You are on page 1of 33

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/260187046

Modul Pembelajaran IPG EDU3108

Book · October 2013

CITATIONS READS

0 8,206

3 authors, including:

Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri


IPGM Kampus Pulau Pinang
6 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

High Order Thinking in Mathematical Thinking View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri on 27 March 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 1

ASAS KEPIMPINAN DAN


BAB 1 PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU

1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Profesion
Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,
profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
sebagainya.

Profesional
Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:
 Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.
 Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.
 Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
 Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion
kerana:
1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.
2. Berpengetahuan mengenai pelajar.
3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.

1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan


bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam

1
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 2

pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras
dengan amalan profesional guru termasuklah:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya dengan ilmu.
 Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah:
a) Dorongan oleh misi dan passionate – guru didorong oleh misi seolah-olah
mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
b) Positif dan benar – hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.
c) Guru sebagai pemimpin – mempengaruhi pelajar untuk berubah.
d) With-it-ness – guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan
pelajar dan sebagainya.
e) Gaya – menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.
f) Kepakaran dalam motivasi – percaya dirinya mampu mengubah kehidupan
pelajar.
g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) – guru
mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.
h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) – punyai pengetahuan
yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.
i) Pintar (street smarts) – mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah
dan komuniti.
j) Celik minda (mental life) – fokus terhadap kerja yang dilakukan.

2
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 3

BAB 2 KOD ETIKA DAN


AKAUNTABILITI KEGURUAN

2.1 KOD ETIKA KEGURUAN

2.1.1 Maksud Etika


Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal
daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilai-
nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.

American College Dictionary,1964


Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.

Nikki, 2009
Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam
bahagian tertentu.

Bascom, 2007
Ilmu mengenai sesuatu kewajipan

2.1.2 Kod Etika Profesion


Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika
Profesion:
a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme
yang dirangkakan.
b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat
dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.
c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

3
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 4

2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah


berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

1. Tanggungjawab terhadap pelajar


- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.
- Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.
- Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa


- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

4
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 5

- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai


keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan


- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.

5
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 6

- Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.
- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
- Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau


terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan
dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.

Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:


a) Akauntabiliti terhadap pelajar – guru mendidik pelajar ke tahap yang
cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi
mereka secara mnyeluruh.
b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri – guru harus berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa – guru melaksanakan tugas dengan
memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada
msayarakat dan negara.
d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara – guru mempunyai
tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia
berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan – guru perlu
menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab
sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.

6
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 7

2.1.3 Integriti guru

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.


Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).

Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.


Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti guru merangkumi:


a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran.
b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta
penuh kasih sayang.
c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

7
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 8

BAB 3 ISU-ISU ETIKA GURU

Maksud etika :
cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :


Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya
serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :


 Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat
yang berhubung dengan mereka
 Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan
tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
 Guru dikawal oleh etika perguruan.

ISU KESANTUNAN GURU


Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.

Fokus kesantunan guru


Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

8
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 9

ISU KEPEDULIAN GURU


 Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
 Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
 Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
 Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses
perubahan (Havelock 1995)

Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri


 urus hal kehidupan seharian
 jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
Kepedulian terhadap tugas pengajaran
 ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
 bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

Kepedulian terhadap impak pengajaran


 yakin terhadap kebolehan pelajar
 guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

9
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 10

Fokus Etika Guru


 Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut
norma budaya setempat
 Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh
guru terhadap isu atau tugasnya
 Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk
perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.
 Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah
 Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa
 Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika
mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah
 Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang
keluarga.

10
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 11

BAB 4 PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)


- Peringkat Keprihatinan Diri/kemandirian diri- guru berasa bimbang tentang
kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh
ibu bapa serta guru lain
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas-memperbaiki pengajaran serta
menguasai isi kandungan mata pelajaran
- Peringkat Impak- guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai
pelbagai keperluan

Prihatin Diri
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru


- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar

11
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 12

Ciri guru berkesan :


- Profesional
- Mempamerkan kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Permulaan
 Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan
di IPG atau universiti
 Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara
individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
 Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.
 Guru baru sering menghadapi masalah :
o guru besar dan guru
o mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
o masalah pembelajaran dan disiplin murid
 Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan

12
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 13

- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber


- Kurang kemahiran sosial

Cabaran Guru Permulaan


- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :


1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar,
mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :


- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap

13
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 14

- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid
semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu
proaktif

Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang
profesionalnya.

