You are on page 1of 1

Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman

Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak
sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan
di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga
zaman sahaja iaitu:
1) Zaman Paleolitik di Malaysia

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu
penetak. Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan
juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam. Di antara kegiatan yang mereka lakukan
ialah mereka memburu binatang liar di hutan sebagai bahan makanan dan pakaian.Mereka juga
memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil
hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

2) Zaman Neolitik di Malaysia


Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu.Masyarakat
Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk
membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat
dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar
barang) zaman neolitik juga terdapat di gua harimau,perak. Pada zaman ini telah mula wujud
sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja. Mereka
tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai. mereka mula mencipta
peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat
seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu
mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan serta menternak binatang
ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut
berdagang secara tukar barang atau system barter.

3) Zaman Logam di Malaysia

Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah
mencipta alat gangsa dan besi. Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak
berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran
dengan sungai,di atas pokok dan ada yang masih tinggal di dalam gua. Mereka menghasilkan
alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu
binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar
barang. Mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu

You might also like