You are on page 1of 3

Laporan Program Latihan Kebakaran

Tarikh : 31.03.2016

Masa : 8.15-8.40 pagi.

Tempat : Padang sekolah SK LKTP Layang-Layang.

Pada 31 Mac 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan LKTP Layang-Layang telah

mengadakan siri pertama latihan kebakaran. Latihan bermula pada jam8.15 pagidan

berakhir pada 8.40 pagi.Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti yang diadakan pada

setiap tahun sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di

sekolah. Pada tahun ini pihak sekolah sekolah telah merancang mengadakan 3 siri

latihan kebakaran.Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi

kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak sekiranya berlaku kebakaran di

sekolah.

Latihan kebaaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid

bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di da nada sekolah. Setelah

loceng panjang dibunyikka, semua murid, guru, staf dan pekerja bergeggas untuk ke

tempat yang ditetapkan untuk berkumpul. Pihak pentadbir telah bersetuju telah

menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di

padang sekolah. Murid-murid dikawal oleh guru kelas masing-masing.

AJK yang terlibat memastikan semua murid berkumpul da nada pada

tempat yang telah ditetapkan.Guru kelas bertindak mengambil kedatangan untuk

memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di kawasan

sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap
tahun bagi memastikan murid dan kakitangan sekolah sentiasa dalam keadaan

bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Tahniah kepada AJK kebakaran

sekolah kerana telah Berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diperbaIKI.. Di antara

masalah tersebit adalah bunyi loceng tersebut tidak dapat didengari pada bahaian

block C terutamanya di bilik komputer. Ini menyebabkan murid-murid lewat 5 minit

daripada masa yang ditetaapkan. Kami berharap masalah ini dapat di atasi pada masa

akan datang.

You might also like