You are on page 1of 3

Literal

Pendidikan-perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan


kesungguhan.

Negara- kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan
juga jentera pemerintahan

Maju- menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan

Model- seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh (utk ditiru atau diteladani)

Terbaik-

Untuk- dikhaskan bagi

Dri segi konseptual pula, pendidikan negara maju,model t’baik utk MAS bermaksud dengan
menggunakan sistem pendidikan negara maju pada masa kini, semestinya akn dpt mmbantu
meningkatkan prestasi pendidkan di MAS pada masa akn dtg. Ini tidak dpt dinafikan lg kerana seperti
perbhsa Melayu “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Jadi xkanlah karipap yg dibuat, donut yang
menjadi.

Kerajaan

Isi 1~~ Sebagai contoh, Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil
dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara
maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati
negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang
menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green
Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat
setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak
PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi
pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan
menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti
dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun
diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat
peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi
cabaran masa hadapan.

Isi 2~~ seperti yang terdapat pada dada akhbar, PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan berusaha menjadikan
pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di
negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Mohd. Yassin. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, Jabatan Pembanguan
Kemahiran akan memastikan kurikulum semua pusat latihan kemahiran memenuhi Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi
keutamaan.

Sebagai langkah penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT.

"TEVT selepas ini diharapkan bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun terakhir bagi pelajar-
pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama
pelajar-pelajar terbaik di negara ini,” katanya ketika melancarkan Kempen Skills Malaysia 2011,
anjuran Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini. Muhyiddin berkata kaunselor di sekolah
menengah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar agar lebih ramai pelajar memilih
aliran TEVT. – Bernama

Hal ini menunjukkan bahawa dengan menjadikan sistem pendidikan negara2 maju, kita dapat
membangunkan juga sektor2 lain yang ada dan kekurangan kepakaran. Ini disebabkan ramai pelajar
cemerlang lebih cenderung utk memilih kos2 yang lebih di popular atau “mahal” pada pandangan
masyarakat.

Pembangkang

Isi 1~~ Dalam ucapan pembukaan Ketua Pengarah UNESCO (2009), Mr Koichiro Matsuura beliau
telah menggariskan 4 kedinamikan yang berlaku dalam dunia pengajian tinggi pada hari ini. Ianya
termasuk:

1. Mempercepat permintaan terhadap pengajian tinggi (Accelerating demand for higher education);

2. Kepelbagaian sumber (Diversification of resources);

3. Penggunaan serta aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua aspek
pendidikan

4. Globalisasi.

Khaled Nordin berpendapat bahawa keempat-empat aspek kedinamikan yang telah saya
perdengarkan adalah saling berkait rapat dan memerlukan perhatian segera oleh semua pihak
terlibat. Malaysia juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan kedinamikan dan senario
pengajian tinggi yang sedang melanda pada masa kini. Oleh yang demikian, hasil daripada
persidangan tersebut diharap akan menjadi rujukan dan inspirasi berguna kepada Malaysia untuk
sama-sama diaplikasi dan diadaptasi dalam sektor pengajian negara.

Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa hanya dengan usaha dan idea yg ada, kita mampu utk menjadi
yang terbaik tanpa memilih mana2 negara sbagai model utk berjaya.

Isi 2~~dengan tidak menjadikan negara2 maju sebagai model pilihan, Malaysia bukan sahaja mampu
mengukur tahap keberkesanan negara-negara lain dalam pelaksanaan dasar dan polisi pendidikan
negara masing-masing, malah Malaysia juga dapat menentukan serta mengukur tahap kesediaan,
kemampuan negara-negara luar untuk menghadapi kedinamikan dan cabaran yang sedang dihadapi
dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi pada masa ini.

Dalam erti kata lain, dengan tidak memilih mana2 negara2 maju sebagai model pendidkan t’baik,
kita secara tidak langsung dapat meng’trigger’ negara lain utk saling bersaing antara satu sama lain
demi kemajuan bersama. Bukan sahaja dapt meningkatkan prestasi negara yang sudah elok
prestasinya malah impaknya lebih jelas terhadap negara yang lebih mundur. Bukankah itu lebih
mulia, tuan yg dipertua~~~heeeeee

You might also like