You are on page 1of 19

Topik Membaca

untuk
3 Memperoleh
Maklumat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan teknik membaca yang terlibat dalam bacaan pantas;
2. Menjelaskan teknik bacaan yang terlibat dalam bacaan teliti; dan
3. Mengaplikasikan teknik membaca yang dibincangkan dalam bacaan
anda sendiri.

PENGENALAN
Salah satu kemahiran yang paling penting ialah kemahiran membaca kerana ia
merupakan asas untuk belajar. Sebahagian besar pembelajaran di universiti
dicapai dengan membaca secara praktikal. Setiap kursus di peringkat ini
memerlukan beberapa bentuk bacaan. Anda perlu membaca pelbagai jenis bahan
untuk memenuhi keperluan kursus yang berlainan. Anda juga perlu membaca
modul anda, nota tutorial, buku teks, artikel jurnal (kedua-dua sumber cetak dan
elektronik), surat khabar, laporan dan sebagainya.

Membaca dengan baik akan membolehkan anda mendapatkan faedah


maksimum daripada pembacaan anda dan seterusnya meningkatkan kemahiran
belajar anda. Topik ini akan membantu anda meningkatkan kemahiran membaca
anda.
TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT 85
86 TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

3.1 APA YANG ANDA BACA?

Beberapa buah buku akan dinikmati, sebahagian ditelan, serta sedikit akan
dimamah dan dihadam.
Francis Bacon, 1625

Apakah yang anda faham dengan petikan di atas? Tujuan membaca adalah
berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain.

Untuk memaksimumkan produktiviti membaca dan keberkesanannya, anda perlu


tahu tujuan anda membaca dan apa yang anda harapkan melalui proses
pembacaan tersebut. Anda perlu jelas tentang matlamat mengapa anda perlu
membaca dan apa yang anda akan perolehi daripada membaca. Ini akan
menentukan gaya pembacaan anda dan bahan yang ada pilih. Anda membaca
untuk memenuhi tujuan-tujuan yang berikut:

(a) Untuk Mendapatkan Gambaran Keseluruhan


Biasanya dirujuk sebagai „bacaan latar belakang‰. Ini adalah teknik yang
berguna kerana anda tidak akan terlepas pelbagai isu yang berkaitan
dengan topik atau bidang anda. Buku-buku kadang-kadang dimasukkan
dalam senarai pembacaan kursus untuk tujuan ini.

(b) Untuk Mencari Maklumat Spesifik


Apabila anda perlu mencari maklumat spesifik atau menyemak fakta
tertentu, anda mungkin perlu menyemak beberapa sumber maklumat
tetapi matlamat anda adalah untuk memfokuskan kepada maklumat yang
diperlukan sahaja. Sebagai contoh, apabila anda perlu mencari:

(i) Makna perkataan Dapatkan sebuah kamus atau daftar istilah;


(ii) Petikan tertentu Cari sebuah buku petikan;
(iii) Maklumat berkenaan seseorang Dapatkan biografi;
(iv) Lokasi sesuatu tempat Perhatikan peta; dan
(v) Statistik Semak laporan statistik.

(c) Aplikasi Praktikal


Tujuan membaca di sini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan
kepada suatu situasi yang praktikal. Anda mungkin perlu membaca arahan
untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, contohnya membaca manual
memasang peralatan di makmal, membaca buku-buku panduan atau
membaca resepi.
(d) Membina Kefahaman Terperinci dan Analitis
Dalam pembacaan akademik, anda perlu menjadi teliti tentang apa yang
anda baca supaya dapat memahami, menganalisis, membandingkan dan
menilai maklumat.

Pembaca yang analitis akan berhenti seketika untuk berfikir tentang apa
yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama dan hujah yang
disampaikan harus diberi perhatian, dianalisis dan lebih bersepadu untuk
menghargai sepenuhnya bahan yang ditulis.

Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan penting, seperti buku,


artikel jurnal, laporan, tesis dan sebagainya memerlukan cara bacaan
tertentu yang dikenali sebagai bacaan untuk kefahaman. Membaca secara
sistematik untuk pemahaman memerlukan satu kaedah formal membaca
seperti teknik SQ3R (yang dibincangkan di dalam bahagian 3.2.2).

