Professional Documents
Culture Documents
Kes Kerajaan Malaysia Dengan Azmi Bin Manan
Kes Kerajaan Malaysia Dengan Azmi Bin Manan
Insiden ini berlaku sewaktu Puan Kenny sedang mengajar dalam kelas
yang mengandungi 40 orang anak murid. Selepas P&P, Puan Kenny telah
mengarahkan murid untuk membuat kerja di tempat sendiri masing-masing.
Namun, seorang pelajar nakal yang bernama Azmi telah menyebabkan
berlakunya insiden ini. Azmi telah bangun dari tempat sendiri tanpa disedari oleh
Puan Kenny serta mencucuk pin yang tajam ke paha Plaintif. Akibat dengan
cucukan ini, secara spontannya, plaintif telah berpusing ke belakang dan tertusuk
mata kananya dengan bahagian hujung pensel yang tajam yang dipegang oleh
Azmi. Akibatnya mata kanan plaintif telah dibuangkan dan pihak ibu bapa plaintif
telah menfailkan saman kepada Kerajaan Malaysia untuk menuntut ganti rugi
akibat kecederaan palintif alami. Sewaktu perbicaraan selesai di Mahkamah
Tinggi, Plaintif telah memperolehi kemenangan. Pihak mahkamah setuju dengan
hujah Plaintif bahawa guru tingkatan (Puan Kenny) tidak menyediakan penyediaan
yang mencukupi atau munasabh sehingga mengakibatkan berlakunya insiden ini.