You are on page 1of 123

Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

0
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN DIRI 2


BAB 2 KELAYAKAN & PENGALAMAN 17
BAB 3 INFO JAWATAN 23
BAB 4 PENYELESAIAN MASALAH 42
BAB 5 KENEGARAAN 55
BAB 6 ISU SEMASA 95
BAB 7 INTEGRITI & AKHLAK 101
BAB 8 SOALAN PSIKOLOGI 107

1
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

PENGENALAN DIRI

2
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1.Sila terangkan mengenai diri anda.

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang
jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia.

Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan
Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam


pengajian saya.

Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor
swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan.

Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk
memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor
awam ini.

2. Apa pekerjaan keluarga?


Bapa saya seorang peniaga yang emnjual ayam goring di pasar malam. Ibu saya pula membantu
ayah saya. Mereka berniaga sejak saya kecil lagi. Alhamdulillah, dengan titik peluh orang tua
saya yang tidak pernah mengeluh penat itu dapat menyekolahkan saya sehingga tamat SPM
dan seterusnya dapat membantu saya melanjutkan pengajian ke universiti.

Saya amat hargai usaha ibu bapa saya untuk memberikan pelajaran kepada anak-anaknya
walaupun terpaksa bersusah payah. Harapan saya, setelah saya berjaya mendapat kerja di
sektor awam ini, saya akan dapat memberikan kebanggaan kepada mereka dan seterusnya
dapat membantu meringankan beban keluarga.

3
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

3. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda
seorang yang aktif?

Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu
menyertai perbarisan di mana-mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam
persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan
oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk
bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.

4.Boleh sebutkan keputusan SPM anda?

Keputusan SPM saya mendapat gred Agg 6 dengan Pangkat 1 buat ambilan SPM tahun 1997.
Saya mendapat 1 dalam kesemua pelajaran yang saya ambil dan ianya satu kebanggan buat
saya dan juga keluarga.

5.Apakah subjek yang paling anda minati semasa belajar di universiti dan terangkan
mengapa?

Subjek Mekanik Tanah adalah subjek yang paling saya minati semasa belajar di universiti. Saya
terlalu minat dengan subjek ini kerana pada pendapat dan pemerhatian saya, subjek ini
merupakan salah satu subjek paling mencabar dalam pengajian Kejuruteraan Awam. Tidak
ramai pelajar yang benar-benar berjaya mendalami subjek ini disebabkan kesukarannya. Ianya
terlalu rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi semasa mendalaminya. Saya juga
mendapat tahu bahawa di Malaysia ini tidak ramai jurutera yang benar-benar mahir mengenai
ilmu Mekanik Tanah ini. Jadi saya mengambil peluang ini untuk menjadi seorang yang berjaya
menguasai ilmu ini dan dapat menyumbangkannya kepada negara.

4
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

6.Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?

Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at
Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini
dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan
sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini,
didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat
mengalir ke dalam sungai berdekatan.

7. Adakah anda gemar melakukan penyelidikan?

Ya, saya melakukannya dan jika boleh, saya ingin melakukan projek saya sendiri.

8. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?

Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya sedang
merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat
di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan seterusnya dapat
menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah tamat pengajian kelak.

9. Apakah matlamat jangka masa pendek anda?

Saya mahu mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih efisien. Saya berazam pada penghujung
tahun ini saya dapat bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa tersebut.

5
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

10. Apakah yang anda mahukan dalam kehidupan anda?

Apa yang saya harapkan adalah saya dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada
bangsa, agama, dan negara melalui kerja, idea saya, dan usaha yang berterusan. Saya mahu
mengabdikan diri saya sebagai seorang yang amat berjasa dalam pembangunan Negara
Malaysia yang tercinta ini.

11. Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda buat sebelum ini?

Keputusan yang paling sukar saya buat sebelum ini adalah sama ada meneruskan pembelajaran
atau menerima panggilan kerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu, memang sangat sukar
untuk membuat pilihan. Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat daripada orang tua saya,
sahabat-sahabat saya dan juga melakukan solat Istikharah memohon kepada Allah
menunjukkan saya keputusan yang terbaik yang patut saya ambil. Alhamdulillah, saya memang
mengambil keputusan yang terbaik, iaitu menyambung pengajian.

12. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama
anda?

Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu
kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk
dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan
daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah
penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat
sukar.

6
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

13. Apa hobi awak?

Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku berkenaan motivasi. Buku-buku
yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan
juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku motivasi sebegini, saya dapat
meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian,
terutamanya semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan
seterusnya ini semua menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.

14. Setiap orang pasti mempunyai hobi. Dan anda, bagaianakah anda menggunakan masa
lapang anda?

Ya, saya juga seperti mereka juga memiliki hobi. Saya suka membaca dan selalu ke kedai buku
setiap hujung minggu untuk membeli buku. Saya membaca senaskhah buku pada setiap
minggu. Saya suka membaca buku-buku motivasi, kisah kejayaan dan juga buku-buku yang
berkaitan dengan agama. Selain itu juga, saya amat meminati sukan. Oleh itu pada setiap 3 kali
seminggu, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersukan ataupun berfutsal.

15. Adakah minat bersukan?

Ya, saya minat bersukan. Dengan bersukan, saya dapat menyihatkan tubuh badan dan sudah
pasti akan memberikan kecerdasan pada tubuh badan dan juga minda saya seharian dan
seterusnya mampu meningkatkan produktiviti saya semasa bekerja. Badan sihat minda cerdas.
Sukan yang paling saya minati adalah, berenang dan berjoging.

7
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

16. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?

Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di
Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-rakan yang ada
pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam lagi persediaan
yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan
dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi
persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti
menjadi yang TERBAIK.

17. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?

Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan
menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya
amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang
terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan
diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.

18. Apa kelemahan awak?

Kelemahan saya ialah saya suka bekerja lebih masa kerana ingin memastikan kerja yang saya
lakukan siap lebih awal. Sejak di university lagi, saya suka menyiapkan kerja dengan lebih awal
sehingga mengurangkan masa bersosial saya dengan rakan-rakan. Tetapi, apabila kerja saya
siap sepenuhnya terlebih awal, saya dapat melakukan suatu kerja yang baru pula tanpa tekanan
dan mungkin saya ada lebih masa untuk mengkaji sesuatu yang baru. Mungkin kelemahan saya
ini dapat diperbaiki supaya saya dapat bekerja dengan cemerlang dan juga dapat bersosial
dengan sihat. Mana tidaknya, kerja sahaja tanpa bersosial juga tidak bagus dalam kehidupan
seharian.

8
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

19. Apa kelebihan diri?

Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya.Kelebihan saya adalah
saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-cita
besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini, terutamanya bercita-cita besar
ataupun THINK BIG, ianya mampu meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya
saya yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya
sertai.

20. Dah berapa kali dapat interview government ni?

Untuk makluman tuan, temuduga kali ini adalah temuduga ke-5 saya dalam sektor awam.
Sebelum ini, saya telah menghadiri 4 temuduga dan 2 kali berjaya menjadi calon simpanan. Dan
pada hari ini, saya yakin akan berjaya dalam percubaan kali ke-5 ini. Saya akan terus mencuba
sehingga saya berjaya bergelar penjawat awam.

21. Awak datang dengan siapa?

Saya datang bersama dengan ayah saya dengan menaiki kereta pada jam 7.30 pagi tadi.

22. Mak Ayah awak kerja apa?

Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan beliau menguruskan hal-hal rumah
tangga dan ayah saya pula merupakanseoran guru dan beliau akan menamatkan
perkhidmatannya dua tahun lagi.

9
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

23. Belajar di mana sebelum ini?

Saya belajar di Universiti Malaya dari tahun 2005 sehingga tahun 2009 dan mengambil jurusan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains Gunaan. Sebelum itu saya belajar di matrikulasi
selama setahun di Perak.

24. Sekarang awak kerja di mana?

Sekarang saya sedang berkhimat di Global Holding Sdn Bhd sejak 2 tahun yang lepas sebagai
Eksekutif Halal di syarikat tersebut.

25. Apa nama penuh anda?

Nama penuh saya ialah Nasrul Izad bin Mohd Isa.

26. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda

banyak ceburi?

Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali juga sebagai
PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan
berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah program yang hendak kami
jalankan.

Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah menjadi juara
dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.

10
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

27. Apa yang anda lakukan semasa praktikal? Ada sebarang pencapaian?

Saya menjalani sesi praktikal saya di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy dan
tugas saya ialah menyampaikan modul Anda Bijak Jauhi Zina kepada pelajar sekolah di seluruh
Malaysia. Selain dari mendapat sijil dari pihak sekolah atas usaha tersebut, saya juga kini boleh
menjalankan sesi ceramah juga latihan kepada pelajar sekolah dengan sendiri dan penuh
keyakinan.

28. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam Bahasa Inggeris?

My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten siblings. My hobbies are
reading and do the research. My great ambition is to become an Administrative and Diplomatic
Officer. I was a graduated student of Bachelor of Shariah and Law from International Islamic
University Malaysia. Before that I was in Diploma in Shariah and Law from International Islamic
University of Selangor. My father was born in Perak and his job is a Doctor while my mother
was born in Pahang and she is a great housewife.

29. Berapa banyak kali kamu telah ditemuduga?

Saya telah menghadiri temuduga sebanyak dua kali. Pertamanya saya menghadiri temuduga
pada tahun 2010 di Kuala Lumpur bagi Jawatan Penolong Pegawai Sumber Manusia. Keduanya,
saya menghadiri temuduga di Shah Alam pada tahun 2011 untuk jawatan sebagai Penolong
Pegawai Bahagian Kewangan, dan hari ini saya hadir ke Putrajaya pada tahun ini untuk
ditemuduga sebagai Pembantu Tadbir.

11
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

30. Beritahu kami nama, no ic, mak ayah asal mana, alamat semasa,
tahun bila anda mengambil spm dan juga keputusan bagi setiap subjek yang awak ambil?

Nama saya Muhammad Hilal Bin Aziduddin. Nombor kad pengenalan saya ialah 860407-10-
5341. Ayah saya bernama Aizuddin bin Yazid berasal dari Perak dan ibu saya ialah Kamsiah binti
Ali beasal dari Terengganu. Saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 dan
keputusan SPM saya ialah:

Bahasa Melayu = A1

Bahasa Inggeris = B3

Sains = A2

Matematik = B3

Geografi = B3

Perakaunan = B4

Pendidikan Islam = A1

31. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?

Saya sekarangg bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Tugas saya ialah
menyampaikan modul-modul yang telah ditetapkan dalam bentuk ceramah. Selain itu, saya
juga dikehendaki untuk menjalankan sebarang kajian bagi memperbaharui kandungan modul-
modul tersebut dari semasa ke semasa. Saya juga dikehendaki untuk menjalankan lawatan
serta memberi pengisian susulan kepada para peserta yang pernah mengikuti program kami
serta menjalankan program yang menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

32.Apa yang sedang awak lakukan sekarang?

Saya sedang belajar lagi di tahun akhir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti
Teknologi Mara di Johor Bharu. Saya bakal bergraduasi dalam masa 3 bulan lagi.

33. Apakah perancangan anda sekarang?

Perancangan saya adalah, saya ingin mendapatkan pekerjaan yang saya idam-idamkan iaitu di
dalam sektor awam. Oleh sebab itulah saya hadir pada hari ini untuk ditemuduga dan sekiranya
berjaya, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah
diamanahkan kepada saya dan sudah pasti dalam beberapa tahun berikutnya, saya inginkan
kenaikan pangkat.

34. Adakah awak mempunyai hutang dengan PTPTN?

Ya, saya masih memiliki hutang pinjaman PTPTN yang berjumlah RM 21 000 iaitu pembiyaan
yang telah saya dapat semasa mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Kejuruteraan Awam dan sekarang ini saya telah melakukan pembayaran setiap bulan mengikut
kadar yang telah ditetapkan.

35. Sudah mula membayar hutang pinjaman PTPTN?

Ya, saya telah mula membayarnya sebaik sahaja saya mendapat gaji yang pertama sebelum ini
setahun yang lalu.

36. Bagaimana anda ingin membayar wang pinjaman PTPTN?

Saya membayar wang pinjaman tersebut dengan mengadakan potongan gaji setiap bulan
dengan amaun sebanyak RM 150.00 sahaja.

13
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

37. Apa pandangan anda mengenai PTPTN?

Pada pendapat saya, pinjaman PTPTN dapat membantu pelajar-pelajar yang datang dari
keluarga berpendapatan sederhana dan rendah untuk meneruskan pengajian di universiti
tempatan. Walaubagaimanapun, wang PTPTN akan benar-benar bermanfaat sekiranya
digunakan dengan betul. Sebagai contoh, ia digunakan untuk membeli buku, membayar yuran
pengajian dan juga digunakan untuk perbelanjaan harian.

38. Apakah cara untuk membuat awak bermotivasi?

Untuk memotivasikan diri saya sendiri dalam apa sahaja yang saya ingin lakukan, pertama sekali
saya akan meletakkan objektif iaitu tujuan untuk apa saya melakukan perkara tersebut.
Seterusnya saya menyediakan perancangan kerja yang bakal dijalankan. Kemudian saya
meletakkan sasaran apa yang saya ingin capai dan seterusnya membuat jadual kerja supaya apa
yang dijalankan adalah sistematik dan juga teratur.

39. Apakah pengalaman buruk yang anda pernah lalui dan apakah pengajarannya?

Pengalaman buruk saya ialah masalah hutang kad kredit yang disebabkan oleh kecuaian dan
kelemahan saya dalam mengurukan perbelanjaan. Apabila setiap kali mendapat gaji, ianya
habis begitu sahaja untuk membayar hutang tersebut dan hakikatnya hari demi hari, hutang
saya bertambah. Pengajaranya, adalah sangat penting untuk kita uruskan perbelanjaan harian
kita untuk memastikan kewangan kita menjadi baik. Saya juga sedar betapa pentingnya untuk
kita berjimat cermat ketika usia muda ini.

40. Bagaimana dengan kesihatan anda?

Alhamdulillah setakat ini saya dikurniakan kesihatan yang baik. Saya tidak pernah mengalami
sebarang penyakit dan saya sungguh bersyukur atas nikmat sihat ini.

14
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

41. Bagaimana anda menilai diri sendiri?

Saya menilai diri saya berdasarkan respon dan komen mahupun kritikan daripada kawan-kawan
saya dan juga orang sekeliling saya seperti keluarga, sahabat-sahabat, saudara mara juga
teman-teman di tempat kerja. Saya meminta nasihat dan juga teguran dari mereka dalam
sebarang tindakan yang saya lakukan.

42. Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?

Sepanjang pergaulan saya dengan rakan-rakan sama ada mereka yang seuniversiti mahupun
sekerja dengan saya, mereka amat menyenangi saya atas sikap mesra, jujur, mudah
bekerjasama, bertanggungjawab, dan juga amanah.