Guru Mahir
 Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang
keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru
dengan kemampuan maksimum
 Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.

Guru Berintelek
 Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah (up to date)

Guru mahir perlulah :


 Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak
muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik.
 Dapat memberikan motivasi yang berkesan.

14
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 15

 Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.


 Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti
dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi
komputer.

Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan
kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :


- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :


- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan
mesej yang berkesan.

15
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 16

Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas
sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan
dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

16
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 17

PERANAN GURU
BAB 5 SEKOLAH RENDAH

Peranan Guru
 Pengamal Ilmu dan Kemahiran
 Pembimbing
 Penyelidik
 Agen Sosial
 Agen Perubahan
 Pengganti Ibu Bapa
 Pembentuk Tingkah Laku
 Pengurus Pembelajaran

Pengamal Ilmu dan Kemahiran


 Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
 Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan
nilai.
 Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
 Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan &
mencari idea baru.

Pembimbing
 Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
 Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan &
amalan seharian.
 Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,
sosioemosi & kesihatan.

17
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 18

Pengamal Reflektif
 Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek
kandungan pengetahuan.
 Meningkatkan tahap profesional guru.
 Menambah baik aktiviti P&P.
 Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh
kemahiran berfikir kritis & kreatif.

Penyelidik
 Dapat meningkatkan kualiti P&P.
 Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
 Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian
penyelidikan tindakan.
 Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,
soal selidik, pemerhatian & temu bual.

Agen Sosial
 Guru agen sosialisasi.
 Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk
sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
 Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.

Agen Perubahan
 Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab
guru.
 Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
 Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan
nilai kepada murid.
 Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
 Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
 Menggunakan strategi pemusatan murid
 Mengawal sikap penyayang
 Bersikap proaktif

18
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 19

 Bersedia menghadapi perubahan

Pengganti Ibu Bapa


 Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
 Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap &
tingkah laku murid.
 Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,
prejudis atau diskriminasi.

Pembentuk Tingkah Laku


 Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai
instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
 Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran).

Pengurus Pembelajaran
 Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik
dan sosial.
 Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
 Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada
pelajar.
 Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
 Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
 Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
 Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP,
BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
 Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.

19
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 20

BAB 6 KEPIMPINAN GURU

6.1 ASAS KEPIMPINAN

Kamus Dewan (2002) Robbins (2003)


-kepimpinan ialah keupayaan untuk -kepimpinan ialah kebolehan untuk
memimpin mempengaruhi ahli kumpulan untuk
capai matlamat

Kim & Maubourgne (1992) Leithwood &Janti (1999)


-kepimpinan ialah kebolehan seseorang -kepimpian ialah keupayaan untyuk
untuk menginspirasikan keyakinan & mempengaruhi sistem kepercayaan,
sokongan dalam kalangan sekumpulan tindakan & pegangan nilai ahli dalam
manusia yang diperlukan untuk capai kumpulan
matlamat organiosasi

6.2 JENIS-JENIS KEPIMPINAN

Semula Jadi Teragih


-Berpengaruh sebagai ketua -aktiviti kepimpinan digihkan
-Tidak dilantik secara formal -timbulkan semangat kerjasama &
-Anggota kumpulan tertua keakraban rakan sekerja
-Paling berpengalaman -keputusan yang dibuat adalah
-Kemahiran interpersonal yang tinggi keputusan bersama berdasarkan
maklumat menyeluruh
Karisma Birokratik
-ketua ada kualiti istimewa/luar biasa -pemimpin guna kuasa rasmi yang
-mampu selesai maslah dengan diberi melalui pelantikan jawatan
jayanya. -tujuan kepimpinan ini untuk
Tret Personaliti maksimakan kecekapan melalui
-berorientasikan pencapaian, kreativiti pengurusan guna pendekatan rasional
& inovasi -GB ketuai struktur organisasi sekolah
-konfiden, energetik & aktif -Guru pakar dalam bidang masing-
-mampu pengaruhi orang lain masing
-sanggup tanggung risiko -ada peraturan sekolah & jadual waktu
-membina, bertimbang rasa & sensitif -ketua bidang/panitia pastikan aktiviti
kurikulum mengikut garis panduan &
sukatan

