You are on page 1of 12

Demokrasi Berparlimen

Demokrasi adalah bentuk pemerintahan di mana semua warga negaranya memiliki


hak setara dalam pengambilan keputusan yang dapat mengubah hidup mereka. Demokrasi
mengizinkan warga negara berpartisipasi—baik secara langsung atau melalui perwakilan—
dalam perumusan, pengembangan, dan pembuatan hukum. Demokrasi merangkumi sosial,
ekonomi, dan budaya yang boleh dipraktikkan hak kebebasan politik secara bebas dan setara.

Kata ini berasal dari bahasa Yunani δημοκρατία (dēmokratía) "kekuasaan rakyat",[1] yang
terbentuk dari δῆμος (dêmos) "rakyat" dan κράτος (kratos) "kekuatan" atau "kekuasaan" pada
abad ke-5 SM untuk menyebut sistem politik negara-kota Yunani, salah satunya Athena; kata ini
merupakan antonim dari ἀριστοκρατία (aristocratie) "kekuasaan elit". Secara teoretis, kedua
definisi tersebut saling bertentangan, namun kenyataannya sudah tidak jelas lagi.[2] Sistem
politik Athena Klasik, misalnya, memberikan kewarganegaraan demokratis kepada pria elit yang
bebas dan tidak menyertakan budak dan wanita dalam partisipasi politik. Di semua
pemerintahan demokrasi sepanjang sejarah kuno dan modern, kewarganegaraan demokratis
tetap ditempati kaum elit sampai semua penduduk dewasa di sebagian besar negara demokrasi
modern benar-benar bebas setelah perjuangan gerakan hak suara pada abad ke-19 dan 20.
Kata demokrasi (democracy) sendiri sudah ada sejak abad ke-16 dan berasal dari bahasa
Perancis Pertengahan dan Latin Pertengahan lama.

Umumnya demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan kerajaan
yang memerintah sesebuah negara melalui pilihan raya umum.Oleh itu, demokrasi berteraskan
konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah:

a) Semua warganegara yang mempunyai kelayakan umur yang tertentu boleh mengundi.
b) Setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.
c) Pengundian pilihan raya dibuat secara sulit.
d) Keputusan-keputusan adalah dibuat berasaskan bilangan undi terbanyak (pengundian
majoriti)
e) Bahan perundangan (parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang terpilih.
f) Mengutarakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat.
Kerajaan berparlimen telah pun wujud di Tanah Melayu apabila negeri Perak menubuhkan
Masjlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877. Pada tahun 1896, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah disatukan. Maka terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB).

Pada tahun 1897, Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (Durbar) telah ditubuhkan dan
pada tahun 1909, ditubuhkan pada Majlis Mesyuarat Persekutuan. Dengan itu, system
pemerintahan negara kita adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun
1957. Berikutan itu, beberapa pindaan telah dibuat supaya bersesuaian dengan perkembangan
politik semasa. Perlembagaan negara amat penting kerana ia menjadi garis panduan
pemerintahan, system politik dan proses pentadbiran negara.

Perlembagaan ialah satu undang-undang dasar yang menentukan bentuk kerajaan yang
didirikan serta kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan tersebut. Pembentukan
perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Malaysia boleh dipinta dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan
keperluan masyarakat. Perlembagaan negara membolehkan terbentuknya pembahagian kuasa
antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan yang menetapkan kuasa
membuat undang-undang sama ada olehParlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pembahagian kuasa ini diperuntukkan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama.

Antara perkara yang terkandung dalam senarai tersebut ialah :

Senarai Persekutuan
(i) Pertahanan
(ii) Kewangan
(iii) Pendidikan
(iv) Hal-ehwal luar negara
(v) Kehakiman
SenaraiNegeri
(i) Tanah
(ii) Pertanian
(iii) Perhutanan
(iv) Perlombongan
(v) Undang-undang Islam

SenaraiBersama
(i) Biasiswa
(ii) Kebajikan Masyarakat
(iii) Perlindungan mergastua

Perkara yang tidak terkandung dalam ketiga-tiga senarai itu diletakkan di bawah kuasa
Dewan Undangan Negeri. Parlimen berhak membuat undang-undang walaupun
perkara tersebut terkandung dalam Senarai Negeri tetapi dengan syarat :

(i) Bertujuan menyelaraskan undang-undang di beberapa buah negeri.


(ii) Diminta oleh mana-mana Dewan Undangan Negeri.

