You are on page 1of 16

HBML 4403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014

HBML 4403
KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 720106115726001


NO. KAD PENGENALAN : 720106-11-5726
NO. TELEFON : 019-9564769
E-MEL : liz_ambak@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TERENGGANU


HBML 4403
LIZA AMBAK

SEKAPUR SIRIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam
ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul terakhir dan penutup sekalian Nabi
dan Rasul.

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah diberi
ruang dan kesempatan untuk menyiapkan satu kerja kursus bagi melengkapkan tugasan
sebagai pelajar Program Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian
(OUM).

Di kesempatan ini, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik NAWI BIN ISMAIL tutor HBML4403 Kompetensi dalam Bahasa
Melayu yang telah banyak membimbing dan memberi pandangan kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau, sudah pasti agak
sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya mengambil kira pandangan
positif yang diberikan oleh beliau bagi menghasilkan tugasan yang baik.

Juga, tidak lupa untuk saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekuliah yang sanggup meluangkan masa, tidak mengenal erti jemu dalam memberi tunjuk
ajar, bimbingan ,bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea dengan saya dalam
menyempurnakan tugasan yang diberi. Kepada semua, saya sekali lagi merakamkan ucapan
terima kasih.

1
HBML 4403
LIZA AMBAK
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3
1.1 Definisi Akhbar 3
1.2 Definisi Majalah 4

2.0 Kelebihan Penggunaan Akhbar dan Majalah dalam Bilik Darjah 4

3.0 Pemasalahan Penggunaan Akhbar dan Majalah dalam Bilik Darjah 8

4.0 Cadangan Menggiatkan Penggunaan Akhbar dan Majalah 10

5.0 Kesimpulan 12

6.0 Rujukan 14

2
HBML 4403
LIZA AMBAK

1.0 Pengenalan

Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada
guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai
aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah
hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan
seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri. Melalui tugasan ini,
pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam proses (pdp) di
bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk belajar menggunakan bahan bantu belajar
majalah dan akhbar.

Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke


dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-
kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang
jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula
adalah kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan
berguna iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang
baru (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994). Guru berperanan menyampaikan pengajaran
kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau
cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas
dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran
yang berkesan. Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai
untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja
kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan
khusus pelajar lemah.

1.1 Definisi Akhbar

Mohd Taib Osman (1964) menganggap sesebuah bahan itu sebagai akhbar sekiranya
bahan itu memuatkan berita-berita terakhir di dalamnya diberikan kepentingan terhadap berita
bukannya rencana dan anggapan penerbit itu sendiri sama ada bahan penerbitannya sebagai
surat khabar atau majalah. Kleinfield (1979:50) menyatakan akhbar ialah bahan yang isi

3
HBML 4403
LIZA AMBAK
kandungannya terdiri daripada gabungan iklan, laporan mengenai hiburan, sukan, pendapat,
data dan jadual ( rancangan televisyen, harga pasaran saham dan lain-lain).

Umum: Bahan bercetak yang mengandungi pelbagai perkara.


Khusus: Akhbar berupa terbitan bercetak yang mengandungi pelbagai bahan yang dikeluarkan
secara harian, mingguan atau dalam tempoh masa yang tertentu (Mohd Safar, 2004).

Kesimpulannya, akhbar merupakan bahan bercetak yang mengandungi pelbagai berita,


perkara, hiburan, pendapat, rencana dan sebagainya. Akhbar dikeluarkan mengikut tempoh
masa tertentu mengikut terbitannya.

1.2 Definisi Majalah

Majalah adalah sebuah media publikasi atau terbitan secara berkala yang memuat
artikel - artikel dari berbagai penulis (Assegaff, 1983 : 127). Selain memuat artikel, Majalah
juga merupakan publikasi yang berisi cerita pendek, gambar, review, ilustrasi atau fitur
lainnya yang mewarnai isi dari majalah. Oleh karana itu, majalah dijadikan salah satu pusat
informasi bacaan yang sering dijadikan bahan rujukan oleh para pembaca dalam mencari
sesuatu hal yang diinginkannya. Menurut Mogel (1981 : 13) keistimewaan majalah
berbanding media massa yang lain ialah majalah memberi tumpuan (peng khususan) kepada
satu-satu bidang sahaja dan membincangkannya dengan lebih mendalam. Robert c. O’ Hara,
1962 :2 menyatakan majalah mampu menjalankan fungsinya sebagai pembimbing masyarakat
kerana khalayak pembacanya amat besar dan luas. Kesimpulannya, majalah merupakan media
yang diterbitkan secara berkala yang memuatkan artikel-artikel, berisi cerita pendek, gambar,
ilustrasi dan sebagainya dan boleh dijadikan bahan rujukan oleh pembaca.