43. Apakah falsafah anda terhadap pekerjaan?

Falsafah saya ialah, kerja itu adalah suatu ibadah. Oleh itu, saya akan melaksanakannya dengan
penuh tanggungjawab dan juga menepati masa.

44. Describe your work ethic.

Emphasize benefits to the organization. Things like, determination to get the job done and work
hard but enjoy your work are good.

45. What gets you up in the morning?


That is my routine to wake up early to perform Subuh Prayer.

15
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

46. Ceritakan tentang diri anda selain dari apa yang ada dalam resume anda?

Saya sebenarnya seorang yang sangat aktif. Oleh yang demikian, saya gemar berprogram, sama
ada menjadi fasilitator atau jurulatih bagi sebarang program motivasi. Apabila berprogram, saya
akan turun kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat umur. Hal ini sekurang-kurangnya
membantu saya dalam pengucapan awam, memberi khidmat kepada yang memerlukan, selain
sebagai saham saya apabila meninggal dunia kelak.

16
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

KELAYAKAN &
PENGALAMAN

17
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan
yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai
kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan
akademik, pengalaman, minat, dan semangatjuang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti
mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya
sertai.

2. Cuba terangkan apakah tugas-tugas anda di tempat anda bekerja sekarang.

Sebagai seorang jurutera awam bangunan di tapak binaan, saya memulakan kerja dengan
menyemak dan menyusun perancangan kerja di awal pagi sebaik sahaja saya tiba di tempat
kerja. Saya akan merancang apakah pekerjaan penting yang perlu saya dahulukan mengikut
keutamaan seperti yang dirancang dalam jadual pelaksanaan kerja. Biasanya saya akan
memastikankerja- kerja yang dilakukan oleh pekerja di bawah pengawasan saya mencapai
kualiti dan menepati masa yang dijadualkan. Ketikabekerja, saya amat mementingkan masa dan
kualiti kerja yang dihasilkan. Ini adalah untuk memastikan kerja yang dihasilkan menepati
kepuasan pihak pelanggan syarikat tempat saya bekerja.

3. Memandangkan anda baru sahaja menamatkan pengajian beberapa bulan yang lepas,
adakah anda mempunyai pengalaman bekerja?

Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk berdiam diri saja tanpa
membuat apapun. Buat masa sekarang, saya menghabiskan masa saya dengan membantu ayah
saya di kedai runcitnya. Dapat juga saya mencari wangtambahan di samping membantu
keluarga menguruskan kedai runcit tersebut. Semasa bekerja di kedai runcit milik ayah saya,

18
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

saya belajar bagaimana untuk menguruskan pembelian barang-barang, menguruskan akaun


perniagaan, dan juga belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ramai pelanggan. Dari
pekerjaan-pekerjaan berikut, saya juga menimba pengalaman dalam menjalankan kerja,
berurusan dengan orang ramai, mengurus data dansebagainya.

4. Apakah yang anda pelajari dari kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan sebelum ini?

Apa yang penting, saya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu. Saya perlu berhati hati
dan bijak merancang apabila membuat keputusan. Saya akan jadikan kesilapan lalu sebagai
batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

5. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan
kesungguhan dalam pekerjaananda?

Semasa saya mula-mula bekerja di sebuah syarikat, saya langsung tidak mengetahui mengenai
sistem sistem dan prosedur kerja yang dijalankan. Untuk itu, saya telah bekerja lebih masa
untuk memahami sistem dan prosedur kerja tersebut termasuklah pada hari cuti.Saya juga
sering bertanya kepada senior-senior saya untuk mendapatkan lebih pemahaman dan juga
ilmu.Usaha saya membuahkan hasil apabila saya bukan sahaja berjaya memahami sistem
tersebut, malah dapat menambahbaik sistem sedia ada ke tahap yang lebih baik.

6. Apakah kejayaan yang paling membanggakan dalam hidup anda?

Setelah 2 tahun saya bekerja di syarikat swasta, saya telah mendapat anugerah pekerja
cemerlang pada tahun 2008. Ianya disebabkan oleh komitmen tinggi yang ditunjukkan
sepanjang perkhidmatan saya selama 2 tahun.

19
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

7. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk jawatan ini
berbandingcalon lain?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai
pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited
terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain
itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar
pandangan dari orang lain.

8. Awak ada diploma, kenapa minta jawatan berkelayakan SPM ini?

Walaupun saya ada diploma, tak salah saya untuk memohon jawatan yang memerlukan
kelayakan SPM. Berkhidmat dalam sector awam adalah impian saya, dan apabila diberikan
peluang saya perlu mengambilnya. Berdasarkan rujukan saya di laman web SPA, seseorang
calon itu boleh memohon jawatan di sector awam yang memerlukan kelayakan satu level
rendah dari kelayakan yang dimilikinya. Yang ada diploma, boleh memohon jawatan yang
memerlukan kelayakan SPM. Tambahanlagi, saya dapati ramai penjawat awam yang memiliki
sijil diploma berkhidmat dengan jawatan yang memerlukan SPM atau sijil sahaja seperti
PembantuTadbir, Juruteknik dan sebagainya. Dan saya sendiri yakin saya mampu menggalas
tugas yang diberikan apabila bekerja nanti.

9. Ceritakan kepada kami,kenapa kami perlu ambil andadalam BahasaInggeris.?

In my opinion, I think I am the person who is the most qualified for this position. I do not deny
there might be have another candidates who have more capabilities compared to me in this
task, but based on academic qualifications, experience, interests, and with the high spirit, I
think that I am the best candidate to fulfill this position in this organization or department.

20
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

10. Kenapa awak tidak sambung ijazah sedangkan keputusan diploma awakcemerlang?

Saya tidak menyambung pengajian saya walaupun saya mempunyai diploma dengan keputusan
yang cemerlang kerana memikirkan tanggungjawab saya sebagai anak sulung dalam keluarga.
Oleh itu saya rasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga saya. Saya akan menyambung
pengajian saya selepas saya mempunyai pekerjaan yang tetap.

11. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya?

Contoh di mana saya telah menonjolkan bakat kepimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya adalah ketika saya mengendalikan sebuah
program Himpunan Sejuta Umat yang melibatkan penyertaan dari semua pelosok dunia.

Program demikian berjalan dengan jayanya setelah saya merancang beberapa perjumpaan awal
bersama anak-anak buah saya di mana dalam perjumpaan terbabit kami membicnagkan
tentang objektif, dana, dan segala yang berkenaan kerana program demikian bukan calang-
calang memandangkan melibatkan sekalian umat dari serata dunia.

12. Mengapa anda kerap menukar kerja?

Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa
yang sama saya sukakan cabaran.

13. Apakah kebolehan juga kemahiran awak yang kami perlukan?

Antara kebolehan yang saya ada yang diperlukan oleh pihak Tuan ialah kebolehan berbahasa
Inggeris dengan fasih, mempunyai pengucapan awam yang baik, serta boleh bekerja dengan

21
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

pantas. Manakala kemahiran pula ialah saya mempunyai kemahiran mengurus, cekap
menggunakan komputer juga sebarang perisian, dan juga mahir membuat kertas kerja.

14. Mengapa kamu tidak gembira dengan pekerjaan sebelum ini?

Tidak. Saya begitu gembira dengan pekerjaan sebelum ini tetapi apabila wujudnya peluang
seperti ini iaitu bidang yang saya nanti-nantikan selamaini, sudah tentu saya tidak akan
melepaskannya.

15. Apa pandangan awak mengenai majikan awak sebelum ini?

Pada pandangan saya majikan saya sebelum ini sangat bertanggungjawab, berdedikasi, dan
selalu member tunjuk ajar. Beliau juga telah mengajar saya erti disiplin dalam bekerja.

16. Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?

Ya, saya mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini. Sebelum ini saya bekerja sebagai
jurutera awam di syarikat swasta. Oleh itu, dengan berbekalkan pengalaman yang ada.

17. Apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam setahun terakhir
ini?

Saya telah menyertai beberapa kursus dan seminar berkaitan pengurusan kewangan, fotografi,
masakan, serta bahasa dalam tempoh setahun terakhir ini.

Hal ini kerana saya begitu minat dalam bidang-bidang berkenaan, dan ada di antaranya yang
saya tidak berapa mahir seperti memasak. Maka, saya memandang bahawa perlunya saya
menambah pengetahuan seberapa banyak yang boleh supaya pemikiran tidaklah berada di
takuk lama.

Selain itu, saya merasakan perlunya mempunyai pelbagai kemahiran atau pengetahuan kerana
kelak apabila bekerja, semua itu diperlukand alam kondisi tertentu.

22
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

INFO JAWATAN

23
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1.JKRterletak di bawahkementerianmana, dansiapakahmenterinya?

JKR terletak di bawah Kementerian Kerja Raya, dan menterinya ialah Y.B. DatukShaziman Abu
Mansor.

2. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-peraturan ataupun
kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek
pembangunan yang berkualiti?

Peraturan lebih penting di manakebanyakanprojek yang berkualitiperluadaperaturan yang perlu diikuti


setiap masa bagi memastikan tujuan utama projek dicapai tanpa kompromi darisegi kos, kualiti, dan
masa. Peraturan bertindak sebagai panduan kepada setiap kerja yang dilaksanakan tanpa panduan
mungkin kita akan terpesong. Jika kita memilik ikepakaran dankecekapan tanpa berlandaskan peraturan,
kita mungkin terpesong dan tersilap langkah dalam melaksanakan kerja. Ianya boleh diibaratkan seperti
layang-layang yang putustalinya; di mana layang-layang tersebut memiliki kebolehan terbang tinggi
tetapi tidak boleh terbang tinggi jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan projek
pembangunan yang berkualiti.

3. Senaraikantugas-tugaspembantutadbir?

Tugas-tugas bagi seorang pembantu tadbir di sektor awam adalah bertanggungjawab


melaksanakan tugas-tugas perkeranian danoperasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang
merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas
pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan
data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

24
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

4. BerapakahgajipermulaanbuatPembantuTadbirN17?

Sepengetahuansaya, tanggagajiGred N17 ialahantara RM820.38 hingga RM2,397.95.

JadualGaji :
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95

ITKA RM115.00
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN 180.00
COLA RM300/RM200/RM100

5. Mengenaipekeliling am sepertiumurwajibbersaradan KPI.Bolehterangkan?

Umur wajib bersara dalam pekeliling am perkhidmatan awam adalah apabila


mencapai umur 58tahun atau kekal dengan umurpersaraan wajib iaitu ketika 55/56 tahun

PEMBANTU MAKMAL

6. Apakah itu klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-
tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan
hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon
dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu
diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga
untuk semua organisma hidup.

25
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

7. Apakah perbezaan di antara virus denganbakteria?

Virus merupakan parasit sejati, tidak memiliki “mesin” biosintetik sendiri. Tubuhnya hanya
terdiri dari selubung protein dan isi yang terdiri dari DNA saja atau RNA saja. Ketika virus
dikristalkan, virus mirip benda tak hidup. Namun, jika dimasukkan ke dalam lingkungan yang
cocok, virus akan hidup kembali. Sebagai parasit sejati, virus menginfeksi tumbuhan, hewan,
dan manusia.

Penyakit AIDS, cacar, polio, hepatitis, herpes merupakan contoh penyakit yang disebabkan oleh
virus yang menyerang manusia.

Definisi bakteria pula dapat dilihat apabila semua mikroorganisme prokariotik dimasukkan ke
dalam Kingdom Monera. Mikroorganisme prokariotik adalah mikroorganisme yang memiliki
bahan inti tetapi tidak memiliki selubung inti. Monera berasal dari kata moneres yang berarti
tunggal. Contoh monera bersel tunggal adalah bakteria.

Penyakit Kolera, Influensa dan Pneumonia adalah antara contoh penyakit yang disebabkan
oleh bakteria.

8. Nyatakan perlatan sains dan juga kegunaanya?

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

26
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)


Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)

Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses
tersebut tidak memerlukan pemanasan.

27
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

9. Nyatakan tugas seorang pembantu makmal?

1- Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

2- Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

3- Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

4- Membantu dalam Urusan Praktikal/Eksperimen

5- Mengurus Pentadbiran Makmal

Secara ringkasnya tugas seorang pembantu makmal islah menjalankan analisis kimia atau
mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis,
penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

11. Apakah perbezaan di antara cergas dengan cerdas?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah bertenaga dan giat (bukan
orang, tubuh, otak, dsb).

Manakala cerdas pula bermaksud sempurna akal (untuk berfikir, mengerti, dll), cerdik,
pandai, pintar.

PERTANIAN

12. Sekiranya awak seorang Pegawai Pertanian, bagaimanakah awak hendak menerangkan
tentang sesuatu teknologi kepada para petani?

Untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada petani. Saya boleh menjalankan sesi penerangan
seperti ceramah ataupun sesi penerangan dengan di bantu alat visual seperti LCD Projector
untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada mereka. Di samping itu juga saya juga

28
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

menjalankan sesi praktikal iaitu dengan memberi peluang kepada para petani untuk
menggunakannya atau mempraktikan teknologi yang baru tersebut.

13. Apa yang anda tahu tentang teknologi pertanian?

Apa yang saya tahu tentang teknologi pertanian ini ialah, ia member kebaikan yang banyak
kepada pertanian.

Teknologi pertanian dapat mengurangkan pencemaran terhadap bumi kita. Misalnya


penanaman hidroponik, melalui air nutrient yang disalurkan kepada tumbuhan yang ditanam
diatasnya, kita boleh mengurangkan penggunaan tanah kita yang berharga.

Teknologi pertanian juga dapat membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran
mereka dalam jangka masa yang pendek. Pada suatu ketika dahulu, sebelum sebarang
teknologi pertanian diperkenalkan, masa yang lama diperlukan bagi mendapatkan tanaman.
Namun demikian, kini pelbagai jenis tanaman dapat dinikmati oleh kita tanpa mengira musim
ataupun masa. Inilah beberapa contoh kebaikan tentang teknologi dalam pertanian.

14. Apa yang awak tahu tentang dasar pertanian?

Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas Timbalan PerdanaMenteri Malaysia, Dato’
Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara pada 12
Januari 1984. Ia memberi garispanduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam
menggiatkan lagi sektor pertanian, meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan, serta
perhutanan dan seterusnya ekonomi negara secara keseluruhannya.

29
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

15. Kita sudah masuk dasar pertanian keberapa?

Kini kita telah pun berada pada tahap perlaksanaan Dasar Pertanian Negara Keempat bagi
tempoh 2011-2020 di manatelah kerajaan menetapkan transformasi pertanian memberi
pengkhususan kepada pengeluaran makanan seperti ditetapkan Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) Pertanian. Kementerian kini fokus dalam mentransformasikan sektor pertanian untuk
lebih responsif ke arah Program Transformasi Ekonomi (ETP), antaranya dengan meningkatkan
hasil pengeluaran bagi memastikan keterjaminan makanan.

16. Sebutkan nama Menteri Pertanian? Nama timbalan?

Nama Menteri Pertanian ialah Datuk Seri Noh Omar.


