You are on page 1of 3

2/28/2018 Artikel - Manisnya karya adaptasi

Maklumat Seni Filem


Manisnya karya adaptasi
Senarai artikel menarik
Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Hubungan intim antara bidang kesusasteraan dan pembangunan filem dan teater tempatan seharusnya tidak
mencurigakan. Malah antara dua bidang ini perlu saling memanfaatkan untuk mengangkat penghayatan seni kepada
khalayak.
www.filemkita.com

Masyarakat kita sebenarnya bukan baru menerima adaptasi sebagai sebahagian daripada persembahan di filem atau
teater. Lihat sahaja bagaimana meriahnya penonton menerima filem Jula Juli Bintang Tujuh yang diadaptasi dari
bangsawan.
login | sertai

Begitu juga dengan adaptasi cerita rakyat antaranya Tanggang, Badang dan Batu Belah Batu Bertangkup yang diangkat
sebagai karya filem. Maknanya adaptasi telah lama bermula dan khalayak dapat menerima perbezaan antara gambaran
lisan cerita rakyat dan imej di filem. Sekalipun tujuan membawa cerita bangsawan ke filem kerana strategi pemasaran
untuk menarik penonton ke pawagam, tetapi ini bibit-bibit awal bagaimana sebuah karya dilihat dan dikemukakan dalam
pendekatan yang berbeza.

Adaptasi perlu lebih menonjol untuk melihat persepsi yang berbeza daripada sumber yang sama. Seorang pengarah filem
atau pengarah teater melihat karya sastera daripada persepsi yang berbeza daripada sasterawan. Tetapi perbezaan ini
bukanlah halangan untuk menjalin hubungan intim sekalipun ada orang berkata, adaptasi tidak wujud tanpa
pertentangan. Antara novelis, penulis skrip adaptasi dan pengarah pasti berlaku pertentangan yang pastinya melahirkan
sebuah karya baru yang lebih segar.

Dalam konteks ini kita perlu melupakan ekstremnya Fassbinder semasa mengadaptasi Berlin Alexanderplatz (1980) karya
Alfred Doblin menjadi filem yang durasinya 16 jam.

Tetapi perlu melihat bagaimana pengarah Taiwan, Ang Lee mengadaptasikan novel klasik karya Jane Austen, Sense and
Sensibility menjadi filem yang diadun cita rasa Timur dan Baratnya. Ang Lee bukan sahaja perlu menghayati budaya
British yang melingkari karya Jane Austen malah berkemampuan persepsi baru terhadap novel berkenaan.

Kerana itu adaptasi bukan satu proses menyalin atau memindahkan dari teks ke medium visual tetapi karya baru yang
menuntut keterlibatan ilmu, pemikiran dan tanggungjawab. Apabila Marzuki Ali mengadaptasi Macbeth karya Shakespeare
menjadi teater Makbeh dan kemudian Julius Caeser dalam senario budaya Sarawak, ia seharusnya menjadi perangsang
untuk menghasilkan banyak lagi karya adaptasi.

Marzuki menjadikan Makbeh sebuah karya baru yang berlatarkan Sarawak dari aspek geografi, budaya dan manusianya
sekalipun sumber asalnya bari Barat.

http://www.filemkita.com/maklumat/artikel/artikel_10.html 1/3
2/28/2018 Artikel - Manisnya karya adaptasi
Khabarnya Marzuki kini dalam proses mengadaptasi naskhah popular karya Shakespeare, Hamlet dalam senario budaya
Orang Asli di negara ini. Memang suatu yang cukup sukar untuk meletakkan Hamlet dalam situasi Orang Asli tetapi inilah
manisnya berkarya sambil menimba ilmu.

Adaptasi adalah pertentangan yang berlaku dalam pemikiran antara penulis asal, penulis adaptasi dan pengarah yang
akan membawa karya itu ke pentas atau filem. Adaptasi tidak berlaku tanpa pertentangan. Kerana itu jangan terlalu gusar
kalau novelis mempunyai sudut pandangan tersendiri terhadap novel mereka. Novel Juara karya S. Othman Kelantan
menjadi Jogho apabila difilemkan oleh U-Wei Haji Saari.

Jogho dan Juara masih sama dalam beberapa perbezaan dari aspek persepsi dan pendekatan antara dua medium seni itu.
Tetapi semangat dan motif dalam Juara ada dalam Jogho.

U-Wei juga mahu menikmati cabaran mengadaptasi karya di luar budaya Melayu untuk dimelayukan secara menyakinkan.
Dia mencuba dengan mengadaptasi karya klasik Greek oleh Euripides, The Bacchae menjadi Bakai. Kini dalam persiapan
mengadaptasi novel Jerman, Fire Starter menjadi Main Api.

Kerana itu apabila RTM memperkenalkan slot Teater Novel beberapa tahun lalu, ia diharapkan menjadi landasan dan
pemangkin kepada karya adaptasi khususnya dari novel ke TV secara lebih tertonjol dan berterusan.

Teater Novel memperlihatkan sesuatu yang menarik dan sewajarnya selepas 13 siri itu RTM memperlihatkan kesungguhan
untuk menjadikan karya sastera sebagai sumber bagi drama-drama di TV.

Tambahan pula kita mempunyai sekian banyak novel yang sesuai untuk diadaptasi tetapi terus tersimpan kerana minat
membaca karya-karya tempatan yang begitu rendah. Setidaknya novel-novel besar akan memberikan sedikit sumbangan
apabila diangkat ke medium lain yang lebih popular dan berpengaruh.

Kita juga wajar belajar hasil daripada kesetiaan Jamil Sulong membawa novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon
Ahmad dan lantangnya Shahrom Mohd. Dom yang mengadaptasi Langit Petang karya A. Samad Said ke filem. Nampaknya
setia dan curang perlu diwaraskan untuk mendapatkan karya adaptasi yang baik.

Sumber: Utusan Online (22 Julai 1999)

Filem Cereka: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula

Penafian Komen & sumbangan


Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem
Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam
laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Teruskan menyokong dan membangunkan Filem
Malaysia. Syabas!
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.

Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web © 1999-2004 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara

http://www.filemkita.com/maklumat/artikel/artikel_10.html 2/3
2/28/2018 Artikel - Manisnya karya adaptasi

http://www.filemkita.com/maklumat/artikel/artikel_10.html 3/3

You might also like