Kepentingan perlembagaan ialah :

l. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan


berkesan . .

Sesebuah negara perlu mempunyai perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik


serta sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Ia juga dapat menentukan corak
pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip
umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan. Dalam pada itu, perlembagaan juga
dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah.

2. Menentukan hak asasi warganegara

Perlembagaan menjadi faktor yang dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan


rakyat. Ia berperanan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan diri, kebebasan
bercakap, kebebasan agama dan pemilikan harta.

3. Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan


Perlembagaan juga menentukan tanggunglawab rakyat dan batasan atau larangan yang perlu
dipatuhi. Perkara ini penting bagi menjamin keselamatan negara dan kemakmuran rakyat.

4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan rakyat

Perlembagaan amat penting dalam sebuah negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Ia
dapat melindungi kepentingan semua kaum serta menjamin keadilan social antara kaum.
Dalam masa yang sama perlembagaan memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.

Raja Berperlembagaan

Sistem Raja Berperlembagaan ialah Yang Dipertuan Agong berperanan sebagai Ketua Negara
dan Raja-Raja Melayu menjalankan pemerintahan negara clan negeri atas nasihat Ketua
Kerajaan. Sebagai Raja Berperlembagaan, baginda memerintah negara atas nasihat jemaah
menteri.

Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada Sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir bagi
tempoh lima tahun. Baginda yang bertindak sebagai Ketua Negara mempunyai bidang kuasa
yang tertentu dalam sistem pemerintahan. Setiap Raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan
Agong kecuali baginda belum cukup umur atau sengaja tidalk mahu dipilih atau difikir tidak
layak oleh Majlis Raja-Raja.
Ketua kerajaan pada peringkat pusat ialah Perdana Menteri pusat ialah Perdana Menteri
manakala ketua kerajaan pada peringkat negeri ialah Menteri Besar (bagi negeri-negeri yang
mempunyai sultan) dan Ketua Menteri(bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan). Raja
yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya
lima orang raja akan ditawarkan jawatan tersebut.
Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri manakala Menteri Besar dan Ketua Menteri
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau Kabinet Kerajaan (bagi negeri Sabah
dan Sarawak).
Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan
tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Baginda merupakan lambang kedaulatan
dan perpaduan negara. Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong berada di
kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Kuasa eksekutif
Kuasa eksekutif hanya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi baginda harus bertindak
atas nasihat kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak dibawah kuasa am kabinet,
lazimnya tugas ini dimainkan oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat apa jua maklumat mengenai pemerintahan
Persekutuan daripada Kabinet. Maka baginda akan sentiasa diiringi oleh Perdana Menteri
setiap kali Majlis Raja-Raja membincangkan perkara mengenai dasar negara.

Perundangan

Yang di-Pertuan Agong adalah satu daripada tiga komponen Parlimen di sampaing Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguh dan
membubarkan Parlimen. Baginda juga boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis
Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen Bersama.
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat san Dewan Negara perlu mendapat
persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.

Kehakiman
Ketua Hakim Negara Mahkamah Negara Agung, hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan
hakim-hakim lain Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong, yang tidak bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang


dibicarakan dalam mahkamah tentera serta segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah
Persekutuan (Labuan dan Kuala Lumpur).
Tugas-tugas lain
Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputra di
Sabah dan Sarawak.

Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara mengikut Perlembagaan Persekutuan yang
bersandarkan kepada beberapa perkara iaitu:

i. Perlantikan Perdana Menteri.


ii. Tidak mempersetujui permintaan pembubaran Parlimen.
iii. Meminta supaya diadakn suatu mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan dan kebebasan raja-raja.

Badan Perundangan : Parlimen


Parlimen adalah badan yang mengubal undang-undang pada peringkat Persekutuan. Parlimen
terdiri daripada tiga tonggak utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat, dan Dewan
Negara. Fungsi utama ialah untuk membuat undang-undang bagi seluruh persekutuan.

a. Yang di-Pertuan Agong


Parlimen akan mula bersidang sebaik sahaja dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong.
Oleh itu, baginda mempunyai kuasa menamatkan persidangan Parlimen atau membubarkan
Parlimen.

Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat
persetujuan baginda.

b. Dewan Negara
Dewan Negara atau Senat adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat tetapi pada praktiknya,
Dewan Rakyat lebih penting. Peranan utamanya ialah membahaskan sesuatu rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Ia juga membincangkan perkara-perkara
yang menjadi kepentingan umum.
Pada mulanya Dewan Negara mempunyai 38 anggota. 16 orang daripadanya dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong dan 22 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri iaitu dua orang bagi setiap
negeri. Jumlah anggota bertambah kepada 69 orang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak
serta pembentukan Wilayan Persekutuan dan Labuan.

Ahli Dewan Negara atau Senator berkhidmat selama tiga tahun tertakluk sama ada mereka
dilantik semula sebagai Senator.

c. Dewan Rakyat
Sebaik sahaja Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan iaitu pada tahun 1948 konsep
Dewan Rakyat telahpun bermula. Peranan yang dimainkan ialah meluluskan undang-undang,
menentukan belanjawan negara, dan mengawasi perjalanan pentadbiran negara.
Pada tahun 1955, Majlis Perundangan Persekutuan mempunyai 98 anggota, antaranya 52
anggota adalah dipilih melalui pilihan raya. Apabila Pilihan raya Umum diadakan pada tahun
1959, Majlis Perundangan Persekutuan telah dibubarkan dan system Parlimen diperkenalkan.
Dewan Rakyat yang mula diwujudkan pada tahun 1959 mempunyai 104 anggota.

Jumlah anggota telah bertambah berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1990, anggota Dewan Rakyat telah bertambah kepada 180
orang bagi semua Kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh Malaysia. Ahli Dewan Rakyat akan
berkhidmat selama lima tahun.

Dewan Rakyat juga menyediakan suatu forum yang terdapat dasar-dasar Kerajaan yang boleh
dipersoalkan dan diperdebatkan oleh ahli. Semua rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat akan dibaiki oleh Dewan Negara. Sekiranya yang di-Pertuan Agong dipilih dari
luar Dewan rakyat, maka ia dianggap sebagai ahli tambahan dewan berkenaan.

Proses Penggubahan Undang-Undang

Sebelum sesuatu rang undang-undang dikuatkuasakan ia hendaklah melalui beberapa


peringkat. Sesuatu rang undang-undang akan menjadi undang-undang apabila ia telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Hampir kesemua rang undang-undang yang bibentangkan dalam Parlimen adalah rang
undang-undang Kerajaan. Sesuatu rang undang-undang Kerajaan lazimnya dibentangkan
dalam Parlimen oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio yang berkenaan.

Proses penggubahan undang-undang adalah seperti berikut:

1. Menteri berbincang dengan Peguam Negara mengenai dasar yang hendak dijadikan
rang undang-undang.
2. Kertas cadangan dikemukakan kepada jemaah Menteri untuk diluluskan.
3. Rang undang-undang digubal oleh penggubal undang-undang dan dikemukakan kepada
Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan.
4. Menteri berkenaan akan memaklumkan cadangan itu kepada setiausaha Dewan Rakyat
dan setiausaha Dewan Negara.
5. Setiausaha Dewan mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada
semua ahli parlimen.
6. Rang undang-undang dibawa ke Dewan Rakyat bagi tujuan:
i. Bacaan pertama diadakan, tajuk dan tujuan rang undang-undang itu diberitahu
secara lisan.
ii. Bacaan kedua diadakan, prinsip dan rang undang-undang tersebut dibahaskan
oleh ahli-ahli Dewan.
iii. Dewan bersidang sebagai jawatankuasa. Butiran dalam rang undang-undang itu
dibincangkan secara tidak formal oleh ahli Dewan. Mereka boleh
mengemukakan pendapat dan syor-syor baru.
iv. Akhirnya, bacaan ketiga dilakukan. Menteri berkenaan mengusulkan, rang
undang-undang dibaca buat kali ketiga serta diluluskan.
7. Rang undang-undang dibawa ke Dewan Negara. Di Dewan Negara, rang undang-
undang akan melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat.
8. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara diperkenan oleh Yang di-
Pertuan Agong.
9. Undang-undang yang diluluskan itu diwartakan dalam warta kerajaan.

Walaupun taraf Dewan Negara lebih tinggi daripada Dewan Rakyat, tetapi Dewan Rakyat lebih
berkuasa dalam banyak perkara. Dewan Negara tidak berkuasa untuk memperkenalkan
sesuatu rang undang-undang atau pindaan yang berkaitan dengan hal-ehwal percukaian,
pinjaman wang, kumpulan wang kerajaan dan akuan Persekutuan dan Negeri.

