You are on page 1of 6

PJM3063E

AMALI SISTEM SARAF 11 FEBRURI 2015

1. Apakah itu sistem saraf?


 Sistem saraf bertanggungjawab mengintergrasi dan mengawal semua fungsi
sistem badan. Sistem ini berkebolehan untuk menerima dan bertindak balas
terhadap impuls dari persekitaran dan internal serta menghantar impuls ke
sistem saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain
dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat.
2. Jelaskan serta lakarkan tiga fungsi sistem saraf yang bertindan untuk menjalankan
tugasnya.
3. Sistem saraf boleh diklasifikasikan kepada struktur dan fungsi, jelaskan pernyataan ini.
 Sistem saraf boleh dibahagi kepada dua bahagian berdasarkan struktur dan
fungsinya. Bagi klasifikasi struktural sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf
pusat dan sistem saraf periferi.
 Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi
pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia.
 Klasifikasi fungsional pula hanya melibatkan sistem saraf periferi. Klasifikasi ini
membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem sensori atau aferen dan
sistem motor atau eferen.
 Sistem motor atau eferen ini pula terbahagi kepada sistem saraf somatik dan
sistem saraf autonomic
4. Lakarkan rajah yang menunjukkan organisasi sistem saraf.

5. Terangkan
a) Sistem saraf pusat
 Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada
kaviti dorsal badan. Sistem ini berperanan sebagai pusat intergrasi dan
kawalan sistem saraf.
b) Sistem saraf periferi
 Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang. Saraf-
saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori pelbagai
bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor (eferen)
membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-otot dan
kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan.
 Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf somatik dan
sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-
otot rangka. Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot
kardiak dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan.
6. Lakarkan dan jelaskan proses arka reflex dalam sentakan lutut

7. Nyatakan dan jelaskan lima fungsi sistem saraf.


 Mengintergrasikan rangsangan yang diterima.
 Menterjemah rangsangan.
 Mencetuskan pergerakan motor.
 Menyimpan maklumat.
 Menjana pemikiran dan idea
8. Apakah itu neuron?
 Neuron atau sel-sel saraf menghantar impuls-impuls saraf dari satu bahagian
tubuh ke bahagian lain tubuh melalui unjuran protoplasma yang panjang.
Walaupun neuron-neuron terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, kesemua
neuron mempunyai badan sel, akson dan dendrit.
9. Lakar dan labelkan struktur neuron.

10. Apakah itu sinaps?


 Sinaps ialah tempat pertemuan khusus antara neuron transmisi dan neuron
penerimaan. Sinaps berperanan dalam mengaturkan fungsi tisu dengan
menyediakan laluan-laluan tertentu bagi pemindahan pelbagai maklumat saraf.

11. Lakarkan struktur sinaps


12. Terangkan proses transmsi implus dari neuron ke neuron melalui lakaran gambarajah.

13. Namakan satu jenis neurontransmiter


 Norepinefrin, acetilkolin, dopamin, serotonin, asam gama aminobutirat (GABA),
glisin
14. Banding bezakan Lakuan Motor Involuntari dengan Lakuan Motor voluntary beserta
contoh pergerakan.
 Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan.
Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Contoh
pergerakan involuntary adalah, menarik tangan atau kaki bila kena benda panas.
 Lakuan motor voluntari merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan
secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk
melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan
voluntari.Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek
seperti tahap kemahiran dan pengalaman. Contohnya: Badminton apabila
mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi
mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah
mungkin membalas dengan hantaran lob.
15. Bincangkan kesan kerosakan saraf kepada tubuh
 Badan akan menjadi lemah
 Kelumpuhan badan
 Darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di
badan
 Berisiko menghadap pelbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit
sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki
tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah
alat kelamin(impotency),

You might also like