You are on page 1of 3

Tip Kebersihan Diri Untuk

Keselamatan di Dapur
Gunakan panduan-panduan untuk menetapkan standard kebersihan
tenaga kerja dapur anda dan anda akan dapat memastikan makanan
anda selamat untuk dimakan

Kebersihan Peribadi
Kebersihan Peribadi seringkali adalah punca banyak kes keracunan
makanan. Walau bagaimanapun, ia cenderung untuk tidak diberi
perhatian dalam langkah keselamatan makanan. Memerhati dan
memantau kebersihan tenaga kerja dapur adalah amat penting dalam
mengelakkan pencemaran makanan. Mari kita mulakan dengan melihat
apa yang dipakai oleh krew anda.

Pemakaian
 Pakaian Seragam – Pakai pakaian seragam yang bersih setiap hari dan
hanya memakainya di tempat kerja.
 Apron – Apron penuh yang berlainan perlu dipakai di stesyen
penyediaan yang berlainan (sebagai contoh: makanan laut dan sayuran)
 Sarung tangan – Sarung tangan pakai-buang yang berlainan
digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan yang telah
dimasak.

Amalan Kebersihan
Selain daripada pakaian yang betul, terdapat beberapa langkah mudah
yang mempunyai impak yang besar ke atas kualiti dan kebersihan
makanan anda.

Kami juga menyarankan untuk membuat pemeriksaan pada setiap pagi


untuk memastikan krew anda kekal berdisplin dalam kebersihan peribadi
mereka.

Jangan: Buat:

Bersin ke dalam makanan Pastikan kuku jari anda pendek dan bersih

Pastikan rambut dan jambang anda bersih dan


Garu badan semasa
teratur – rambut yang panjang sebaiknya diikat
memasak/menghidang
rapi

Mengosok muka/hidung pada Basuh tangan selalu dan bersihkan sepenuhnya


bahu anda dengan sabun

Mengorek telinga menggunakan


Bekerja di permukaan yang bersih
jari

Menggunakan papan memotong plastik dan pisau


Mengelap peluh dengan tangan yang berlainan untuk makanan yang telah
dimasak dan yang mentah

Memakai aksesori
Jangan: Buat:

Datang bekerjasemasa sakit

Panduan Keselamatan Di Dapur


Semasa waktu makan, keadaan mungkin menjadi agak sibuk dan perkara
terakhir yang anda mahu berlaku adalah seseorang tercedera di dalam
dapur. Di sini ada beberapa cara untuk mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan sebegini

 Jangan Tergesa-gesa: Jangan tergesa-gesa atau berlarian di dalam


dapur. Apabila anda perlu melayan dan menghidang kepada pelanggan
anda secara teratur dan tepat pada masanya, anda pasti dapat
mempercepatkan proses ini jikalau anda kekal tenang – dan ini akan
mengelakkan daripada terjadinya kemalangan.
 Sentiasa perhatikan dapur: Jangan tinggal dapur tanpa pengawasan –
api yang kecil mungkin merebak sehingga membakar seluruh dapur.
 Berhati-hati dengan gas: Anda juga patut mematikan gas bila tidak
menggunakan dapur untuk mengelakkan sebarang kebakaran atau
letupan.
 Simpan objek yang merbahaya dengan baik: Jangan tinggalkan
objek yang tajam atau panas terdedah di sudut-sudut yang terdedah
mahupun tersembunyi. Semasa waktu makan yang sibuk, tenaga kerja
dapur mungkin tidak sedar akan bahaya objek-objek ini. Simpanlah ia di
tempat yang selamat.
 Gunakan peralatan yang betul: Gunakan peralatan dan perkakas
yang sesuai dengan tujuan penggunaan.
 Simpan kotak pertolongan cemas berdekatan: Sentiasa pastikan
kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api di dalam jangkauan.
Pastikan keduanya belum tamat tarikh luputnya.

Setiap orang ada memainkan peranan di dapur, bukan sahaja chef. Sifat
prihatin dan berdisplin bukan sahaja dapat membantu mengelakkan
kemalangan, malahan berkemungkinan menyelamatkan nyawa rakan
sekerja.

You might also like