You are on page 1of 13

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA

2018 (AHIN 2018)

PROPOSAL PROJEK

TAJUK REKACIPTA : HIDRAULIK TROLI PEGANGKAT GAS PEMOTONG

NAMA PELAJAR :
1. MUHAMAD FARIDZUDDIN BIN MOHD ZUKI (990623-06-5675)
2. KHAIRUL RIDUAN BIN KHAIRUDIN (990101-06-5475)
3. MUHAMMAD FADZLI BIN JOHARI (990817-06-6633)

NAMA PENASIHAT :
1. MUHAMAD SYAKIR BIN MOHD ZIN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERNYATAAN MASALAH PROJEK 3

PENYELIDIKAN PROJEK 3

CADANGAN PENYELESAIAN PROJEK 6

FAEDAH / KEBAIKAN PROJEK 7

KAEDAH PENGGUNAAN PROJEK 8

RUMUSAN PROJEK 10

LAMPIRAN 11

2
PERNYATAAN MASALAH PROJEK

Troli merupakan peralatan yang utama membantu manusia dalam membawa beban.
Setiap troli mempunyai pelbagai jenis dan kegunaannya seperti troli membawa barang di
pasaraya, troli rata dan troli dulang. Terdapat beberapa masalah yang biasanya berkaitan troli
di pasaran hari ini seperti barangan yang dibawa mudah jatuh, hanya sesuai digunakan diatas
permukaan rata sahaja, memerlukan roda yang banyak, tidak sesuai untuk ruang yang kecil dan
tidak stabil untuk menampung kerja – kerja yang berat. Di bengkel Teknologi Kimpalan, Kolej
Vokasional SHAS, troli yang digunakan untuk mengangkat silinder gas adalah dengan
menggunakan cara yang konvensional yang mana tenaga kerja yang sekurangnya dua orang
diperlukan untuk mengangkat silinder gas terlebih dahulu dan diletakkan di atas troli.
Tambahan pula, ciri – ciri keselamatan yang tidak selamat terdedah semasa megangkat silinder
gas tersebut.

Idea asal untuk membuat satu troli pegangkat gas pemotong ini tercentus apabila saya
melihat tenaga pengajar di bengkel teknologi kimpalan memerlukan ramai pelajar dalam proses
pertukaran silinder gas dan sekaligus melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran semasa
aktiviti amali dijalankan. Oleh kerana itu, satu idea telah tercetus dalam menangani masalah ini
dengan mencipta satu troli yang dapat mempercepatkan proses mengangkat dan memindahkan
gas pemotong dengan lebih cepat berbanding dengan cara konvensional yang telah sedia ada.
Sistem hidraulik telah digunakan dalam penambahbaikan troli yang sedia ada yang mana saya
mementingkan aspek mengangkat gas pemotong dengan lebih mudah dan cepat untuk
mengalihkan silinder tersebut ke stesen mesin pemotongan gas. Harapan saya terhadap projek
ini ialah memastikan projek ini dapat digunakan secara berkesan bagi merialisasikan harapan
warga bengkel teknologi kimpalan dalam isu mengangkat dan mengalihkan gas pemotong
dengan lebih mudah, efektif dan mesra pengguna.

PENYELIDIKAN PROJEK

Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP) merupakan produk yang sesuai
dibangunkan. Ianya merupakan inovasi produk untuk megangkat gas pemotong dengan lebih
cepat dan efektif. Troli ini dibina bagi memudahkan warga pendidik terutamanya yang

3
berlatarkan pengajaran secara teknikal adalah sesuai bagi megangkat gas pemotong dari stor
gas ke stesen pemotongan gas dan seterusnya dapat melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan aktiviti amali di bengkel.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa merekabentuk Hidraulik Troli
Pegangkat Gas Pemotong seperti kos, keselesaan dan keselamatan. Faktor keselesaan dan
keselamatan menjadi faktor utama kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna.
Menurut Siti Suraya (2015) membongkok akan menyebabkan tekanan tidak normal dan boleh
membawa kepada perubahan struktur tulang belakang. Memetik kata dari fisioterapi di atas,
penggunaan hidraulik troli pegangkat gas pemotong tidak dapat disangkal kepentingannya di
dalam penggunaan industri pembuatan yang melibatkan proses pemotongan menggunakan gas
pemotong seperti gas oksigen dan gas asetilena.

Pengenalan Reka Bentuk

Rekabentuk adalah satu proses yang menghasilkan sesuatu barangan atau alat yang dapat
mempercepatkan proses kerja serta menjimatkan tenaga, masa dan mengelakkan pembaziran.
Ianya merupakan satu ciptaan baru dan juga pengubahsuaian terhadap line marker yang sedia
ada.

"A.K Hosking MP Harris (1981), memberi satu penjelasan mengenai rekabentuk ialah
satu proses di mana ia menggunakan elemen kejuruteraan, matematik, grafik dan prinsip
saintifik dalam usaha untuk menghasilkan percanaan yang mungkin membawa penyelesaian
serta menyumbangkan kepada keperluan teknikal."

"Charles Eames pula menjelaskan bahawa rekabentuk adalah perancangan untuk menyusun
unsur-unsur di dalam keadaan yang mana akan melancarkan sesuatu tujuan."

Berdasarkan kepada teori di atas, nyatalah rekabentuk bukan hanya terdiri daripada
pelan sahaja tetapi merupakan gabungan daripada setiap ilmu pengetahuan yang perlu ada pada
setiap perekabentuk tersebut.

