You are on page 1of 2

Lampiran 1

SENARAI NAMA KUMPULAN TAJUK PEMBENTANGAN

“Guru merupakan penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib (Perintah Am
1. dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 yang merupakan elemen penting dalam profesion perguruan”.
Huraikan peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 pada masa kini
yang mampu membentuk guru berkualiti?
Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang berjaya mempertahankan keharmoniannya melalui semangat perpaduan
2. dan integrasi nasional. Amalan ini harus diteruskan, dimantapkan dan disuburkan.
Sebagai seorang guru, jelaskan usaha yang boleh anda lakukan bagi merealisasikankan kesatuan dan perpaduan dalam
kalangan murid berbilang kaum di sekolah anda?
Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan akses, ekuiti dan kulaiti pendidikan yang menjadi tunjang
3.
agenda pendidikan negara dapat diteruskan tanpa mengira jenis sekolah, lokasi dan kaum.
Tunjukkan sejauh mana dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia telah mencapai matlamatnya.
Para guru sebagai pelaksana dasar pendidikan negara, perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir
4. dan cara bertindak secara kreatif dan berinovatif dalam profesion mereka.
Buktikan bagaimana keberkesanan inovasi yang telah dilaksanakan di sekolah dapat meningkatkan tahap sistem pendidikan di
Malaysia?
Sistem pendidikan di Malaysia hari ini telah mengalami pelbagai perubahan. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk
5. menyediakan modal insan yang sejajar dengan persediaan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Nyatakan perbandingan kualiti guru yang telah dihasilkan di antara Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Universiti Awam yang
lain pada masa kini.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu kurikulum baharu yang mementingkan perkembangan individu
6. secara holistik.
Perincikan peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dapat membantu para guru melaksanakan KSSR serta
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara yang lebih berkesan.
Pengajaran dam pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai agen pedagogi telah
banyak mengubah fungsi pendidik. Namun penggunaan TMK juga telah membawa pelbagai kesan ke atas pembelajaran
7.
pelajar di sekolah.
Bincangkan keberkesanan penggunaan TMK di sekolah yang boleh membawa kesan positif dan negatif kepada pelajar dan
guru

8. Pendidikan adalah satu sistem yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi
sesebuah negara. Perubahan ini amat penting dalam menyediakan modal insan yang kompeten agar mampu bersaing di
Lampiran 1

peringkat global.
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam menentukan perubahan-perubahan tersebut terlaksana dalam konteks pendidikan di Malaysia
Dunia pendidikan telah berkembang pesat dengan pelbagai teknik, strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan
9. pembelajaran. Di Malaysia fenomena ini turut tidak terkecuali menjadi suatu tuntutan kepada para guru melaksanakannya.
Sediakan suatu bentuk pentaksiran yang mempunyai unsur kreatif dan inovatif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah selaras dengan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sedang melalui fasa gelombang kedua pada masa kini. Guru-
10 guru merupakan pengerak utama dalam menjayakan pelan ini.
Huraikan cabaran dan halangan yang bakal dihadapi oleh para guru dalam usaha merealisasikan pelan ini dan apakah
cadangan-cadangan yang boleh dilakukan oleh guru untuk memastikan pelan ini boleh dijayakan pada tahun 2025 nanti .

You might also like