You are on page 1of 8

KATA-KATA ALUAN

YBHG. DATUK FARIDA MOHD ALI


KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SEMPENA
”MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2014”

( 6 JANUARI 2014 – ISNIN )


DEWAN SERBAGUNA, ARAS 8, BLOK E7, KKM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha Saudara / Saudari Pengacara Majlis,

YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam


Menteri Kesihatan Malaysia

YB. Dato‟ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya


Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan
1
YBhg. Dato‟- Dato‟ Timbalan Ketua Setiausaha,

YBhg. Dato - Dato‟ Dr. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan,

YBhg. Dato‟- Dato‟, To‟ Puan, Setiausaha Bahagian / Pengarah


Jabatan Kesihatan Negeri / Institusi / Pengarah-Pengarah Kanan
Program,

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian,

Tuan-Tuan & Puan-Puan, warga Kementerian yang saya hormati


dan sayangi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurnia serta izin-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam
“Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian – Bulan Januari
2014”, yang merupakan perhimpunan bulanan Kementerian yang
pertama dan juga sebagai pembuka tirai bagi tahun 2014 ini.

1. Terima kasih diucapkan kepada YB. Datuk Seri Dr.


S.Subramaniam di atas kesudian meluangkan masa bersama-
sama kita dalam majlis pada pagi ini. Tidak lupa juga, ucapan
terima kasih saya zahirkan kepada semua warga Kementerian
yang sempat hadir pada pagi ini. Bersama-samalah kita
memperbaharui azam dan tekad serta mengukuhkan lagi
semangat dan ikatan kekeluargaan yang telah sedia terjalin.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan Selamat Tahun baru 2014 kepada semua. Semoga
segala usaha gigih dan kecekalan kita dalam mengharungi
cabaran sepanjang tahun 2013 yang lalu, dapat menjadi
pemangkin untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
2
3. Ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan KKM semakin
tinggi dan pastinya cabaran yang bakal dihadapi juga semakin
bertambah. Dengan itu, suka saya ingatkan di sini sesungguhnya
segala cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapi nanti
bukanlah satu halangan untuk kita terus maju dan mengecapi
kejayaan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

YB Datuk Seri, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati


Sekalian,

4. Bak kata pepatah Melayu, “sudah terang lagi bersuluh”.


Telah banyak kita melakar sejarah pada tahun 2013 dan saya
ingin berkongsi dengan tuan-tuan untuk mengimbau kembali
pencapaian cemerlang yang telah kita garap bersama. Antara
pencapaian terbesar KKM ialah penglibatan warga kesihatan
dalam „Ops Daulat‟ terhadap pencerobohan bersenjata di
Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang bermula pada 11
Februari dan berakhir pada bulan Mac 2013. Tindakan proaktif
dan langkah drastik warga KKM yang turun padang membantu
mangsa dan keluarga semasa „Ops Daulat‟ merupakan satu
usaha yang amat membanggakan dan harus diberi pujian serta
penghargaan.
5. Selain itu, kegigihan dan semangat sedia membantu
anggota KKM juga dapat dilihat daripada peristiwa banjir yang
berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia
khususnya peristiwa bot terbalik di Kampung Seberang
Tayor, Kuala Terengganu pada hujung tahun 2013 lepas.
Anggota kesihatan kita rela dan sedia bertugas dengan

3
bersabung nyawa serta dalam keadaan serba kekurangan di
beberapa kawasan banjir. Selain dari terputus hubungan
komunikasi, peralatan klinik juga tenggelam dan habis rosak.

6. Namun, insiden bot terbalik tidak sedikit pun mematahkan


semangat warga kesihatan untuk terus menabur bakti dan
memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga KKM
yang terlibat. Semangat juang dan komitmen sebeginilah yang
perlu ada dalam diri setiap warga kerja Kementerian kita.
Sesungguhnya, segala sumbangan yang tuan-tuan dan puan-
puan curahkan akan terus tercatat dalam lipatan sejarah
Kementerian..

Para Hadirin Yang Dikasihi Sekalian,

7. Saya ingin tekankan di sini, KKM juga mendapat


pengiktirafan daripada sumbangan kerja luar. Sebagai contoh,
pada tahun 2013, sistem pengurusan KKM turut diiktiraf unggul
di atas kejayaan-kejayaan berikut :

a. Mendapat Tempat Pertama daripada sepuluh (10)


buah Kementerian yang bertanding dalam
Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik 2013 yang
diiktiraf oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia.

