You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 4/ 2017

SK BATU EMPAT 2 JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

Tarikh : 13/1/2018
Masa : 1:00 PM
Tempat : Pusat Sumber SK Batu Empat 2

Kehadiran:
1. En. Halimi Bin Md Rasip (Guru Besar)
2. Pn. Che Siti Wan Kemala Bt Wan Ismail (GPK T&K)
3. Pn.Noriah Binti Awang (GPK KOKU)
4. Pn. Norbita Bt Mohd Nor (GPK HEM)
5. En. Ab Karim B Muhamad
6. En Mohd Faza Bin Mokhtar
7. Pn. Nor Asiah Bt Ab Aziz

1.PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani
Bil.1 bagi sesi 2018

1.2 Pengerusi mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3 2017

2.1. En. Faza mencadangkan agar minit tersebut diterima dan disahkan dan disokong oleh En.
Mohd Faza.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit

Tindakan : Makluman

4. PELAPORAN PERUTUSAN PENGERUSI

4.1 UJIAN SEGAK

4.1.1 En. Halimi berharap ada penambahbaikan terhadap program SEGAK untuk tahun 2018
dan semua data dapat dihantar mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan

Untuk Makluman dan Tindakan Guru Matapelajaran

4.1.2 En Ab Karim berharap semua guru yang terlibat dapat menjalankan ujian segak
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
4.2 TAKLIMAT SEMAKAN KSSR 2017

4.2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memaklumkan antara laporan Taklimat KSSR
semakan 2017 bagi Panitia PJK ialah :

4.2.2 Gabungan modul pengajaran Pendidikan Jasmani dengan Pendidikan Kesihatan untuk
Tahun 1.

4.2.3 Menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan Sukatan


Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas iaitu [PU(A) 531 Per7&PU (A) 531 Per 8].

4.2.4 Guru-guru boleh dapatkan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam laman web
yang telah diberikan di http://goo.gl/fRa3DW

4.2.5 Ketua Panitia menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-
kurangnya perlu ada tunjang, tajuk, standard pembelajaran, objektif, aktiviti, BBM
dan refleksi.

Tindakan : Guru Matapelajaran

4.3 AKTIVITI TAHUNAN

4.3.1 En Ab Karim memaklumkan bermula tahun lepas telah berjalan Penilaian PAJSK
untuk murid tahun 6. Untuk tahun 2017 program ini akan diteruskan dan murid yang
terlibat adalah murid tahun 4,5 dan 6.

4.3.2 Untuk aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk
penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan
didalam kad rekod ujian SEGAK.
Tindakan : Semua AJK

4.4 ANGGARAN PERBELANJAAN

4.4.1. Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan
untuk tahun memaklumkan bahawa PCG tahun 2017 telah digunakan untuk membeli
beberapa alatan sukan dan permainan. Guru-guru juga boleh mengisi nota minta untuk
merancang peruntukan PCG bagi tahun 2018 dengan sebaik mungkin.

4.4.2.Guru-guru boleh menyemak peralatan yang ada di dalam bilik sukan untuk PdP
Pendidikan Jasmani dan menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli.

Tindakan : Guru Matapelajaran


5. HAL-HAL LAIN

5.1. Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJ dan memastikan
peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman
peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan Penggunaan Peralatan dicatat dan direkod dalam buku Rekod Alatan yang telah
disediakan

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera
untuk proses membuat tempahan barang.

5.4 Pn. Che Siti Wan Kemala berharap pada tahun 2018, program SEGAK dapat dilaksanakan
dengan perancangan yang lebih sistematik dan menepati masa yang telah ditetapkan
memandangkan termaktub dalam NKRA

5.5.Pn. Noriah memaklumkan bahawa guru perlu merancang dan melaksanakan program
intervensi setelah selesai sesi SEGAK yang pertama dan berharap semoga ada peningkatan
tahap kecergasan murid pada ujian SEGAK yang seterusnya

Tindakan : Semua AJK

5.6 Pn. Che Siti Wan Kemala mengingatkan kepada guru-guru yang menguruskan program-
Program/ aktiviti agar dapat membuat dan menyerahkan laporan program atau dokumentasi
sebagai eviden.

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan berharap semua
perancangan dapat dilaksanakan diatas semua keputusan yang telah dipersetujui
bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………
……………………………………
(PN CHE SITI WAN KEMALA BT WAN ISMAIL)
(AB KARIM B MUHAMAD) GPK Tadbir & Kurikulum
Ketua Panitia PJK SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh,
SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Disemak oleh

…………………………………………………….
(PN. CHE SITI WAN KEMALA BT WAN ISMAIL)
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Ko-Kurikulum
SK Batu Empat 2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

You might also like