You are on page 1of 1

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Tirani

karya Beb Sabariah, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh


watak utamanya iaitu Waheeda.

Salah satu konflik yang dihadapi oleh Waheeda ialah penentangan


hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik pada
wajahnya. Waheeda merupakan seorang gadis yang mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek.
Hidungnya yang kemet atau pesek ini menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Waheeda memasang
niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi, bapa Waheeda
tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama.
Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan
apa yang dihajatinya.

Selain itu, Waheeda juga menghadapi konflik dengan tuduhan


suaminya, Zahid. Zahid telah menemui Waheeda di sebuah bilik
penginapan penghuni di Chalet Tajau Emas. Zahid berasa cemburu
dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Rentetan daripada
peristiwa itu, Zahid telah mempertikaikan status anak yang
dilahirkan oleh Waheeda setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang
terdapat pada anak perempuannya itu.

You might also like