You are on page 1of 10

1.

0 TAJUK INOVASI

Mari Belajar Identiti Negara

2.0 NAMA AHLI KUMPULAN

NURFHATIN SAZWANIE BINTI PARMAN

NUR SAFIQAH BINTI BAHARUN

NURSAHIRA BINTI BADDU

3.0 PENGENALAN

Mari Belajar Identiti Negara merupakan satu media elektronik yang menggunakan aplikasi
Microsoft Power Point (PPT) yang sudah diinovasikan dan hampir menyerupai sebuah
koswer. Inovasi ini digunakan bagi mengajar mata pelajaran Sejarah bagi Tajuk 9: Identiti
Negara yang merangkumi Standard Kandungan bagi Jata Negara, Bendera Kebangsaan,
Lagu Kebangsaan, Bahasa Melayu dan Bunga Kebangsaan. Inovasi ini mampu menarik
minat murid kerana sifatnya yang interaktif serta kandungannya yang ringkas dan padat.
Mari Belajar Identiti Negara bukanlah sebuah inovasi yang berasaskan kepada powerpoint
semata-mata sebaliknya turut dilengkapi dengan audio, video, animasi dan juga kuiz.
Inovasi ini sangat sesuai digunakan kepada murid-murid sebelum guru menjalankan ujian
sumatif bagi Tajuk 9: Identiti Negara.

4.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIPERKENALKAN

Berdasarkan kepada sesi praktikum yang dijalankan pada semester lepas, kami mendapati
bahawa murid-murid cenderung untuk lupa pengajaran yang dijalankan oleh guru jika telah
melepasi tempoh seminggu daripada tarikh guru mengajar. Selain itu, murid juga sering
keliru kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal dalam tajuk Identiti Negara ini.
disamping itu juga, terdapat sebilangan murid yang tidak tahu membaca waima menulis.
Kami melihat masalah literasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi dan pengetahuan
murid dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh sebab buku teks merupakan sumber utama
dalam sesebuah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sejarah, buku teks merupakan
sumber utama. Malangnya, penggunaan buku teks hanya memberi impak kepada murid
yang tahu membaca sahaja.

Oleh itu, kami sepakat untuk menghasilkan satu solusi bagi memudahkan murid-
murid belajar Sejarah dengan seronok dan meransang deria penglihatan dan pendengaran
mereka.

5.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Murid-murid di sekolah sering mengalami kekeliruan terutama sekali berkenaan lambang


dan maksud lambang pada topik Jata Negara dan Bendera Kebangsaan. Selain itu, murid
juga mengalami kesukaran untuk menghafal fakta tentang Lagu Kebangsaan, Bahasa
Kebangsaan, sejarah penciptaan bendera kebangsaan dan sebagainya. Malahan, murid
juga didapati tidak melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) yang berlaku di dalam kelas.

Salah satu faktor yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut adalah kaedah
dan teknik pengajaran guru yang tidak dipelbagaikan. Sebagai contoh, guru menggunakan
pendekatan chalk and talk. Hasilnya, murid menjadi pasif dan kurang berkreativiti semasa
belajar.

Sebagai contoh, kami menjalankan praujian ke atas murid sebelum menggunakan


inovasi ini. Skop soalan praujian diambil secara rawak dan kami telah memilih untuk
menyediakan set soalan berkenaan topik Lagu Kebangsaan. Soalan praujian mengandungi
8 soalan kesemuanya. Hasil keputusan daripada praujian tersebut mendapati beberapa
orang murid hanya mampu menjawab sebanyak 3 daripada 8 soalan sahaja.

Bil. Murid Jawapan betul Markah (%)


daripada 8 soalan

1 A 3 37.5

2 B 4 50

Jadual 1: Markah murid dalam praujian


6.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang wujud, maka kami telah menghasilkan satu
inovasi digital yang menggunakan perisian Microsoft PowerPoint beserta muzik, audio
suara, video dan grafik yang kami namakan sebagai Mari Belajar Identiti Negara.

6.1 DESKRIPSI INOVASI

Inovasi Mari Belajar Identiti Negara menggunakan media elektronik adalah bahan bantu
mengajar berbentuk digital bagi seorang guru Sejarah sekolah rendah khususnya dalam
mengajar Tajuk 9 iaitu Identiti Negara Kita. Tambahan pula, inovasi ini merangkumi
kesemua standard kandungan dalam tajuk tersebut iaitu 9.1 Jata Negara, 9.2 Bendera
Kebangsaan, 9.3 Lagu Kebangsaan, 9.4 Bahasa Melayu dan 9.5 Bunga Kebangsaan.
Kepelbagaian elemen dalam inovasi ini seperti elemen grafik, suara, audio dan video dapat
menjadikan ia menarik, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
pengisiannya boleh direka sendiri oleh guru mengikut perancangan dan topik pengajaran
yang ingin disampaikan.

Penggunaan inovasi ini dilihat akan dapat meningkatkan tahap pencapaian dan
penglibatan murid dalam suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
khususnya mata pelajaran Sejarah. Di samping itu, inovasi Mari Belajar Identiti Negara
bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai dengan mudah
secara menyeluruh. Hal ini disebabkan inovasi tersebut bukan sahaja dapat mewujudkan
keseronokan malah memberi gambaran yang lebih mudah difahami dan meningkatkan
penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6.2 PENGHASILAN INOVASI

i. Membuat muka hadapan inovasi.

ii. Mereka homepage bagi inovasi menggunakan bahan grafik, dan powerpoint.

iii. Mereka bahagian pengenalan untuk inovasi mengggunakan perisian powerpoint, grafik,
dan suara latar.
iv. Mereka salah satu sub-unit dalam inovasi dengan menggabungkan perisian powerpoint,
bahan grafik, suara latar dan video.
6.3 BIDANG TUMPUAN

Inovasi ini dicipta khususnya untuk mata pelajaran Sejarah Tahun 6 dibawah tajuk 9: Identiti
Negara Kita. Melalui inovasi ini dapat memberikan murid-murid keseronokan dalam
pembelajaran kendiri seterusnya melahirkan minat terhadap matapelajaran Sejarah.

6.4 BUTIRAN LAIN

Tarikh Inovasi : 15 April 2018

Jadual Pelaksanaan Inovasi:

Tarikh Tindakan Catatan


26 April 2018 Tinjauan Awal SK Kampung Keningau
28 April 2018 Pelaksanaan Inovasi Ujian pra
Ujian Pasca
16 April 2018 Penghantaran Pelaporan Pensyarah

Bilangan anggota: Kumpulan (Tiga Orang)

Jumlah Kos operasi:

Bil. Perkara Jumlah Kos anggaran


1 Pengangkutan Tiada RM 6.00
2 Kertas A4 1 Rim RM 13.00

Jumlah: RM 19.00

7.0 KEDUDUKAN SELEPAS INOVASI DIPERKENALKAN

Selepas penggunaan Mari Belajar Identiti Negara bagi mengajar tajuk ini, prestasi dan
penglibatan murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menagalami
peningkatan. Hal ini menunjukkan bahawa, penggunaan inovasi digital ini adalah berjaya
untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Berikut merupakan hasil pascaujian yang
menyokong dapatan ini.
Jawapan betul
Bil. Murid Markah (%)
daripada 8 soalan

1 A 8 100

2 B 8 100

Jadual 2: Markah Murid dalam pascaujian

LAMPIRAN
Gambar 1 : Siswa Pendidik bersama dengan peserta kajian
Gambar 2 dan 3 : Keadaan semasa ujian dijalankan
Gambar 4 dan 5 : Keadaan selepas inovasi dijalankan

You might also like