(e) Keseronokan Membaca/Membaca Bebas


Bacaan jenis ini adalah yang paling menyeronokkan. Di sini, tujuan anda
membaca adalah berdasarkan minat atau hobi. Ia paling menghiburkan dan
menenangkan. Anda memilih bahan bacaan cereka atau apa-apa bidang
yang menarik minat anda. Sebagai seorang pelajar, anda digalakkan
membaca melangkaui teks akademik anda untuk membangunkan minda
yang luas dan ingin tahu. Jadual 3.1 memberikan ringkasan sebab-sebab
untuk membaca mengikut jenis dan kelajuan.

Jadual 3.1: Sebab Membaca Menurut Jenis dan Kelajuan

Jenis Alasan Kelajuan


Latar belakang Pandangan keseluruhan, gambaran keseluruhan. Bacaan pantas
Gambaran umum.
Luncuran Bacaan pantas
Pengetahuan tidak mendalam.
Mencari maklumat khusus.
Imbasan Bacaan pantas
Membaca berdasarkan keperluan.
Teliti
Bacaan Teliti dan
Analisis Bacaan teliti
Kritikal (SQ3R)
Menilai

SEMAK KENDIRI 3.1

Nyatakan tiga sebab mengapa anda membaca modul. Pilih dari lima
sebab-sebab yang telah diberikan sebelum ini.
3.2 BAGAIMANA UNTUK MEMBACA?
Sekarang setelah anda mengetahui maksud membaca yang berbeza dan pelbagai
jenis teks yang ada, ia juga penting untuk anda mengetahui teknik yang berbeza
dan menggunakan teknik yang sesuai dengan tujuan anda. Pilih teknik membaca
yang paling sesuai untuk bahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1:

(a) Bacaan pantas; dan


(b) Bacaan teliti.

Rajah 3.1: Teknik membaca

3.2.1 Bacaan Pantas


Bacaan pantas bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan maklumat atau
latar belakang topik. Ia juga bertujuan untuk mencari maklumat yang spesifik
serta mengenal pasti bahan yang relevan dengan keperluan anda dan mengetahui
apa keseluruhan kandungan.

Bacaan pantas terdiri daripada:

(a) Imbasan

(i) Apakah Imbasan?


Imbasan adalah penyerapan kandungan yang cepat dan dilakukan
apabila anda ingin mencari maklumat tertentu. Dalam imbasan, mata
anda bergerak dengan pantas ke bawah halaman untuk melihat jika ia
mengandungi maklumat yang anda perlukan. Sebagai contoh, apabila
anda melihat nombor dalam direktori telefon, anda melakukan
pengimbasan. Apabila mengimbas teks, mata anda mencari kata
kunci atau frasa tertentu. Anda berhenti membaca setelah mencapai
tujuan anda.

(ii) Mengapa Imbasan?


Kini anda lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan imbasan,
langkah seterusnya adalah untuk mengetahui tujuan imbasan.
Imbasan
dilakukan untuk mencari maklumat yang diperlukan dengan pantas
dan cekap. Dalam imbasan, anda membaca tidak lebih daripada yang
diperlukan. Elakkan diri anda daripada membaca keseluruhan
bahan.
Pengimbasan menyediakan tahap sederhana maklumat. Kebanyakan
laman sesawang boleh dibaca dengan menggunakan teknik
ini.

(iii) Bagaimana Mengimbas?


