You are on page 1of 1

ABSTRAK

Tajuk kajian ialah perbandingan tingkat upah bulanan purata pekerja mengikut
pencapaian pendidikan antara pendidikan rendah dan pendidikan menengah di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015. Objektif kajian ialah mengenalpasti arah aliran tingkat upah
dan menganalisis kadar pertumbuhan tingkat upah bulanan purata pekerja mengikut
pencapaian pendidikan antara pendidikan rendah dan pendidikan menengah di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015. Kaedah kajian ialah kaedah memperoleh data iaitu data
sekunder, dan kaedah analisis data yang terdiri daripada kaedah jadual, graf, perbandingan dan
peratusan. Hasil kajian menunjukkan arah aliran upah pekerja berpendidikan rendah lebih
rendah berbanding pekerja berpendidikan menengah menyebabkan arah aliran upah pekerja
berpendidikan rendah lebih rendah berbanding pekerja berpendidikan menengah, namun
kedua-duanya mempunyai arah aliran yang positif dan meningkat. Selain itu, upah pekerja bagi
pendidikan rendah dan menengah sentiasa menunjukkan kadar pertumbuhan yang positif,
namun pertumbuhan yang berlaku adalah tidak stabil

You might also like