Timbalan Menteri pula ialah Datuk Johari Baharum dan Chua Tee Yong.

KAJI CUACA

17. Apa yang mendorong anda untuk menjawat jawatan pegawai kaji cuaca ini?

Yang mendorong saya untuk menjawat jawatan ini ialah kerana minat saya yang mendalam di
samping saya merasakan jawatan ini sangat membantu ramai orang dalam menentukan
aktiviti juga pergerakan harian mereka.

18. Adakah anda berminat dengan bidang kaji cuaca ini? Ceritakan

Sudah tentu saya sangat meminati bidang kaji cuaca ini kerana di samping ianya
merupakan kerjaya yang mencabar, saya begitu meminatinya kerana dengan bidang ini
saya mampu mebantu melancarkan gerak kerja juga aktiviti ramai orang. Selain itu tidak
semua orang mempunyai ilmu dalam bidang ini dan saya merasakan sangat bertuah dapat
bekerja dan mendalami bidang ini

30
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

19. Apakah skop tugas jawatan yang kamu ditemuduga sekarang ini? Berapakah gaji
pokoknya?

Skop tugas saya sekarang sebagai Penolong Pegawai Meteorologi ialah saya bertanggungjawab
menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan
tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis
serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit. Gaji pokok saya ialah
RM1,373.11

AUDITOR

20. Apakah maksud TELUS?

Maksud TELUS ialah merujuk kepada sikap jujur, terang dan ikhals pada seseorang individu dan
Islam melihat sifat telus ini adalah asas kepada pembinaan pekerti atau peribadi yang baik

21. Apakah ciri-ciri seorang auditor?

Ciri-ciri seorang auditor ialah mesti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, ketekunan dalam
melakukan tugas sehingga selesai, mampu merungkai sesuatu dengan sumber yang terhad,
mempunyai pengetahuan dan ilmu dan kekuatan untuk mengkaji sesebuah organisasi,
semangat kerjasama yang tingi serta daya imaginasi yang tinggi dan sentiasa ada rasa ingin
belajar.

22. What do you learn from your practical training?

I gained a lot of new knowledge and also practice the knowledge that I have during my
study before this. I feel very happy because I can observe how the system and also the work
are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply.

31
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN

23. Berikan visi kementerian Kesihatan Malaysia

Visi kementerian Kesihatan Malaysia ialah Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan
yang lebih baik.

24. Berikan Misi kementerian Kesihatan Malaysia

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif

iii. dengan menekankan:

- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan


- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

32
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

25. Apakah Slogan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia

Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia ialah “Kami Sedia Membantu”

26. Apakah itu Indek KPI.

KPI Merujuk kepada key Performance Indicator atau di dalam terjemahan bahasa Melayu ia
bermakna Indeks Prestasi Utama. Dalam pengertian pengurusan yang mudah, KPI banyak
digunakan dalam mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau individu
dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan
kepadanya.

27. Siapakah Menteri Kewangan yang Ke-2

Menteri Kewangan Yang Ke-2 Ialah Y.B Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah

28.Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang
perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan
anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

Selain dari kepakaran teknikal, kemahiran lain yang perlu ada pada saya untuk membina
kerjaya yang cemerlang ialah perlunya saya menguasai soft skill seperti kemahiran
berkomunikasi, berfikiran kreatif dan juga proaktif dalam apa sahaja yang dilakukan. Inisiatif
yang saya akan lakukan sudah tentu dimulai dengan mencari ilmu samada dalam bentuk latihan
mahupun membaca. Kemudia ia mestilah disusuli dengan tindakan.

33
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

29.Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa
kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita sya sejak dari kecil lagi dan dengan berkerja di
sektor awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat brbakti
kepada negera bangsa, dan agama.

Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan berterusan mendapat peluang untuk
menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan
adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak lagi yang sememangnya
bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai
seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.

Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dari
kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang
seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sector awam, ia memberi jaminan masa depan
buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko dibuang kerja jika berlaku
kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta.

Di sector ini juga mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga gaji serta kelebihan-kelebihan
lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun
perumahan dan lain-lain lagi.

30. Apa yang dimaksudkan dengan kod ini…. W, N, K, FT dan lain2??

Kod-kod ini sebenarnya merupakan symbol yang merujuk kepada sesuatu bidang kerja atau
jawatan di dalam sektor kerajaan.

34
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

31. Apabeza PKPA dgn PERINTAH AM ???

PKPA atau Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam adalah pekeliling yang dikeluarkan
oleh agensi pusat seperti MAMPU, EPU dan ICU. Pekeliling Perkhidmatan dikeluarkan oleh
JPA manakala Pekeliling Perbendaharaan/ Kewangan oleh Kemeterian Kewangan.

Manakala Perintah Am pula adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan
undang-undang kecil berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya
dan larangan terhadap penjawat awam.

31. Kenapa awk tidak memohon jawatan penolong akautan sedangkan awak berkelayakan?

Saya ingin mula dari bawah untuk lebih mendalami tugas saya nanti. Selain itu sekiranya suatau
hari saya berada di atas, saya sudah maklum dan faham keadaan orang di bawah saya.

32. Apa pandangan awak tentang penganugerahan Datuk kepada Shah Ruk Khan?

Apa yang kerajaan buat mesti ada sebabnya. Anugerah Datuk kepada Shah Ruk Khan
adalah sesuai kerana dia telah memperkenalkan Negara kita kepada negara dia dan dunia.

33. What you can do if you get this job

I will do my best for this kind of responsibility and give a full commitment towards it. I also will
proof that I am the best candidates for this position through my performance soon.

35
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

34. Terangkan skopkerja/tugasa pembantu tadbir (p/o)

1)Asas Pengendalian Majlis Rasmi

2)Asas–asas Teknologi Maklumat

# Microsoft Word
# Excel
# Power Point
# Access

3) Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

(a) Aspek-aspek Keselamatan


# Ancaman keselamatan dan tanggungjawab pegawai
# Keselamatan fizikal
# Keselamatan dokumen
# Keselamatan peribadi

(b)Aspek-aspek berkaitan Perkhidmatan


# Perkhidmatan pelanggan
# Pengurusan surat-menyurat
# Sistem pengurusan fail dan rekod

(c) Aspek-aspek berkaitan Pentadbiran Awam


# Program meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter dan pelanggan
# Tatacara pengurusan mesyuarat dalam perkhidmatan awam
# Aktiviti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan 5S
# Penyediaan/pematuhan/pengemaskinian manual prosedur kerja
# Urusan layanan melalui telefon

4) Kemudahan Perkhidmatan

# Elaun dalam perkhidmatan


# Cuti dalam perkhidmatan
# Rumah Kerajaan dan Bangunan Pejabat
# Rawatan Perubatan
# Tatatertib dan surcaj
# Lain-lain kemudahan

5) Asas Pengurusan Kewangan


Tatacara pengurusan kewangan Kerajaan

36
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

i. Pengurusan Akaun Awam


# Penerimaan
# Bayaran
# Sistem Belanjawan Negara

ii. Perolehan Kerajaan


# Bekalan
# Perkhidmatan
# Kerja

iii. Pengurusan Aset


# Inventori
# Tatacara hapus kira
# Tatacara pelupusan aset

iv. Pengurusan Stor


# Verifikasi stok
# Pemeriksaan stor

35. Apakah tugas-tugas pembantu tadbir

Tugas Pembantu tadbir ialah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian

dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi
(termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian
peralatan perhubungan/komunikasi).

36.Apakah elaun tetap?

Elaun tetap ialah semua jenia elaun yang mempunyai elaun tetap. Sebagai contoh, elaun
khidmat awam, elaun perumahan. Elaun wilayah, elaun kerajaan. Elaun kritikal, elaun
khas kementerian dan sebagainya.

37
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

37. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu
bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa
penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di
bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan
sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan
berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana
termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan


Persekutuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

1. Melantik

2. Mengesahkan Dalam Perkhidmatan

3. Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen

4. Menaikkan Pangkat

5. Menukar

6. Menjalankan Kawalan Tatatertib

38. Apakah peranan-peranan yang dimainkan oleh SPA?

Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara,


kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan
anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi
perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-
kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C
dan D JKK).

38
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan,


melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau
menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga
memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran
Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-
jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam


tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira
sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim
perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan
yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap
pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke
jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi
(promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu
Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga
Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-
peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

39
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

39. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan
untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap
yang tertinggi?

Saya akan mengadakan sebuah pertandingan, iaitu “ Staff of the Month” di mana beberapa
beberapa criteria dinilai dan menjanjikan hadiah yang lumayan. Tujuannya adalah untuk menilai
prestasi bulanan seterusnya memberi semangta motivasi yang tinggi kepada pekerja.

40. Could you explain the things that can motivate you?

There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every
task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that
motivates me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly review my goals
and like to see tangible results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not
moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I
like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.

41. Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut
memerlukannya?

Ya, saya bersedia sekiranya diarahkan oleh majikan saya kerana saya tahu bahawa apabila
menjadi pekerja ini haruslah mematuhi arahan yang diberikan oleh syarikat selagimana tidak
membawa kepada keburukan dari segi agama atau kepada syarikat itu sendiri.

42. Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?

Ya, saya menyukai kerja secara berpasukan kerana boleh menerima pandangan daripada orang
lain dalam melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan akan lebih teratur dan berhasil dnegan baik

40
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

apabila kita bekerjasama dengan orang lain. Walaupun begitu, saya juga tidak kisah jika
diberikan kerja secara bersendirian keran a itu boleh menjana mind asaya untuk bekerja
dnegan lebih kreatif dan kritis.

43. Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?

Ya, saya suka dan tidak kisah jika diberi kerja tambahna atau selain itu.

44. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan
rakan sejawatan dan penyelia anda?

Saya akan menunjukkan keterujaan saya dan semangat yang positif dalam memulakan tugas
yang di amanahkan. Saya akan cuba mendekati mereka dan menyapa mereka dan
menunjukkan bahawa saya mudah untuk bergaul dengan semua orang.

45. Setakat yang anda tahu, apakah tugas-tugas yang bakal dipikul oleh anda jika anda
diterima di Jabatan&Kementerian ini?

Saya akan bergantung kepada jawatan yang saya pohon. Sudah pasti saya akan
menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang bakal diberikan dan mengulangkaji terlebih
dahulu terhadap jawatan yang ditawarkan.

41
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

PENYELESAIAN
MASALAH

42
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan anda dan
bolehkah anda menerima kritikan tersebut?

Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka. Saya
berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan
sudah biasa dengan kerja tersebut.

Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada hasil kerja
saya. Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya.
Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan bawahan saya dan
merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke
tahap yang optimum.

2. Sebagai seorang yang pernah bekerja di syarikat swasta dalam bidang anda, bagaimanakah
anda boleh menggunakan pengalaman tersebut dalam perkhidmatan awam jika anda
diterima jawatan ini?

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman tersebut
dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta
yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang berkualiti, tepat
pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita maklum, syarikat swasta amat
mementingkan keuntungan dan kerana itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat
keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap
seperti itu, di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa
mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.

43
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

3. Dengan mengambil kira beberapa kos penyelewengan dan rasuah dalam pelaksanaan
projek-projek pembangunan di Negara ini, apakah sumbangan anda bagi membaiki imej ini
jika anda diterima memegang jawatan ini?

Sekiranya saya diterima untuk mengisi jawatan ini, saya akan memastikan setiap kerja yang
dilaksanakan mengikuti produser / peraturan / speksifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Setiap kerja yang dibuat perlu ada rekodnya bagi tujuan pembuktian dan disahkan oleh mereka
yang terbabit. Kedua, saya akan mengelakkan dari sebarang cubaan yang cenderung ke arah
rasuah seperti belanja makan, pemberian hadiah, dan lain-lain. Selain itu, saya akan
memastikan kerja-kerja staf sokongan dipantau bagi mengelakkan penyelewengan di mana
mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab. Dan yang paling penting sebagai orang Islam,
penerapan ajaran Islam semasa bekerja yang mementingkan kejujuran, amanah,
tanggungjawab dan juga keikhlasan. Kerja itu satu ibadah, jadi kita perlu melaksanakannya
dengan sepenuh hati.

4. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan
kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?

Sebagai seorang penjawat awam yang cergas dan tinggi produktivitinya, kita patut
mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu mengurangkan pengambilan gula, lemak, garam, dan
makanan rapu dan melebihkan senaman/aktiviti sosial di masa lapang. Badan yang sihat akan
melahirkan minda yang cergas dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi. Jika badan
tidak sihat / sakit bagaimana kita mendapatkan minda yang cerdas. Orang ada mengatakan satu
slogan “Badan Sihat Minda Cerdas”.

44
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

5.Apa pandangan anda jika saya katakan bahawa seseorang pegawai yang berkualiti adalah
mereka yang beriman dan berpandukan ajaran agama?

Ya, saya bersetuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, ajaran Islam menerapkan bahawa setiap
kerja yang dilakukan adalah ibadah, jadi kita sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa
memerhatikan setiap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita takut untuk membuat jahat seperti
menipu, rasuah, dan lain-lain. Dengan itu, kerja yang dilakukan dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab akan melahirkan produk yang berkualiti. Produk yang berkualiti menunjukkan
pekerja yang berkualiti.

6. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif
dalam jabatan sekiranya anda diterima?

Untuk menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan senang hati, setiap
anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja yang seimbang dalam mewujudkan rasa diri
masing-masing adalah penting untuk jabatan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembahagian
tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap
anggota pasukan. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan situasi kerja yang lebih
baik dari masa sebelumnya.

7. Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?

Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum masanya. Saya
menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut,
ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga, saya menganggap
cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang wujud akan berkurang dengan anggapan
seperti itu.

45
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

8. Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?

Pada saya, kedua-duanya sangat penting. Dengan kreativiti, kita dapat mengembangkan
sesuatu tugasan dan disertakan bersama dengan kecekapan. Tanpa kecekapan kreativiti juga
sukar dilaksanakan. Jadi kedua-duanya perlu ada dalam kerja kita.

9. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin?

Sebagai seorang pemimpin, kita perlu memiliki sifat berkepimpinan seperti berani, tegas,
bertolak ansur, rajin, berdisiplin dan juga menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam pimpinan
tersebut. Tun Dr Mahathir adalah idola saya dalam ilmu kepimpinan.

10. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja
anda?

Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah tersebut,
kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di ambil tahu dalam
menyelesaikan masalah di tempat kerja.

11. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai atasan anda. Semua fakta telah
didokumentasikan dan disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi pegawai atas tersebut
memberikan komen bahawa laporan anda salah. Apakah yang anda akan lakukan?

Saya perlu mengambil semula laporan tersebut dan akan menyemak semula sama ada saya
perlu membuat pembetulan semula atau tidak. Jika tiada sebarang masalah, saya akan

46
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

memulangkan laporan tersebut dan akan mempertahankan keputusan yang telah saya buat
seperti dalam laporan.

