You are on page 1of 5

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMONG 2017

1.0 PENDAHULUAN

Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara
tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti
yang amat penting bertujuan untuk menyemarakkan semangat guru dan menghargai
jasa guru-guru.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua
pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja
berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai
dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di
amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi
kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF :

3.1 Menitikberatkan peranan guru dalam pembentukan modal insan.

3.2 Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3.3 Memupuk semangat perpaduan dan muhibbah dalam kalangan guru.

3.4 Meninggikan martabat dan profesion keguruan dalam masyarakat .

3.5 Meningkatkan pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam aktiviti yang
melibatkan program pendidikan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Guru-guru Sekolah Kebangsaan Temong

4.2 Kakitangan Sekolah Kebangsaan Temong

4.3 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Temong


5.0 TARIKH CADANGAN AKTIVITI

Tarikh : 16 Mei 2017

Masa : 7.40 - 1.00 Petang

Tempat : Tapak Perhimpunan dan padang sekolah

6.0 TENTATIF PROGRAM

7.45 Pagi : Perhimpunan Pagi


: Bacaan Doa
: Ucapan Ketua murid
: Ucapan Guru Besar, Puan Rozana bt Om
: Perutusan Hari Guru
: Ikrar Hari Guru
: Anugerah ‘Guru Meletop’
: Sesi Memberi hadiah Hari Guru
9.30 Pagi : Sukaneka Permainan
10.00 Pagi : Rehat
11.00 Pagi : Majlis bermula
: Persembahan Murid
: Persemahan Guru
: Bintang Hari Guru
1.00 petang : Majlis Bersurai

7.0 Jawatankuasa Induk


Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 adalah seperti berikut

PENGERUSI : PN. ROZANA BT OM


GURU BESAR SK TEMONG

NAIB PENGERUSI 1 : PN. HAJAH MASTURA BT MEOR ADLAN


GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI 2 : PN KHADIJAH BT IBRAHIM


GPK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI 3 : EN. MEOR HEDZIR SHAH B. MEOR ABD. MALIK


GPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHA : PN NOR FATEHAH BINTI ROZALI

BENDAHARI : PN HAJAH HALIZA BT MAT JAD

8.0 Jawatankuasa Kerja

PENGACARA MAJLIS : EN. ZAINI BIN HASAN

BACAAN DOA : EN. FAIZUL AIZAR BIN RASDI

PERSEDIAAN TEMPAT : EN. ABDUL RAHIM BIN ZAINUDDIN

EN. AHMAD TAURAN BIN YAHYA

SUKANEKA : EN. YUSRI BIN YUSOF

PN NORWATI BT HAMZAH

PN ZAINIAH BT MD KASSIM

JAMUAN GURU : PN MASLINA BT MAT ALI

PN SURYATI BT ISMAIL

PN ROSNANI BT RAFIE

DOKUMENTASI : PN HASNEYWATI BT MMAT YUSOF

DISIPLIN MURID : PN SITI ROHANA BT SALLEH

PN NURAINI BT ABDULLAH

PN NOR HIDAYAH BT BAKI

PN NOR AZITA BT AZIZI

HADIAH SUKANEKA : PN HAJAH HALIZA BT MAT JAD

KEBERSIHAN : SEMUA GURU

SEMUA PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH

BUKU PROGRAM : PN. NOR FATEHAH BT ROZALI


9.0 Anggaran Pembelajaan

Pendapatan Perbelanjaan PembelajaanPendapatan


Kutipan dari guru RM230 Cenderahati guru RM 115
( 23 Orang x RM 10 ) ( 23 x RM 5 )

Hadiah sukaneka RM 115


( 4 Acara )
Jumlah Rm 230 Jumlah Rm 230

10. PENUTUP

Semoga sambutan Hari Guru 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi
mencapai hasrat ini kerjasama dan sokongan yang jitu dari semua pihak amatlah
dihargai. Justeru itu semua jawatankuasa dan warga pendidikan dapat memberi
saranan dan pandangan bagi menjayakan sambutan Hari Guru 2017.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. …………………….....
Pn. Nor Fatehah bt Rozali Pn. Rozana bt. Om
Setiausaha Guru Besar
Sambutan Hari Guru 2017 Sekolah Kebangsaan Temong
Sekolah Kebangsaan Temong

You might also like