You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

CEDUNG JAYA
JALAN TAMAN SRI KERAMAT
26500 MARAN, PAHANG

KERTAS KERJA
AKTIVITI PPDA
“PERTANDINGAN MENULIS ESEI PPDA”
1.0 PENDAHULUAN

Saban hari kita dikejutkan di dada akhbar dan media masa tentang jenayah dan penyalahgunaan
dadah. Dadah dan jenayah telah menjadi satu masalah keselamatan dan diperkatakan setiap hari.
Pelbagai cara digunakan untuk membendung penularan penyalahgunaan dadah seterusnya
membawa kepada aktiviti jenayah di negara ini. Pendidikan pencegahan dadah dan jenayah
merupakan strategi utama dalam pencegahan peringkat awal. Matlamat pendidikan pencegahan
dadah dan jenayah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran kepada murid , guru ,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa pada peringkat awal.

2.0 RASIONAL

Dadah dan jenayah merupakan ancaman kepada dunia. Negara kita tidak terlepas dari bencana
ini. Justeru itu, sekolah merupakan tempat permulaan untuk mencegah. Di samping itu, strategi
utama untuk merancang dan melaksana program ini melalui pengurusan kepimpinan, kurikulum,
kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Pihak sekolah memutuskan demi menyahut visi
kementerian iaitu Sekolah bebas Dadah ialah dengan mengadakan pertandingan menulis esei
bertujuan untuk menyampaikan pesanan antidadah kepada semua warga sekolah dan pengunjung
yang melalui laluan PPDa.

3.0 OBJEKTIF

i. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid dan seluruh warga sekolah


terhadap kemungkinan wujudnya gejala anti sosial dan penyalahgunaan dadah di
sekeliling mereka.
ii. Menyampaikan pesanan antidadah dan jauhi dadah secara penulisan esei.
iii. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah mempunyai kefahaman tentang
penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan 1Malaysia Membenteras
Dadah.

4.0 MASA DAN TARIKH PELAKSANAAN

 Dilaksanakan sepanjang bulan Mac 2018


 Masa pelaksanaan : Semasa Pdpc Bahasa Melayu

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya

6.0 CARA PELAKSANAAN

Semua pelajar SMK Cedung Jaya akan diberikan diberikan esei mengikut 2 kategori iaitu
pelajar menengah atas dan pelajar menengah rendah. Pertandingan akan dijalankan semasa
waktu Pdpc guru mengikut kesesuaian masa

7.0 LOKASI PERTANDINGAN

Di pejabat kelas guru-guru

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Item / barang Kos


1. Tiada Tiada
2.
3.
4.
JUMLAH:

9.0 SUMBER KEWANGAN

Tiada

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN ESEI PPDA


Pengerusi : Pn. Norhayati Binti Mohamed
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Ishak B. Zainal Abidin
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Tn Hj Mohd Ghulam Bin Abdullah
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En. Zulkifli B. Samah
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras : En.Mohd Fadzli b.Mustafa

11.0 PENUTUP

Diharapkan semoga dengan berlangsungnya pertandingan ini,murid-murid dapat menjauhkan


diri dari salah laku penyalahgunaan dadah.. Diharap pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya serta dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh,

……………………………………………
EN.MOHD FADZLI B.MUSTAFA
PENYELARAS PERTANDINGAN ESEI
SMK Cedung Jaya

Disemak oleh,

……………………………………………… ……………………………………..
TN.HJ.GHULAM B.ABDULLAH PN. NORHAYATI B MOHAMMED
GPK HEM PENGETUA
SMK CEDUNG JAYA SMK CEDUNG JAYA

You might also like