12. Anda dapati seorang kakitangan bawahan anda yang senior membawa peralatan dari
pejabat ke dalam keretanya. Apakah tindakan anda?

Saya akan pergi kepadanya dan bertanya sama ada dia memiliki dokumen untuk membawa
peralatan tersebut atau tidak. Jika tiada, saya akan laporkan kejadian itu kepada ketua jabatan
saya.

13. 1 ekar bersamaan dengan berapa hektar?

1 ekar bersamaan dengan 0.4047 hektar.

14. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi, bagaimana awak hendak tegur?

Pada pendapat saya, saya akan menegurnya secara berhikmah sepertimana saya hendak orang
menegur saya denagn cara yang lembut.

Saya akan memanggilnya secara peribadi dan santai dan mengingatkannya bahawa tidak salah
untuk keluar minum, namun seseorang pekerja itu harus amanah pada masa kerjanya.

Saya juga boleh mencadangkan padanya untuk menyediakan bekalan air, ataupun sabar untuk
menanti waktu rehat tengah hari.

15. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan org bawahan kamu, bagaimanakamu
hendak tahu sama ada dia menipu atau tidak?

Saya akan merujuk kepada resit/penyata atau sebarang dokumen hitam putih yang ada
pengesahan bahawa benar dia membuat tuntutan perjalanan tanpa sebarang penipuan.

47
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

16. Sekiranya staf kita bertolak dari Perlis ke Pulau pinang jam 7 pagi dan sampai Pulau
Pinang jam 5 petang, adakah kamu akan meluluskan tuntutan staf tersebut?

Secara logiknya, perjalanan ke Pualu Pinang hanyalah memakan masa 2-3 jam sahaja, jadi
sudah terang lagi bersuluh bahawa pegawai saya tersebut menipu. Hal ini kerana perjalannanya
telah mengambil masa hingga 10 jam. Oleh itu, saya tidak akan meluluskan tuntutannya.

17. Mengenai perolehan, sekiranya jabatan kamu ada buat conference.then, tiba-tiba

stationary untuk conference itu tidak cukup sebagai contoh kertas, pen dan sebagainya.

Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini sebagai penolong pegawai tadbir?

Saya akan cuba keluarkan dan dahulukan duit sendiri terlebih dahulu untuk beli semua
kelengkapan itu dan akan memberikan resit untuk “claim”.

18. cukup ke duit awak nak beli smua peralatan sebab kos dia ribu2..?

Sekiranya kosnya begitu tinggi, saya akan minta bantuan jabatan lain di bwh organisasi saya itu
untuk menolong dan juga di samping itu kita kena beritahu pihak atasan tentang masalah ini
dan juga cari jalan untuk menyelesaikan kekurangan itu..

19. Sila pilih satu daripa 5 rukunegara tu dan kaitkan dgn tugas sebagai pen pegawai

tadbir?

Saya memilih kepercayaan kepada tuhan. Mana-mana agama sekalipun menuntut kita untuk
berbuat baik tanpa mengira masa, situasi dan tempat. Sebagai seorang islam, kita mesti
melaksanakan tugas yg diamanahkn dengan berpegang kepada prinsip Islam, jujur dalam segala
perbuatan dalam pekerjaan, menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) kerana

48
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

jika kita menjaga hubungan dengan Allah sudah pasti hablu minannas (hubungan sesama
manusia) antara pegawai atasan dan bawahan berjalan dgn baik.

20.Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur


kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda
ulas sedikit tentang ini?

Dalam terjemahan bahasa Melayu ia bermakna Indeks Prestasi Utama. Dalam pengertian
pengurusan yang mudah, KPI banyak digunakan dalam mengukur sejauh mana keberkesanan
sesebuah organisasi atau individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat
serta objektif yang diberikan kepadanya.

Biasanya, sesebuah organisasi dan perniagaan menggariskan beberapa KPI yang perlu dinilai
kemajuannya. Penilaian sesebuah perniagaan, misalnya ialah untuk melihat sama ada
untungnya meningkat dan tahap kepuasan pelanggannya juga turut meningkat.

Ini bermakna, keuntungan dan kepuasan bergerak seiring.Untung yang dibuat, secara sah,
haruslah berbaloi mengikut kehendak dan kaca mata pelanggan. Tahap kepuasan pelanggan
tidak boleh diketepikan, kerana jika pelanggan tidak puas, sokongan mereka akan merosot. Jika
sokongan merosot, perniagaan itu juga akan merosot. Pelanggan perlu berpuas hati dengan
wang yang dibelanjakan untuk produk atau perkhidmatan itu, walaupun harganya sedikit
mahal.

Begitu juga dalam pentadbiran kerajaan - ia juga mempunyai pelanggannya yang tersendiri
yang perlu dipuaskan. Perkara kecil boleh jadi besar jika ia tidak ditangani dengan betul. Bagi
politik - pelanggannya ialah rakyat atau pengundi. Jika pelanggan itu puas hati, jumlah kerusi
dalam Parlimen juga akan merosot. Begitulah sebaliknya.

49
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

21. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda
boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

Saya sanggup untuk menghadiri dan berusaha untuk mendapatkan jawatan ini juga membukti
komitmen dan kesungguhan saya. Selain itu saya betul-betul berminat dengan jawatan ini dan
sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat, adalah mustahil untuk saya berhenti dari
pekerjaan ini. Bekerja di sektor kerajaan ini mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contoh dari
segi elaun, kenaikan gaji juga pangkat serta peluang pinjaman pelajarn juga perumahan. Oleh
itu saya berharap pihak Tuan tidak perlu risau saya akan keluar ke sektor swasta semula kerana
tindakan itu bagi saya adalah lebih merugikan.

22. Sekiranya berlaku gejala rasuah di tempat kerja anda, apakah tindakan yang perlu dibuat
jika berhadapan situasi sebegitu?

Pertama sekali saya akan melaporkan kepada pegawai atasan yang tidak terbabit dalam
masalah itu. Untuk seterusnya, sekiranya tidak dapat atau sukar dibanteras, saya akan
melaporkan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bagi menjalankan siasatan kerana saya
juga tidak ingin bersubahat dengan mengembangbiaknya gejala seperti ni.

23. Anda telah mempunyai pengalaman kerja berpuluh- puluh tahun. Bagaimanakah caranya
untuk anda menegur pegawai atasan yang baru setahun jagung di alam pekerjaan?

Saya akan membuat “appointment” khas secara peribadi berkenaan hal kerja terlebih dahulu.
Sebagai permulaan saya akan katakan “Sebagai orang lama, sudah tentu saya akan menegur
berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja dengan ramai pegawai atasan sebelum ini
dan saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama pihak encik.” Kemudian saya akan
katakan “saya menghargai dan apa yang dilakukan oleh encik adalah yang terbaik dan sudah
pasti ianya untuk kebaikan ramai pihak. Namun, pada pendapat saya adalah lebih baik
sekiranya pihak tuan melaksanakan kerja mengikut pengalaman dan juga contoh pegawai-

50
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

pegawai sebelum ini yang telah terbukti Berjaya mengikut prosedur yang ditetapakn oleh
jabatan”.

25.Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi, bagaimanakah
anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada anda?

Apabila menghadapi situasi seperti ini, lagkah pertama ialah menegur mereka dengan lemah
lembut dan sopan. Jika boleh saya tegur di kawasan yang menyenangkan seperti di restoran
sambil membelanjanya minum. Saya akan bertanya sekiranya mereka mempunyai sebarang
masalah. Saya lebih suka menggunakan panggilan yang mesra kepada mereka yang mereka dan
melayan mereka seperti sahabat-sahabat saya dan saya akan berbincang secara baik dengan
mereka demi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja mereka. Secara tidak langsung, saya
juga akan dihormati mereka.

26. Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah
anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang
mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?

Pertamanya saya akan tunjukkan kepada mereka kepentingan, guidelines, prosedur ataupun
aliran kerja juga standard yang dikeluarkan dan juga ditetapkan oleh Jabatan. Kemudian saya
akan terangkan dengan terperinci perkara tersebut dan seterusnya saya akan saya juga akan
memberikan salinan kepada mereka untuk dirujuk. Oleh itu mereka tiada pilihan lain melainkan
mereka mesti mengikutinya.

27. Bagaimanakah anda menguruskan masa seharian anda? Berikan sistem pengurusan
waktu yang digunakan seharian dan dalam melaksanakan tugas- tugas harian?

Saya akan membuat “to-do list” iaitu dengan menyenaraikan apa yang kita wajib, perlu, dan
perkara yang mesti kita lakukan. Ini adalah kerana sebagai manusia kita sering alpa juga boleh
menjadi cuai dalam masa tertentu. Oleh itu dengan membuat senarai semak tugas ini ia sangat

51
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

membantu. Kemudian saya akan sediakan jadual kerja. Saya juga akan menggunakan sistem
prioritize serta gunakan teknik kuota untuk melancarkan tugasan serta urusan saya

28.Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa
kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan
anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan
pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

saya akan berjumpa dengannya secara peribadi dan memberikan pendapat saya dan cadangan
penambahbaikan serta meminta rsponnya. Selain itu jika diadakan mesyuarat yang berkaitan,
saya akan memberikan idea juga pendapat juga pandangan saya ketika itu.

29. Bagaimanakah tindakan anda dalam menangani stress ketika melakukan tugasan?

Salah satu cara ialah saya akan ke pantri. Kebiasaannya pantri disediakan di pejabat. Oleh itu
saya akan memanfaatkannya dan minum secawan kopi di sana sebentar, ataupun meminumnya
sambil membuat kerja atau juga saya akan merehatkan minda seketika. Saya jugaakan berhenti
dan bertenang, mendengar lagu serta melakukan sedikit senaman ringan.

30. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan
pendapat dengan rakan sekerja anda?

Saya akan mendengar pandangan juga pendapat kedua-dua belah pihak dan menghormati
pandangan mereka. Kemudian saya akan beri pendangan saya pula dengan mengemukakan
fakta yang boleh menyokong hujah saya dan saya akan senaraikan semua pendapat yang timbul
dan kaji satu demi satu dan juga melihat implikasinya samada ia melibatkan kos, masa, dan juga
tenaga. Perbincangn yang dilakukan mestilah tidak melibatkan emosi dan juga mestilah

52
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

dilakukan dengan hati yang terbuka. Saya akan melihat pendapat manakah yang terbaik dan
mendapat persetujuan bersama.

31. Bagaimanaanda menyelesaikan sesuatu masalah?

Perkara asasnya – siasat masalah dengan teliti, tidak mengambil keputusan terburu-buru, rujuk
kepada mereka yang berpengalaman, ambil langkah-langkah proaktif supaya masalah tidak
berulang.

32. Seorang pekerja mengadu bahawa pembayaran gajinya adalah tidak tepat. Bagaimanakah
anda mengesahkan hal ini?

Pertama sekali, kita lihat dahulu slip gaji yang terbaru dan juga bulan yang sebelumnya milik
pekerja tersebut. Jika betul ianya kurang tepat, saya akan bawakan kepada bahagian kewangan.

33. Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi
dua minggu pertama di jabatan ini?

Dalam masa dua minggu tersebut, saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta
berkenalan dengan rakan-rakan baru di tempat kerja dalam dua hingga tiga hari yang pertama.
Seterusnya saya akan mengenal pasti susun atur tempat kerja seperti bilik mesyuarat serta
segala yang berkaitan dengan tempat kerja. Saya juga akan melihat file-file ataupun rekod-
rekod lama, membaca prosedur-prosedur kerja, membuat nota serta bertanya kepada rakan-
rakan yang lain berkenaan tugas dan cara melakukannya.

53
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

34. What would you do to improve government services?

To make an improvement for government services, I will try my best to fulfill all the procedures
with my best 100% and try to solve any issue that arise.

35. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?

Sekiranya sesebuah projek itu gagal, ia akan menyebabkan sasaran yang dikehendaki tidak
dapat dicapai. Selain itu ia juga menyebabkan perancangn yang lain atupun seterusnya
tergugat. Perancangn masa menjadi gagal dan ini menyebabkan kurangnya produktiviti dan
menyebabkan jatuhnya kredibiliti serta kurangnya kepercayaan.

36. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan
pendapat dengan rakan sekerja anda?

Saya akan cuba berbincang dengan dengan rakan tersebut dan berbincang di tempat yang
menenangkan. Saya akan mendengar pandangannya terlebih dahulu dan saya akan kemukakan
pandangan saya. Perbincangan haruslah tidak disertai dengan emosi dan saya akan menerima
sebarang pandanagn juga teguran dengan hati terbuka. Saya akan menasihatnya dan
merasionalkan mengapa saya menegurnya adalah tidak lain tidak bukan demi kebaikkannya
semata-mata.

37. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi
dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda
akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

Sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup bertugas di mana-
mana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan. Saya akan menerima dengan hati

54
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

terbuka dan merasakan bahawa khidmat saya sangat-sangat diperlukan di tempat atau
bahagian lain dan saya begitu menghargainya. Setiap apa yang saya lakukan saya yakin pasti
akan diilai sebagai amalan saya kelak dan saya yakin segala yang ditetapkan pasti mempunyai
sebab dan hikmah. Sekiranya saya dipindahkan, pertamanya saya akan melawat tempat baru
yang bakal saya beri khidmat tersebut, kemudian saya akan merancang perpindahan saya sama
ada rumah, juga sekolah anak-anak saya di sampaing merancang pergerakan untuk
pemindahan tersebut.

55
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

KENEGARAAN

56
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Malaysia Ke-10? Sila terangkan dengan
ringkas.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK10) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi


tempoh 2011-2015. RMK10 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib
Razak di Parlimen pada 10 Jun 2010. Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan
setelah Malaysia melalui fasa 20 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh
Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad semasa membentangkan Rancangan
Malaysia Ke Enam pada tahun 1991.

Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” itu
memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun
berkenaan. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus
kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk
pentadbiran am. RMK10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan
peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah
mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

2. Berapa ramaikah bilangan penduduk Indonesia?

Maaf tuan, saya tidak begitu pasti akan bilangannya. Sepengetahuan saya, Indonesia
merupakan sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk di dunia. Tidak silap saya bilangan
penduduknya lebih kurang 180 juta orang.

3. Bilakah Malaysia melancarkan Tahun Melawat Malaysia?

Tahun Melawat Malaysia 2007 (singkatan VMY 2007) ialah acara besar-besaran yang dianjurkan
di Malaysia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 negara. Ini merupakan edisi

57
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Tahun Melawat Malaysia yang ketiga, selepas dua usaha sedemikian pada tahun 1990 dan
1994. Acara ini dimulakan pada 1 Januari 2007.

