You are on page 1of 1

Rumusan

Konklusinya, sebagai seorang pelajar universiti kita haruslah menyelami seni dakwah walau apa
cara pun. Kita sebagai generasi muda patut dilabelkan sebagai pelapis ulamak-ulamak di negara kita agar
dakwah islam tidak pudar pada masa depan. Jika kita lihat dari aspek dakwah melalui muzik. Kita sebagai
pelajar mudah untuk terjerumus dengan budaya muzik, jadi tidak ada salahnya jika menyemarakkan
budaya itu ke arah dakwah. Secara tidak langsung, anak anak muda akan menghayati dakwah islam
sambil berhibur. Kita juga boleh buat kempen kesedaran tentang dakwah boleh disampaikan melalui
muzik bagi menarik minat anak anak muda untuk menyertai kempen tersebut dan menghayati konsep
dakwah islam.

Namun, seperti dari kupasan dapatan kajian, terdapat juga segelintir pendapat yang
menyatakan dakwah melalui muzik tidak memberikan kesan jika ianya tidak disampaikan dengan betul
dan tidak jelas kepada pendengar. Ini kerana di era generasi millenial yang terdedah dengan muzik
muzik moden yang berunsurkan rap, EDM dan sebagainya telah mengubah konsep nasyid yang dulu nya
lebih kepada muzik klasik, balada yang pendengar boleh menghayati lirik itu. Bagi mereka artis itu
sendiri haruslah mempunyai latar belakang yang bagus untuk menyampaikan dakwah melalui muzik.
Sebagai seorang pelajar, kita haruslah tidak mendengar hanya kerana penyampai itu artis kegemaran
kita, tertarik hanya pada muzik yang rancak, mengikuti trend kini tanpa menyelami apakah tujuan lagu
itu disampaikan. Untuk tidak dakwah melalui muzik ini disalahfahamkan oleh pendengar, pihak industri
muzik harus menapis artis-artis mereka untuk menyampaikan lagu berunsurkan dakwah kerana artis
merupakan pengaruh besar yang boleh menarik perhatian peminat-peminat mereka. Bukan sahaja
pihak industri muzik bahkan kita sendiri juga seharusnya mendengar lagu dakwah dengan penuh
penghayatan dan kesedaran.

Oleh itu, kita haruslah bersama-sama bersungguh-sungguh agar dapat memajukan diri dan
berganding bahu untuk bersama-sama menyebarkan dakwah islam untuk menerapkan penghayatan
konsep islam dalam diri masyarakat kita terutamanya pelajar atau anak anak muda di negara kita.

You might also like