Untuk mengimbas buku, anda menggunakan proses mengesan kata
kunci. Mengesan kata kunci membolehkan anda untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan bahan. Baca maklumat seberapa banyak yang
anda perlukan. Berikut adalah langkah-langkah yang disyorkan
dalam mengimbas buku:

Langkah 1
Catat tajuk dan nama pengarang buku. Buka buku dan lihat isi
kandungan halaman. Kandungan akan mengandungi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Langkah 2
Baca tajuk bab dan tajuk kecil. Adakah tajuk bab dan tajuk kecil
memberikan anda idea sama ada buku tersebut adalah relevan
dengan keperluan anda?
Rajah 3.2: Contoh kandungan buku

Langkah 3
Dari tajuk bab dalam Jadual Kandungan pergi ke seksyen yang
berkaitan buku dan baca perenggan pertama, atau sepintas lalu
melalui tajuk-tajuk dalam seksyen. Kata kunci dan idea sering
dijumpai di dalam perenggan awal atau sub-seksyen bab. Kini
anda akan dapat mengetahui sama ada buku tersebut adalah
relevan untuk keperluan anda dan sejauh manakah maklumat
tersebut berkaitan.

Langkah 4
Mencari indeks untuk kata kunci kepada topik anda. Cari kata
kunci serta kata kunci alternatif. Sebagai contoh, tajuk seperti
Pemasaran dalam Talian mungkin membawa indeks berikut:
pemasaran atas talian atau pemasaran Internet. Nota halaman lain
atau muka surat di mana subjek itu diuruskan dan rujuk kepada
muka surat yang sesuai. Baca perenggan sebelum dan selepas, jika
anda ingin maklumat lanjut.
Langkah 5
Perhatikan petua tambahan yang diberikan oleh penulis seperti:
Perkataan berhuruf gelap;
Perkataan berhuruf condong;
Perkataan bergaris; dan
Subtopik.

(b) Luncuran

(i) Apakah Luncuran?


Luncuran melibatkan pergerakan mata anda ke bawah halaman
dengan pantas pada kertas yang anda sedang baca iaitu tajuk, tajuk
kecil dan sebagainya, untuk mendapatkan gambaran umum yang
baik pada semua bahan. Dalam proses tersebut, anda akan dapat
melakukan fokus atau memusatkan tema atau menguasai bahan yang
dibaca dalam masa tidak lebih daripada beberapa minit.

(ii) Mengapa Luncuran?


Luncuran dilakukan apabila anda perlu membaca sejumlah besar
bahan dalam masa yang singkat dan apabila anda tidak melihat apa-
apa secara khusus. Luncuran dilakukan untuk menilai sama ada buku
tersebut adalah relevan untuk keperluan anda.

Melalui luncuran, anda akan dapat:

Memperoleh gambaran keseluruhan tentang hujah utama penulis;


dan
Mengenal pasti idea utama atau tema buku atau artikel.

(iii) Bagaimana Melaksanakan Luncuran?


Luncuran melibatkan bacaan bahagian tertentu daripada teks. Ia amat
berguna untuk menyediakan bacaan luncuran dengan membaca tajuk
dan ringkasan penulis. Pada mulanya, ia akan menjadi tajuk-tajuk
bertaip tebal yang akan menarik perhatian anda.

Seterusnya, anda membuat carian melalui teks dengan pantas melalui


bacaan pertama dan perenggan terakhir serta di antara kata kunci.

Gerakkan mata anda di seluruh halaman untuk mencari kata kunci


atau frasa. Bermula dengan sudut atas kiri dan bergerak merentasi,
kemudian turun dan ke kanan secara zig-zag seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.3. Hanya fokus pada kata kunci dalam teks.
Rajah 3.3: Luncuran pada kata kunci berdasarkan kaedah zig-zag

Luncuran dilakukan terhadap bahan terpilih merupakan bacaan


pantas. Ia merupakan teknik yang efisien untuk mendapatkan idea
umum, tanpa membaca setiap perkataan daripada buku.

AKTIVITI 3.1

Bezakan antara imbasan dan luncuran mengikut apa, mengapa dan


bagaimana berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas. Bincangkan
topik ini dalam forum perbincangan dalam talian.

3.2.2 Bacaan Teliti


Bacaan teliti membolehkan anda mengekalkan tumpuan anda untuk
mendapatkan pemahaman yang terperinci bahan yang sedang anda baca.

(a) Tujuan Bacaan Teliti


Gaya bacaan teliti digunakan apabila anda perlu sangat teliti tentang apa
yang anda baca, terutamanya apabila anda perlu:

Analisis dan memahami;


Menilai dan menjadi kritikal;
Mengingat maklumat yang anda baca; dan
Mematuhi arahan.