20
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 21

6.3 TEORI KEPIMPINAN GURU

6.3.1 Teori Tradisional

Teori Tret
-Pemimpin dikenali berdasarkan tret yang dimilikinya
-Manusia miliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu sahaja sesuai untuk
menjadi pemimpin yang berkesan
-Fokus kepada kenal pasti tret-tret seorang pemimpin yang berkesan
-Contoh tret:
1. Sesuaikan diri dalam pelbagai situasi
2. Peka kepada persekitaran sosial
3. Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian
4. Asertif
5. Bekerjasama
-3 kategori kemahiran am:
1. interpersonal
2. kognitif
3. teknikal
-kerangka untuk bina 1 set ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan:
1. keperluan untuk kejayaan dan kuasa
2. keyakinan diri
3. kematangan emosi.
4. kemihiran teknikal, konseptual dan interpersonal
Teori Tingkah Laku Teori SItuasi
-Fokus kepada cara pemimpin -persekitaran organisasi yang berbeza
bertingkah laku dalam proses perlukan cara kepimpinan yang berbeza
kepimpinan jika inginkan keberkesanan
-Kepimpinan yang berjaya adalah -Jenis teori situasi:
tingkah laku yang boleh dilatih secara a) Teori Kontijensi Fiedler
fornal & tidak formal -tiada cara terbaik dalam memimpin
-2 teori tingkah laku organisasi
a) Teori X dan Teori Y -kepimpinan optimal tertakluk kepada
-mewakili perbezaan dalam cara orientasi psikologikal pemimpin dan
seseorang pemimpin beranggapan tuntutan persekiataran yang terdiri
terhadap stafnya dalam organisasi daripada:
1) Teori X 1) Saiz organisasi
-pemimpin beranggapan stafnya 2) Sumber dan cara pengoperasian
dimotivasikan oleh wang ringgit, berbeza
malas dan akan elak tugas kecuali 3) Tanggapan antara pemimpin dan staf
dipaksa, tidak beri kerjasama kecuali 4) Teknologi
diarahkan dan dikawal -keberkesanan kepimpinan tertakluk
-pemimpin akan bertingkah laku lebih kepada keberkesanan antara gaya
autokratikm mengarah dan kawal staf kepimpinan dan tahap sokongan
-organisasi tidak ada ruang dan persekitaran
peluang untuk stafnya maksimakan -Tingkah laku pemimpin digerakkan
kebolehan oleh tugasan/perhubnungan antara
2) Teori Y manusia, iaitu:
1) hubungan pemimpin-ahli
-sejauh mana dia disokong oleh ahli