4. Bagaimanakah Malaysia menangani musim kegawatan ekonomi pada 2009 yang lalu?

Untuk menangani masalah kegawatan ekonomi, kerajaan telah melaksanakan bajet mini bagi
merangsang ekonomi negara. Bajet mini pada keseluruhannya bersifat komprehensif.
Pengumuman saiz bajet itu juga besar dan menjadi teras sebagai rangsangan menjana ekonomi
negara. Bajet mini itu disediakan untuk memastikan keadaan ekonomi tidak turun dan terus
menguncup. Sebelum saya pergi lebih mendalam, saya ingin katakan bahawa RM60 billion
bukanlah jumlah keseluruhan yang disuntik untuk sistem ini, sebaliknya hanya RM15 billion
untuk perbelanjaan yang nyata bagi tempoh dua tahun, manakala selebihnya adalah
peruntukan di luar bajet seperti rebat pengecualian cukai jaminan bank private ekuiti. Oleh itu,
ia perlu diperjelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan masayarakat mengenainya.
Bagaimanapun, bagi saya pengumuman Bajet Mini itu adalah tindakan bijak kerana ia juga
secara tidak langsung dapat menggalakkan syarikat swasta untuk melabur, termasuk
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mendapatkan pinjaman dan memulakan
perniagaan. Kerajaan juga sebenarnya tidak boleh membelanjakan sebanyak RM60 bilion itu
kerana jumlah defisit pasti tinggi. Untuk RM15 bilion saja, defisit akan menjadi 7.6 peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bayangkan jika RM60 bilion, pasti ia boleh
menjadikan angka yang berganda dan kerajaan juga tidak mampu.

5. Cuba anda terangkan secara ringkas apa itu 1 Malaysia?

1Malaysia a adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,
PMke-6, pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Aspek
utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama

58
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum


dipereratkan bagi jangka masa panjang.

6. Sebutkan nama penuh Perdana Menteri kita dan juga timbalannya?

Perdana Menteri Malaysia adalah Y.A.B. Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
dan Timbalan Perdana Menteri adalah Y.A.B. Dato' Seri Muhyidin bin Yassin.

7. Anda berasal dari Kedah. Anda pasti tahu siapakah Menteri Besar negeri anda?

Menteri Besar Kedah adalah Y.A.B. Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak di mana beliau
mula memegang jawatan pada awal tahun 2008 iaitu selepas pilihanraya umum ke 12.

8. Sebutkan berapa banyak jalur dan warna yang ada pada bendera negara kita, dan
terangkan maksud setiap warna tersebut.

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri
dan 1 negeri persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, pahang, Pulau
Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang
kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak
bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning
pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

59
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

9. Apakah nama Yang dipertuan Agong Malaysia?

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum
Sultan Badlishah dari negeri Kedah dilantik menjadi Yang Di-pertuan Agong buat kali ke-2 untuk
menjadi YDPA ke-14.

10. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga
dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan bermula dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1970

11. Sebutkan 5 dasar-dasar Kerajaan Malaysia?

- Bersih, Cekap dan Amanah

- Dasar Ekonomi Baru

- Dasar Kebudayaan Kebangsaan

- Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk

- Dasar Pandang Ke Timur

- Dasar Pembangunan Sosial

- Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

- Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

- Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia

60
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

- Dasar Perindustrian Negara

- Dasar Sains dan Teknologi Negara

- Dasar Urbanisasi Negara

- Dasar Wanita Negara

- Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam Perkhidmatan


Awam.

- Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

- Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara

- Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

- Penswastaan

- Perspektif Wawasan 2020

- Persyarikatan Malaysia

- Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia

- Sogoshosha Malaysia.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar penswastaan negara?

Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983
apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah
menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan
adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization) iaitu satu proses yang
menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya,

61
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta. Objektif penswastaan negara adalah :

i) Mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan

ii) Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja

iii) Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara

iv) Pembahagian sumber serta kecekapan

v) Mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru.

13. Kamu tahu Malaysia ada tanam epal tak?

Saya tahu. Jika saya tidak silap, Malaysia memiliki ladang epal di Sarawak.

14. Sebutkan dan terangkan rukun negara yang ke 4?

Rukun Negara yang ke-4 ialah Kedaulatan Undang-undang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan
undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-
undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
stabil, dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

62
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

15. siapa ketua pengarah pelajaran negeri anda?

Negeri Perlis - En. Dun Bin Kasa

Negeri Kedah - Encik Mansor bin Lat

Pulau Pinang - Tn. Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin

Negeri Kelantan – Hj Hussain Bin Awang

Negeri Terengganu - En. Zakaria bin Hussin

Negeri Pahang – Datuk Hj Mazlan Bin Mohamad

Selangor - Tuan Hj. Mahmud bin Karim

Negeri Sembilan - Puan Hajah Kalsom binti Khalid

Negeri Johor - En. Mohd Nor Bin A.Ghani

Negeri Melaka - Tuan Haji Kasim Bin Mohamad

Negeri Perak - Dato' Mohd Rauhi bin Mohd Isa, DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT.

Negeri Sabah - Y.Bhg Dr. Hj. Muhiddin Bin Yusin,

Negeri Sarawak - Encik Abdillah Bin Adam

16. lambang bulan sabit pada bendera bermaksud?

Lambing bulan sabit pada jalur gemilang bermaksud melambangkan Agama Islam sebagai
agama rasmi di Malaysia.

63
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

17. warna biru pula bermaksud apa?

Warna biru bermaksud melambangkan erpaduan dan rukun damai rakyat yang berbilang kaum.

18. warna kuning?

Kuning ialah warna diraja iaitu mewakili kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu.

19. Apakah nama bendera malaysia?

Nama bendera Malaysia ialah “Jalur Gemilang”. Perkataan “Jalur” -menggambarkan Bendera
Malaysia yang mempunyai 14 jalur. Jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan
yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari
Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Manakala perkataan
“Gemilang” - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian,
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan
sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara

20. Berapa warna pada bendera Malaysia.

Warna pada bendera Malaysia ada empat iaitu merah, putih, biru, dan kuning.

21. Siapa gabenor bank negara?

Gabenor Bank Negara ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mula meemgang jawatan
tersebut bermula tahun 2000 lagi sehingga kini.

64
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

22. Apakah ibu negeri anda?

• Johor Bahru - Ibu Negeri Johor

• Alor Star - Ibu Negeri Kedah

• Kota Bahru - Ibu Negeri Kelantan

• Melaka - Ibu Negeri Melaka

• Seremban - Ibu Negeri Negeri Sembilan

• Kuantan - Ibu Negeri Pahang

• Ipoh - Ibu Negeri Perak

• Kangar - Ibu Negeri Perlis

• Georgetown - Ibu Negeri Pulau Pinang

• Kota Kinabalu - Ibu Negeri Sabah

• Shah Alam - Ibu Negeri Selangor

• Kuching - Ibu Negeri Serawak

• Kuala Terengganu - Ibu Negeri Terengganu

23. Apa nama Sultan Negeri Anda?

Negeri Johor D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Negeri Kedah SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL


HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Negeri Kelantan SULTAN MUHAMMAD V

65
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Negeri Melaka T.Y.T TUN DATUK SERI UTAMA MOHD KHALIL BIN YAAKOB

Negeri Sembilan YANG DI-PERTUAN BESAR TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU
MUNAWIR

Negeri Pahang SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'AIN BILLAH IBNI AL-MARHUM
SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

Negeri Perak DULI YANG MAHA MULIA SULTAN AZLAN SHAH MUHIBBUDDIN SHAH

Negeri Perlis DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL

Negeri Pulau Pinang T.Y.T. TUN DATO’ SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI
ABBAS

Negeri Sabah T.Y.T TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH

Negeri Selangor DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

Negeri Sarawak T.Y.T TUN ABANG MUHAMMAD SALAHUDDIN ABANG BARIENG

Negeri Terengganu SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL
MUKTAFI BILLAH SHAH

24. Apakah yang anda tahu tentang Rancangan Malaysia?

Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan


Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini
adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas
Perang Dunia Kedua.

66
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

25. Kita sekarang sudah masuk Rancangan Malaysia ke berapa?

Kini kita telah berada dalam Fasa Rancangan Malaysia Ke Sepuluh

26. Senaraikan 5 kementerian dan nama menteri tersebut

Kementerian Kewangan

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kementerian Pelajaran

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

67
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

27. Apakah yang anda faham dengan 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa
Perdana Menteri Malaysia?

Gagasan 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat


pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati
sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman
dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Apa yang saya faham ialah konsep mahupun gagasan ini adalah merupakan dasar untuk
menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan.

28. Mengapa ada sesetengah dari rakyat Indonesia yang memiliki sikap anti-malaysia
sehingga mereka melaung-laungkan ungkapan “ganyang Malaysia”. Apakah komen anda
berkenaan isu ini?

Ini adalah disebabkan oleh peranan media itu sendiri yang sering menanam rasa benci terhadap
Malaysia. Media mereka telah dipolitikkan oleh puak-puak yang tidak suka dengan Malaysia.
Pada pedapat saya pihak kerajaan Indonesia sepatutnya memantau media-media mereka agar
tidak mengkontroversikan isu-isu yang boleh menganggugugat kestabilan hubungan dua hala
antara kedua buah Negara.

29. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Ke sepuluh

Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan


Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.
Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang

68
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan
ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi
berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan
negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi

30. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem
giliran dan tarikh kelahiran Agong.

Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh
Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah
Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap
lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong
bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong
hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah.

Untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda hendaklah merupakan Raja yang
memerintah di salah sebuah daripada sembilan buah negeri persekutuan iaitu Johor, Pahang,
Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan. Yang di-Pertuan
Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan tatacara yang ditetapkan dalam Jadual
Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

69
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

31. Sila senaraikan nama menteri Malaysia dan juga timbalannya?

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

70
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

32. Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?

YAB DATO' SRI DIRAJA ADNAN BIN YAAKOB

Menteri Besar Pahang,

YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR

Menteri Besar Perak,

YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID

Menteri Besar Terengganu,

YAB DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU

Menteri Besar Perlis,

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Menteri Besar Selangor,

71
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

Menteri Besar Negeri Sembilan,

YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN

Menteri Besar Johor,

YAB DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan,

YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK

Menteri Besar Kedah,

YAB TAN SRI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD

Ketua Menteri Sarawak,

YAB TUAN LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang,

YAB DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM

Ketua Menteri Melaka,

72
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN

Ketua Menteri Sabah,

33. Nyatakan nama setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada
Negara?

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Bapa Kemerdekaan

Beliau merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai
kemerdekaan dan keharmonian Negara dengan Gagasan Malaysia ke London. Kewibawaan
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah
apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak
British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman
komunis semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya
pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955
antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Bapa Pembangunan

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan
kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga
berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat
antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan.

73
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran
suatu ketika dahulu adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar
pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah
Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil
usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu
padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa
penghantar utama.

Selain itu, Beliau telah membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan
melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan
gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis
dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis
disytiharkan tamat pada tahun 1960.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah melancarkan Relawan Rakyat (RELA)
dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat. Setelah berjaya menangani
'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan
pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun
memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi
buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar
bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan
prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta
ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000
ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka

74
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku
Merah'.

Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya
yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang
dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok
1966 dan Rundingan Manila 1963.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan
keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara
dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara
digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Allahyarham ditubuhkan dan mengambil alih
pentadbiran kerajaan.

Sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah
pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk
menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara
secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam
kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya
meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta
pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar
membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-
musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca
ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum.

75
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun negara.

Tun Hussein bin Dato' Onn

Bapa Perpaduan

Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus
meningkat maju. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan


dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam
Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa
pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar
semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran
komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari
Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar
dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi
Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia
berkembang dari segi ekonomi dan sosial.

Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan
taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein

76
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu
dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan
Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya.

Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang
keamanan yang kukuh.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bapa Pemodenan

Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan meninggikan taraf
perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah. Pengenalan
sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membuka mata
masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyat untuk
`Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara
berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang berani
menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.

Menyusul selepas itu ialah kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk
sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan
kakitangan Kerajaan. Barangkali, sumbangan Dr Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan
inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang
berasaskan industri, pada pertengahan 1980an.

Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju (seperti terbukti
dengan penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985),
Dr Mahathir memperkenalkan pula slogan "Malaysia Boleh" – yang pada hakikatnya bukan
sekadar slogan kosong yang mahu mengatakan keupayaan Malaysia melakukan apa sahaja.

77
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Lebih dari sekadar slogan, Malaysia Boleh adalah konsep yang digunakan sebagai salah satu
strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh
peluang dan kesempatan. Lebih penting, konsep Malaysia Boleh adalah pernyataan keyakinan
yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat
Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang
menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf
negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang
meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral
dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.

Pada 1996 Dr Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian
mundur, kali ini ke arah Zaman Maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia
(MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah
peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia – yang akan membawa negara ke taraf negara
maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan
elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.

Di satu hujung MSC terletak Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala di satu
hujung lagi adalah KLCC, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi
di dunia, Menara Berkembar Petronas. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat-
penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, dan Putrajaya, bandar pintar pertama di
dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Kesemua projek berbilion-ringgit ini, dan
juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti
Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia,
kerap menghadapi kritikan sewaktu ianya mula dilaksanakan. Namun Dr Mahathir bukanlah
seorang yang berpandangan cetek, seperti katanya baru-baru ini: "Kita sudah biasa dengan
orang yang mengatakan apa yang kita buat itu salah, tapi kini telah terbukti mereka patut
menarik balik kata-kata mereka pada hari kemudian."

78
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Bapa Pembangunan Modal Insan

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan
memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat
untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan
rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh

orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa
perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu,
pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Beliau juga telah
memisahakan campurtangan di antara Kuasa Eksekutif juga Legislatif.

Sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang
ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan
yang ditekankan oleh Dr Mahathir. Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan
dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam
pasukan polis.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005,
beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

79
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

Bapa Transformasi

Meneruskan kesinambungan kepemimpinan Malaysia yang sedang meniti arus kepesatan


pembangunan dan kemakmuran . Perdana Menteri Ke-6 ini mempunyai misi dan visi untuk
memastikan Malaysia terus berada pada tahap terbaik dari segi ekonomi, politik, sosial dan
pembangunan.

Agenda kepemimpinan Beliau jelas dalam setiap pendekatan yang dilaksanakan beliau apabila
memberikan fokus dalam semua aspek tanpa ada pihak yang merasa diketepikan dan terpinggir
dari arus pembangunan. Malah, konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian.
Diutamakan yang diperkenalkan Najib ketika mengambil alih pentadbiran negara membuktikan
komitmen beliau untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Keselamatan dan keamanan Negara

Sebaik saja menerajui kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan
sulungnya yang disiarkan menerusi TV1, mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Pada tarikh yang sama iaitu 3 April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan
menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan
sebelum itu. Langkah itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa.

Sosial dan kemasyarakatan serta pembangunan

Menyedari pentingnya perpaduan bagi sesebuah negara, kempen 1Malaysia: Rakyat


Didahulukan Pencapaian Diutamakan dilancarkan pada 5 April 2009.

