You are on page 1of 2

Kadar pertumbuhan dan indeks pengeluaran negara menunjukkan bahawa ekonomi negara masih

tidak menentu. Keadaan ekonomi masa ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kembali
stabil. Huraikan peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi

Pengenalan

Ekonomi yang tidak menentu dan stabil mempengaruhi kehidupan manusia seharian

Keadaan ini akan mengubah struktur perbelanjaan kerajaan dan rakyat mengubahsuai corak hidup
mengikut keadaan

A. Peranan kerajaan

1) Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport

menggunakan teknologi moden menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran

mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi

mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia

insentif pelaburan kepada pemodal asing

peranan (syarikat berkaitan kerajaan) GLC dengan mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat
swasta tempatan dan multinasional

2) Mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang

mengurangkan pengambilan buruh asing

menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar perundangan

mengelak perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka

tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan menggantikan dengan mata wang dinar

3) Merangka pelan jangka pendek dan panjang

pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetitif

dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara

menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga
barangan dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna

memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman


4) Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan

mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit

kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan

Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal maka rakyat kurang
membeli barangan import

B. Peranan rakyat

5) Perbelanjaan berhemah

merancang perbelanjaan harian secara bijaksana

memberi keutamaan kepada yang mustahak dan elak pembaziran

6) Membeli barangan tempatan

Mengutamakan dan membeli barangan tempatan

Mengurangkan kadar import dan pengaliran mata wang

Pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan akan membantu mengurangkan krisis ekonomi

7) Tidak menabung di luar negara

Menggalakkan rakyat tempatan menyimpan dalam negara

Menyediakan kadar keuntungan yang menarik dan selamat

Mengenakan sekatan keluar mata wang tempatan dan menggalakkan rakyat membawa masuk wang
tempatan yang dilabur di luar negara pada suatu tempoh

Kesimpulan

Peranan kerajaan dan rakyat amat penting untuk menangani masalah ekonomi

Kesedaran dan sikap bertanggungjawab mengatasi masalah akan memudahkan semua pihak

You might also like