You are on page 1of 2

Langkah-langkah untuk Meningkatkan

Semangat Patriotik dalam kalangan


Masyarakat
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat
sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat
membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan
bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan
menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya
ialahmemupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa
Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah
boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus
sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga
mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa
mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air
daripada ibu bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen


secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan
dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang
berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan


warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding
bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

You might also like