You are on page 1of 7

SK PENDIDIKAN KHAS TAIPING

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

KAJIAN TINDAKAN

KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PENDIDIKAN KHAS TAIPINGSEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF

1.1. PENGENALAN

Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak mulia. Guru ialah individu
yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping tempat dan prasarana sekolah yang sesuai.Proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan menjadi lebih berkesan dan
menggembirakan sekiranya teerdapat penggunaan sumber secara teratur , jelas dan baik. Pusat sumber
sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat.
Justeru , saya juga mengkaji sejauh mana kewujudan Pusat Sumber SK PENDIDIKAN KHAS TAIPINGdapat
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

1.2..RASIONAL KAJIAN

Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini, maka kajian ini dijalankan
semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber
sebagai pusat maklumat sekolah. Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan
maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk
penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat
berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Walau bagaimanapun peranan
AJK dan kerjasama semua guru adalah penting untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah.

1.2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan terhadap 10 orang guru SK Pendidikan Khas Taipingyang dipilih secara rawak.
Keberkesanan Pusat Sumber Banyak dipengaruhi oleh komitmen AJK Pusat Sumber dan pentadbir sekolah.
Tanggapan bahawa Pusat Sumber sebagai satu bilik atau tempat untuk menyimpan buku-buku perlu dikikis.
Guru dan pelajar perlu menyedari bahawa Pusat sumber ialah sebuah tempat sumber maklumat dan bukanlah
tempat untuk meninggalkan pelajar membuat kerja sendiri. Oleh itu, Pusat sumber haruslah digunakan
dengan sebaik-baiknya supaya Pusat sumber benar-benar menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat
yang selesa serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 OBJEKTIF

1. Mengenalpasti kepentingan Pusat Sumber SK PENDIDIKAN KHAS TAIPINGbenar-benar bermanfaat

2. Mengenalpasti hubungkait antara keselesaan Pusat Sumber SK PENDIDIKAN KHAS TAIPINGdengan


kedatangan para pelajar ke Pusat Sumber.

3. Membuktikan bahawa pusat sumber yang lengkap dan selesa memainkan peranan penting untuk menarik
minat para pelajar ke pusat sumber

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tentang kepentingan pusat sumber
sebagai pusat sumber maklumat sekolah. Ianya juga untuk melihat sejauh manakah peranan pusat sumber
penting dalam menyumbang kearah peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan, Berdasarkan kajian ini
diharapkan pihak pentadbir, AJK pusat sumber, guru-guru dan para pelajar dapat member sokongan dan terus
memantapkan kewujudan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.

1.6. BATASAN KAJIAN

Kajian dijalankan kepada 10 orang pelajar SK Pendidikan Khas Taipingyang dipilih secara rawak. Pemilihan
pelajar –pelajar yang menjadi tumpuan kajian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa sebab:

1. Pelajar tersebut ialah pelajar yang pernah mengunjungi pusat sumber sama ada pada waktu pembelajaran
atau pada waktu petang.

2. Pelajar tersebut tahu bahawa pusat sumber mampu membantu meraka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3. Pelajar tersebut pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat sumber.

1.7. HIPOTESIS KAJIAN

Puast Sumber SK Pendidikan Khas Taiping boleh dan berpotensi menjadi pusat sumber maklumat sekolah dan
dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

1.8. KAWASAN KAJIAN

Tumpuan kajian ialah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Sekolah ini terletak di kawasan bandar .

1.9. POPULASI

Tumpuan kajian kepada pelajar-pelajar SK PENDIDIKAN KHAS TAIPINGdari tahun 1 hingga tahun 6 seramai 28
orang.
2.0. PERSAMPELAN

Kajian ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar darjah 6 SK Pendidikan Khas Taiping. Tumpuan kajian hanya
kepada 10 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah sebagai sampel bagi tujuan kajian ini.

2.1. CARA KAJIAN

Dalam kajian pelajar dipilih secara rawak dari darjah 6 seramai 10 orang. Bagi setiap pelajar dibekalkan dengan
set soalan mudah mengandungi 10 soalan dan dikehendaki memberi jawapan yang sesuai mengenai dirinya.
Set soal selidik dalam bentuk Skala Liket mudah

2.2. DAPATAN KAJIAN

1. 50% pelajar sangat setuju dan 50% setuju menyatakan mereka selesa belajar di bilik pusat sumber sekolah
.

