You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM SELEPAS UPSR ‘WHO AM I?


SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG

Pada tarikh 7 Oktober 2015 bersamaan dengan hari Rabu, telah diadakan
sebuah program untuk pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang bertempat di Dewan Anjung Budi, Sekolah Kebangsaan Senawang. Program
ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Program “Who Am I” adalah sebuah
program hasil kerjasama guru pelatih Semester 8 bersama Unit Bimbingan dan
Kaunseling Sek. Keb. Senawang. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar Tahun 6 berkaitan dengan kehidupan atau
peringkat-peringkat alam yang bakal mereka tempuhi apabila menginjak masuk
dalam sekolah menengah kelak. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi
kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab atau peranan mereka kepada diri
sendiri, ibubapa, guru, serta agama Islam itu sendiri. Peringkat awal remaja dala
lingkungan umur 12 tahun hingga 19 tahun ini sangat teruja untuk mencuba perkara-
pekara yang baru. Oleh itu, program motivasi ini juga bertujuan untuk memberi
kesedaran tentang impak negatif gejala sosial yang semakin berleluasa kepada
pelajar-pelajar supaya tidak terjebak dalam kancah tersebut.

SEBELUM PROGRAM

Program ‘Who Am I?’ dilaksanakan setelah perbincangan dilakukan antara


Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama dengan Guru Pelatih IPG Kampus Raja
Melewar Semester 8 sebagai projek pertama untuk memenuhi proforma kursus
Internship. Oleh itu, kertas kerja telah dirangka dan disemak oleh Puan Intan Safinah
binti Ahmad iaitu Guru Bimbingan & Kaunseling SK Senawang dan bersetuju
dengan kertas kerja tersebut. Kemudian, kertas kerja tersebut terus diserahkan
kepada Guru Besar Cemerlang SK Senawang, Tuan Syed A’azmi bin Syed Khaidhir
untuk diluluskan.

Sebelum hari program dijalankan, guru pelatih telah memohon untuk


persediaan dari segi peralatan yang diperlukan seperti kertas A4, PA Sistem, laptop
dan lain-lain supaya program yang dijalankan akan berjalan lancar. Selain itu, nama-
nama pelajar Tahun 6 turut dikumpulkan untuk sesi pendaftaran pada hari program
berlangsung.

SEMASA PROGRAM

You might also like