You are on page 1of 3

1.

PENDAHULUAN

Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan
bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru
mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses
penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian
dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if
you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya
dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah
apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering
pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri,
merokok, berpeleseran dan sebagainya.

2. RASIONAL

Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan
merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan
bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar
yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan
kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke
arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang
sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini
diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu
kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.

3.MATLAMAT

Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan


kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap berlaku
dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah
dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung
meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak
tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.


4.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal
prestasi kehadiran pelajar.

4.3 Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.

4.4 Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran
dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.

4.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

5. PELAN TINDAKAN

5.1 Pembentukan JK dan mesyuarat JK program ‘Jom Ke Sekolah’

5.2 Taklimat kepada semua guru-guru petang

5.3 Pelancaran program “Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah

5.4 Menjadikan Dewan Utama sebagai Pusat Sehenti Bermaklumat (PSB)

5.5 Program Ponteng Sifar

5.6 Program Kaunseling Berfokus (Kumpulan Ponteng)

5.7 Ceramah Keibubapaan peringkat sekolah

5.8 Memperhebatkan perkongsian dan ceramah daripada pihak polis, AADK DAN LPPKN negeri

5.9 Penilaian program

7. Sumber Kewangan

7.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling


7.2 PIBG sekolah

8. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak,
sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah menjadi
tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih
berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Semoga segala perancangan
yang diusahakan mendapat berkat daripada Ilahi. Insya-Allah.

You might also like