You are on page 1of 10

MIKROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu,lazimnya digunakan dalam bengkel


mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan
tepat.Mikrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci.Biasanya ukuran
paling kecil yang boleh dibaca oleh micrometer ialah 1/100 milimeter
(0.01mm).Terdapat juga mikrometer yang dilengkapkan dengan skala vernier dan
ia boleh memberikan bacaan yang lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter
(0.001mm).Mikrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inici (0.001)
dan 1/10000 inci (0.0001 inci).

Bahagain-bahagian Mikrometer
Bingkai
Bingkai berbentuk separuh bulatan,mempunyai spindal di bahagian hujung
sebelah kanan dan andas di sebelah kiri.

Andas
Andas dipasang tetap di sebelah kiri bingkai.Bagi setengah-setengah andas,tip
tungsten karbida dikimpalloyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak cepat
haus.

Spindal
Di bahagian hujung seblah kanan terdapat benang yang boleh berputar dengan
bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.Apabila bidal diputar spindal akan
bergerak maju dan mundur ke permukaan andas.Bahagian hujung sebelah kiri
spindal juga dikimpal-loyangkan dengan tip tungsten karbida.Kedua-dua
permukaan andas dan spindal merupakan muka ukuran.Ia mestilah rata,bersudut
tepat dengan garis pusat spindal dan selari di antara satu dengan lain.

Laras
Pada bahagian laras terdapat senggatan-senggatan yang dibuat di sebelah
menyebelah garisan selari,yang menjadi datum kepada micrometer.Bahagian atas
disenggatkan kepada 25 bahagian yang sama,tiap-tiap senggatan.Di bahagian
bawah pula,senggatan dibuat membahagi dua senggatan bahagian atas, ini
bermakna tiap-tiap satu garisan bersamaan 0.5mm.

Bidal
Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.Tiap-tiap satu
bahagian bersamaan 0.01 mm.

Penganjak halus
Terletak di bahagian hujung bidal.Kegunaannya ialah untuk memastikan
ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia boleh mengawal dan mengelakkan bidal
diputar berlebihan.Untuk mendapatkan bacaan yang tepat,tekanan mengukur
mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.
Prinsip Membaca Mikrometer
Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru.Perhatikan Rajah yang
menunjukkan keratin rentas satu micrometer.Spindalnya mempunyai skru dengan
pic ulir 0.5 milimeter yang dicanai dengan tepatnya.Ia boleh berputar dengan
bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.Apabila bidal diputar,spindal akan
bergerak maju atau mundur ke permukaan andas.Oleh sebab pic ulir micrometer
ialah 0.5mm.Laras mempunyai satu skala melintang dengan senggatan dibuat di
sebelah menyebelah garisan ini.Skala sebelah atas mempunyai 25 senggatan,
tiap-tiap satu senggatan bersamaan 1mm.Senggatan di sebelah bawah pula
membahagi dua senggatan di sebelah atas,ini bermakna tiap-tiap satu senggatan
bersamaan 0.5 mm.Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana
benda kerja diukur di antara dua permukaan ini.Untuk memulakan bacaan satu-
satu ukuran,angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada
laras.

1.Mikrometer 0 – 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar
dengan sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0 mm.

2.Mikrometer 25 – 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan lain tetapi jarak muka ukuran
ialah tetapi jarak muka ukuran ialah 25 mm dan bacaan bermula daripada 25 mm.

3.Mikrometer 100 – 150 mm


Bacaan untuk micrometer ini bermula daripada 100 mm.

Membaca Mikrometer Metrik


1.Bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan
dengan 1 mm.
2.Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1 mm didarabkan
dengan 0.50 mm.

3.Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan
dengan 0.01 mm.

4.Campurkan ketiga-tiga bacaan di atas.Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan


bagi micrometer itu.

Bacaan senggatan terakhir =11 x 1 = 11.00 mm

Pada laras atas

Bacaan pada laras bawah yang =1 x 0.50 =0.50 mm

Terhampir dengan 1 mm

Bacaan senggatan bidal yang

Sejajar dengan skala

Melintang pada laras =36 x 0.01 =0.36 mm

Jumlah 11.86 mm

Oleh itu,bacaan sebenar ialah 11.86 mm.


Bacaan senggatan terakhir

Pada laras atas =13 x 1 =13.00 mm

Bacaan pada laras bawah yang

Terhampir dengan 1 mm =1 x 0.5 =0.50 mm

Bacaan senggatan bidal yang

Sejajar dengan skala melintang

Pada laras =25 x 0.01 =0.25 mm

Jumlah =13.75 m

Oleh itu,bacaan sebenar ialah 13.75 mm.

Menggunakan Mikrometer
Kebolehan mendapatkan ukuran yang tepat bergantung pada kemahiran
menggunakan alat ini.Kemahiran hanya boleh dicapai sekiranya kerap
menggunakannya dan dapat mengawal tekanan mengukur dengan betul.Untuk
mendapatkan tekanan mengukur yang betul,elakkan memutar bidal
berlebihan.Sebaliknya daptkan rasa sentuhan yang betul.
Mengukur Benda Kerja yang Dipegang
Mikrometer hendaklah dipegang pada tapak tangan dan diapit dengan jari
kelingking atau jari manis (mengikut yang mana lebih selesa).Biarkan ibu jari dan
jari telunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal.Benda kerja
hendaklah diletakan di antara permukaan andas dengan spindal Rajah dan Putar
bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda kerja.Untuk merasa
sentuhan,gerakan spindal ke hadapan atau ke belakang perlahan-lahan.