21
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 22

-anggap staf rajin, kerja sebagai 2) struktur tugasan


sesuatu yang semula jadi, bercita-cita -kejelasan tugas dan peranan ahli
tinggi dan positif 3) kedudukan kuasa
-pekerja cari dan mahu -jika dia ada kuasa rasmi yang kuat,
tanggungjawab kerana ia bagi maka situasi menyokong proses
kepuasan kepimpinan
-pemimpin akan kurangkan kawalan
dan upayakan mereka dalam
jalankan tugas
b) Grid Pengurusan b) Teori Situasi Hersey dan
Blanchard
-ukur jenis tingkah lakupemimpin
berdasarkan 2 paksi: -keberkesanan kepimpinan berasaskan
1) paksi mendatar situasi
-ukur keprihatinan terhadap -4 gaya kepimpinan:
penghasilan 1)memberitahu
2) paksi menegak 2) menjual
-ukur keprihatinan terhadap manusia 3) mengambil bahagian
4) turunkan tanggungjawab
-utamakan 5 jenis tindakan
kepimpinan: -penggunaan gaya kepimpinan perlu
1) Kelab Rekreasi sesuai dengan tahap kematangan yang
-tekankan keperluan, perhubungan terdiri daripada:
manusia dan budaya kerja harmoni 1) psikologikal
2) Papa 2) pengendalian tugas
-usaha minimum terhadap kebajikan
& pencapaian matlamat organisasi -kumpulan kematangan rendah:
3) Berpasukan Motivasi rendah
-tekankan semangat saling Kurang kemahiran
bergantungan yang positif dan Kurang kejelekitan kumpulan
komitmen terhadap matlamat (Gaya sesuai ialah gaya memberitahu
organisasi dan menjual)
4) Berorientasikan tugas
-tekankan keefisienan kerja tanpa -kumpulan kematangan tinggi
mengira faktor kemanusiaan Sebaliknya
5) Di Pertengahan Jalan (Gaya sesuai: gaya ambil bahagian &
-seimbangkan keperluan untuk turun tanggungjawab)
pastikan kerja sempurna dan
kekalkan harga diri manusia pada -Persamaan teori:
aras sederhana tiada satu cara yang terbaik dalam
memimpin
-terdapat 1 tindakan kepimpinan yang
terbaik -Perbezaan:
-keberkesanan setiap gaya Teori Situasi fokus kepada pelbagai
kepimpinan bergantung pada gaya kepimpinan yang perlu
keadaan yang berbeza berdasarkan faktor persekitaran
manakala Teori Kontijensi fokuskan
-kombinasi 2 bentuk tingkah laku faktor penentu keberkesanan
kepimpinan yang membawa kepada kepimpinan tertakluk kepada kebolehan
keberkesanan prestasi kumpulan

22
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 23

-pemimpin yang lebih berkesan pemimpin dan faktor sokongan


cenderung: persekitaran lain
a) bina hubungan mesra
dengan pekerja yang sokong pucuk
pimpinan
b) guna kaedah penyeliaan dan
proses buat keputusan berbentuk
kumpulan lebih daripada bentuk
individu
c) tetapkan maltamat organisasi
yang lebih tinggi

6.3.2 Teori Semasa

Teori Transformasi Kepimpinan Moral


--1 situasi yang ideal antara pemimpin -fokus kepada nilai & etika pemimpin
dan pengikut -ialah bentuk bimbingan yang
motivasikan orang lain melalui prinsip
-pemimpin mampu gerakkan pengikut dan pegangan nilai
untuk bertindak bertindak mencapai -pemimpin tidak cari ikhtiar untuk
matlamat berdasarkan nilai dan dapat manfaat diri tetapi bertindak
motivasi, keperluan, kehendak, aspirasi untuk kebaikan sejagat
dan jangkaan pemimpin dan pengikut
-pemimpin perolehi kepercayaan ahli
-pemimpin bijak guna kuasa dan secara beransur-ansur dan
pengaruh untuk pujuk pengikut agar inspirasikan kesetiaan terhadap gaya
bawa perubahan dalam organisasi’ kepimpinan

-kepimpinan organisasi yang biasa -unsur kemoralan harus disebatikan


diamalkan ialah kepimpinan transaksi dalam lehidupan pemimpin

-pemimpin transaksi motivasikan -pemimpin harus pamer nilai etika


pengikut dengan ganjaran sebagai yang baik
pertukaran
-pemimpin lindungi hak, nilai sosial
-pemimpin inspirasikan dan beri dan budaya pelajar serta bawa
pertimbangan individu, beroperasi transformasi
berasaskan nilai dan pengaruhi
pengikut untuk beranjak kepada aras -kepimpinan ini lwngkap dan perkukuh
motivasi dan komitmen yang tinggi gaya kepimpinan transformasi yang
gerakkan ahli untuk bertindak melalui
-Pemimpin menjadi penggerak utama motivasi, keyakinan diri dan upayakan
kepada kejelekitan pengikut dan mereka untuk kembangkan potensi
berusaha capai matlamat bersama yang ada

23
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 24

-Pemimpin menjadi pemangkin kepada


perubahan, cabar daya berfikir,
berunding sebelum bertindak dan
tiongkatkan kesedaran dan
keprihatinan pengikut terhadap
kepentingan dan nilai matlamaty
organisasi

