You are on page 1of 12

Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

KV MUADZAM SHAH PAHANG

KOD KURSUS(A05301)

TAJUK TUGASAN: PIILIHAN RAYA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NOR SYAHIRAH FARAHIN BINTI MOHD SAADUN

NAMA NO: IC NO. TELEFON

NOR SYAHIRAH FARAHIN BINTI 011-33674934


010915-06-0386
MOHD SAADUN.

KELAS/SEMESTER : 2BPP/SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH : MOHD FARID BIN AWANG

NAMA PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR : 17 JULAI 2018

1|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

Bil Isi Kandungan M/S


1. Pengenalan
Konsep pilihan raya di malaysia
2. Isi dan huraian
i. Proses pilihan raya di Malaysia
ii. Syarat syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya
iii. Syarat untuk menjadi pengudi
iv. Kepentingan pilihan raya kepada rakyat Malaysia
v. Tangungjawab seorang warganegara dalam pilihan raya

3. Kesimpulan
i. Pengetahuan yang diperoleh
ii. Nilai murni dan unsur patriotism yang diperoleh

2|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

Konsep pilihan raya di Malaysia

Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia,Malaysia mengamalkan


konsep pilihan raya bagi membentuk sesuatu kerajaan yang baru. Pilihan raya dijalankan setiap
lima tahun sekali mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Perlembagaan Malaysia telah
menetapkan beberapa undang-undang bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan
lancar,antara undang-undang tersebut adalah Akta Polis 1962,Akta Hasutan 1970,Akta Rahsia
Rasmi 1972,Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan lain-lain lagi.

Mekanisme pilihan raya juga diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan


demokrasi berparlimen. Melalui proses ini,kerajaan demokrasi dapat dibentuk. Demokrasi yang
merujuk kepada konsep majoriti dan sokongan rakyat dapat membuktikan bahawa Malaysia
menggunakan proses pilihan raya sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan corak
pemerintahan demokras berparlimen

Melalui proses pilihan raya ini,parti-parti politik akan terbentuk bagi bertanding dalam
pilihan raya. Parti-parti politik yang membawa ucapan manifesto masing-masing akan cuba
mempengaruhi rakyat melalui kempen pilihan raya yang dijalankan bagi mendapat sokongan
daripada rakyat untuk mengundinya ketika di hari pengundian. Wakil yang bertanding dalam
pilihan raya akan cuba mempengaruhi rakyat untuk mendapat sokongan. Dengan ini,rakyat dapat
menilai bakal-bakal wakil yang dipilih untuk mewakili mereka bagi menyampaikan hasrat
mereka di dewan Parlimen kelak. Calon-calon yang bertanding juga hendaklah memenuhi syarat-
syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini serta akan hilang
kelayakan sekiranya melanggar salah satu syarat kelayakan calon seperti didapati tidak
siuman,bankrap atau muflis,memperolehi kewarganegaraan lain dan sebagainya.
Oleh itu,calon-calon yang bertanding perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk
bertanding kerana mereka akan di nilai oleh rakyat melalui aspek keperibadian dan sifat-sifat
kepimpinan. Dalam proses pilihan raya,calon akan menggunakan ‘janji-janji manis’ atau lebih
dikenali dengan manifesto bagi menpengaruhi rakyat. Rakyat akan terpengaruh dengan
manifesto yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding dan ini akan memudahkan calon
yang bertanding untuk meraih sokongan daripada rakyat.

3|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

Proses pemilihan pilihan raya dikatakan sebagai mekanisme bagi mengekalkan corak
pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini dapat mengelakan daripada berlakunya
amalan pemilikan kuasa sepenuhnya oleh sesetengah pihak atau lebih dikenali dengan "autoriti".
Hal ini kerana apabila proses plihan raya dijalankan,para pengundi dapat menentukan calon yang
ingin diundi dan dapat mengelakkan daripada manipulasi kuasa berlaku serta dapat mengekalkan
konsep demokrasi itu sendiri. Oleh itu,sekiranya pilihan raya diwujudkan, konsep demokrasi
berparlimen dapat diwujudkan kerana mengikut konsep ini,rakyat akan memilih calon-calon
yang bertanding mengikut parti politik bagi membentuk kerajaan. Parti politik yang mendapat
sokongan rakyat 2/3 akan membentuk kerajaan dan bertindak sebagai badan kerajaan serta
merupakan anggota penyokong manakala parti politik yang tidak berjaya mendapat sokongan
rakyat 2/3 akan bertindak sebagai anggota pembangkang. Dengan adanya penyokong dan
pembangkang,sebarang pemanipulasian kuasa dapat dielakkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Fungsi pembangkang adalah untuk mengelakkan pihak kerajaan
menyalahgunakan kuasa dalam bidang pentadbiran dan dapat mengelakkan daripada berlakunya
sebarang penyelewengan kewangan negara.

4|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

i. Proses pilihan raya di Malaysia

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan
diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya
kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang
dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah
dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti
dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus
akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu
diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang
wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan
pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan symbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia
mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih
mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada
kertas-kertas undi.

5|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti
yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh
dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam
sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai
kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-
pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini
dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang
wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang
wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini
ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan
umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-
peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi
memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-
petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti
dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-
calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari
mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman
keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi
hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit
bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu
membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya
akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya
seperti:-

6|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

 tarikh mengundi;
 lokasi tempat mengundi
 waktu mengundi di semua tempat mengundi;
 lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

7|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

ii. Kelayakan Calon


· Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari.
· Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
· Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia,
berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis,
tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan
sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
· Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli
Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau
didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
· Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama
individu sebagai calon bebas.
· Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

8|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

iii. Kelayakan Pengundi


· Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam Senarai Daftar Pemilih.
· Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21
tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.
· Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.
· Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat
nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

9|Page
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

iv. Kepentingan pilihan raya kepada rakyat Malaysia

10 | P a g e
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

v. Tangungjawab seorang warganegara dalam pilihan raya

11 | P a g e
Nor Syahirah Farahin Binti Mohd Saadun (010915-06-0386)

kesimpulan

Kesimpulannya,proses pilihan raya merupakan mekanisme yang diwujudkan bagi


mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini memerlukan
sokongan daripada rakyat bagi membentuk kerajaan demokrasi. Kerajaan demokrasi pula
merujuk kepada konsep tiada badan yang memerintah atau bertindak sebagai satu kuasa penuh
dalam pentadbiran atau dapat dijelaskan dengan adanya kewujudan kerajaan yang bertindak
sebagai anggota penyokong, dan pembangkang yang berfungsi sebagai anggota pembangkang
yang bertindak untuk memastikan kerajaan tidak melakukan penyelewengan dalam pentadbiran
di Malaysia.

12 | P a g e

You might also like