Anda boleh menerima pakai pendekatan yang berbeza untuk bacaan teliti.
Dua pendekatan penting dijelaskan berikut:
(i) Pendekatan Analitikal digunakan apabila anda perlu memahami
istilah, arahan susulan atau mengingati apa yang telah anda baca.
Pembacaan secara analitikal akan menjadikan pembaca aktif. Anda
perlu mencipta soalan dan mencari jawapan semasa anda membaca.
Misalnya: „Berapa logikkah idea-idea ini?‰ atau „Bolehkah kesimpulan
diambil daripada keterangan yang telah diberikan?‰

(ii) Pendekatan Kritikal digunakan apabila anda perlu menilai bahan


yang anda sedang baca. Apabila anda membaca teks akademik, anda
perlu memastikan bahawa pemahaman anda terhadap apa yang
dibaca adalah sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis

Seseorang pembaca yang mahir, dapat membezakan kaedah dan kelajuan


membaca bersesuaian dengan bahan dan sebab untuk membaca.

(b) Teknik Bacaan Teliti


Dalam bacaan teliti, anda dikehendaki untuk mematuhi teknik yang betul.
Salah satu teknik yang terkenal, teliti, teknik bacaan analitikal dan kritikal
(yang menunjukkan bacaan teliti) ialah teknik SQ3R. Teknik ini telah
terbukti
berguna kepada pelajar-pelajar membaca buku teks dan bacaan penting
yang
lain. Kaedah SQ3R mempunyai lima prinsip bacaan yang baik, seperti
yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Ia juga merupakan lima langkah utama dalam
pembelajaran yang berkesan.

(c) Apakah SQ3R?


SQ3R adalah satu pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca
bahan akademik. Kaedah ini membantu menghubungkan maklumat baru
dengan apa yang anda sudah tahu. Berikut adalah merupakan prinsip yang
terkandung dalam SQ3R:

S = Survey/Tinjau
Q = Question/Soal
R = Read/Baca
R = Recite/Mengulang
R = Review/Menyemak

Sila rujuk Jadual 3.2 untuk penerangan lanjut langkah-langkah ini.

Apabila menggunakan SQ3R:

Baca dan membaca semula nota anda secara tetap pertama kali
sepatutnya dalam masa 24 jam; dan

Kerap menyemak sepanjang minggu.


Jadual 3.2: Penerangan SQ3R
Langkah SQ3R Teks Aktiviti

1. Tinjau Baca prakata, tajuk dan Imbas untuk melihat


subtajuk. (Ini adalah bagaimana maklumat itu
Mulakan dengan
seperti papan tanda dalam disampaikan.
meninjau bahan-bahan
peta anda).
dan mendapatkan Lakukan luncuran pada
gambaran keseluruhan Baca kapsyen, carta dan pengenalan, ringkasan dan
kandungan maklumat. Ia graf, pengenalan dan kesimpulan.
adalah seperti membaca perenggan kesimpulan.
peta sebelum anda
membuat perjalanan. Baca kesimpulan.

2. Soal Tukar tajuk dan tajuk kecil Baca bahagian demi


kepada bentuk soalan. bahagian.
Tanya soalan yang Tanya siapa, apa, bila dan
sesuai untuk Kemukakan soalan.
mengapa.
memfokuskan
pembacaan anda. Baca soalan di akhir bab
atau tajuk.
Bertanyakan soalan
adalah satu proses Tanya diri anda: "Apa
membaca yang aktif. yang saya sudah tahu
mengenai perkara
tersebut?" Kaitkan dengan
apa yang anda telah
membaca.

3. Baca Jawab soalan-soalan pada Baca pantas dengan


awal atau akhir bab atau memberi tumpuan pada
Soal diri anda semasa panduan kajian. kata kunci.
anda membaca.
Dalam mencari jawapan Berhenti dan lihat lebih
Berhenti kerap dan anda akan dekat pada bahagian yang
cuba untuk menjawab menghubungkan jawapan tidak jelas.
soalan. anda dengan idea-idea
Baca perlahan-lahan pengarang.
untuk petikan yang
Lihat petikan yang
rumit. menjawab soalan-soalan
tertentu. Nota yang
digariskan, perkataan
yang ditulis condong
(italik) atau huruf gelap.

