You are on page 1of 10

PENGENALAN

Apa itu pencemaran sumber alam ?

Alam semula jadi merupakan sumber yang amat bemilai serta penting dalam ekosistem bumi untuk
terus memberi manfaat kepada semua hidupan di muka bumi. Sungai membekalkan air kepada
kehidupan di muka bumi. Air merupakan unsur yang sangat penting kerana ia mempunyai pelbagai
fungsinya seperti meresap nutrien, menstabilkan suhu badan dan mencair sisa pencemar. Kesemua
kehidupan di muka bumi ini bergantung kepada air sebagai sumber. Sebahagian besar daripada
bekalan air yang diperlukan oleh manusia dan hidupan lain diperoleh daripada sungai. Segala
bentuk perubahan, sama ada baik buruk yang terjadi kepada alam sekitar akan memberi langsung
dan tidak langsung kepada manusia serta hidupan lain. Oleh kerana pertambahan penduduk, proses
pembandaran dan aktiviti pembangunan telah menyebabkan sungai semakin tercemar.
Pencemaran sungai menjadi isu sejagat, terutamanya di negara dunia ketiga yang sedang pesat
membangun seperti Malaysia.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil


dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama
ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi
manamana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

1
Definisi dan Pengenalan kepada Sungai

Sungai merupakan sumber utama dalam membekalkan air bersih untuk kegunaan harian. Di negara
kita Malaysia, kita bergantung 95% sumber air daripada air sungai dan tasik. Keadaan iklim
khatulistiwa yang mana menerima purata hujan melebihi 2000 mm setahun dialami di Malaysia
menyebabkan sumber air sungai di Malaysia masih dalam keadaan yang stabil. Menurut kajian
Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun pada tahun 1982, menjelaskan jumlah hujan tahunan 3650
mm di Sabah dan 3830 mm di Sarawak (Laporan Kajian Antarabangsa lepun, 1982).

Sungai merupakan aset yang penting bukan sahaja kepada negara bahkan seluruh
rakyatnya. Ia mempunyai harga yang tidak ternilai dart aspek sosial, ekonomi mahupun aspek alam
semula jadi. Dari aspek ekonomi, air sungai merupakan sumber air minuman yang terbesar iaitu
mencecah 97% dari jumlah sumber air (Koh, 1999). Hampir semua stesen jana kuasa yang terdapat
di Malaysia adalah bergantung kepada sungai. Kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan,
perindustrian, pelancongan dan pengangkutan juga banyak bergantung kepada sungai.

Dari aspek ekologi dan alam semula jadi pula, sungai merupakan habitat utama akuatik air
tawar selain tasik dan paya. Bukan sahaja hidupan akuatik, malahan flora dan fauna lain juga amat
bergantung kepada sungai dan sumber makanan yang dibekalkan olehnya. Oleh itu, sungai
memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Selain itu,
ia juga boleh dljadikan kawasan rekreasi yang amat baik dan berpotensi. Sungai ialah kurniaan
alam kepada manusia. Tetapi yang malangnya ialah sungai yang semakin menghampiri dengan
tamadun manusia, semakin terdedah kepada pencemaran. Pencemaran sungai atau air bermakna
perubahan yang berlaku terhadap air sama ada dari segi kualiti, rasa, bau dan lain-lain yang
menjejaskan fungsi air sebagai sumber utama kehidupan, seperti minuman kerana akan
membahayakan kesihatan dan hidupan jika digunakan.

Sungai merupakan salah satu sumber utama yang membekalkan air untuk kehidupan
manusia dan lain-lain hidupan. Walau bagaimanapun, air bersih yang amat diperlukan untuk
kehidupan manusia ini akan berkurangan jika pencemaran ke atas sungai tidak dibendung. Sebagai
sumber utama air, sungai sewajarnya dipelihara dan dipulihara supaya manfaatnya dapat dinikmati
bersama.

2
PERBINCANGAN

Punca dan Faktor Pencemaran Sungai

Masalah pencemaran sungai berpunca daripada hakisan tanih dan pembuangan sisa industri serta
domestik. Sisa tersebut tidak dirawat sebelum disalirkan ke dalam sungai. Pencemaran sungai di
Malaysia bermula sejak tertubuhnya petempatan awal di muara dan tepi sungai serta di persisir
pantai. Petempatan awal tadi berkembang menjadi bandar yang menarik ramai penduduk dan
pelbagai aktiviti ekonomi. Perkembangan industri berasaskan getah dan kelapa sawit yang bermula
sejak 1970-an dan sektor industri pembuatan pada awal tahun 1980-an menambahkan lagi
pencemaran sungai (Sulong Mohamad et 2005). Masalah pencemaran sungai menjadi ketara
apabila banyak kawasan petempatan baru dibuka bagi menampung pertambahan penduduk di
kawasan Bandar. Pencemaran air terutamanya sungai menerima aduan yang paling tinggi daripada
penduduk selepas pencemaran udara sejak 1970-an.

Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu aktiviti pembangunan
tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan tanah dan
sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan,
pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-
projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah
hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan,
bahan organik dan masalah pemendapan sungai.

Aktiviti pertanian juga merupakan antara punca utama pencemaran sungai terutama jika
dijalankan di kawasan tanah tinggi. Air hujan yang mengalir dari kawasan pertanian
mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah terampai dalam air sungai. Selain itu
bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun serangga, racun herba serta baja kimia turut
mencemar air sungai. Pertanian dikenal pasti sebagai punca pencemaran air sungai. Pengilangan
hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampashampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke
dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan
perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air
dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

3
Aktiviti pertlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana air dari
kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kaitan
dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Buangan sisa kotoran
daripada kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan, perniagaan dan kilang turut
mencemarkan air sungai. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan
ke dalam sungaisungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam
sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan
kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Kekotoran dan pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan
golongan yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan
kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai hak
terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap pihak berkuasa
dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara alam sekitar. Di sana-sini,
kita dapat melihat bagaimana sungai dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan
segala sisa kotoran. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Georgetown Pulau Pinang. Suatu ketika
dahulu, sungai ini membentuk sistem pengangkutan air utama tetapi kini menjadi ‘sungai mati’
setelah kualiti air yang diakui teruk pada 1980-an, kini menjadi semakin teruk disebabkan segala
bahan buangan dicampakkan ke situ sebelum mengalir ke laut.

Industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air.
Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian
perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak
ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan
kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan
sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-
laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil
dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air
serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke

4
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang
kepada pencemaran air laut.

Seterusnya, punca pencemaran sungai juga adalah disebabkan oleh bahan buangan
domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan
kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam
parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan
oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen
dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kesan Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai memberi impak kepada kepupusan sistem ekologi dan kepelbagaian biologi
sungai terutamanya hidupan akuatik seperti ikan. Air sungai yang tercemar daripada sumber
antropogenik seperti pembalakan dan pembinaan menyebabkan air sungai menjadi keruh, berubah
warna seakan the susu, berbau, berubah pH dan kepekatan oksigen terlarut yang rendah akan
menyebabkan hidupan akuatik terutama sekali alga, tumbuhan akuatik, bakteria, protozoa dan
pelbagai invertebrata, kemudian ikan dan akhirnya haiwan besar seperti badak dan buaya akan
mati. Selain itu, pencemaran minyak menghalang kemasukan udara dan cahaya matahari kedalam
air menyebabkan hidupan akuatik tidak data bernafas dan akan mati. Semua punca pencemaran ini
menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu. Contohnya pencemaran minyak
hitam di Sungai Pahang, Temerloh telah menyebabkan beribu-ribu ikan sangkar mati akibat
kekutangan oksigen.

Masalah pencemaran sungai telah mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupan
manusia, terutamanya apabila sumber air yang dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat.
Pencemaran sungai juga menimbulkan masalah lain kepada manusia seperti merebaknya penyakit,
musnahnya ekosistem akuatik dan terganggunya keselesaan umum. Sebagai contoh, oleh kerana
kebanyakan sungai di Lembah Klang dikategorikan sebagai tercemar teruk dan cetek akibat
dilimpahi oleh sampah sarap dan kelodak, maka kejadian banjir kilat kerapkali melanda
terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.

5
Selain itu, pencemaran sungai menyebabkan kualiti bekalan air minuman terjejas dan kos
rawatan air meningkat. Bekalan kualiti air minumam yang terjejas menyebabkan ramai orang
awam mengambil inisiatif meminum air botol atau RO water yang telah disuling dulu untuk
membuang kekeruhan dan organisma patogenik. Apabila sungai tercemar, kos rawatan air
meningkat kerana kerajaan terpaksa membina loji rawatan air yang lebih effiesien (untuk sungai
kelas III) merangkumi rawatan menambah bahan kimia seperti alum untuk menpercepatkan proses
kogulasi dan juga flokulasi untuk mengurangkan jumlah pepejal terampai yang terkandung dalam
air sungai.

Pencemaran sungai juga menjejaskan kesihatan orang awan. Sisa-sisa kilang yang dibuang
kedalam sungai akan meracuni air sungai dengan logam berat. Ini akan membahayakan kesihatan
orang awam jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi. Sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bacteria, virus, protozoa, cacing dan
dinoflagellates yang menyebabkan penyakit bawaan air. Antara bakteria-bakteria menyebabkan
penyakit akibat meminum air tercemar ialah Shigella spp. (penyakit disentri), Salmonella spp.
membawa penyakit seperti deman kepialu (typhoid fever), paratyphoid, gastroenteritis dan
septicemia, patogenik Eschericia coli dan Campylobacter spp.menyebabkan cirit-birit (diarrhea).

