You are on page 1of 1

REFLEKSI

Hari : Selasa

Tarikh : 27 Feb 2018

Saya telah memasuki kelas 5 Cerdas dari pukul 9.20 am hingga 10.20 am untuk mata pelajaran
Matematik pada 27 Feb 2018. Saya telah mengajar topik pendaraban kepada murid.

Selain itu juga saya mampu melaksanakan kawalan kelas yang baik dalam mengurus
tadbir murid dan memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kawalan kelas yang baik membantu saya menjalankan aktiviti dengan lebih lancar, ditambah pula
dengan kerjasama dan penyertaan yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam menjalankan aktiviti
pertama iaitu aktiviti Think-Pair-Share. Pada masa yang sama, ketika mereka menukar soalan
tersebut dengan pasangan mereka, mereka saling memberi komen antara satu sama lain dan ini
meningkatkan kemahiran komunikasi serta hubungan silaturahim antara mereka. Kawalan dan
kerjasama yang diberikan ini telah mewujudkan keadaan pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik dan lancar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah saya sediakan,
saya dapati masa yang digunakan untuk aktiviti individu dalam fasa imaginasi agak lama
berbanding masa yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran harian. Akibatnya saya tidak
dapat menggunakan masa dengan optimum dan terpaksa mempercepatkan aktiviti kumpulan.

Saya juga perlu bijak melaksanakan aktiviti pengajaran agar selari dengan had masa yang
saya peruntukkan. Saya perlu menepati masa yang telah saya peruntukan dalam rancangan
pengajaran dan menggunakan masa yang ada dengan optimum. Namun demikian saya juga
perlu bersikap “fleksibel” yakni berubah mengikut keadaan bagi memastikan tiada kecacatan
dalam proses pengajaran.

Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran


saya dengan jayanya. Objektif yang dirancang juga dapat dicapai dengan perancangan yang teliti
serta bahan bantu mengajar yang pelbagai serta bersesuaian.

You might also like