Ingat kosa kata dan frasa.


Pilih contoh yang sesuai
dan yang dapat
menjelaskan idea-idea
utama.
4. Ulang Ulang membaca adalah Cuba ringkaskan dengan
satu cara untuk ingat menggunakan perkataan
Ulang baca untuk kembali. Selepas setiap anda sendiri apa yang
kefahaman dan ingat bahagian, ingat dengan anda telah membaca.
kembali bertanyakan soalan
mengenai apa yang anda Nilai semula sama ada
Selepas setiap bacaan, anda boleh mengingat
susun maklumat telah baca.
kembali maklumat bacaan
dalam fikiran anda. Ambil nota daripada teks anda. Bentuk peta minda.
Semak buku atau dan tulis dalam perkataan
anda sendiri. Melihat, bercakap dan
artikel untuk melihat mendengar akan
sama ada anda ingat. Tanda perkataan yang memperkukuhkan
penting yang telah anda pembelajaran anda.
baca.
Baca teks (melihat).
Tulis semula apa yang
anda ingin ingat dalam Ucap apa yang anda
ayat anda sendiri. faham (bercakap).

Gunakan deria agar lebih Mendengar untuk diri


mudah untuk ingat sendiri (mendengar), dan
(pendengaran, Buat nota (menulis).
penglihatan, pertuturan).

5. Menyemak Semak semula semua Gunakan kad imbasan


soalan dan jawapan dan untuk soalan berbeza.
Mengkaji semula isi-isi utama.
penyatuan dan Membuat ulasan serta-
integrasi maklumat Tanda dan buat nota. merta selepas bacaan
yang telah pertama anda.
dikumpulkan. Semak nota anda.
Jadikan ia ringkasan.
Adakah isu-isu utama Gunakan kad imbasan.
telah dikenal pasti? Rancang satu atau dua
semakan sebelum
Adakah nota dapat
peperiksaan.
diingati?
Semakan akhir boleh
Adakah anda dapat
mendorong bacaan
memahami artikel
kembali.
yang telah anda baca?

AKTIVITI 3.2

Pilih sebuah artikel dan gunakan langkah-langkah SQ3R sambil membaca.


Nyatakan sejauh manakah teknik ini telah membantu anda dalam
membuat pembacaan anda lebih bermakna.
3.3 RUMUSAN BACAAN ANDA
Rajah 3.4 adalah panduan untuk membantu anda menyimpan rumusan bacaan
anda. Ia membantu anda untuk mengumpul maklumat yang diperlukan
dengan menggunakan imbasan dan luncuran untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan kandungan bahan bacaan.

Rajah 3.4: Ringkasan bacaan anda

3.4 TEKNIK MEMBACA MODUL


Anda telah diperkenalkan kepada unsur-unsur utama yang diperlukan dalam
proses membaca. Dengan pengetahuan tersebut, anda akan dapat
menggunakannya untuk mendapat faedah yang lebih baik daripada modul yang
anda baca dengan penggunaan masa membaca anda yang lebih berharga. Dalam
usaha tersebut, anda akan melalui bahagian utama di dalam modul anda supaya
anda biasa dengan bahagian-bahagian seperti Isi Kandungan, Panduan Kursus
dan lain-lain. Gunakan Jadual 3.3 untuk membimbing anda dalam merekodkan
rumusan bacaan anda.
3.4.1 Isi Kandungan
Anda mampu untuk mendapatkan gambaran umum kandungan modul daripada
Isi Kandungan. Melalui imbasan Isi Kandungan, anda dapat melihat struktur
modul dan setiap topik secara spesifik, yang ditanda oleh sistem nombor. Pada
bahagian awal modul ini telah ditunjukkan bahawa Isi Kandungan terdiri
daripada 10 topik yang memberikan anda maklumat spesifik.