2.0 Kelebihan Penggunaan Akhbar dan Majalah dalam Bilik Darjah

i. Boleh menambahkan kosa kata dan perbendaharaan dalam aspek tatabahasa

Aktiviti penggunaan ruangan ‘teka kata’ daripada akhbar atau majalah. Guru meminta
pelajar membawa kamus ke dalam kelas pada hari yang ditentukan. Guru mengedarkan
keratan akhbar ‘teka kata’ daripada akhbar kepada pelajar. Guru meminta pelajar membaca

4
HBML 4403
LIZA AMBAK
penerangan ‘teka kata’ sambil merujuk kamus. Arahkan pelajar memenuhi petak-petak
kosong dengan huruf yang sesuai. Para pelajar diminta menulis ayat-ayat yang berbeza
maknanya dengan menggunakan perkataan yang sama. Aktiviti ini dapat menambahkan kosa
kata dan perbendaraan kata murid-murid.

ii. Pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan

Kedua, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan
bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu
guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan
bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat
memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka
(Norma,2004) .

iii. Mendedahkan murid-murid Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini digunakan untuk mengajarkan kesemua jenis
golongan kata. Fokus diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebih
dahulu kerana kedua-dua kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana
atau perangkai kata. Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.
Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta dengan fungsi atau cara
penggunaannya untuk dihafal di rumah. Semasa di bilik darjah guru akan memperuntukkan
masa antara lapan hingga 10 minit pertama sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti
sifir bahasa. Guru akan meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan
terbuka menanyakan fungsi kata sendi nama atau kata hubung. Pelajar yang tidak berjaya
semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja rumah. Pelajar dikehendaki merujuk
kepada lima kata sendi nama atau kata hubung dengan menyatakan fungsi setiap kata tersebut.
Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik darjah
hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.
Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan sebagai aktiviti
seperti sebelumnya. Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua
golongan kata telah dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan lagi

5
HBML 4403
LIZA AMBAK
ingatan dan kefahaman pelajar. Kaedah ini sangat berfaedah kepada pelajar. Suasana yang
menyeronok di bilik darjah dengan sedikit `tekanan’ (denda) dapat membantu pelajar
menguasai tatabahasa, terutama golongan kata. Dengan menggunakan sifir bahasa pelajar
akan bersedia sebelum memulakan sesi pembelajaran. Lebih daripada itu, aktiviti ini akan
mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Mereka akan membuat hafalan
sebagaimana mereka menghafal sifir (kalian) untuk matematik.

iv.Boleh menarik minat murid dan mengelakkan kebosanan

Menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa.


Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan
gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa
pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam
perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung
tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang
minat murid untuk belajar tatabahasa.Tambahan pula, guru-guru yang menggunakan keratan
akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak
langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau
mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan
bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan
pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu
bahan atau petikan tersebut.

v. Meningkatkan aspek bernilai tambah dalam pembelajaran

Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran komponan


sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini memerlukan kreativiti
dan mencabar minda pelajar. Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks
KOMSAS. Setiap anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina
soalan dan menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini
dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar membaca karya berkenaan dengan teliti.
Hal ini kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan’ itu benar-benar

6
HBML 4403
LIZA AMBAK
memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan yang
akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya sastera
berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda. Menelaah teks komsas untuk aktiviti
membina soalan. Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti
bahagian-bahagian yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan. Pengalaman di
bilik darjah mendapati pelajar mampu membina soalan hasil daripada perbincangan dalam
kumpulan.

Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula diadakan. Guru akan
mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai
untuk dijadikan soalan kuiz dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat mencungkil
kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga
apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka yang soalan mereka
tidak terpilih akan berusaha pada sesi pembelajaran lain supaya soalan yang dibina akan
terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini akan mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat
kerana masing-masing pelajar bersaing antara satu sama lain membina soalan yang berkualiti
untuk dipilih sebagai soalan kuiz.

Sebagai kesimpulannya, guru sebagai arkitek bangsa, kita bertanggungjawab mendidik


generasi muda, maka kita perlulah sentiasa bersedia mengorbankan diri dan masa terhadap
murid-murid agar mereka memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta
mempastikan diri tercapai objektif dalam P&P. Inilah akan meningkatkan profesionalisme
kita dan juga mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan. Sepanjang sesi pengajian
berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang
akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan.
Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat
berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.

