You are on page 1of 25

Simposium Janji Sejarah

Hotel The Royale Chulan Damansara


22-23 Januari 2015

SOALAN SEJARAH SPM:


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF ATAU PENDIDIKAN MORAL?
Sivachandralingam Sundara Raja
Jabatan Sejarah
Universiti Malaya
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

• Perubahan bentuk soalan sejarah SPM berkait


dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) untuk melahirkan pelajar
berpengetahuan, mampu untuk berfikir,
memimpin, mempunyai kemahiran dwibahasa,
beretika dan mampu untuk bersaing di peringkat
global.
• Untuk memastikan matlamat PPPM tercapai,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula
dititkberatkan dalam pentaksiran dan peperiksaan
awam.

3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

• KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih


tinggi, iaitu kemahiran membanding, membeza,
merumus, mentaksir, menganalisis, menilai dan
menjana idea baru.
• Sesuai dengan hasrat KBAT, Kementerian
Pendidikan telah menambah nisbah soalan yang
menguji kemahiran KBAT dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan awam
mulai 2013.
• Pentaksiran diperkukuh dengan memasukkan
kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah.

4
Model KBKK Kementerian
Model KBKK Kementerian

• Kemunculan soalan kreatif dalam sejarah SPM


harus difahami daripada keputusan yang dibuat
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada
2002.
• PPK Kementerian mengemukakan model
kemahiran berfikir kepada empat domain seperti
dalam jadual berikut:

6
Model KBKK Kementerian
PEMIKIRAN KRITIS PEMIKIRAN KREATIF MENAAKUL STRATEGI BERFIKIR

• Mencirikan •Menjana Idea •Logik • Menkonsepsikan

• Membanding dan membezakan •Menghubungkait •Rasional •Menyelesaikan Masalah

• Mengumpul dan mengelaskan •Membuat Inferens • Membuat Keputusan

•Meramal
• Membuat urutan
• Membuat hipotesis
• Menyusun mengikut keutamaan
• Mensintesis
• Menganalisis
• Mengitlak /Menyimpul

• Mengesan kecondongan • Membuat gambaran

• Menilai • Menganalogi

• Membuat kesimpulan • Mereka cipta

Sumber: Model Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 2002) 7
Model KBKK Kementerian

• Senario seterusnya adalah soalan-soalan


bersifat kreatif dan sivik/moral dalam sejarah
SPM mulai 2006.

8
Soalan KBKK Dalam Sejarah
Soalan KBKK Dalam Sejarah

• Soalan sejarah SPM terbahagi kepada tiga kertas (Kertas


1, 2 dan 3 mulai 2013).
• Kertas 2 diperkenalkan mulai 2005 dan unsur KBKK
dapat dikesan dalam kertas ini sejak 2006.
• Unsur KBKK menjadi lebih jelas sejak tahun lepas dan
tahun ini (sila rujuk jadual untuk maklumat peratusan
soalan KBKK)

10
Soalan KBKK Dalam Sejarah
Analisa Soalan Sejarah SPM, 2006-2014

Daripada analisis yang dibuat terhadap soalan SPM, soalan KBKK telah diperkenalkan sejak 2006 dan
mencapai kemuncak pada 2012 dan mendominasi kertas 3 pada tahun ini (2014). Berikut adalah peratusan
soalan yang mewakili KBKK sejak 2006.

TAHUN PEPERIKSAAN KERTAS 2 (BAH. A) KERTAS 2 (BAH. B) KERTAS 3 (100%)


(40%) (60%)

2006 10 14
2007 8 0
2008 7 22
2009 4 17
2010 6 20
2011 15 34
2012 6 18
2013 13 54 5
2014 30 43 40

11
Soalan KBKK Dalam Sejarah
• Berdasarkan pengetahun sejarah anda, apakah akan berlaku sekiranya
Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? (2006)
• Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda
mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda? (2007)
• Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka
menjadi masyarakat Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan
negara. (2008)
• Apakah kesan baik dan buruk kedatangan warga asing ke negara kita seperti
yang anda lihat sejak kebelakangan ini (2011)
• Nyatakan tiga kesan sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan amalan
jahiliyah (2013)
• Cadangkan tiga langkah yang berkesan untuk membasmi sifat jahiliyah
dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini. (2013)
• Jika anda sebagai seorang ahli dalam sistem tersebut (Sistem Ahli), jelaskan
tindakan anda untuk memanfaatkan peluang tersebut bagi
mempertahankan hak dan maruah bangsa (2014)
12
Apakah Soalan Sejarah Selari
Dengan Objektif Sejarah KBSM Dan
Pengertian Sejarah Dalam KBSM
Objektif Kurikulum Sejarah KBSM

• Ada sembilan objektif kesemuanya tetapi objektif


pertama dan kesembilan memenuhi disiplin sejarah.

