You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM NAMA PELAJAR :


IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PISMP)

KOD DAN NAMA KURSUS :


SEMESTER : ENAM
BMM 3111 SEMANTIK DAN
PERISTILAHAN

TARIKH MULA 15 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 9 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.
2. Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian.
3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.
4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa
dan semantik peristilahan Bahasa Melayu.
5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan
tatabahasa.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,4 dan 5

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

Menjelaskan tentang semantik, fitur makna, makna leksikal, makna ayat; perubahan
semantik, peristilahan, sumber istilah, skema tatacara pembentukan istilah, aspek
tatabahasa dan semantik peristilahan bahasa Melayu, istilah singkatan, lambang, dan ejaan.

Tugasan Projek (50%)

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun
begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Umumnya,
Semantik dikatakan bidang yang ada kaitan dengan makna. Begitu juga dengan
Peristilahan yang merupakan bidang yang penting dan perlu diberi perhatian serius
dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam
usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai
bidang lmu khususnya Bahasa Melayu.

1
Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar secara individu dikehendaki:

1. Menghuraikan secara tuntas konsep Semantik, Makna serta Peristilahan,


Tataistilah, dan Tatanama Bahasa Melayu berserta contoh-contoh yang
sesuai bersandarkan pembuktian akademik. (30 %)

2. Memberi konsepsi Teori Segitiga Semiotik dengan merekabentuk lakaran


rajah Segitiga Semiotik yang sesuai dan tepat bersandarkan teori oleh
Richard dan Ogden. (20%)

3. Memberi huraian dan menjelaskan secara terperinci tentang Sumber Istilah


Bahasa Melayu, konsep, langkah-langkah, syarat-syarat dan pembentukan
istilah baharu Bahasa Melayu bersandarkan pendapat para sarjana dalam
dan luar negara. (40%)

Sub tugasan:

4. Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di


atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan
refleksi. (10%)

i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (penulisan esei dan


pembinaan bahan).
ii. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana anda
mengatasinya.
iii. Apakah penambahbaikkan yang dapat anda nyatakan untuk meningkatkan
lagi kefahaman anda tentang semantik dan peristilahan.

@ Tugasan mesti dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy.

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Ada boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf – 12
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7 Jawab dalam bahasa Melayu / bahasa Inggeris sahaja
4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak kurang daripada 15
muka surat

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.


6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan alam tempoh empat hingga enam minggu.

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

2
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Esei anda haruslah meliputi perkara berikut:


i. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas kehendak soalan.
ii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian
dan sokongan ilmiah.
iii. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheran.
iv. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah


dikemukakan.

4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2
bahan bercetak yang lain).

Disediakan oleh: Disemak oleh

(MD SHAMSUDDIN B NGAT DENIN) (CIK ASIAH BINTI ISMAIL)


Penyelaras Kursus BMM 3111 Pakar Bidang Subjek
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis, Pahang. 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

(ENCIK ZAKARIA BIN KHALID)


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis, Pahang.

You might also like