3.0 Pemasalahan Penggunaan Akhbar dan Majalah dalam Bilik Darjah

Menurut laporan Awang Had (Mohd. Amin Arshad, 1984), sebanyak 84.9% guru-guru
mengakui bahawa mereka tidak pernah atau jarang menggunakan potongan akhbar untuk
dijadikan bahan pengajaran. Hanya 10.5% sahaja guru yang pernah menggunakan akhbar

7
HBML 4403
LIZA AMBAK
untuk membincangkan hal-hal semasa dengan murid-murid.Kenyataan ini
menunjukkan penggunaan akhbar sebagai alat bantu mengajar di sekolah amatlah terbatas.

i. Bahasa dan kosa kata mengelirukan

Akhbar dan majalah yang digunakan oleh murid-murid banyak mempunyai kesalahan dalam
bahasa dan kosa kata. Terdapat kosa kata yang mengelirukan murid-murid.
a. Kesalahan perkataan atau kosa kata

Contoh:
Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)
Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut = perabot (kesalahan ejaan)
Pergi Melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman
(kesalahan penggunaan perkataan)

b. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M


Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti
yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan)
hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

Contoh:
Cili sos = sepatutnya sos cili
Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara
Mini bas = sepatutnya bas mini
Kredit kad = sepatutnya kad kredit

ii. Fakta rencana atau berita tidak benar

Antara pemasalahan penggunaan akhbar dan majalah dalam bilik darjah ialah rencana
dan berita yang terdapat dalam akhbar itu ada kalanya tidak benar. Hal ini kerana ada

8
HBML 4403
LIZA AMBAK
segelintir wartawan yang telah menokok tambah isi sesuatu maklumat itu supaya tajuknya
nampak lebih menarik untuk orang membacanya. Namun, perkara ini seharusnya dielakkan
kerana akan menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati bagi sesetengah pihak.

iii.Banyak mengandungi iklan

Kebanyakan akhbar dan majalah banyak mengandungi iklan semata-mata berbanding


isi maklumat yang ingin kita ketahui. Kita boleh lihat dan perhatikan bahawa ada iklan-iklan
yang tidak sepatutnya dipamerkan di dada akhbar kerana para pembacanya adalah daripada
pelbagai golongan. Perkara ini menunjukkan isi maklumat semakin berkurangan malahan
gambar dan iklan sahaja yang menjadi paparan untuk menarik pembaca meneruskan
bacaannya.

iv. Maklumat yang disiarkan cepat basi

Selain itu, maklumat yang terkandung di dalam akhbar ini mempunyai jangka hidup
yang sangat pendek. Kebiasaannya, sehari sahaja berita-berita yang disiarkan pada hari itu
kemudian dianggap basi pada hari berikutnya. Kita akan menjadi ketinggalan jika terlepas
daripada mengetahui isu semasa yang berlaku sebelumnya.

v. Kualiti kertas akhbar yang tidak bermutu

Seterusnya, kelemahan menggunakan akhbar dalam bilik darjah ialah kualiti kertas
akhbar yang tidak bermutu. Kertas yang digunakan adalah hasil kitar semula dilakukan.
Apabila pembaca memegang kertas tersebut, dakwatnya yang berwarna hitam boleh
melekat pada tangan dan pakaian. Tambahan, ada sesetengah penulisan akhbar itu, boleh
menembusi halaman yang di belakangnya. Perkara ini menyebabkan kesukaran untuk
membacanya serta menimbulkan rasa bosan pada pembacanya. Selain itu, dengan
menggunakan akhbar pada zaman yang serba canggih ini, ia mengakibatkan murid cepat
bosan kerana ia tidak bersifat interaktif. Hal ini kerana pada zaman IT sekarang ini, murid
lebih menggemari bahan bantu belajar yang bersifat interaktif. Berbeza dengan dahulu,

9
HBML 4403
LIZA AMBAK
dengan kecanggihan zaman sekarang, tidak hairan ramai antara murid lebih tertumpu pada
gajet masing-masing.

4.0 Cadangan untuk Mempergiatkan Penggunaan Akhbar dan Majalah dalam Bilik
Darjah

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik
adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

i.Penyeragaman ejaan, perkataan, istilah dan korpus perlu diselaraskan oleh DBP

Memandangkan bahawa media cetak seperti akhbar dan majalah mendapat tempat
dalam kalangan pembaca di negara ini yang ingin mengetahui isu tertentu, sewajarnyalah
media berkenaan menjadi saluran penting untuk mendidik pembaca menggunakan bahasa
Melayu dengan betul. Menerusi pembacaan bukan sahaja dapat mengetahui isi-isi berbentuk
pengetahuan tertentu tetapi semua akhbar dan majalah boleh memantapkan kemahiran
penggunaan bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, semua tenaga produksi penerbitan
berkenaan mempunyai pengetahuan dan cekap menggunakan tatabahasa dalam penulisan
masing-masing. Hindarkan daripada menggunakan bahasa rojak dan menyimpang daripada
tatabahasa sehingga boleh merosakkan bahasa Melayu sendiri. Di samping itu, perlu ada
keseragaman penggunaan perkataan, istilah dan frasa dalam semua penerbitan berbahasa
Melayu agar pembaca tidak menjadi keliru. Misalnya, penggunaan perkataan “di kalangan’’
dan “dalam kalangan’’. Penyeragaman ejaan, perkataan, istilah dan korpus bahasa perlulah