Dewan Negara boleh melewatkan rang undang-undang kewangan selama sebulan


sahaja. Bagi rang undang-undang yang bukan berkaitan kewangan, Dewan Negara boleh
melewatkannya selama satu tahun. Terdapat beberapa istilah yang diberi kepada undang-
undang yang dibuat iaitu:

Akta:
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Enakment:
Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Sarawak.
Undang-undang yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Parlimen bersidang
pada masa darurat.

Badan Pelaksana : Jemaah Menteri dan Kementeriaan

Di negara kita, Jemaah Menteri juga dipanggil kabinet yang memainkan peranan penting dalam
pentadbiran. Jemaah Menteri bertanggungjawab bertindak sebagai badan pelaksana undang-
undang, badan penggubal dasar yang tertinggi dan pelaksana kuasa eksekutif pada peringkat
Persekutuan atau kerajaan pusat.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri di Sabah dan di Sarawa melakukan
peranan yang sama pada peringkat negeri. Jemaah Menteri atau kabinet menjalankan tugas
secara bertanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang ditetapkan. Walaupun
menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mereka bertanggungjawab kepada Parlimen.

Seseorang Menteri diamanahkan mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang perancangan dan dasar kerajaan.
Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Sesebuah kementerian juga dilengkapkan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan
awam untuk menguruskan segala pekerjaan dalam kementerian. Ketua Setiausaha Negara
menjadi ketua Perkhidmatan Awam di Malaysia. Beliau juga menjadi Setiausaha Jemaah
Menteri. Beliau merupakan pegawai tertinggi dan mengawasi pelaksaan kementerian serta
jabatan kerajaan.

Pentadbiran sesebuah kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau


dibantu oleh kumpulan pegawai perkhidmatan tadbir, perkhidmatan iktisas dan kakitangan am.
Kementerian juga mempunyai bahagian dan jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Terdapat kementerian yang mempunyai agensi yang diberi kuasa autonomi yang dikenali
sebagai badan berkanun. Badan berkanun ditadbir oleh Lembaga Pengarah atau sesebuah
majlis yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Beberapa badan berkanun yang
diletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan ialah

i. Dewan Bahasa dan Pustaka.


ii. Universiti-universiti tempatan.
iii. Institusi Teknologi Mara.
Pengerusi badan berkanun dan ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dengan persetujuan
menteri berkenaan. Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan
kenaikan pangkat dan disiplin pegawai serta kakitangan perkhidmatan awam. Suruhanjaya
tersebut ialah:

i. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan kehakiman.
iii. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
iv. Suruhanjaya Pasukan Polis.
v. Majlis Angkatan Tentera.

Kewujudan Keadilan Sosial Melalui Perlembagaan

Perlembagaan negara dibentuk hasil daripada sikap tolak ansur antara kaum. Ia merupakan
satu persetujuan yang luhur dan murni setelah mempertimbangkan pelbagai kepentingan yang
bertentangan.

Perlembagaan wujud hasil satu persetujuan yang luhur dan murni setelah mempertimbangkan
pelbagai kepentingan yang bertentangan. Keluhuran perlembagaan, pemerintahan Raja
berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita dapat menjamin
kemajuan, kemakmuran dan keamanan negara.

Di samping itu, perlembagaan juga menjadi teras keadilan sosial melalui kewujudan kemajuan
wilayah serta pembangunan negeri-negeri. Pembangunan wilayah dapat mengurangkan
perbezaan ekonomi antara wilayah seperti antara negeri-negeri pantai barat atau antara
Malaysia Barat dengan Malaysia Timur. Maka pengagihan yang saksama dari segi
pembangunan negara dapat diwujudkan.

Perlembagaan juga dapat mewujudkan keadilan sosial untuk semua rakyat negara ini. Setiap
warganegara diberi hak asasi dan kebebasan serta dilindungi daripada undang-undang
jenayah, perbicaraan berulang, hak terhadap harta dan pelajaran. Maka ia dapat mewujudkan
sebuah masyarakat yang demokratik dan adil.
Keadilan sosial juga wujud dengan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri. Kerajaan pusat diberi kuasa yang meliputi perkara untuk kepentingan semua negeri.

Sabah dan Sarawak diperuntukkan kuasa yang lebih daripada negeri-negeri Melayu yang lain
kerana perkara ini telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia. Ia merupakan satu
pertimbangan yang adil untuk kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

You might also like