You are on page 1of 5

HGF3013 PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL

SEPTEMBER 2016

Makmal 5 (Esei): Interaksi Antara Atmosfera Dan Hidrosfera

Nama: Farhana Azlin Binti Ju Zamri


Matrik: D20161074468
Kumpulan: Kumpulan D

Tarikh hantar: Untuk semua kumpulan: 01/11/2016 jam 12:00

Cara hantar lab 5: masukkan ke dalam file dan hantar ke bilik saya pada tarikh
berkenaan.

Arahan: Tulis satu esei sepanjang 750 patah perkataan mengenai topik di bawah:

Soalan: Merujuk kepada buku Readings in Malaysian Geography (Hamirdin B. Ithnin, 2012),
artikel 2, huraikan isu isu atmosfera dan hidrosfera yang dibincangkan artikel buku
berkenaan.

Format Jawapan:

1. Pengenalan
2. Pernyataan masalah - nyatakan apakah isunya dalam artikel berkenaan.
3. Kajian literature- anda dikehendaki tambah sendiri, iaitu hasil kajian sendiri, senarai
rujukan.
4. Analisiskan isu berkenaan: 1. di mana berlaku 2. Mengapa berlaku 3. Adakah memberi
kesan kepada persekitaran fizikal 4. Adakah memberi kesan kepada kehidupan manusia
5. Pandangan anda mengenai perkara berkenaan
5. Kesimpulan
PENGENALAN

Negara Malaysia adalah menerima iklim khatulistiwa yang mana menerima kadar hujan dan
panas yang hampir sekata sepanjang tahun. Purata minima hujan sekitar 2082 milimeter
setahun adalah purata yang mencukupi bagi menampung keperluan permintaan sumber air di
negara. Sumber air yang di gunakan kebanyakannya adalah dari sumber semulajadi seperti
sungai,hujan,tasik,kolam dan pelbagai lagi. Dalam keadaan jumlah air yang banyak , terdapat
beberapa isu yang berlaku atas faktor air ini . Misalnya, bekalan air di kawasan Lembah Kelang
sering terganggu dan menjadi permasalahan kepada penduduk serta pengguna setempat dan isu
air ini juga tidak terjadi pada tahun 1998.

PENYATAAN MASALAH

Krisis air di Lembah Klang hingga memaksa kira-kira 1.8 juta penduduk ( lebih 2500 keluarga
menghadapi catuan bekalan pada tahun 1997- 1998. Catuan bekalan air dari Empangan
Semenyih membabitkan 322 kawasan yang dibahagikan kepada Zon A dan Zon B.
Zon A: 68 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Zon B : 254 kawasan di sekitar
Kelang, Shah Alam , Hulu Langat dan Sepang dan KLIA. Sebanyak 229 lori tangki dan 267
tangki statik digunakan. Dulu menggunakan bekalan air paip tetapi sekarang terpaksa beralih
menggunakan air telaga kerana mutu air yang dibekalkan itu amat rendah.
Paras air di Empangan Semenyih hampir mencecah paras kritikal pada tahun 1997-1998. Paras
air di Empangan Semenyih merosot kepada 99.50 meter pada 10 April 1998 . Pada 9 April
1998, 90.51 meter. Paras bahaya Empangan Semenyih ialah 95.60 meter.

KAJIAN LITERATURE

Air adalah sumber utama dalam meneruskan keberlansungan hidup organisma . Menurut
National Geographic (2012) , manusia menggunakan sumber air bagi tujuan aktiviti pertanian
sejumlah (70%) , perindustrian ( 22%) dan kawasan bandar serta perumahan sejumlah (8%)
daripada 2.5% air tawar yang terdapat di dunia. Manakala, menurut Zakariah (1990) air
merupakan salah sebuah komponen utama terhadap ekosistem bumi samada di daratan
mahupun di air. Oleh itu, air adalah sumber yang amat penting dalam menjamin kelangsungan
hidup manusia serta hidupan lain.

