You are on page 1of 5

Isu 1: Guru Ponteng sekolah

Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),ponteng dari segi bahasa boleh
didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-
lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir bertugas tanpa
sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah. Menurut Cascio
(2005),ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja
daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat
hadir ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak
hadir.Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah,
maka ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Ini jelas menunjukkan bahawa gejala
ponteng dalam kalangan guru ini akan lambat laun menyebabkan penurunan kualiti kerja
seorang guru. Hal ini sudah tentu akan memberi impak dan kesan yang negatif kepada
diri mereka sendiri, pihak sekolah dan yang paling terkesan sudah tentulah kepada
pembelajaran murid yang ditinggalkan.

Secara umumnya, factor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh


dibahagikan kepada tiga iaitu sikap guru itu sendiri, persekitaran dan bebanan kerja.
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka
bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru yang
lama berkerja di sekolah yabg sama akan berasa bosan dengan perkara yang hamper
sama dilaluinya setiap hari. Apabila dikaitkan dengan persekitaran, sekiranya guru itu
ditugaskan di sekolah yang persekitarannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi
pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu fakor
menyumbang guru-guru poenteng sekolah.

Saya sebagai seorang guru saya perlu mematuhi dan mengikut kod etika guru
bagi menjaga keterempilan unggul . saya juga perlu mengikuti kursus yang berkait isu
berkaitan dengan Guru Poteng sekolah yang diadakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru seperti saya yang bakal dikeluarkan seharusnya
menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum
mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.

Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar
yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-guru bawahnya secara adil dan
saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.

Isu 2: Gangguan Seksual Guru Terhadap Murid

Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali
dilaporan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali
dijadikan isu yang hangat, sensasi dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di
seluruh Malaysai secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Sebagai contoh,
isu guru yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual dengan melakukan seks
oral ke atas dua orang murid lelakinya yang berusai 11 tahun dilaporkan oleh akhbar
Berita Harian yang bertarikh 20 Julai 2011 telah menjadikan isu ini semakin hangat
diperkatakan di segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang
dilakukan oleh guru yang berumur 30 tahun yang tergamak melakukan perbuatan
tersebut menujukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan.

Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung kepada kes
yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, kes ini menjadi
semakin serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh
dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku
guru yang negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh membangunkan kesedaran guru
tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid.
Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua
masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai
gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam
hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.
Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai
dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan
penjawat awam khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi,
semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan
mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih
sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri
semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan
seksual daripada terus berlaku. Nilai hidup yang positif dapat memelihara mereka
daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang
sewajarnya dipertahankan. Fullan (1993) menyatakan bahawa guru melibatkan diri
secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan
dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan


artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah
yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya kepimpinan
yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil daripada latihan
yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu termasuklah
kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori
penyampaian pelajaran yang berkesan.

Isu 3 Penyalahgunaan masa oleh guru

Di sini, saya memilih untuk membincangkan “Masalah Penyalahgunaan Masa”


sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi
di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah
dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti
kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun,
sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah.
Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih
menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular.

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa
memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh,
guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian,
guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah
dengan melakukan kerja yang tidak berkaitandengan pendidikan misalnya melayari
facebook, ber”chatting”, bergosip, melepakdi kantin, guru melakukan kerja sambilan di
malam hari ( misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam, mengajar “dance”,
membuat persembahan tarian) hingga menjejaskan produktivitinya dalam
menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Walaupun saya tidak menjalankan
kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya, adalah wajar
masalah ini diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin tidak terlalu serius
tetapi jika dibiarkan berlanjutan,

Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa
ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan
secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah
terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia
memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak
mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak
pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan
mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan
adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan
tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan
sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan
nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat
mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam
usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah
dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini,
segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak
dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk
mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh
menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan
tiada pembaziran masa.

You might also like