2. InI membawa maksud bahawa 100% para pelajar setuju yang mereka selesa belajar di bilik pusat sumber
sekolah

3. 100% pelajar menyatakan bahawa bahan elektronik dapat menarik minat mereka belajar.

4. Didapati 100% pelajar kurang setuju dengan kenyataan , saya tidak tahu bilik pusat sumber sekolah
membantu saya dalam pelajaran.

5. Sebanyak 75 % sangat suka berada di pusat sumber dan tiada seorang pun yang kurang setuju. Ini
bermaksud bahawa 100% para pelajar suka berada di pusat sumber.

6. Sebanyak 72% sangat setuju berada di pusat sumber membuat rujukan dan 28% yang setuju dan tiada
pelajar yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka membuat rujukan di pusat
sumber.

7. 100% pelajar bersetuju bahawa berkunjung ke pusat sumber banyak mendatangkan faedah dan dapat
membantu mereka belajar.
3.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada analisa data yang telah dibuat ,hipotesis kajian ini terbukti kukuh dan signifikan bahawa pusat
sumber memainkan peranan penting sebagai pusat sumber maklumat SK Pendidikan Khas Taiping. Pusat
sumber SK Pendidikan Khas Taipingjuga berupaya membantu pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam.

3.1 RUMUSAN

Kesimpulannya dapatan kajian ini membuktikan bahawa terdapat hubungkait yang bermakna antara pusat
sumber SK Pendidikan Khas Taiping dengan peranannya sebagai pusat sumber maklumat . Hal ini menyokong
hipotesis kajian ini tentang peranan penting pusat sumber SK Pendidikan Khas Taiping pusat sumber maklumat
dan nadi sekolah. Walaupun kajian ini terbukti kukuh, peranannya boleh dipertingkatkan lagi dengan adanya
usaha berterusan dan bersungguh-sungguh daripada pihak sekolah , AJK pusat sumber di samping sokongan
daripada ibu bapa dan masyarakat.

4.0. CADANGAN

4.1 Pentadbir Sekolah

4.11. Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dan para pelajar
supaya menggunakan segala kemudahan yang ada di sekolah ini.

4.1.2 Pentadbir berusaha meningkatkan prasarana dan menjadikan seluruh sekolah sebagai sumber
maklumat.

4.2 Guru-guru dan AJK Pusat Sumber

4.2.1 Sentiasa berusaha menyediakan suasana dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
terkini.

4.2.2 Perlu kreatif dan inovatif dan sentiasa berusaha mencari jalan supaya PSS sentiasa hidup dan menepati
perkembangan pendidikan.

4.3 Peranan sekolah

4.3.1 Menyediakan tempat yang kondusif dan selesa untuk pembelajaran di samping sumber-sumber
pembelajaran yang boleh menyumbang ke arah pembelajaran sepanjang hayat memang tidak dapat
disangkal lagi.Maka tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh kakitangannya yang terdiri daripada kalangan
guru dan pekerjanya. Kerajasama dan komitmen semua guru dan pekerja sangat penting untuk menjadikan
sekolah ini pusat sumber tercapai.Penggemblengan tenaga warga sekolah merupakan aset penting untuk
mencapai kejayaan.
Soal Selidik

Skala :1 – kurang setuju 2 – setuju 3 – sangat setuju

Bulatkan jawapan pilihan anda

1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik PUSAT SUMBER SEKOLAH 1 2 3

Saya lebih suka belajar di dalam kelas berbanding bilik PUSAT


2. SUMBER SEKOLAH 1 2 3

3. Bahan elektronik tidak menarik minat saya untuk belajar 1 2 3

Saya suka jika guru menggunakan ABM sewaktu di bilik PUSAT


4. SUMBER SEKOLAH 1 2 3

Saya tidak tahu bilik PUSAT SUMBER SEKOLAH membantu saya


5. dalam pelajaran 1 2 3

Cadangan saya

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Saya berasa selesa belajar di dalam pusat sumber sekolah 1 2 3

2. Saya lebih suka ke pusat sumber untuk membuat rujukan 1 2 3

3. Berkunjung ke pusat sumber tidak mendatangkan faedah 1 2 3

Kepada saya

4. Bahan bacaan di pusat sumber sekolah tidak dapat membantu 1 2 3

saya belajar

5. Saya hanya akan ke pusat sumber sekolah jika terpaksa 1 2 3

Cadangan saya

________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

You might also like