• Objektif Pertama - Menyatakan kepentingan Mata


Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan
mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta
mampu berdikari.

• Objektif Kesembilan - Menganalisis, merumus dan


menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan luar negara secara
rasional.

14
Pengertian Sejarah Mengikut KBSM

• Persoalannya apakah jawapan bagi soalan-soalan KBKK


berasaskan eviden yang merupakan asas kepada disiplin sejarah.
Sedangkan inilah janji sejarah kepada murid sejarah di Tingkatan
1 (bab 1). Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 dinyatakan
salah satu ciri sejarah adalah seperti berikut;

Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan


kebenarannya, disebut sebagai fakta sejarah. Fakta sejarah
tidak boleh direka dan ditokok tambah serta perlu
dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya
(hlm. 5).

15
Pengertian Sejarah Mengikut KBSM

• Jika janji sejarah Tingkatan 1 bahawa fakta sejarah tidak


boleh direka dan ditokok tambah dan perlu
dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihan,
mengapa soalan-soalan KBKK telah melencong dari janji
ini?

16
Pandangan Pelajar Terhadap Soalan
Sejarah Dalam Laman Sosial
Pandangan Pelajar Terhadap Soalan Sejarah KBSM

• “We study history to appreciate the consequence of past actions. At


least in the midst of mugging and regurgitating facts, we take to
heart some of them”.

• “Kalau graph naik sbb byk kbkk, screw sejarah sbb dah mcm sivik.”

• “I think I should've studied moral instead of Sejarah... #kbkk”

• “There is no doubt that these KBKK questions are easier than hard facts. But
when the level has been stooped to a point so low, just because SPM History is
now a compulsory pass, even lazy students like myself find it hard to close an
eye anymore. But for those who choose to close their eyes, they will be and are
blinded”.

18
Aliran Pemikiran KBKK Dan Konvensional
Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional

• Terdapat dua aliran pemikiran tentang cara bagaimana sejarah


harus diajar di sekolah.
• Aliran Konvensional - berpegang teguh kepada penggantungan
sumber dalam pengajaran sejarah dan mesti berasaskan
kesedaran sejarah (historical consciousness).
• Dua tokoh mewakili aliran ini ialah Griffith dan Granatsein
• Aliran KBKK - Tidak salah untuk menggunakan nilai moral dan
pengadilan moral dalam pengajaran sejarah.
• Dua tokoh mewakili aliran ini Peter Lee dan Lemisko
• Satu satu hal yang tidak disedari ialah kedua-dua aliran ini
bersetuju bahawa pengajaran sejarah mesti berasaskan sumber.

20
Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional

• Menurut Lemisko,

Historians must use sources as evidence in their imaginative


process. If historians do not have some type of source – that is ,
written testimony, relics, or remains – to help them imagine
what had happened and what was thought about within a
particular human event, then they cannot know anything about
the event. Historians cannot make things based on guessing or
fanciful imaginings. Evidence from the sources provides the
grounds on which we imagine the past, and this evidence must
be referenced so that others could “re-imagine” the events and
ideas we used in our narrative.

21
Aliran Pemikiran KBKK dan Konvensional
• Pesetujuan oleh kedua-dua aliran ini selari dengan pengertian sejarah
yang diberikan oleh sejarawan seperti Herodotus, Collingwood dan
ramai lagi.

• Pelajar sejarah harus menghormati integriti sumber pertama dan


kedua.

• Peristiwa masa lampau harus difahami dalam konteks masa lepas dan
tidak harus ada pengadilan moral.

• Mengadili peristiwa masa lepas berasaskan situasi masa kini bukan


sejarah dan melencong dari disiplin sejarah.

• Apabila soalan sejarah diubah kepada KBKK maka soalan ini


sebenarnya telah menjadi soalan bersifat spekulatif dan hilang ciri
sejarah yang berasaskan bukti.

22
Syor
Syor

• Kementerian Pendidikan menyemak semula pelaksanaan KBKK dalam


subjek sejarah dan memastikan soalan-soalan sejarah SPM adalah
berasaskan sukatan sejarah dan bukan bersifat andaian/spekulatif
/moral yang tidak berpijak kepada fakta/eviden sejarah.

• Menemukan stakeholder sejarah yang terdiri daripada sejarawan,


Persatuan Sejarah Malaysia, pegawai kurikulum dan dan para pendidik
sejarah bagi membincangkan bagaimana KBKK dapat diterapkan dalam
kurikulum sejarah tanpa mengorbankan inti asas sejarah iaitu fakta
sejarah.

• Hanya dengan cara ini subjek sejarah dapat memenuhi aspirasi Pelan
Transformasi Pendidikan Negara.

24
Terima Kasih

You might also like