You are on page 1of 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS SEKALUNG BUDI, SENTUHAN ABADI

Tarikh : 30 April 2018


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Nor’Aine Bt. Md.


Sap bersama suami dengan diiringi dif-dif kehormat masuk
ke dalam dewan. Dipersilakan.

Nyanyian lagu Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin


diminta berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Yang Diraikan, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian


dipersilakan duduk.

Salutation Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt


Salam sejahtera, salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju negeriku sayang
Negeri bandar teknologi hijau
Melaka 756 tahhun
Salam sehati sejiwa
Berkat tepat cepat
Salam mendidik dari hati dengan penuh intergriti
Berjiwa kawan bukan berjiwa tuan

1. Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab. Hamid


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka

2. Yang Dihormati Dr. Mohd Azam bin Ahmad


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

3. Yang Diraikan Puan Nor’Aine Bt. Md. Sap


Guru Besar SK Batang Melaka
4. Yang Berusaha Cik Hajah Noora binti Abu Bakar
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

5. Yang Berusaha Tuan Haji Abu Talib bin Karim


Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sekalung Budi, Sentuhan
Abadi

6. Yang Berusaha Encik Karim bin Othman


Yang Dipertua PIBG sk Batang Melaka dan ahli
jawatankuasanya

7. Yang Berusaha Encik Mohd Ali bin Yusop


Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Melaka dan
jawatankuasanya

8. Yang Berusaha Encik Yusri bin Shuib


Penolong Pengarah BTPN Melaka

9. Yang berusaha Encik Imran bin Lamin


Pengerusi Majlis Guru Besar Kawasan Jasin dan
Jawatankuasanya

10. Yang berusaha Encik Jamaludin bin Kasim


Pengerusi Majlis Guru Besar Kawasan Merlimau dan
jawatankuasanya

11. Barisan Guru Penolong Kanan SK Batang Melaka

12. Tuan / Puan Guru Besar, dif-dif jemputan serta warga


dewan yang dirahmati Allah

Selamat datang ke :
Majlis “Sekalung Budi, Sentuhan Abadi” sempena persaraan
Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Binti. Md. Sap, Guru Besar
SK Batang Melaka.
Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh
Kata-kata bermakna kami bawakan kepada anda Majlis “Sekalung Budi,
aluan Sentuhan Abadi” sempena persaraan Yang Diraikan Pn.
Nor’Aine Binti. Md. Sap, Guru Besar SK Batang Melaka.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah


kurniaNYA dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi
yang penuh ceria ini bagi menjayakan majlis persaraan Pn.
Nor’Aine Bt. Md. Sap. Semoga majlis ini bertambah meriah,
penuh gemilang dan membawa makna kepada kita semua.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


Bacaan Doa ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd
Shafi Bin Zakarianor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Shafi Bin Zakarianor atas
bacaan doa itu tadi.
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
Persembahan sama kita saksikan persembahan dari murid pendidikan khas.
Murid Dipersilakan.

******************* (persembahan PPKI)

Untuk makluman hadirin, persembahan tadi dipimpin oleh


#
#

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian tradisional


oleh murid SK Batang Melaka. Dipersilakan.

****************** ( persembahan Tarian Tradisional)

Untuk makluman hadirin, persembahan tadi dipimpin oleh


#
#

Jutaan terima kasih diucapkan kepada murid-murid SK


Batang Melaka atas persembahan yang menarik itu tadi.

Montaj Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Bt.
Md Sap.

*** Persembahan multimedia

Demikianlah persembahan montaj sempena persaraan Yang


Diraikan Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap.
Untuk makluman, persembahan montaj itu tadi disediakan
oleh En. Muhaimin Bin Haron, Guru ICT SK Batang Melaka.

Ucapan GPK1 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn


Hj. Abu Talib Bin Karim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK
Batang Melaka. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

******************* (ucapan GPK 1)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Hj. Abu


Talib Bin Karim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Batang
Melaka di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Yang dirai Kain berlipat dala istana,
Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat kami terima,
Secubit budi jadi kenangan.
Gunung Daik bercabang dua,
Pohon bidara di simpang empat;
Budi baik dikenang juga,
Selaut bicara pembakar semangat.

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Binti Md. Sap, Guru Besar SK
Batang Melaka. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan puan untuk menyampaikan
ucapan.

************************ (ucapan GB)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang diraikan Pn.


Nor’Aine Bt. Md. Sap atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan JPN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab. Hamid Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mewakili
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk memberi ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********************** (ucapan Ketua Sektor)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab.
Hamid di atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Diminta Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab. Hamid Ketua Sektor
Sijil Tamat Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Perkhidmatan berada di pentas bagi penyampaian watikah persaraan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian watikah persaraan yang


akan disampaikan oleh Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab. Hamid
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka kepada Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Bt. Md. Sap yang
menerima watikah tersebut. Dipersilakan.

****************** (watikah JPN)

Ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ab. Ghani bin Ab.
Hamid Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka di atas penyampaian watikah persaraan
sebentar tadi.

Seterusnya Majlis mempersilakan Dr. Mohd Azam bin Ahmad


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin menyampaikan
cenderamata.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd


Azam bin Ahmad Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan


hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
cenderahati kita raikan pada hari ini iaitu Pn. Nor’Aine Bt. Md. Sap.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan

***Rujuk senarai hadiah……

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah


menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

Memotong Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong pulut kuning


pulut kuning yang akan disempurnakan oleh yang diraikan Pn. Nor’Aine Bt.
Md.
Majlis dengan hormatnya menjemput Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap
untuk memotong kek.

************** (potong pulut kuning)

Sesi Dengan ini dijemput Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap
fotografi dan suami bersama dif- dif jemputan bagi sesi fotografi.
Dipersilakan.
************** (sesi fotografi)
Selesai sudah sesi fotografi. Pihak kami mengucapkan terima
kasih kepada semua.

Jamuan Seterusnya hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan


Makan menikmati jamuan yang telah disediakan.

*************** (jamuan)
Majlis send- Hadirin dan hadirat yang rahmati sekalian,
off
Untuk terakhir kalinya, kita akan menyaksikan Yang Diraikan
Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap menandatangani buku pelawat
sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau dalam dunia
pendidikan. Dipersilakan.

**************** (send- off)

Bersurai Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan Pn. Nor’Aine Bt. Md Sap
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Sekalung Budi, Sentuhan Abadi” ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

You might also like