Manakala menurut Noorazuan Hashim ( 2010) kedatangan El nino ayunan atau ENSO
setiap ulangan masa 3-7 tahun berkebolehan untuk mengubah tren suhu kawasan daratan dan
lautan . Kedatangan ENSO tersebut menyebabkan Malaysia mengalami keadaan kering luar
biasa.Kesannya, fenomena ENSO selama 10 bulan dalam jangka masa 1997 – 1998
menyebabkan paras air di beberapa empangan semenanjung berada paras kritikal hingga
Menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu (Jamaluddin et al., 2003)

Sementara itu,kajian Chan Ngai Weng (1998) Malaysia adalah sebuah negara yang
kaya terhadap sumber air. Elnino semestinya menjadi punca kepada permasalahan air pada
1997 dan 1998 . Walaubagaimanapun, permasalahan air ini mungkin dapat di elakkan
sekiranya pengurusan air dari syarikat setiapnegeri di jalankan dengan baik. Tambahan pula,
Malaysia adalah penerima jumlah hujan yang banyak dan semestinya situasi banjir yang
seharusnya berlaku berbanding elnino. Oleh itu, sekiranya perubahan cuaca berlaku, sesuatu
perkara munasabah adalah Malaysia sebagai negara yang mempunyai iklim lembap akan
sentiasa mengalami masalah banjir , bukannya kemarau.

HASIL KAJIAN

- Permasalahan Air di Klang pada Feruari Sehingga May 1998

Keadaan kemarau yang berlaku di sebabkan musim panas dan elnino adalah satu ancaman
besar kepada negara. Keadaan cuaca pada tahun 1998 telah memperlihatkan perbezaan
daripada kebiasaannya. Kejadian el nino di lihat punca utama permasalahan air yang berlaku
di Klang pada febuari sehingga May 1998. Hal ini memperlihatkan kesan fizikal terhadap corak
taburan hujan dan suhu semasa yang berlaku di kawasan Lembah Klang dan Semenanjung
yang menjadi kawasan paling teruk terjejas. Pada febuari 1998 masyarakat mula
membayangkan bahawa permasalahan air pasti akan berlaku di kawasan tersebut. Hal ini juga
dapat di buktikan, apabila kawasan loji rawatan air di Cheras yang menjadi punca utama
pembekal air terawat di kawasan Hulu langat dan Cheras telah mengalami penutupan. Perkara
tersebut telah memberi kesan kepada manusia yang memerlukan air sebagai keperluan
harian.Situasi ini turut di tambah lagi apabila empangan di Daerah Klang turut mencatatkan
penurunan termasuk beberapa empangan lain seperti Empangan Semenyih, Empangan Kelang
Gate dan lain-lain lagi. Aktiviti penyaluran air ke kawasan yang terjejas telah di lakukan
dengan menggunakan lori tangki. Kejadian permasalahan air yang di sebabkan oleh faktor
elnino ini, memberi gambaran yang cukup buruk dan sangat membebankan masyarakat. Oleh
itu, masyarakat dunia seharusnya lebih peka terhadap alam sekeliling agar fenomena seperti
elnino ini dapat di kurangkan dan tidak memberi kesan terhadap sistem utama air negara.

KESIMPULAN

Kejadian El-Nino boleh berlaku tanpa mengira waktu dan tempat. Kesannya boleh menjejaskan
keadaan fizikal alam dan manusia. Kejadia El-Nino di Klang pada May 1998 memperlihatkan
kerancakan pembangunan pembandaran dan jumlah penduduk yang padat menjadikan
keadaan elnino mudah untuk dirasai. Keadaan yang sensitif ini akan memberi kesan kepada
berlakunya kemarau dan menjadikan usaha pembekalan air terawat kepada pengguna terjejas.
Hal ini, dapat di buktikan melalui catuan air yang berlaku di negeri tersebut pada tahun 1998.
RUJUKAN

Ang Kean Hua (2015), Kualiti sumber air di Malaysia: Satu analisis. Universiti Putra Malaysia
A.S. Mohd Armi1 , A.S. Afiza dan A. Mohd Ramzi ( 2012 ), Impact of Climate Change on
Water Resources: Global and Malaysian Scenarios. ASM Science Journal, Volume
6(2), 2012. Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Zainudin Othman, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan &
Yazid Saleh (2014), Rainwater as a Potential Alternative Source of Water in Tanjong
Malim, Perak. Geografi Vol. 2 No.1 (April 2014), 8 – 24. Tanjong Malim. Penerbit
UPSI
Nordin Sakke, Hamirdin Ithnin, Mohd Hairy Ibrahim, Rokiah Syed Hussain (2016), Kemarau
hidrologi dan kelestarian sumber air di Malaysia: kajian analisis sifat Lembangan
Langat, Selangor.
National Geographic (2012) A Freshwater Story. [Cited 10 Januari 2012]. Available from:
http://environment.nationalgeographic.com/environment/freshwater/freshwater-101-
interactive/.
Chan, N. W. 1998b. The Current Water Crisis: What Went Wrong? Aliran Monthly Jun.

You might also like