You are on page 1of 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUS PESERTA

KARNIVAL LIPIS 2017

Pada 28 September 2017, sebuah persembahan muzikal telah diadakan di


Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis. Persembahan muzikal ini, Konsert Mini
Karnival Lipis telah dijalankan dari pukul 4.30 hingga 6.00 petang. Konsert Mini
Karnival Lipis 2017 ini dijalankan untuk mengisi slot acara Karnival Lipis yang
bertema Visit Pahang 2017. Persembahan muzikal ini dikendalikan oleh 25 orang
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Semester 8 Ambilan Januari 2014 Unit
Muzik dengan bimbingan daripada pensyarah yang disayangi, Encik Norshamsuri Bin
Shafie, Encik Syahariman Bin Hamid, dan Puan Nur Akmar binti Mohd Yusof dari
Jabatan Sains Sosial. Konsert Mini Karnival Lipis ini juga dijayakan dengan sokongan
daripada guru-guru pelatih yang lain, terutamanya adik-adik junior Unit Muzik
Semester 3 Ambilan Januari 2015.

Pada sesi pemilihan organisasi ahli jawatankuasa Karnival Lipis 2017 ini, saya
telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus peserta. Selanjutan itu, saya telah
mendapatkan maklumat tentang senarai tugas yang perlu dijalankan oleh pengurus
peserta supaya saya jelas dengan peranan saya. Saya telah bekerjasama dengan
pengurus pentas, saudari Ang Ping Hoong, pengurus lantai, saudari Lein Rui En
dan juga saudari Chia Hui Ying dan juga saudari Yeow Win Kie.

Saya telah menjalankan tugas saya pada semua sesi raptai dan juga pada 28
September 2017. Saya telah mengenalpasti semua ketua item dan juga peserta item
bagi semua acara Persembahan Konsert Mini ini. Ini amat penting kerana saya perlu
mengingati mereka bahawa giliran mereka untuk membuat persembahan sudah tiba
dan mereka hendaklah bersedia. Saya harus mempunyai satu pemahaman yang
jelas terhadap seluruh aliran persembahan, dari mulanya apabila tuan-tuan VIP
dijemput duduk sehingga slot Finale pada akhir persembahan. Saya juga harus
memberi perhatian kepada crew-crew yang mengendalikan props dan mic. Saya
bukan sahaja perlu memberi cue kepada peserta persembahan, saya juga harus
mengingati crew supaya bersedia dengan props dan mic yang diperlukan. Mujurlah
kesemua aliran ini dilaksanakan dengan lancar dengan kerjasama yang amat baik
daripada semua pihak. Sebarang masalah yang dikesan pula dibincangkan dengan
bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang dikasihi dan diperbaikikan pada sesi
raptai yang seterusnya.

Disebabkan ini, kesemuanya berjalan dengan lancar pada hari persembahan


kecuali dengan cuaca yang agak tidak menyenangkan kerana tiba-tiba hujan lebat
sebaik sahaja sebelum menjalankan persembahan dan kami perlu membuat
keputusan terhadap lokasi peserta-peserta membuat persembahan. Mujurlah dengan
pertimbangan yang rasional, aliran persembahan berjalan seperti yang dirancang,
cuma terdapat sedikit perubahan yang dibuat pada last-minute namun tidak memberi
kesan yang negatif.

Dengan menjalankan tugas saya sebagai pengurus peserta, saya telah


mendapat pelbagai ilham dan ilmu yang tidak dapat diplejari dimana-mana. Saya
belajar cara komunikasi yang berkesan dan menyenangkan bagi kedua-dua pihak.
Pertuturan yang sopan dan mimik muka yang mesra amat penting supaya tidak
memberi tekanan yang tidak menyenangkan kepada orang lain. Saya juga perlu
berfikir daripada perspektif orang lain untuk lebih memahami situasi. Dengan cara ini,
lebih mudah untuk meminta kerjasama dan mereka akan menjalankan
tanggungjawab mereka dengan hati yang rela kerana merasakan bahawa mereka
dihargai.

Selain itu, saya juga telah memberi bantuan kepada ahli jawatankuasa yang lain
walaupun itu bukan tugas saya. Ini kerana kita tidak seharusnya bersifat kecil hati dan
hanya mementingkan diri. Kita hidup dalam satu komuniti yang mesra dan harmoni
dan harus sentiasa memberi bantuan dengan hati yang ikhlas kerana kita tidak tahu
bila kita akan memerlukan bantuan orang lain.

Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak pengalaman yang pahit serta


manis yang tidak dapat digantikan dimana-mana. Pengalaman dan pengetahuan
saya ini akan dibawa saya ke tempat yang saya akan bertugas pada kelak nanti.
Saya juga akan mencuba untuk berkongsikan pengalaman saya ini dengan rakan
sejawat dan murid-murid saya dengan peluang yang sesuai.
Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh,

Christina Pang Kang Jing

AJK Pengurus Peserta

Karnival Lipis 2017

You might also like