80
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Selepas mentadbir selama 100 hari, Perdana Menteri turut mengumumkan 11 langkah mesra
rakyat termasuk diskaun untuk pengguna jalan bertol, menjual 44,000 unit rumah kos rendah
kepada mereka yang menyewanya menerusi Program Perumahan Rakyat, 50 peratus diskaun
bagi pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan, peruntukan RM150 juta
menerusi skim Tekun dan tambahan RM15 juta khusus untuk usahawan muda kaum India.

Selain itu, lebih daripada 7,000 permit teksi individu diluluskan dengan 3,000 lagi bakal
diluluskan tiga Setahun Perdana Menteri Sabtu, 3 April 2010 bulan dari tarikh itu, pencegahan
jenayah dan mempercepatkan pendaftaran kelahiran dengan 92 peratus daripada 36,000
permohonan di Sabah dan 80 peratus daripada 19,000 permohonan di Sarawak diluluskan.

Hadiah mesra rakyat itu termasuk menyelesaikan permohonan kewarganegaraan dengan 45


peratus daripada 34,000 kes berjaya diselesaikan, meningkatkan prasarana di kawasan luar
bandar, mengurangkan kos bagi mendapatkan lesen motosikal berkuasa bawah 250 cc dan
mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Beliau turut mengumumkan pengagihan RM100 juta dalam bentuk amanah saham secara
percuma kepada golongan miskin terutama miskin tegar di bandar bagi tujuan pelaburan untuk
membantu menambah pendapatan mereka.

Selain itu, seramai 1,000 keluarga miskin tegar membabitkan 5,000 orang di seluruh negara
akan menyertai Program Sejahtera, iaitu inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar
secara holistik dan pelaksanaan program PINTAR di peringkat nasional membabitkan sekolah

dan GLC.

Salah satu lagi komitmen kerajaan yang berjaya dijadikan kenyataan ialah penubuhan Klinik
1Malaysia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai terutama yang berpendapatan
rendah menjalani rawatan dengan kos rendah iaitu hanya RM1 dan lokasinya terletak di
kawasan kejiranan serta waktu operasinya dilanjutkan hingga lewat malam.

81
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Bagi merapatkan jurang sosio ekonomi ke arah memenuhi nilai aspirasi 1Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak turut mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) untuk menguruskan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM100 juta.

Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan pelancaran Tabung
Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP 1Ma laysia) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat
berpendapatan rendah di ibu kota, terutama mereka yang mendiami rumah kos rendah milik
swasta dengan peruntukan daripada agensi kerajaan dan swasta berjumlah RM37.6 juta.
Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyediakan peruntukan
sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek
pembangunan di negeri itu terutama di kawasan luar bandar.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan khas RM35 juta untuk tiga
projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah
Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu, Sarawak. Peruntukan itu termasuk RM18 juta bagi
memperbaiki empat rumah panjang di Nanga Janggau, Nanga Ngungun, Nanga Skuau dan
Nanga Tada yang mempunyai 1,422 penghuni.

Pentadbiran

Dalam usaha mengukuhkan lagi integriti negara, Datuk Seri Najib Tun Razak turut
memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) pada 9
April 2009 dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi
dan Penyampaian (Pemandu).

Enam bidang utama dalam NKRA ialah memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman,
menambah baik pengangkutan awam, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,
memerangi rasuah, mengurangi kadar jenayah dan kadar kemiskinan.

82
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Perdana Menteri turut mengumumkan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan demi


kepentingan rakyat dan memanfaat proses menyuburkan bakat sektor awam dan sektor swasta
serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mencadangkan jawatan utama sektor awam
dibuka kepada bakat daripada sektor swasta dan GLC selain Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik (PTD).

Perdana Menteri turut melancarkan pelan induk pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) yang berkaitan dengan enam NKRA pada 27 Januari lalu. Pelan itu susulan janji Perdana
Menteri untuk membawa perubahan lebih ketara bukan saja kepada ekonomi dan sosial, malah
sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam kerajaan supaya lebih berupaya untuk
memajukan negara.

Perdana Menteri juga telah menggariskan empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh
pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun ini, iaitu gagasan
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan
(GTP); Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Ekonomi dan kewangan

Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme
pelaksanaannya. Seterusnya dalam masa yang terdekat, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan liberalisasi 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti
tempatan satu langkah drastik yang berani, tetapi dilihat menepati keperluan untuk mendepani
keadaan ekonomi global yang agak muram sekarang.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara pada
27April 2009. Selain itu beliau turut mengumumkan garis panduan pelaburan secara
komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

83
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Sejarah negara telah terlakar dimana apabila Perdana Menteri buat kali pertama buat ketika itu
membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran
Bersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion itu berteraskan tiga strategi, iaitu memacu negara
ke arah ekonomi berpendapatan tinggi; memastikan pembangunan holistik dan mapan serta
mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang
menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik bagi merealisasikan program transformasi
ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum.

Luar Negara

Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan pertama ke luar negara dan mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva di selatan Thailand dan berjanji
bekerjasama untuk menyelesaikan konflik Selatan Thailand.

Sumbangan beliau bukan saja tertumpu di dalam negara, bahkan berjaya menarik pelabur ke
Malaysia. Sempena lawatannya ke Abu Dhabi pada 21 Julai tahun lalu, Najib mengumumkan
inisiatif utama Kerajaan Abu Dhabi membabitkan pelaburan AS$1 bilion (kirakira RM3.5 bilion)
di Malaysia dalam sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti.

Pada 30 September 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan kerjasama ekonomi antara
Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama dengan modal AS$2.5 bilion
(RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta
membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand pada 26 Oktober lalu di
bawah pemerintahan Najib turut menjadi mercu tanda penting dalam peningkatan
perdagangan serta pelaburan membabitkan kedua-dua negara, sekali gus memperkukuhkan

hubungan tradisi yang sedia terjalin.

84
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Teknologi dan inovasi

Dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Majlis Teknologi Hijau ditubuhkan bagi

mempromosikan teknologi hijau dan amalannya.

Kelahiran Pasukan F1 1Malaysia yang hampir 100 peratus digerakkan teknologi dikendalikan
anak tempatan bakal melakar nama negara dalam bidang pemotoran. Idea Perdana Menteri itu
terlaksana dan membuktikan keupayaan rakyat Malaysia membangunkan teknologi automotif

bertaraf F1 melalui gabungan kepakaran Proton dan Lotus. Ia juga hasil penggemblengan
kepakaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Composite
Technology Research Malaysia Sdn Bhd.

Pengumuman kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baru
termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai
jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan
terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

Pada 29 Oktober 2009, Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan
Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber
komersial baru negara.

Ketika mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Bioteknologi sempena


Persidangan Bio Malaysia 2009 pada 16 November lalu, Perdana Menteri berkata Malaysia
menyasarkan untuk menambah jumlah syarikat berstatus BioNexus kepada 185 menjelang
2011 daripada 135 syarikat ketika ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan komitmen Malaysia pada Persidangan Perubahan Iklim
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark pada 17 Disember lalu, bahawa

85
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

negara akan mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan karbon
atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005.

Malah, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) diperkenalkan yang juga satu lagi manifestasi
komitmen kerajaan terhadap usaha memajukan sektor berkenaan di negara ini pada masa
depan. Ia juga sejajar akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi
mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara
persekitaran untuk generasi akan datang.

Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan
menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus
menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

Malah, Perdana Menteri turut mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara
(NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada
negara maju.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana
perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada
peningkatan ekonomi negara.

Pendidikan

Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula 25 Januari lalu apabila 20 daripada
10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kriteria tertentu
termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

86
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

34. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak-hak kemanusiaan oleh
negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang
boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa
yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??

Pihak Malaysia boleh menyokong Aung San Suu Kyi dengan menyerahkan satu memorandum ke
Kedutaan Myanmar terutama bagi membantah penggunaan kekerasan melampau oleh pihak
tentera kerajaan Myammar.

Kita juga boleh menyatakan harapan kita ingin Myanmar yang maju, yang aman, damai dan
bebas dapat diteruskan sehingga kerajaan atau junta tentera di negara terbabit dapat
membebaskan pemimpin yang telah dipilih secara demokratik iaitu Aung San Suu Kyi. Dan kita
mahu kerajaan junta tentera ini menghentikan serta merta sebarang tindakan yang menindas
atau pun menyerang rakyat Myanmar sendiri.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap pada Perhimpunan
Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini pernah menggesa dengan mengkritik tindakan
junta tentera yang menahan dan bertindak ganas terhadap demonstrasi aman yang diadakan
oleh sami Buddha negara terbabit. Kita juga mesti menekankan bahawa pentingnya
memorandum ini untuk mereka ambil perhatian serius.

35. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

• Dasar Sosial Negara

• Dasar Warga Tua Kebangsaan

• Dasar Kebajikan Masyarakat Negara

• Dasar Wanita Negara

• Dasar Orang Kurang Upaya

87
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

• Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara

• Dasar Kanak-Kanak

• Antartika

• Bersih, Cekap dan Amanah

• Dasar Ekonomi Baru

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk

• Dasar Pandang Ke Timur

• Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

• Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

• Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

• Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia

• Dasar Perindustrian Negara

• Dasar Sains dan Teknologi Negara

• Dasar Urbanisasi Negara

• Dasar Wanita Negara

• Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam


Perkhidmatan Awam

• Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

88
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

• Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara

• Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

• Penswastaan

• Perspektif Wawasan 2020

• Persyarikatan Malaysia

• Pelan Induk Perindustrian

• Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia

• Sogoshosha Malaysia

• Third National Agricultural Policy ( 1998 - 2010 )

• Dasar Sosial Negara

• The National Telecommunication Policy ( 1994 - 2020 )

36. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?

Kata kerajaan Malaysia, dengan menghapuskan atau memotong subsidi kerajaan, inilah
merupakan cara yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan dan hasil subsidi ini terus dinikmati
oleh golongan mewah.

Saya bersetuju dengan sebuah kenyataan di dalam sebuah rencana dari Akhbar Utusan suatu
ketika dahulu di mana Subsidi tidak perlu diberi kepada mereka yang kaya, tidak perlu diberi
kepada rakyat asing yang datang isi minyak kereta di sini atau yang duduk di sini. Subsidi perlu
diberi kepada mereka yang miskin dan daif dan penguatkuasaan atas pemberian ini perlu tegas
dan praktikal.

89
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

37. Ada berapa peringkat kerajaan dalam malaysia ni? Sebut kan.

Terdapat 3 peringkat kerajaan di Malaysia iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan negeri &
kerajaan tempatan

38. Apa beza ISA dan OSA..?

ISA (Internal Security Act) atau dalam bahasa melayu - Akta Keselamatan dalam Negeri
merupakan undang-undang tahanan yang diasaskan pada 1960 dan sedang berkuatkuasa di
Malaysia. Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut
tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau
mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi
selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus
membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Manakala Official Secret Acts (British) diperkenalkan pada tahun 1911, tujuan utama undang-
undang ini adalah untuk menyekat aktiviti-aktiviti perisikandari negara musuh pada masa itu.
Namun undang-undang tersebut telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluannya
dari semasa kesemasa. Namun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menahan/mengawal mereka
yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kemusnahan kepada negara,
terutamanya pegawai yang terlibat dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

39. Sebutkan salah satu pertubuhan antrabangsa yang ada dan fungsinya?

salah satu pertubuhan antarabangsa ialah Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC ( ___ _ _____
____ ; Organisation of Islamic Cooperation) merupakan satu organisasi antarabangsa di
kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia

90
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika, Caucasus, Asia
Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan.

Kita dapat mengetahui fungsinya dengan melihat keputusan yang telah dibuat oleh mereka
bersama bagi mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan
suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di
seluruh dunia.

Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun
2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: ____ ___ _ _____)
kepada Pertubuhan Kerjasama Islam

40. Apa beza DUN dan PARLIMEN?

Dewan Undangan Negeri terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua
negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan
mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama
lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua
Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum
mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.

Manakala Parlimen pula merupakan badan perundangan kebangsaan, berdasarkan sistem


Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
(atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara
diberi gelaran Senator.

91
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan
Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan
Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

41. Sebutkan salah satu tugas dari jawatan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan
Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..?

Salah satu tugas ADUN ialah menggubal perundangan dan dasar negeri. Ahli Parlimen pula
bertanggunjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen. Kabinet yang terdiri daripada menteri-
menteri pula bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar
dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula
meluluskan semua rang undang-undang sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
mendapat perkenan diraja. Senator merupakan diantara ahli Dewan Negara yang terdiri
daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan
kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti
perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang
mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih. Speaker berperanan untuk
mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen.

42. Apakah perbezaan diantara SULTAN dengan AGONG??

Sultan dilantik berasaskan warisan dan adat bagi negeri yang mengamalkannya seperti adat
perpatih di Negeri Sembilan dan juga temnggong di Perak. Kedudukannya deperakui oleh
Jemaah Negeri dan berkuasa menjadi Yang-Di-Pertuan Agong mengikut giliran yang telah
ditetapakn oleh Majlis Raja-raja. Sultan berkuasa dalam hal ehwal Islam negeri dan ia boleh

mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong.

92
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Manakala Agong pula dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama
lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera mengikut giliran
yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja
berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas
nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri dan baginda juga merupakan Ketua Agama Islam
bagi negeri-negeri Pulau Pinang,

44. Apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan?

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap
perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan
perundangan dan kepentingan rakyat. Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa
perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti, Agama Islam sebagai agama rasmi, Kedududkan
istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, Kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan; dan, Soal kerakyatan.

45. Apa yang dimaksudkan dengan ‘seperation of powers’?

Yang dimakasudkan “Separation of Power” atau dikenali sebagai konsep pengasingan kuasa
ialah pemisaha di antara cabang ekskutif, legislatif dan kehakiman. Konsep pengasingan kuasa
ini merupakan prinsip demokrasi yang utama kerana ia memberi ruang supaya mereka yang
telah diberi mandat untuk menjadi penggubal dasar atau ekskutif akan sentiasa dipantau dan
segala apa yang ingin dibuat oleh pihak ekskutif sentiasa diimbangi dengan pandangan pihak
legislatif.

93
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

46. Boleh Nyatakan bunga, lagu , serta kereta kebangsaan?

Bunga kebangsaan ialah Bunga Raya, Lagu kebangsaan pula ialah Negaraku. Manakala kereta
proton merupakan kerata nasional kita.

47. Sebutkan nama Pengerusi SPA?

YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam kini mempengerusikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia.

48. Sebutkan nama ketua setiausaha Negara?

Nama Ketua Setiausaha Negara ialah YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa

49. Apakah nama lain bagi 1 malaysia?

1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara. Tiada nama yang lain, tetapi yang ada
hanyalah perbezaan slogan bermula tahun 20019 sehingga kini iaitu pada tahun 2009
berslogankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, 2010 pula Menjana Transformasi,
manakala tahun 2011 ialah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera

50. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang
betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa
ini?

