You are on page 1of 6

UNIT K9

Unit K9 menggunakan anjing terlatih bagi membantu mengesan di dalam operasi SAR (search and
rescue).

Unit K9 juga boleh dikendalikan oleh seorang anggota Bomba atau unit khas Bomba bergantung kepada
operasi yang dijalankan.
HAZMAT Unit Team

Ditubuhkan pada 29 oktober 1992 selepas insiden “Bright Sparkles Firework Disaster”,

Hazardous Material Unit Team atau lebih dikenali sebagai “HAZMAT” ialah unit Khas yang ditubuhkan
oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi menangani bahaya kimia iaitu

Pengendalian tumpahan bahan kimia merbahaya

Menangani kebocoran Radiasi

Memadam api yang mempunyai unsur kimia merbahaya

Menangani CBRNe ( Chemical,Biological,Nuclear exposure.


Unit RIM

Rapid Intervention Motorcycle Team atau lebih dikenali sebagai unit RIM ditubuhkan pada tahun 1999
bagi menangani operasi menyelamat di kawasan yang bertrafik tinggi. Motor yang dilengkapi dengan
kelengkapan asas untuk memadamkan kebakaran berskala kecil dan sederhana serta peralatan
menyelamat,Unit Rim juga mampu menangani kemalangan lebih awal sekiranya jentera utama Bomba
kelewatan disebabkan masaalah lalu lintas.
UNIT STORM

S.T.O.R.M

(Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)

antara tugas utama yang di sandang oleh unit khas ini adalah :

 Operasi menyelamat di waktu malam


 Operasi menyelamat berskala besar atau di altitud tinggi.
 Operasi menyelamat di dalam Hutan
 Operasi Menyelamat di udara dan laut
 Operasi menyelamat jentera udara / kapal terbang atau helikopter.
WATER RESCUE SCUBA

Menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai
dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam
Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor
(SSI)".
(EMRS) Emergency Medical Rescue Services.

Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga
pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan
mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi. Melaksanakan
perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam
kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara. Membuat penilaian kesihatan
terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan
mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital. Tugas bantuan semasa operasi bencana
yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan
Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat:
Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di
”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam
yang berkaitan. Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas
anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta
memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.

You might also like