3.4.2 Panduan Kursus


Panduan kursus didapati di muka surat empat hingga lima yang pertama dalam
modul anda selepas Isi Kandungan. Biasanya Panduan Kursus menggunakan
angka Roman (i - iv). Tujuan panduan kursus adalah untuk menyediakan secara
ringkas gambaran keseluruhan kursus. Ia terdiri daripada yang berikut:
Pengenalan, Panduan Kursus, Jadual Pembelajaran, Objektif Kursus, Sinopsis
Kursus dan Pengetahuan Asas. Sebagai permulaan, adalah penting untuk anda
tahu apa objektif kursus serta jadual pembelajaran. Sinopsis boleh dirujuk pada
bila-bila masa jika anda ragu-ragu maksud unit pembelajaran. Bahagian Rujukan
merupakan salah satu bahagian yang penting dalam panduan kursus.
terutamanya jika anda sedang menulis tugasan anda.

3.4.3 Langkah Memahami Kandungan Kursus


Selepas memahami panduan kursus, anda kini bersedia untuk menerokai topik-
topik yang terkandung di dalam modul. Setiap topik mempunyai pengenalan
dan satu set hasil pembelajaran yang akan memberikan anda maklumat ringkas
tentang topik-topik di dalam modul. Langkah seterusnya adalah untuk membaca
kandungan itu sendiri.

Setelah anda membaca kandungan, anda akan mendapati bahawa terdapat


beberapa ikon yang digunakan di dalam modul anda. Ikon mewakili pelbagai
aktiviti yang tertera di dalam modul pembelajaran anda dan tujuannya adalah
untuk menyokong kefahaman anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi dan menguasai konsep-konsep penting. Kedua-dua ikon utama yang
digunakan dalam modul anda adalah Semak Kendiri dan Aktiviti. Ikon ini
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Ikon

Ikon Simbol Ikon Kegunaan


Semak Latihan untuk menguji kefahaman
Kendiri tentang konsep dan isu-isu penting
melalui huraian dan penjelasan. Pelajar
perlu memikirkan tentang kandungan.

Aktiviti „Aktiviti‰ melibatkan amalan atau


mengaplikasikan pengetahuan dalam
situasi sebenar. Contohnya: kajian kes,
pemerhatian, perbincangan dan
penyelidikan.

AKTIVITI 3.3

Apakah cara anda untuk mengetahui kandungan modul anda? Nyatakan


pelbagai kaedah yang anda gunakan dalam pembacaan anda.

AKTIVITI 3.4

Jawab soalan berikut:

1. Ketika anda pertama kali modul ini, apakah yang anda lakukan? Sila
pilih di antara yang berikut:

(a) Selak muka surat dan letakkan di tepi.


(b) Baca Panduan Kursus dan buat nota minda.
(c) Lihat Isi Kandungan dan cuba lihat hubungan antara topik.
(d) Rujuk satu atau dua topik tertentu dan baca dengan pantas.
(e) Lihat susun atur (misalnya reka bentuk, grafik dan ketebalan
modul).

2. Setelah membaca mengenai kaedah SQ3R, nyatakan bagaimana ia


akan memberi manfaat kepada anda.
Topik ini telah memberikan anda gambaran tentang beberapa kemahiran
membaca asas yang anda boleh gunakan dalam membaca modul kursus atau
bahan-bahan lain sama ada di dalam media cetak atau elektronik.

Anda perlu membaca lebih banyak sumber-sumber lain. Modul anda hanya
panduan untuk menyediakan anda dengan maklumat asas berkaitan dengan
kursus anda.

Terdapat dua teknik membaca utama, iaitu bacaan pantas dan bacaan teliti.

Bacaan pantas melibatkan proses imbasan dan luncuran teks.

Bacaan teliti melibatkan proses analitikal dan pendekatan kritikal.

SQ3R adalah satu pendekatan sistematik untuk bacaan yang melibatkan


langkah-langkah tinjauan, soalan, membaca, mengulang dan menyemak.
A K
B L
T

You might also like