Pada pendapat saya, sistem pendidikan Negara kita ini baik, namu Cuma ada beberapa perkara
sahaja yang perlu diubah supaya ianya lebih baik demi kebaikan bersama. Sistem pendidikan
Negara kita ini adalah terlalu “exam oriented”. Di mana para pelajar diukur tahap
kepandaiannya berdasarkan berapa banyak “A” yang mereka dapat, sedangkan begitu banyak

94
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

potensi juga bakat lain yang boleh diasah bagi menghasilkan satu inovasi pendidikan yang baru
di dalam Negara.

51. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?

Nama sistem pentadbiran Malaysia ialah sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.

52. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan


aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan
penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang
Di-Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat.

53. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?

Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan pula
ialah Perdana Menteri Malaysia.

54. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama berjaya diangkat menjadi Presiden
Amerika Syarikat?

Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika semalam telah mencipta suatu rekod
baru dimana rakyat Amerika akhirnya membuat kejutan untuk menerima Senator berketurunan
Afrika-Amerika ini sebagai pemimpin nombor satu negara mereka. Sejak Amerika ditubuhkan

95
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

secara rasminya dengan pengabungan 13 buah negeri diperingkat awal pada tahun 1781 inilah
kali pertama mereka yang bukan berkulit putih diangkat menjadi presiden. Pada pendapat saya,
beliau Berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana karisma yang ada padanya. Beliau
seorang yang begitu tinggi azamnya dan berani membuat jaminan bahawa negaranya akan
berubah kearah lebih baik di zaman kegawatan ekonomi yang melanda dunia sebelum ini. Lihat
sahaja kepetahannya apabila berkata-kata, sungguh meyakinkan setiap apa yang diucapkannya.
Pelanggaran hak asasi manusia di Penjara Teluk Guantanamo di tepian pulau Cuba juga
merupakan di antara sebab Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat di mana beliau
berjanji untuk menutup Guantanamo Bay ini. Maka tidak mustahil beliau mampu memegang
jawatan yang paling berkuasa. Tidak hairanlah mengapa beliau mampu memegang jawatan
sebagai seorang yang paling berkuasa di muka bumi ini dan meneruskan kariernya sebagai
Presdien Amerika Syarikat untuk penggal kedua buat dirinya sendiri.

55. Apa itu Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,
kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial
dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

96
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

ISU SEMASA

97
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?

Berdasarkan berita yang saya tonton malam tadi, dimaklumkan harga minyak mentah di
pasaran dunia sekarang adalah 100 Dollar setong. Mungkin harga tersebut akan berkurang lagi
berdasarkan keadaan ekonomi masa ini.

2. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia pada masa
sekarang. Jadi, bagaimanakah anda buat untuk memperbaiki mutu penguasaan Bahasa
Inggeris anda?

Ya, bahasa Inggeris amat penting dikuasai memandangkan ianya adalah bahasa utama dunia.
Untuk mempertingkatkan penguasaan saya dalam ilmu ini, saya telah mengambil beberapa
inisiatif. Pertama, saya selalu membaca akhbar berbahasa Inggeris di pagi hari. Walaupun
banyak perkataan yang tidak saya fahami, saya merujuk kamus untuk mencari maknanya. Selain
itu, saya juga telah membeli buku Grammer untuk memperbaiki penguasaan tatabahasa saya.
Dan cara yang paling santai, saya menonton cerita filem berbahasa Inggeris yang memiliki
sarikata bahasa Inggeris juga di bawahnya. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
mengenai sebutan dalam perbualan bahasa Inggeris.

3. Baru-baru ini dalam minggu ini ada berita mengenai Palestin dalam akhbar. Boleh anda
ceritakannya?

Seperti yang kita sedia maklum, Palestin telah dijajah oleh Israel beberapa dekad lamanya. Dan
kini Palestin diserang habis-habisan oleh rejim zionis sehinggakan banyak kemusnahan nyawa
dan harta benda berlaku. Sungguh malang nasib mereka, sudahlah negara mereka dirampas,
mereka pula dinafikan hak sebagai penduduk yang asal. Ini semuanya disebabkan kerakusan
Israel dan sokongan daripada Amerika Syarikat yang tidak berselindung merestui serangan
tersebut. PBB pula hanya mampu melihat dan tidak berupaya menangani isu ini seolah-olah

98
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

mereka tidak memiliki kuasa untuk menghentikannya. Yang terbaru seperti yang kita maklum,
Gaza telah diserang oleh pihak Israel dan serangan tersebut telah di balas semula sehingga
menyebabkan mereka sendiri meminta supaya genjatan senjata dilaksanakan segera.
Kitasebagai rakyat Malaysia, apa yang mampu kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin
adalah dengan memberikan sumbangan wang untuk membangunkan semula Palestin. Selain itu
juga pihak kerajaan mengadakan kempen untuk memulaukan barangan buatan Israel di negara
ini. itulah yang mampu kita lakukan selain daripada berdoa

4. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama mampu menjadi Presiden Amerika
Syarikat berkulit hitam yang pertama?

Pada pendapat saya, Barrack Obama berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana karisma
yang ada padanya. Beliau seorang yang begitu tinngi azamnya dan berani membuat jaminan
bahawa negaranya akan berubah ke arah yang lebih baik di zaman kegawatan ekonomi yang
melanda dunia sebelum ini. Lihat saja kepetahannya apabila berkata-kata, sungguh meyakinkan
setiap apa yang diucapkannya. Maka tidak hairanlah mengapa beliau mampu memegang
jawatan sebagai seorang yang paling berkuasa di muka bumi ini.

5. Apa yang anda tahu mengenai MAHA?

MAHA merupakan pameran pertanian yang terbesar di Malaysia. MAHA 2010, yang diadakan di
Universiti Pertanian Malaysia adalah aktiviti dwi-tahunan yang mengumpulkan agensi-agensi
kerajaan dan komuniti industri pertanian tempatan dalam satu bumbung, turut menyaksikan
penyertaan dari negara-negara luar seperti Eropah dan India.

99
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

6. Sebutkan penjaring terbanyak kejohanan bola sepak Piala Suzuki di jakarta ketika malaysia
menjadi juara?

Penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut tidak lain tidak bukan adalah penjaring terhebat
dari Malaysia, Mohd Safee Sali. Saya begitu kagum dengan kehebatannya.

7. Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni dalam media massa?

Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan isu krisis politik Syria di mana
selepas kebangkitan rakyat di Mesir, kini di Syria berlakunya kebangkitan rakyat yang telah
berlanjutan selama beberapa bulan. Ini adalah disebabkan kerana rakyat Syria yang bangkit
menuntut keadilan dan juga menolak pemerintahan diktator Basyar Asssad yang kejam di mana
bermula pemerintahan bapanya lagi sehinggalah semasa basyar memerintah, seramai lebih 60
000 rakyat Syria telah terbunuh dengan menggunakan tentera-tentera mereka. Mereka akan
membunuh siapa sahaj yang tidak menyokong mereka. Ini merupakan perbuatan yang sangat
kejam.

8. Apa pendapat anda tentang kenaikan harga barang?

Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang mentah dan minyak
seperti pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tetapi sekiranya kenaikkan tersebut
disebabkan oleh puak-puak yang memonopoli seperti di musim perayaan dan kenaikkan gaji, ia
adalah suatu yan tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau
kenaikkan yang tidak sepatutnya berlaku ini.

100
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

9. Apa pandangan anda mengenai isu gaji yang tidak naik-naik?

Kenaikkan gaji ini perlu dikaji berdasarkan kos sara hidup, pengangkutan, dan juga nilai mata
wang serta inflasi semasa..

10. Apakah isu yang hangat diperkatakan dalam Negara masa kini?/ Nyatakan apa-apa sahaja
isu semasa yang anda tahu?

Isu yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu kalimah Allah swt, di mana terdapat tuntutan dari
pihak yang beragama Kristian menuntut untuk menggunakan kalimah “Allah” di dalam kitab
bible mereka yang mereka ingin tuliskannya di dalam versi bahasa melayu. Namun, hakikatnya
isu ini telah pun selesai sebelum ini namun dibangkitkan semual. Majlis Fatwa Kebangsaan di
dalam persidangan kali ke-82 telah memutuskan bahawa Kaliamh Allah hanya boleh digunakan
oleh orang Islam sahaja dan sesiapa yang ingin menggunakan Kalimah Allah haruslah merujuk
kepada hakikat sifat Allah iaitu Alalh itu Esa dan bukanlah merujuk kepada konsep ketuhanan
yang tiga yang dipanggil “trinity” dan setelah digabungkan ketiganya dipanggil “The Lord”.

11. Masalah penceraian di Negara kita begitu tinggi dan ianya meningkat dari hari ke hari.
Apakah puncanya?

Punca krisis rumah tangga yang dikenal pasti adalah kerana tidak serasi, kecurangan, poligami,
kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk
kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi,
pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja, kerjaya terlalu tinggi, simptom cemburu
buta, kurangnya didikan moral, penderaan dan pengabaian.

101
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

12. Sekarang, Palestin memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan . Apakah tindakan
yang sewajarnya yang akan anda ambil untuk meringankan beban mereka?

Diantara tindakan yang saya ambil ialah engan memromosikan link laman web yang megutip
derma di laman sosial. Ini adalah kerana sudah menjadi trend di mana masyarakat kini
kebanyakkannya menggunakan media sosial ini.

13. berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.

Pendapat saya mengenai gejala sosial di Malaysia ialah gejala ini sungguh serius dan menjadi
suatu is yang sepatutnya tiak dipadang enteng oleh mana-mana pihak. Ini kerana ia melibatkan
generasi muda di Negara kita yang akan mewarisi Negara ini suatu masa nanti pada masa
hadapan. Nasib kita bergantung kepada generasi mudanya. Oleh itu kita seharusnya
menjalankan usaha-usaha yang boleh membanteras gejala ini sehingga ke akar umbi.

14. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, Tema sambutan kemerdekaan, dan siapa
wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.

Maksud kemerdekaan ialah kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan
mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri
daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Manakala tema sambutan kemerdekaan yang lepas pada tahun 2011 ialah 1 Malaysia :
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Wakil kaum yang ada semasa perjanjian suruhanjaya reid ialah wakil 3 kaum yang terbesar di
tanah melayu, iaitu wakil berbangsa Melayu, Cina, dan India.

102
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

15. Apa itu e-Government? Berikan contoh.

E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia
(MAMPU). Kerajaan telah melancarkan pelan strategik ICT sektor awam Malaysia sejak Ogos
2003 lagi demi meningkatkan penggunaan ICT dalam sistem penyampaian.

Sebagai contoh, Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovernment. Melalui
myGovernment ini ia dapat memberi maklumat terkini perkhidmatan daripada pelbagai agensi
kerajaan. Portal Perkhidmatan Awam ini telah menyediakan akses kepada lebih 900 laman web
pelbagai agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

103
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

INTEGRITI & AKHLAK

104
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1. Apakah yang anda tahu mengenai Integriti? Sila ceritakannya!

Integriti adalah sifat jatidiri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya, dll. Dalam sektor awam, nilai integriti yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang yang menjamin kesejahteraan rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan
amat menerapkan nilai integriti yang kuat kepada penjawat awam.

2. Isu rasuah begitu hebat diperkatakan baru-baru ini di akhbar-akhbar. Apa yang boleh anda
ceritakan mengenai rasuah di dalam sektor awam?

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang undang di mana seseorang
mendapatkebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihakberkuasa atau sesebuah
syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama :

* Meminta/Menerima Rasuah

* Menawar/Memberi Rasuah

* Membuat Tuntutan Palsu

* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Jenis kesalahan yang biasanya melibatkan penjawat awam adalah 'Menyalahguna


Jawatan/Kedudukan" semasa melaksanakan urusan-urusan kerajaan. Biasanya pegawai yang
sebegini tidak mengamalkan sikap integriti yang disarankan oleh kerajaan dan juga lemah
pegangan agamanya. Rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam mampu menjejaskan
kredibiliti sesebuah jabatan ataupun institusi tersebut.

105
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

3. Apakah attitude yang patut ada sebagai seorang PPT, terhadap diri sendiri dan orang lain?

Sikap yang perlu ada sebagai seorang PPT terhadap diri sendiri ialah, jujur terhadap diri sendiri,
amanah terhadap tugasan yang diberikan, mempuyai satu jadual untuk diri sendiri, ada masa
perlu bekerja maka perlu focus pada pekerjaan, ada masa juga perlu bersosial maka perlu
ditunaikan hak diri itu. Sikap terhadap orang lain pula ialah menghormati pandangan orang lain,
bekerjasama ketika bekerja dengan orang lain, mudah mesra, dan banyak member manfaat
kepada orang lain.

4. Apakah sumbangan anda dalam memerangi jenayah dalam Negara kita?

Sumbangan saya dalam memerangi jenayah adalah dengan menyertai pasukan Rukun Tetangga
di kawasan perumahan saya di mana saya dan jiran-jiran akan bekerjasama dalam mengawal
dan menjaga keselamatan penduduk di kawasan kami. Selain itu juga saya bersedia untuk
memberikan maklumat kepada pihak berkuasa seperti polis sekiranya terdapat sebarang unsur
jenayah di depan mata saya.

5. Apakah maksud PIN?

PIN adalah Pelan Integriti Nasional yang mana ianya adalah satu pelan atau rancangan yang
dirancangkan serta dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia dengan focus utamanya untuk
menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi
kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta
beretika.

Pelan ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integrity masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang

106
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak kekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya
sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan
sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap
individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta
disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.

6. Berdikari merupakan salah satu criteria diperlukan bagi jawatan ini. Beri contoh sifat anda
yang demikian.

Dua tahun yang lalu, saya telah diterima masuk bekerja di salah sebuah syarikat yang besar.
Pada hari pertama menjejakkan kaki di sana, saya diterangkan tugas yang diharapkan oleh
mereka daripada saya dan selepas itu saya pula terpaksa mencari jalan sendiri untuk
menyelesaikan tugasan saya. Apa yang saya buat ialah saya berusaha untuk melakukan kajian,
membaca prosedur yang betul dan bertanya kepada senior jika saya tidak faham. Akhirnya saya
berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik dan ini menyenangkan hati bos saya. Di
sini saya membuktikan sifat mampu berdikari ada dalam diri saya.

7. Boleh baca doa Qunut? (bagi yang Islam)

Bacaan dalam rumi

Allah humahdinifimanhadait.
Wa’afinifiman ‘afait.
Watawallanifimantawalait.
Wabariklifimaaa’tait.
Waqiniisyarramaaqadzait.
Fainnakataqdhiwalayuqdha ‘alaik.
Wainnahulayadzilumanwalait.

107
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Walaaya’izzuman ‘adait.
Tabaaraktarabbanawata’alait.
Falakalhamdu ‘alamaaqadzait.
Astaghfirukawa’atubuilaik.
Wasallallahu ‘alaSaidinaMuhammadininnabiyilummiyiwaalaaalihiwasahbihiwasalam.

8. Sebutkan rukun Islam satu per satu. (bagi yang Islam)

1. Mengucapduakalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa padabulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

9. Sebutkan rukun Iman satu per satu. (bagi yang Islam)?

1. Percaya kepada Allah

2. Percaya kepada Malaikat

3. Percaya kepada Rasul

4. Percaya kepada kitab

5. Percaya kepada hari kiamat

6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

10. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?