10
HBML 4403
LIZA AMBAK
perlu diselaraskan oleh pengamal media cetak di negara ini dengan merujuk kepada DBP jika
berlaku kekeliruan.

ii. Membuat perancangan awal dalam penggunaan bahan akhbar

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada awal
tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan
akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru
untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada setiap
hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas. Keratan rencana
pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pelajar dalam aspek
pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai latihan sebelum mereka diuji untuk
PLBS.

iii. Menggunakan keratan rencana pengarang

Ketika menjalankan aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa
bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap hari, iaitu
pada sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akan meminta pelajar tampil ke
hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana
pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa
merujuk keratan tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti
sendiri untuk berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar
dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap.

iv. Menyenaraikan isi-isi penting dalam keratan akhbar

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang

11
HBML 4403
LIZA AMBAK
terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku khas
yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di kelas,
pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya
menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh
hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya
mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun (365 buah keratan
akhbar). Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu
daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas
bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada
pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.

5.0 Rumusan

Akhbar dan majalah adalah sesuai untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar di
bilik darjah yang berkesan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh guru berasaskan bahan
akhbar dan majalah untuk memancing minat para pelajar. Penggunaan akhbar dan majalah
patut diamalkan oleh para pendidik dalam pengajaran mereka. Ini adalah kerana penggunaan
bahan-bahan ini bukan sahaja dapat menimbulkan minat dan keseronokan kepada pelajar
tetapi akan memberikan kesan-kesan positif dalam kehidupan mereka. Kepelbagaian
perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah diutarakan semuanya
adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada
pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif. Para pelajar akan seronok belajar
apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.

Keberkesanan penggunaan akhbar dan majalah dalam proses pengajaran dan


pembelajaran akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat memahami apa isi
kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau di luar kelas. Maka peranan
penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu mengajar oleh guru di dalam pengajaran
amat penting dalam keberkesanan pengajarannya terhadap pelajar. Seterusnya, alat bantu
mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang
abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu
pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi

12
HBML 4403
LIZA AMBAK
sikap pasif dalam kalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk
belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menggembirakan dan menyeronokkan.

Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih baik melalui penggunaan alat bantu
mengajar dengan menggunakan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah. Ini kerana murid
dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat
membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif
pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai rumusan, penggunaan akhbar dan majalah dapat membantu
pelajar-pelajar menulis karangan dengan baik dan berkesan. Keseronokan dalam menjalankan
aktiviti akan menyebabkan mereka minat untuk belajar dan guru dapat menerapkan
menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam P & P, supaya nanti
institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
akademik semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan
berkebolehan dalam usaha membangun modal insan minda kelas pertama sejajar dengan teras
kedua yang terdapat dalam PIPP. Seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

(2,900 Patah Perkataan)

13
HBML 4403
LIZA AMBAK

6.0 Rujukan

Arkib. (2013). Memanfaatkan sarana ibu bapa akhbar . Dicapai pada November 4, 2014
daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130722/pe_01/Memanfaatka

Azizul Rahman Abdul Rahman. (2009). Majalah dalam Kelas. Dicapai pada November 5,
2014 daripada http://bmmgcm.wordpress.com/pena-gc-bm-gkc/azizul-
rahman/majalah-dalam-kelas/

Cikgu Hafiz .(2010).Konsep ADD Berkesan . Dicapai pada November 2, 2014 daripada
http://foonyew2.wordpress.com/2010/03/01/konsep-add-berkesan/

Fazidah Ahmad. (1994). Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Malaysia
(lisan) di peringkat sekolah menengah.Penulisan Akademik. Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang.

Gwee Hui Hiong.(1993). Penggunaan akhbar dalam pengajaran kemahiran menulis


karangan. Penulisan Akademik. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang

Izani Hj. Daud. (2012). Kreativiti Guru dalam pengajaran Bahasa. Dicapai pada November
2, 2014 daripada http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2012/09/kreativiti-guru-
dalam- pengajaran-bahasa.html

Juriah Long. (2010). Senario dan cabaran pengajaran, pembelajaran Bahasa Melayu masa
kini. Dlm. Juriah Long (Pnyt.). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, 17-32.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Lim Duan Lib. (1997). Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam
pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.Dissertation (M.A), Jabatan
Pengajian Media, Fakulti

Lim Po Lin. (2011). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Dicapai pada November 5,
2014 daripada http://limpolin.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

14
HBML 4403
LIZA AMBAK
Pelita bahasa . (2012). Akhbar dalam Pengajaran tatabahasa. Dicapai pada Oktober 3, 2014
daripada http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=451

Salbiah. (2007). Penggunaan Akhbar Melalui konsep ADD . Dicapai pada November 3, 2014
daripada http://salbiahsaldagmail-salbiah.blogspot.com/

15

You might also like