-peranan pemimpin bertujuan


membawa organisasi dan pengikut ke
aras tindakan moral yang tinggi

6.4 KEPIMPINAN SEKOLAH

1. Kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan guru besar


2. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di
mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan
sahaja
3.perubahan teknologi yang pesat dan keutamaan kepada pembangunan modal
insan, kepimpinan transformasi mula mendapat pengaruh dalam organisasi
sekolah
4. Sistem pendidikan yang semakin kompleks tuntut perubahan radikal kepada
cara sesebuah sekolah sediakan perkhidmatan pendidikan
5. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik adalah
cabaran baru dalam kepimpinan sekolah sekarang
6. kepimpinan sekolah adalah usaha kolaboratif, jalin keakraban rakan sejawat
sebagai cara tingkatkan amalan profesional

24
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 25

6.5 CABARAN KEPIMPINAN

Wawasan Pendidikan Negara PdP Sains & Matematik dalam


bahasa ibunda
-bertujuan beri hala tuju kepada -Dasar PPSMI 2003 beri cabaran
pemimpin pendidikan untuk kepada guru untuk tingkatkan
laksanakan peranan menjayakan penggunaan dan penguasaan BI
matlamat wawasan 2020 formal dan tidak formal
-guru menjadi teladan guna BI dalam
-anjakan paradigma dalam setiap perbualan, mesyuarat dan
peringkat pendidikan melalui 7 aspek: perhimpunan dan banyakkan bahan
1. perpaduabn semua lapisan bacaan BI
organisasi
2. stail pengurusan dan kepimpinan --9 tahun kemudian, KPM putuskan:
yang berkualiti tanpa kecacatan 1. kembalikan dasar guna BM untuk
3. perkhidmatan penyayang untuk ajar Sains dan Matemati
rapatkan hubungan dan keakraban 2. martabatkan BM dan mantapkan BI
4. pengupayaan di mana penurunan
kuasa dari pusat ke pinggiran -pemimpin sekolah perlu kaji dan
5.budaya ilum melalui budaya rancang dengan rapi dalam mematikan
membaca, belajar, berfikir, berwacana, kejayaan murid
menulis dan berkarya
6. sekolah penyayang yang pupuk
harga diri murid agar komitmen dan
cintakan sekolah
7. budaya cemerlang mempunyai sikap
berusaha ke arah kecemerlangan

Transformasi kurikulum Sekolah Pelan Induk Pembangunan


rendah Pendidikan (PIPP) 2006-2010
-kurikulum bersifat dinamikdan relevan -satu dokumen perancangan
ikut perkembangan masa pembangunan yang meliputi 3 fasa:
-KBSR dikaji semnula untuk pastikan 1. infrastruktur
kurikulum yang holistik, tidak terlalu 2. pengisian
akademik dan membebankan 3. tenaga manusia
-KBSR diganti dengan KSSR (2010) -bertujuan menghasilkan pendidikan
-transformasi kurikulum ialah proses berkualiti untuk semua
perubahan yang holistik berdasarkan -Cabaran kepimpinan:
kurikulum persekolahan sedia ada 1. kembang potensi individu
dengan ambil kira keperluan menyeluruh
perubahan kepada aspek asas 2. tingkatkan kreativiti, inovasi
kurikulum iaitu struktur kandungan, 3. budayakan sains dan teknologi
pedagogi, peruntukan masa, 4. sediakan sistem pendidikan yang
penaksiran, bahan kurikulum dan cekap, berkesan dan bertaraf dunia
pengurusan sekolah 5. jadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan

25
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 26

SOALAN

1. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal.

a) Berikan empat jenis gaya kepimpinan.

I. ___________________________________________________

II. ___________________________________________________

III. ___________________________________________________

IV. ___________________________________________________

b) Jelaskan tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru.

I. ___________________________________________________

II. ___________________________________________________

III. ___________________________________________________

IV. ___________________________________________________

2. Teori keprihatinan Fulller (1969) cuba menjelaskan kebimbangan masalah


atau ketidakpuasan guru pra perkhidmatan sepanjang tempoh latihan perguruan
mereka.Senaraikan empat kebimbangan guru pelatih pada peringkat kemandirian
diri.