4
b. Pada 12 September, KKM telah memenangi
Anugerah Inovasi Cemerlang ICT Untuk Sektor
Awam sempena Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan
Awam 2013 menerusi projek Sistem Pengurusan
Wabak Denggi (SPWD). Anugerah ini merupakan hasil
jalinan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM
bersama Remote Sensing Malaysia.

c. Penganjuran Karnival Kesihatan Pergigian yang


bertemakan “Gigi Ku Mutiara Ku” sempena Hari
Kesihatan Sedunia 2013 pada 6 Oktober 2013 yang
lalu telah berjaya mencipta rekod dan melakar nama
KKM dalam Malaysian Book Of Records bagi acara
tayangan Boneka Cha-Cha Kesihatan Pergigian
Terpanjang di Malaysia. Karnival ini telah dirasmikan
oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

d. Sambutan Hari United Nation (UN) pada 24 Oktober


2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
menerima pengiktirafan oleh United Nation (UN)
MALAYSIA atau UN AWARD 2013 di atas usaha yang
berterusan dalam meningkatkan tahap kesihatan ibu
hamil sekaligus mengurangkan kadar kematian ibu
(Maternal Mortality Ratio) di Malaysia. KKM telah
menyediakan pelbagai fasiliti kesihatan bagi
membolehkan perkhidmatan kesihatan ibu mudah
diperoleh.

5
e. Di bawah inisiatif NKRA, sebanyak 178 Klinik
1Malaysia telah beroperasi di seluruh negara. Selain
itu, 1,625 buah Klinik Kesihatan, 106 buah Klinik
Kesihatan Ibu dan Anak, enam (6) buah Klinik
bergerak 1Malaysia, lima (5) buah bas dan beberapa
perkhidmatan lain turut beroperasi.

f. Pada 18 Disember, Kementerian Kesihatan Malaysia


telah mendapat tempat pertama Kategori Penilaian
Outcome Anugerah Kementerian Berprestasi Tinggi
2013. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan
kepada Kementerian yang mencapai prestasi tinggi
dalam pelaksanaan Penilaian Outcome terhadap projek
pembangunan yang telah siap dan beroperasi
sepenuhnya dalam tempoh satu (1) hingga lima (5)
tahun.

Hadirin Sekalian,
8. Untuk makluman semua, kita telah memulakan tahun 2014
ini dengan berita gembira, iaitu mulai 1 Januari 2014 yang lalu,
KKM telah mula melaksanakan sistem aduan baru yang
dinamakan Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (i-
SPAAA). Sistem ini dilaksanakan serentak di semua Pusat
Tanggungjawab (PTJ) iaitu termasuk di peringkat JKN, Institusi
KKM, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat
Pergigian Daerah. Penggunaan sistem ini akan lebih
memudahkan kita memantau semua maklum balas dan aduan
yang diterima daripada pelbagai saluran di peringkat
Kementerian.

6
Tuan-Tuan dan Puan-puan Sekalian,

9. Saya merasa amat bersyukur kerana mempunyai barisan


pegawai dan anggota yang berwibawa, dedikasi dan berwawasan
yang sanggup jatuh dan bangun bersama bagi memastikan
Kementerian Kesihatan ini terus relevan dan dipandang tinggi
oleh masyarakat. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak akan mampu
diraih sendiri tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh
tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sentiasa bekerja dalam
satu pasukan seperti “bagai aur dengan tebing” dan tidak akan
sama sekali seperti “bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing”.

10. Ingin saya tegaskan bahawa kecemerlangan atau kejayaan


itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai tanpa perjuangan
gigih serta pengorbanan. Saya percaya setiap diantara kita pasti
ingin mencipta kecemerlangan dalam kerjaya, namun tidak
semua diantara kita yang sanggup menyingsing lengan
menongkah arus cabaran yang mendatang. Justeru itu, sudah
sampai masanya untuk kita mengorak langkah dan terus maju
serta berani untuk melakukan transformasi dalam penyampaian
perkhidmatan kesihatan kepada semua.

11. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bertugas dan


teruskan kecemerlangan yang telah kita cipta pada tahun 2013
lalu untuk tahun 2014 ini. Jadikanlah tiga nilai utama Budaya
Korporat KKM iaitu Penyayang Profesional, serta Kerja

7
Berpasukan sebagai asas dan teras untuk meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan di KKM. Marilah kita sentiasa
mengamalkan budaya “kami sedia membantu di mana sahaja
pada setiap masa” dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

12. Sebelum berpisah, saya ingin mengambil kesempatan ini


mengucapkan sekali lagi “Selamat Menyambut Tahun Baru 2014”
kepada semua warga KKM. Selain itu, Salam Maulidul Rasul
kepada warga KKM yang beragama Islam dan Selamat
Menyambut Hari Thaipusam kepada warga KKM yang beragama
Hindu.

Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakuh.

Disediakan Oleh ;
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia

2 Januari 2014.

You might also like