________

(SUSANA ANAK UNDAU) (Lau Siu Hee)

Setiausaha Kurikulum Pemangku Penolong Kanan 1

SK Lambir Village SK Lambir Village

Disahkan oleh,

_______________________________

(ROHANI BINTI ISMAIL)

Guru Besar

SK Lambir Village

You might also like