26
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 27

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI


PENDIDIKAN

7.1 KEMENTERIAN PELAJARAN 7.2 STRUKTUR ORGANISASI


MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL - KPM didokong oleh 31
PENJANA GENERASI TERBILANG Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan
-Unggul bermaksud kehebatan yang 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
patut ada di sekolah sama ada dari
aspek kecemerlangan akademik dan - Pengetua akan dibantu oleh 3
kokurikulum mahupun siasah, prasarana Penolong Kanan iaitu
dan persekitaran sekolah tersebut.
-Misi KPM: ‘Membangun Potensi -PK 1-bertanggungjawab terhadap
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’ kurikulum dan pentadbiran
-Pendidikan berkualiti ialah pendidikan
yang mampu membina masyarakat - PK2 – bertanggungjawab dlm
yang progresif, berdaya tahan, mampu HEM
berdepan dengan perubahan-perubahan
di peringkat global tetapi pada waktu yg - PK3 – menguruskan hal-hal
sama mendukung identiti negara kokurikulum
berlandaskan Rukun Negara
7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 7.4 JANGKAAN GURU
GURU
- Menyebarkan ilmu -Merupakan harapan dan keinginan
- Pengamal dan pelaksana ilmu guru yg sangat kuat untuk
- Pengamal TMK memperoleh sesuatu ganjaran atau
- Role model hasil setelah melakukan sesuatu
- Penerap nilai tugasan
- Educare/educere 4 bentuk jangkaan
- Pakar rujuk -jangkaan terhadap pelajar- e.g
- Pemimpin penentuan hasil pembelajaran
- Mentor -Jangkaan terhadap pentadbir atau
- Penyelidik pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir
- Agen sosialisasi dapat memimpin dengan penuh
- Agen perubahan amanah, berintegriti dan bersungguh-
- Pembina Negara Bangsa sungguh
-Jangkaaan terhadap ibu bapa dan
komuniti – e.g merancang strategi bg
membina jambatan yg
menghubungkan ibu bapa dan
komuniti dengan pihak sekolah
-Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g
meletakkan jangkaan bahawa guru
berpeluang yg luas dalam laluan
kerjaya di samping insentif dari sudut
kebajikan

27
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 28

Soalan esei

1. Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata.
Tanggungjawab guru adalah untuk membina negara bangsa yang merdeka dan
maju.

a. Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh
seseorang guru. (10 markah)

b. Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang


masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai
dalam membina negara bangsa. (10 markah)

28
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 29

BAB 8 PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU

PEMBELAJARAN PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI


SEPANJANG HAYAT
1. Seorang guru harus 1. Guru ialah contoh dan rol model paling
meneruskan pendidikannya dekat dengan murid, maka belajar
sepanjang hayat kerana bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu
pendidikan sendiri mengalami dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan
pelbagai perubahan. guru sendiri.
2. Cara guru dapat memenuhi 2. Sebagai contoh:
tuntutan Pembelajaran -Program secara “on-line” merupakan
Sepanjang Hayat perkembangan baru dalam ICT dan guru
- Bengkel boleh mendapatkan segala maklumat tentang
- Seminar pengajaran dan pembelajaran secara “on-
- kursus-kursus pendek line”.
- budaya membaca -Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher
- penyelidikan Education Center)yang dibina dan menjadi
- lawatan ke sekolah satu landasan untuk merangsang gurudalam
- penandaarasan perkembangan profesional guru Bahasa
- projek-projek komuniti Inggeris
- aktif dlm persatuan
akademik Panduan Membina Pelan Pembelajaran
Peribadi
3. Pembelajaran Sepanjang 1. Membuat refleksi ke atas kejayaan
Hayat bermaksud motivasi dan cabaran daripada pengalaman lalu.
kendiri ke arah pencarian dan 2. Sumbang saran tentang objektif PdP
peningkatan ilmu secara untuk 6 bulan akan datang.
sukarela berdasarkan keperluan 3. Tanya diri sendiri samaada objektif
personal atau profesional. yang ditetapkan membuat anda bersemangat
atau tidak.
4. Semak senarai yang telah dibuat ikut
keperluan dan kepentingan.
5. Aturkan pelan pembelajaran dan
buat perubahan di mana yang diperlukan
6. Tetapkan tugasan khusus untuk
dicapai setiap hari.
7. Pastikan peruntukan masa agar
tugasan khusus dan objektif tercapai.
8. Buat semakan pelan 2 minggu sekali
untuk membuat perubahan di mana perlu.
9. Guna refleksi untuk mengubah pelan
jika perlu.