Sungai yang tercemar tidak sesuai diadakan aktiviti rekreasi air seperti mandi-manda,
memancing dan berkelah dan juga aktiviti pelancongan. Ini kerana sungai yang tercemar dengan
sampah-sarap, tidak indah dipandang dan ini menurunkan nilai estetik sungai. Selain itu, sisa
buangan kilang dan pertanian menyebabkan kualiti air sungai terjejas dengan pepejal terampai dan
minyak dan menyebabkan banyak hidupan akuatik mati dan berbau busuk. Apabila keadaan ini
berlaku, sungai yang sebelum ini bersih mempunyai pelbagai ikan tidak sesuai lagi untuk aktiviti
memancing dan mandi-manda. Contohnya sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang
merupakan sungai teruk tercemar dan berada pada kelas ke 4 telah mencemarkan pemandangan di
bandar Georgetown dan ini boleh menjejaskan aktiviti pelancongan dikawasan tersebut akibat
kemorosotan semulajadi sungai.

Pencemaran sungai boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas kerana boleh memberi
kesan buruk kepada perindustrian, pertanian, janakuasa elektrik dan terutama sekali perikanan.
Apabila sungai tercemar, sumber air bersih berkurang ini boleh menjejaskan aktiviti-aktivit
perindustrian yang memerlukan sumber air bersih yang banyak. Selain itu, air yang tercemar tidak

6
sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian kerana boleh menyebakan kematian tanaman dan ini
akan menurukan produktiviti hasilan pertanian. Air sungai yang terjejas dengan sampah sarap, sisa
kilang dan pertanian seperti kumbahan babi, boleh menyebabkan ketidakcekapan sistem jana
kuasa dan jika tidak di bendung, pencemaran ini boleh merosakkan sistem jana kuasa elektrik dan
ini menjejaskan sumber tenaga negara. Aktiviti perikanan air tawar berkait rapat dengan sungai.
Apabila sungai tercemar, banyak hidupan akuatik seperti ikan akan mati. Ini menyebabkan nelayan
atau pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian atau hilang punca pendapatan. Contohnya,
pencemaran minyak hitam menyebabkan 1 000 pengusaha ikan sangkar di beberapa kampung di
sekitar Sungai Pahang, Temerloh rugi ratusan ribu ringgit apabila ikan sangkar mereka mati.

Langkah Mengatasi Pencemaran Sungai di Malaysia

Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk
menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang
bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji
rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak
dirawat ke dalam sistem sungai. Perangkap am pencemar dan kolam pemendapan akan dibina di
kawasan kritikal di lembangan sungai untuk mengurangkan aliran keluar punca pencemar tak
diketahui. Pengawalan pengelodakan dan hakisan akan ditangani melalui pindaan undang-undang
sedia ada. Penguatkuasaan akan dipertingkat lagi untuk memastikan pelepasan efluen mematuhi
piawai alam sekitar supaya kualiti alam sekitar dikekalkan.

Strategi pengurusan sungai yang berkesan boleh dibahagikan kepad dua iaitu pemeliharaan
atau pembaikan sungai. Pemeliharaan sungai tertumpu kepada sungaisungai yang tercemar yang
perlu dibaik pulih untuk meningkatkan nilai estetik sungai dan meningkatkan kualiti air sungai
daripada tercemar kepada sungai yang bersih dan dapat menampung kehidupan. Selain itu, usaha-
usaha melibatkan pemeliharaan sungai yang meliputi program kejuruteraan seperti mengekalkan
fungsi asal sungai dengan pembinaan jeram, lubuk dan ciri-ciri fizikal sungai yang lain,
menstabilkan dan melindungi tebing secara bio-engineering dan menguruskan kawasan sungai dan
rizabnya supaya tidak dicerobohi.

7
PENUTUP

Sungai merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang kian meningkat
dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius merupakan dua isu utama pada masa ini.
Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air sungai yang tercemar, namun, kadar
pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia telah membuatkan proses pembersihan
semula jadi ini tidak lagi mampu untuk membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar
umumnya dan pencemaran sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke
tahap yang paling minimum. Ini kerana air adalah sumber hidup dan sekiranya sumber ini dicemari
sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidaklangsung telah
mengurangkan sumber kehidupan manusia sendiri. Hari demi hari jika keadaan pencemaran sungai
ini bertambah buruk, maka manusia secara sedar atau tidak telah meracuni diri mereka sendiri.

Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak
buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan
penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab
penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan
masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigma masyarakat harus diubah
terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap
pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat
telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai.

8
PETA I - THINK

PUNCA
PENCEMARAN
SUNGAI

KESAN
PENCEMARAN
SUNGAI

9
LANGKAH
MENGATASI

10

You might also like