You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TEBAANG,

96200 DARO, SARAWAK.

KERTAS CADANGAN
PROGRAM EXPLORACE
“THINK BIG AND CREATIVE”

KELAB DAN PERSATUAN:


BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS,
MATEMATIK DAN SAINS

TARIKH:
2 MAY 2018

TEMPAT:
SK KAMPUNG TEBAANG DAN SEKITAR KAMPUNG TEBAANG

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SEK. KEB. KPG TEBAANG
1.0 PENGENALAN

Aktiviti ‘Explorace Think Big & Creative’ ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan
di luar bilik darjah dengan persekitaran yang berlainan dengan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajar
untuk membina keyakinan diri, membina keterampilan diri, meningkatkan kadar
kecergasan dan kesihatan yang tinggi dan membolehkan para pelajar untuk
membentuk jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Para pelajar di didik supaya
mengcungkil bakat sendiri dengan meningkatkan kemampuan diri melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan. Ia turut memberikan pelajar menanam sifat keberanian dan
kepercayaan dalam diri sendiri.

Dengan pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti ini, diharapkan para pelajar dapat
memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi dan mampu memupuk
ikatan tali persaudaraan sama ada di antara guru atau para pelajar sendiri.

2.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah :


2.1 Meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan minda dalam diri sendiri.
2.2 Dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi (perasaan), rohani (rohani
atau batin atau jiwa dan fisiologi), intelek (kemampuan berfikir, memahami
dan menganalisis) dan sosial yang sihat.
2.3 Dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak
bermanfaat dan gejala sosial bersama-sama rakan sebaya.
2.4 Dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka apabila berinteraksi
dengan guru-guru dan rakan-rakan mereka sama ada di sekolah atau di
luar dengan lebih baik dan berkesan lagi.
2.5 Dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibbah bersama-sama rakan
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bekerjasama antara satu sama
lain.

3.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 3 Mei 2018.


Tempat :Program ini dijalankan di SKTG dan sekitar Kg Tebaang.

4.0 SASARAN

48 orang, semua guru SKTG serta beberapa orang wakil PIBG.


5.0 JAWATANKUASA KERJA

Lampiran A

6.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan hari perkhemahan tahunan unit beruniform


akan melibatkan semua guru SKTG, 12 orang wakil bagi setiap kelab dan persatuan
bagi membentuk 2 kumpulan. Jumlah kumpulan adalah 8.

7.0 TENTATIF PROGRAM

Lampiran B

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lampiran C

9.0 PENUTUP

Kami berharap agar program yang telah dirancang ini mendapat sokongan daripada
pihak tuan supaya permohonan untuk mengadakan aktiviti ini diluluskan seterusnya
memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
aktiviti rekreasi.

Selain itu, pemupukan nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam kalangan
pelajar. Seterusnya, aktiviti ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar dalam
mempraktikkan gaya hidup sihat dengan aktiviti reakreasi sukan seperti sukanneka,
explorace. Hal ini juga dapat membentuk sikap tanggungjawap dan berdisplin serta
peranan para pelajar semasa melakukan aktiviti ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

___________________________ ________________________ ________________________


( Nuraini Mohamad Nasir) ( Mustapha bin Hasim) ( Hassan bin Norden)
Setiausaha, Penasihat, Penaung,
Explorace ’Think Big & Creative’ Explorace ’Think Big & Explorace ’Think Big & Creative’
Pen. Setiausaha Unit Kokurikulum Creative’ , Guru Besar,
SKTG. Pen. Kanan Kokurikulum SKTG SK Kg. Tebaang
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Hassan bin Norden


Penasihat : En. Mustapa bin Hasim (PK Koko)
En. Serudin bin Mahiden (PK 1)
Pn. Saodah binti Dor (PK HEM)
Pengerusi : En. Azman bin Alias
Pen. Pengerusi : En. Nicholas Edward Munyug
Setiausaha : Cik Nuraini Mohamad Nasir
Bendahari : Pn. Fatimah binti Abu Bakar

AHLI JAWATANKUASA KECIL

1) AJK PERTANDINGAN (HAKIM)


a. En. Nicholas Edward Munyung
b. En. Mustapha bin Hashim
2) AJK TEKNIK DAN PERALATAN
a. En. Nurden Hj. Kiprawi
b. En Jaya bin Misba
c. En. Faizal
3) AJK KEPEGAWAIAN
a. En. Azwan bin Azahari
b. En. Azman bin Alias
c. En. Mohamad Azwan bin Azahari
d. En. Nurden Hj. Kiprawi
e. En. Muhammad Uwais Wafiuddin bin Kamahejat
f. Cik Nuraini binti Mohamad Nasir
g. En. Kachindai anak Daniel
h. En. Sofyan At-tsaury bin Supaih
4) AJK KESELAMATAN
a. Pn. Nur Hidayah Aqidah binti Yusoff
b. Madam Ho Sing Yung
c. En. Rasyid
d. En. Nasir
5) AJK BUKU PROGRAM DAN PENDAFTARAN PESERTA
a. Cik Siti Aishah Nabihah binti Othman
b. Cik Nurul Asyraf binti Md Yusof
6) AJK HADIAH
a. Puan Saodah binti Dor
b. Puan Serinah binti Dris
7) MC
a. Puan Meriam binti Musa
8) AJK DOKUMENTASI
a. En. Tawfik bin Hambali
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

TARIKH (HARI) MASA DESTINASI

2:30 petang - Pendaftaran peserta, taklimat program.


- Senamrobik
3:00 petang - Explorace
3 Mei 2018
- Rehat
(Rabu)
- Penyampaian hadiah
- Kemas
- bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. MAKANAN & RM 3.00 X 60 ORANG RM 180.00

2. MINUMAN RM 1.00 X 60 ORANG RM 60.00

RM 50.00 X 3 BUAH RM 150.00


3. HAMPER
RM 20 X 5 BUAH RM 100.00

4. SIJIL PENYERTAAN RM 1.00 X 48 KEPING RM 48.00

5. KERTAS MAJONG RM 1.50 X 10 KEPING RM 15.00

6. MARKER PEN RM 3.50 X 10 BATANG RM 35.00

7. GAM RM 1.20 X 10 BIJI RM 12.00

JUMLAH RM 600.00
BORANG NAMA PESERTA PROGRAM EXPLORACE
’THINK BIG AND CREATIVE’ SKTG 2018

NAMA KELAB & PERSATUAN: _____________________________


KUMPULAN 1
NAMA KUMPULAN: ________________________________

BIL. NO. MYKID NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

NAMA KELAB & PERSATUAN: _____________________________


KUMPULAN 2
NAMA KUMPULAN: ________________________________

BIL. NO. MYKID NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

You might also like