You are on page 1of 15

APLIKASI MATEMATIK (MTE3143)

Tutorial Topik 4 (Esei)

1. Archimedes telah membuktikan bahawa luas bulatan yang mempunyai jejari r adalah
bersamaan dengan luas segi tiga bersudut tegak yang mempunyai tapak C dan tinggi r di mana
C adalah lilitan bagi bulatan tersebut.
Buktikan dengan menggunakan hukum ‘trichotomy’.
[20 markah]
[Dis 2012]
2. Huraikan langkah demi langkah, bagaimana Archimedes pada abad ke-3 dapat menentukan
nilai pi tepat kepada dua tempat perpuluhan.
[20 markah]
[Nov 2013]
3. Zeno telah menghasilkan beberapa paradoks. Antaranya ialah Paradoks Dikotomi, Paradoks
Achilles dan Kura-kura, Paradoks Anak Panah, dan paradoks Stadium/Stadion.
Huraikan secara terperinci dua paradoks pilihan anda berserta pembuktian rajah. Berikan
justifikasi anda bagaimana hujah paradoks ini diterima.
[20 markah]
[Nov 2014]
4. Zeno telah menghasilkan beberapa paradoks. Antaranya ialah Paradoks Anak Panah dan
Paradoks Achilles & Kura-kura.
Huraikan secara terperinci kedua-dua paradoks yang dinyatakan berserta pembuktian rajah
adan berikan justifikasi kenapa hujah paradoks ini tidak dapat diterima.
[20 markah]
[Mei 2015]
5. Pada tahun 225 sebelum masihi, Archimedes telah menyatakan dalam penulisan Measurement
of a Circle bahawa nisbah lilitan bulatan kepada diameternya adalah lebih besar daripada
tetapi kurang daripada . Penulisan ini telah membawa kepada idea penghampiran nilai pi
berikut:

Dengan bantuan gambar rajah dan pengiraan (heksagon sahaja), huraikan langkah-langkah
Archimedes melakukan penghampiran nilai pi tersebut.
[20 markah]
[Sep 2015]
6. Archimedes telah menggunakan kaedah ‘squaring the circle’ untuk menentukan luas bulatan.
Dengan menggunakan kaedah ini, buktikan bahawa luas sebarang bulatan dengan jejari r
diberikan oleh .
[20 markah]
[Nov 2015]
7. Archimedes adalah seorang tokoh Matematik yang telah memberi sumbangan yang besar dalam
perkembangan bidang kalkulus. Satu daripada penemuan beliau ialah rumus luas bulatan.
Buktikan pernyataan Archimedes bahawa luas bulatan ialah had kepada luas poligon di dalam
bulatan dengan bilangan sisi yang tidak terhingga.
[20 markah]
[Jan 2016]
8. Nilai yang ditakrikfkan sebagai nisbah perimeter bulatan kepada diameter telah menjadi
tumpuan kajian oleh ramai ahli matematik dahulu kala.
Berdasarkan takrifan ini, cari nilai penghampiran bagi dengan menggunakan heksagon sekata
ABCDEF yang dibina di dalam sebuah bulatan berjejari r seperti dalam Rajah 2. Tunjukkan jalan
kerja dan hujah anda dengan jelas.
Andaikan bilangan sisi poligon sekata di dalam bulatan tersebut ditambah menjadi n. Bentukkan
satu ungkapan bagi nilai penghampiran apabila n = 18, dan n = 180. Mengapakah nilai ini akan
menghampiri nilai yang sebenar (3.14159...) apabila n meningkat?
[20 markah]
[Mac 2016]
9. Zeno of Elea telah menghasilkan beberapa pardoks. Beliau percaya bahawa sesuatu entiti boleh
dibahagikan dan tidak berubah dalam realiti dan mencadangkan empat paradoks untuk
mencabar tanggapan yang berkaitan dengan ruang dan masa.
Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai, huraikan paradoks Achilles dan Kura-kura.
Seterusnya, beri justifikasi hujah paradoks ini boleh diterima.
Andaikan jarak permulaan kura-kura; meter sementara jarak permulaan Achilles;
meter. Kirakan masa yang diambil oleh Achilles untuk memotong kura-kura jika Achilles
berjalan pada kadar 10 meter sesaat manakala kura-kura berjalan pada kadar 1 meter sesaat.
[20 markah]
[Nov 2016]

You might also like