29
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 30

Kebaikan Pelan Pembelajaran Peribadi


1. Memperkaya pengalaman akademik
2. Memberi peluang kepada
penambahbaikan guru secara individu
3. Maksimumkan kekuatan individu &
galakkan penggunaan potensi menyeluruh.
4. Mengenalpasti matlamat yang jelas
untuk setiap guru.
5. Memastikan semua guru dicabar
sewajarnya untuk terus elajar dan
bertanggungjawab ke atas pembelajaran
kendiri dan pertumbuhan peribadi.

BUDAYA MEMBACA BUDAYA MENYELIDIK


-Guru perlu mengamalkan Kajian Tindakan
budaya membaca bagi -Bentuk kajian paling popular dalam kalangan
memastikan mereka sentiasa guru Kem. Pelajaran Malaysia.
kemaskini dengan ilmu -Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada
pengetahuan. perancangan, tindakan, penilaian terhadap
-Guru di Malaysia patut tindakan.
menggilap imej guru melalui -Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu
pembacaan bagi memastikan aspek pengajaran yang guru perhatikan.
guru tidak terpinggir daripada -Membentuk budaya reflektif, bersikap
kelompok profesional yang lain. terbuka dan mampu menambah baik amalan
kendiri.
PENULISAN JURNAL BUDAYAMUSYAWARAH/BERBINCANG
REFLEKTIF
Antaranya amalan refleksi -Kolaborasi bermaksud bekerja dengan
melalui : orang lain dlm projek bersama yang
- Penulisan reflektif/jurnal mempunyai matlamat yang sama hendak
- Portfolio pengajaran dicapai.
- Penyelidikann tindakan, -Musyawarah bermaksud rundingan yang
- Perkembangan berlangsung dan mencapai kata sepakat
professional on-line terhadap sesuatu tindakan yang diambil
- Aktiviti Pusat Kegiatan Elemen Kolaborasi
Guru -Hubungan kerja berasaskan kepercayaan
- As teachers we must guru.
believe in change, we must know -Bekerja bersama-sama secara sukarela.
it is possible, or we wouldn’t be -Peningkatan kemahiran seabagi usaha
teaching – because education is berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha
a constant process of change. berterusan tanpa menyekat individu.
Every single time you “teach” -Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
something to someone, it is
ingested, something is done with
it,and new human being
emerges (Leo Buscaglia).

30
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 31

PEMBELAJARAN AUTENTIK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


(HANDS-ON)
-Pembelajaran Berasaskan aktiviti Faktor:
dalam suasana sebenar yang Kehilangan kemahiran
membolehkan pelajar fokus kepada Menggalakkan pertandingan sihat
pengetahuan dan kemahiran Peluang menyertai kursus sokongan
(kemahiran berfikir & selesaikan
masalah). Fokus kepada:

- Bermaksud pembelajaran - Peningkatan ilmu


berasaskan aktiviti dalam suasana - Kemahiran guru dalam
sebenar yang membolehkan pengurusan
seseorang pelajar menumpukan pada - Pembestarian sekolah
pengetahuan dan kemahiran seperti - Teknologi maklumat dan
kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi
menyelesaikan masalah. - Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini

AKSES MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER


Program Adobe
Program ERIC
E- Pembelajaran
E-Perpustakaan, E-buku dan E-Jurnal
Almanak
Atlas
Internat
Temu bual
Surat khabar
Buku dan majalah (media cetak)
Televisyen, radio, cd (media elektronik

31
MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU 32

SOALAN ESEI

1. Budaya membaca dan amalan relektif memainkan peranan penting dalam


perkembagan profesionalime guru, khususnya semasa berhadapan dengan
cabaran dan tututan semasa bidang pendidikan.

a. Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setipa
individu guru supaya tidak mengabaikan amalan membaca. (10 markah)

b. Huraikan lima kepentingan amalan relektif dalam keguruan seupaya dapat


meningkat profesionalime guru dalam perkhidmatan. (10 markah)

32
View publication stats

You might also like