Mengukur Benda Kerja pada Mesin


Harus diingat bahawa untuk mengukur benda kerja pada mesin hendaklah
diberhentikan terlebih dahulu.Pegang bingkai mikrometer dengan ibu jari dan jari
terlunjuk tangan kiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dan tetapkan dengan
jari hantu dan jari manis tangan kana sambil ibu jari dan jari telunjuk memutar
bidal.
Mengukur Ketepatan Mikrometer
Mikrometer perlu diuji ketepatannya sebelum digunakan.Cara menguji
micrometer 0-25 mm ialah dengan merapatkan permukaan andas dengan
spindal.Pastikan kedudukan angka sifar pada bidal sejajar atau sekenaan dengan
garisan datum manakala angka sifar pada laras pula sejajar dengan tepi bibir bidal
yang juga merupakan datum.

Bagi micrometer yang lebih besar saiznya (lihat gambar foto


dibawah),ketepatannya boleh diuji dengan menggunakan tolok bongkah.Caranya
sama iaitu pastikan bahawa angka sifar pada laras dan bidal sejajar dengan datum
apabila tolok bongkah penguji menyentuh kedua-dua muka ukurannya.Contohnya
untuk menguji micrometer 50-75 mm,gunakan tolok bongkah berukuran 50 mm
tebal.
Kedua-dua gambar foto di atas menunjukkan angka sifar pada laras dan bidal
dalam kedudukan tertutup.Ini bermakna bacaan micrometer itu tepat.Tetapi
sekirannya angka sifar ini tidak sejajar kedudukannya dengan datum,bermakna
terdapat selisih dalam bacaan yang disebut sebagai ralat sifar.Ralat sifar ini ada
positif atau negative.

Mengesan Ralat Sifar


Cara mengesan micrometer yang mempunyai ralat sifar ialah dengan menguji
ukuran tolok bongkah yang tertentu saiznya.

Ukur ketebalan tolok bongkah 10 mm dengan menggunakan micrometer 0 mm-


25 mm seperti yang ditunjukan dalam rajah yang berikut.

Bacaan yang ditunjukkan ialah 10.04 mm, lebih besar daripada saiz yang
sepatutnya.Ralat ini disebut ralat negative,kerana ukuran sebenar terpaksa
ditolok dengan selisih bacaan terlebih dahulu.Jika micrometer ini mencatatkan
bacaan 19.26 mm,maka ukuran sebenar ialah 19.26-0.04 iaitu 19.22 mm.

Ukuran ketebalan tolok bongkah 10 mm dengan menggunakkan micrometer 0-25


mm seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut.

Bacaan yang ditujukkan ialah 9.96 mm iaitu 0.04 mm lebih kecil daripada saiz yang
sepatutnya.Ralat ini pula disebut ralat positif,krana ukuran sebenar terpaksa
dicampurkan dengan selisih bacaan terlebih dahulu.Jika micrometer ini
mencatatkan bacaan 19.18 mm,maka ukuran sebenar ialah 19.8 mm + 0.04 mm
iaitu 19.22 mm.
Melaraskan Ralat Sifar
Ralat sifar ini menyulitkan kita untuk mengukur satu-satu benda kerja.Ini menjadi
bertambah rumit lagi jika kia terpaksa menentukan jumlah dan jenis ralat terlebih
dahulu,kemudian mengira dengan jumlah alat kepada bacaan yang didapati.

1.Melaraskan skru spindal yang longgar


Tatacara
Buka bidal hingga kepada had maksimum pada bahagian pangkal
laras.ketatkan nat pelaras dengan mengunakan sepana khas berbentuk C.Putar
nat mengikut arah putaran jam sehingga skru micrometer tidak lagi longgar.

2.Melaraskan angka sifar pada bidal dan laras supaya sejajar


dengan datum
Tatacara
Tutup bidal sehingga andas dan spindal rapat kedudukannya.Gunakan sepana
khas berbentuk C.Putar laras sehingga angka sifar pada bidal dan laras sejajar
dengan datum.

Punca-punca Rlat Sifar


Antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya ralat sifar ialah:

1.Mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul

2.Mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.

3.Permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.

4.Berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal.


Perkara-perkara yang Haus Diperhatikan apabila Menggunakan
Mikrometer
1.Pastikan muka ukuran bersih iaitu bebas daripada kekotoran seperti habuk dan
minyak

2.Perhatikan kedudukan sifar pada skala laras dan bidal supaya tidak terdapat
sebarang ralat.

3.Gerakkan spindal perlahan-lahan apabila bersentuhan dengan benda kerja.

4.Jangan putar bidal berlebihan supaya dapat member tekanan mengukur atau
rasa sentuhan yang betul.

Menjaga Mikrometer
Oleh sebab micrometer boleh mengukur ukuran yang terlalu kecil dengan jitu,ia
mestilah diberi penjagaan yang rapi serta diselenggrakan dan digunakan dengan
cara yang betul.

1.Jangan sekali-sekali menjatuhkan micrometer

2.Jangan mencampuradukkan micrometer dengan alat-alat lain ketika


menyimpan.Seeloknya gunakan bekas atau kotak penyimpan yang dibekalka

4.Bersihkan micrometer sebelum atau sesudah digunakan.

You might also like