108
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Integriti adalah sifat jatidiri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang
cakapnya, dll. Dalam sektor awam, nilai integriti yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang yang menjamin kesejahteraan rakyat.

Akauntabiliti secara umumnya, bermaksud menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang
ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan
mahupun kegagalannya.

109
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

SOALAN PSIKOLOGI

110
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

1.Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak/pedalaman?

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya
sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan
memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi,
saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana-
mana tempat yang diarahkan .

2. Jawatan ini adalah secara kontrak. Adakah anda masih mahu menerimanya?

Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih
memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang
kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata.

3.Pukul berapa anda sampai ke tempat temuduga ini?

Saya sampai di sini lebih kurang pukul 7.00 pagi. Saya bangun pada jam 5 pagi lagi dan bertolak
dari rumah jam 6.30 pagi. Saya ingin sampai awal supaya saya dapat mengelakkan kesesakan
dan juga supaya saya lebih tenang dan dapat menyesuaikan diri di tempat temuduga dengan
lebih awal berbanding calon-calon lain.

4. Jawatan anda boleh ditempatkan di mana-mana tempat dalam Negara. Setujukah anda
jika dihantar ke kawasan pedalaman?

Saya setuju kerana sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup
bertugas di mana-mana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan.

111
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

5. Jika anda menggunakan kenderaan pejabat untuk menghantar anak ke sekolah, apa
pendapat anda?

Pada pendapat saya, ianya sangat tidak wajar kerana kereta yang diberi adalah amanah (untuk
kegunaan berkaitan kerja sahaja). Kita perlu jujur dan amanah serta bertanggungjawab. Sebagai
penjawat awam, kita perlu asingkan hal kerja dan hal peribadi supaya tidak menjadi masalah di
kemudian hari.

6. Mengapakah anda fikir kami patut mengambil anda berkhidmat dalam kerajaan dan
memegang jawatan ini?

Saya rasa pihak tuan perlu mengambil saya berkhidmat dalam kerajaan kerana saya sangat
berminat dengan kerjaya di sektor awam ini sejak dari zaman persekolahan lagi. Saya juga
seorang yang rajin bekerja, sentiasa berusaha memajukan diri, sentiasa ingin belajar untuk
menambah ilmu pengetahuan, boleh bekerjasama dengan ahli pasukan demi mencapai
matlamat, senang berurusan, berkelayakan (ijazah sarjana muda kelas pertama), komitmen
terhadap kerja, dan sanggup bekerja lebih masa.

7. Adakah anda sedia untuk bertukar tempat kerja pada masa hadapan? Sememangnya itu
selalu berlaku kepada kakitangan awam.

Ya, saya bersedia kerana sebagai penjawat awam, saya akan ditugaskan di mana-mana tempat
yang memerlukan khidmat saya terutamanya apabila saya naik pangkat kelak.

112
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

8. Sebelum saya mengakhiri sesi temuduga ini, adakah anda memiliki sebarang pertanyaan?

Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yang mengharapkan dapat berkhidmat di sektor
awam. Saya sedar saya bukanlah terpandai, terbaik, tetapi jika tuan member peluang untuk
saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki
kelemahan saya dan belajar untuk menjadi yang terbaik. Tiada satupun manusia di dunia ini
yang terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajarkan?

9.Kenapa nak jadi kakitangan awam? Apa yang menjamin masa depan?

Tidak dapat dinafikan, semua orang yang ingin bekerja di sektor awam ini adalah kerana ingin
mendapatkan masa depan yang baik. Masa depan memang terjamin dengan kelebihan-
kelebihan yang diberikan oleh kerajaan seperti elaun, KWSP, pinjaman perumahan, pencen, dan
bermacam-macam lagi kelebihan yang semuanya memberikan kebajikan pada kakitangan
awam.

Tidak terkecuali juga saya. Semua itu memang antara faktor tarikan. Namun apa yang lebih
utama adalah semangat yang ingin berkhidmat dalam kerajaan tu membuak-buak dalam diri
saya. Saya ingin berkhidmat untuk Negara saya dan seterusnya memberikan servis yang terbaik
kepada rakyat. Sejak dari dulu saya sudah berangan-angan untuk memiliki kerjaya ini. Apabila
minat itu mendalam, kenapa saya tidak ambil peluang ini? Insya Allah dengan kemasukan saya
dalam perkhidmatan awam ini, saya mampu memberikan idea-idea dan sumbangan terbaik
yang dapat memperbaiki perkhidmatan jabatan yang bakal saya duduki nanti.

10. Tak kisah ke kalau dapat gaji rendah berbanding gaji sekarang?

Walaupun gaji saya jauh lebih tinggi dari gaji yang diberikan untuk jawatan di sektor awam ini,
saya tetap untuk memilih untuk berkhidmat dalam sektor awam.Walalupun gajinya tak setinggi
yang saya kecapi sebelum ini, tetapi saya yakin saya boleh hidup dengan gaji yang diperoleh.

113
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Gaji tersebut sudah memadai untuk menyara kehidupan saya dan juga keluarga. Tambahan
pula, saya tahu, pihak kerajaan tidak akan membiarkan kakitangannya menderita. Gaji akan
sentiasa dinaikkan mengikut keperluan hidup semasa dan juga kenaikan tahunan juga
membantu. Jadi, tiada masalah dengan gaji. Kemudahan yang diberikan juga amat membantu
seperti pencen, KWSP, elaun COLA, perubatan, kemudahan pinjaman perumahan, dan
sebagainya. Sebab itu saya tidak kisah berkenaan gaji kerana saya tahu kerja kerajaan pasti
akan menjamin kehidupan saya.

11. Awak tak layak masuk ke dalam bidang ni. Awak dah 10 tahun meninggalkan bidang ini.

Saya merasakan bahawa saya layak untuk masuk ke dalam bidang ini kerana berdasarkan
kelayakan yang saya ada, ia melayakkan saya untuk memohon serta menghadiri temuduga bagi
jawatan ini.

12. Apa yang awak buat dalam masa sepuluh tahun ni?

Saya mengambil kursus-kursus pendek di pelbagai universiti yang menawarkan kursus-kursus


pendek berkaitan. Sepertimana saya, walaupun saya dah meninggalkan bidang pertanian lebih
dari sepuluh tahun, tapi saya mengambil kursus berkaitan pengurusan pertanian untuk
beberapa hari dengan bayaran RM500 di UTM SPACE, Jalan Semarak, KL.

13. Kami dah ada calon sendiri. Jadi anda jangan buang masa teruskanlah dengan pekerjaan
anda sekarang. Apa keistimewaan anda?

Saya telah membuat permohonan dan saya juga telah dipanggil untuk ditemuduga. Jadi pihak
tuan seharusnya menemuduga saya sebelum mengisi jawatan tersebut. Sebagai penemuduga,

114
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan perlu menilai calon-calon yang dipanggil terlebih
dahulu.

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai
pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited
terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain
itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar
pandangan dari orang lain.

Antara kebolehan yang saya ada yang diperlukan oleh pihak Tuan ialah kebolehan berbahasa
Inggeris dengan fasih, mempunyai pengucapan awam yang baik serta boleh bekerja dengan
pantas. Manakala kemahiran pula ialah saya mempunyai kemahiran mengurus, cekap
menggunakan komputer juga sebarang perisian, dan juga mahir membuat kertas kerja.

14. Awak tahu masih ramai lagi calon di luar sana yg berebut untuk jawatan ini, dan pemilhan
adalah mengikut kuota?

Ya, saya tahu. Sebab itulah saya mencuba menghadiri temuduga ini berdasarkan kelayakan
saya.

15. Anda ada apa – apa soalan?

Saya tiada sebarang soalan. Namun, saya berharap agar saya diterima bekerja sesuai dengan
kelayakan saya.

115
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

16. Saya lihat dari perwatakan atau penampilan awak, awak boleh berada pada tahap yang
lebih tinggi lagi, bukan setakat Penolong Pegawai sahaja?

Saya lebih suka naik bermula dari bawah kerana apabila kita berada di atas, kita akan lupa
peranan orang bawah sekiranya kita sendiri tidak tahu denyut nadi orang bawah.

17. Dari cara awak bercakap, awak adalah seorang yang nampak kesungguhannya, nampak
ciri-ciri kepimpinan?

Ciri kepimpinan adalah sifat yang perlu ada dalam setiap individu kerana kita semua adalah
pemimpin yang membezakannya adalah cara kepimpinan yang dibawa dan tahap penerimaan
orang terhadap pemimpin itu sendiri.

18. Sekiranya awak ditempatkan di Putarajaya adakah awak sanggup pergi sedangkan kos
sara hidup tinggi berbanding dengan apa yang awak ada sekarang?

Sebagai seorang penjawat awam kita perlu menurut perintah, dan mempunyai rasa
tanggungjawab yang tinggi, penempatan bukanlah satu isu yang perlu dipertikai kerana rasa
tanggungjawab dan komitmen untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara merupakan
matlamat yang perlu ada dalam diri.

19. Macam mana awak nak masuk kerja kerajaan sedangkan subjek Bahasa Inggeris SPM
awak tidak lulus?

Tidak dinafikan memang dalam sijil saya tidak lulus, tetapi saya boleh berkomunikasi dalam
bahasa tersebut dengan baik dan bersedia untuk diuji.

116
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

FOOD TECHNOLOGY

20.Awak ni jawab semunya ok, Cuma badan awak ini agak berisi sedikit rasanya. Untuk jadi
pegawai teknologi makanan ini, kenalah kurus sedikit, sebab nanti apabila hendak
menasihati orang mengenai makanan, kita akan dipersoalkan pula?

(Tetap tersenyum).Tuan, tidak semestinya orang yang kurus itu sihat dari segi kesihatan dan
pemakanannya dan begitu juga sebaliknya dan tidak semestinya orang yang berbadan kurus itu
boleh buat kerja dengan sempurna. Hal ini merupakan suatu yang tidak adil bagi orang seperti
saya sekiranya temuduga saya ini gagal hanyalah semata-mata masalah kegemukan saya. Saya
telah berusaha untuk menurunkan berat badan saya sebelum ini dan sebenarnya berat badan
saya telah menurun kerana sebelum ini saya lebih gemuk berbanding sekarang.

21. Kenapa suami awak nak kat awak ye?


Saya merasakan kerana saya lemah lembut, mudah mesra dan juga peramah.

22. Mengapa awak berminat untuk bekerja di sektor awam?

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana pertama, berjaya menempatkan diri
sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat
berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatanyang terbaik
untuk rakyat.

Kedua, bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman
persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan daripada keluarga saya terutamanya
daripada ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya dalam sektor awam.
Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya
dapat berbakti untuk negara.

117
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Ketiga, selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk
menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan
adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya
amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya
seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.

Keempat, saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang
seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

Kelima, tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa
depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata”kerja kerajaan ini gaji sikit je”
tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan
ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

Keenam, tentu sekali tentang kenaikan pangkat! Semua orang menginginkankenaikan pangkat
dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –kelebihan
lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini
memberikan galakan kepada saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

23. Adakah anda merasakan diri anda sesuai untuk menerima jawatan ini? Mengapa?

Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana pertamanya, saya mempunyai
kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian
yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

118
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

Kedua, saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta
berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan
dengan baik.

Ketiga, saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang
untuk

mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti
organisasi/jabatan saya.

Keempat, saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara
teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta
perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmah ”GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL”.

Akhir sekali, saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara
untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Oleh itu, saya pasti merupakan calon
terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

24. Sebagai seorang PPT, sanggupkah anda bekerja melebihi jangkamasa 8 jam termasuk
pada hari cuti dan hujung minggu?

Saya sanggup untuk bekerja melebihi jangkamasa tersebut serta di hujung minggu sekiranya
keadaan memerlukan dan saya diarahkan.

25. Ceritakn 1 story yang menunjukkan anda amanah?

Suatu ketika dahulu ketika saya bekerja sebagai “cleaner” di salah sebuah syarikat, saya
terjumpa beg duit ketika saya sedang menjalankan tugas. Saya terus membawa beg duit
tersebut ke bahagian “receiptionist” dan menyerahkan wang tersebut dengan harapan pihak

119
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

yang berkenaan akan merujuk ke kaunter tersebut. Alhamdulillah, orang yang hilang beg
duitnya itu telah merujuk ke kaunter dan mendapat kembali barang miliknya itu.

26. Mengapa anda gagal temuduga sebelum ini?

Saya merasakan saya gagal temuduga sebelum ini adalah disebabkan kerana saya kurang
membuat persiapan, bersikap sambalewa, tidak tahu adab temuduga yang betul, dan sekadar
niat untuk mencuba nasib tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

27. Gaji yang ditawarkan kini adalah lebih murah dari sektor swasta, mengapa anda memilih
untuk bekerja di sekor kerajaan?

Walaupun gaji yang ditawarkan adalah rendah, tetapi pada saya ianya berbaloi dan terjamin
kerana ia mempunyai KWSP ataupun pencen untuk kos selepas saya bersara, dan juga
jangkamasa berkhidmat sehingga 60 tahun. Selain itu, adanya kenaikan gaji dan pangkat serta
peluang menaymbung peajaran, COLA, elaun dan juga bonus.

28. Dengan diploma dan ijazah yang awak ada ini, apa jawatan lain yang awak boleh pegang?

Saya hanya memegang jawatan yang akan dilantik berdasarkan kelayakan saya sahaja.

29. Betulkah kerja kerajaan ini jalan selamat untuk masa depan? Apa komen?

Ya, selagi kita bekerja dengan baik, berdisiplin dan menunjukkan prestasi, kedudukan kita pasti
akan terjamin.

120
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

30. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri
terhempas)?

Saya sanggup untuk ditempatkan di mana sahaja kerana sebagai penjawat awam yang
berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup bertugas di mana-mana tempat.

31. Adakah anda menganggap diri anda sukses?

Saya masih berusaha dan mencuba yang terbaik buat diri saya.

32. Adakah anda melamar pekerjaan lain?

Ya, saya telah memohon beberpa pekerjaan tetapi sehingga kini saya tidak mendapat sebarang
panggilan.

33. Have you ever been asked to leave a position?

Never as before this, I done my best to any company that I have been worked.

34. What is more important to you: the money or the work?

For me, the most important is work as I can contribute to my organization and to the people.

Without work also, how can I get my money, instead of I’m having the money but no work to
do, so there will be no incomes generate there.

121
Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan

35. What are the biggest misperceptions people have about you?

Sometime, some people love to say that I am too workaholic until skip and leave my social life.
But, instead, they never know that I always go to the gymnasium during weekend although I’m
too busy working during the weekdays.

36. If I was to call your boss, and asked them about you, what would he or she say?

I’m confident that he will say that he never had such dedicate staff like me.

122

You might also like