4
Temubual

Pereka telah menjalankan berberapa temubual terhadap pelajar kimpalan tahun 1 Kolej
Vokasional SHAS bagi memperolehi bukti bergambar dan maklum balas mengenai proses
pertukaran gas pemotong di bengkel. Kebanyakan troli yang digunakan di bengkel memerlukan
tenaga pekerja yang melebihi dua orang untuk megangkat dan memindahkan gas pemotong dari
stor gas ke stesen gas pemotong. Dibawah merupakan contoh penggelek padang di beberapa
tempat.

Rajah 1: Temubual bersama pelajar Rajah 2: Pelajar megangkat dan


kimpalan Kolej Vokasional SHAS memindahkan gas pemotong

Kajian Pasaran

Salah satu tujuan atau motif kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada bentuk pasaran
yang diperlukan bagi memasarkan Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP) ini.
Disamping itu,ia juga dapat meninjau peluang pasaran terutama dari segi penerimaan pengguna.
Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana produk ini sesuai dalam industri
pembuatan terutamanya industri yang melibatkan proses pemotongan bahan logam
menggunakan gas pemotong. Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong ini juga diinovasi
berdasarkan tahap keselamatan yang terdapat pada hidraulik troli pegangkat gas pemotong.
Selain daripada itu, Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong ini mempunyai rekabentuk yang
bercirikan ergonomik untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Bentuknya yang

5
ringkas dan menarik dapat menjimatkan lagi ruang semasa pengendalian melakukan kerja
mencanai dan sebagainya

CADANGAN PEYELESAIAN PROJEK

Konsep Rekabentuk

Rekaan HTPGP dihasilkan menggunakan paip keluli dan “square hollow tube” kerana ia
bersesuaian dengan rekebentuk itu dari segi kekuatan, keselamatan, kos, kemudahan peralatan
dan juga permintaan pengguna. Semasa pemilihan akhir memilih rekabentuk HTPGP, empat
(4) elemen dijadikan panduan pemilihan iaitu:

I. Penggunaan

Penggunaan di sini adalah berkaitan dengan pengguna yang akan menggunakan produk ini
setelah ia berada di pasaran kelak. Sebelum itu kajian amatlah perlu kepada citarasa dan trend
masa kini dalam segmen pasaran yang begitu luas ini. Panduan dari hasil kajian dan
penyelidikan terhadap pengguna dan produk lain adalah penting.

II. Prestasi

Prestasi sesuatu rekabentuk haruslah diketahui atau ditentukan seperti jenis kerja, jenis
bebanan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun nilai-nilai ini yang merupakan sasaran dan
spesifikasi akhir mungkin berubah mengikut keadaan. Keadaan ini juga berkaitan langsung
dengan penambahan kos.

III. Kos

Kos sesuatu produk bergantung dalam pelbagai aspek iaitu dari bahan guna habis, dan tenaga
manusia. Kos akan berubah jika ada nilai tambahan yang akan dimasukkan dalam produk
tersebut kadar takrif penggunaan elektrik yang akan berubah mengikut peredaran.

IV. Ergonomik

Faktor kemanusiaan dalam suasana pekerjaan adalah merupakan kajian dalam bidang
ergonomik. Setiap produk yang dibina mempunyai perkaitan dengan manusia. Objektif
ergonomik adalah untuk menjamin:-

i. Keselamatan Pengguna

6
ii. Kesihatan Pengguna

iii. Prestasi

iv. Alat Dan Pengguna (Kelajuan, Kapasiti, Kualiti Dan Sebagainya)

v. Keselesaan Pengguna

vi. Kepuasan Pengguna

Hidraulik troli pegangkat gas pemotong ini direkabentuk dengan menitik beratkan aspek
ergonomik iaitu mengikut kesesuaian manusia. Dalam aspek ketinggian, tinggi yang dipilih
iaitu 3 kaki adalah bersesuaian dengan ketinggian orang dewasa. Jika ketinggian terlalu rendah,
pengguna terpaksa membongkokkan badan dan jika terlalu tinggi akan membahayakan
pengguna. Penghasilan produk ini juga tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang
penggunaan.

FAEDAH / KEBAIKAN PROJEK

Projek ini merupakan inovasi yang dilakukan bertujuan untuk membantu pihak kolej dan

industri pembuatan lain untuk memiliki Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP)

yang lebih murah dari mesin yang sediada di pasaran. Kejayaan membuat rekabentuk baru

yang mudahalih ini juga dijangka memberi manfaat kepada industri negara khususnya dalam

industri pembuatan. Adalah diharapkan juga agar kemampuan menghasilkan projek seperti ini

akan menambah minat dan motivasi pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar Kolej

Vokasional supaya meningkatkan usaha dalam program inovasi dan rekacipta untuk projek-

projek lain pula. Projek ini juga merupakan nilai tambah bagi membuka ruang mencambah

konsep dan idea yang luas kepada pereka-pereka peralatan industri pembuatan yang berkaitan

dengan mesin pemotongan gas khususnya bagi warga kolej vokasional di seluruh Malaysia.

7
Hirdaulik Troli Pegangakt Gas Pemotong (HTPGP) yang dihasilkan merupakan

alternatif kepada semua pihak yang terlibat dalam indutri pembuatan dipelbagai institusi latihan

dan agensi khususnya di kolej vokasional dalam melaksanakan proses pertukaran gas pemotong

sewaktu aktiviti amali dijalankan di bengkel. Selain itu keistemewaan mesin tersebut ialah:

i. Memudahkan pemindahan gas pemotong dari dalam stor gas ke stesen pemotongan
gas.
ii. Dapat mengurangkan tenaga kerja pelajar yang diperlukan dalam proses megangkat
dan memindahkan gas pemotong.
iii. Mengurangkan risiko bahaya seperti berlakunya sebarang kemalangan semasa proses
mengangkat dan memindahkan gas pemotong dengan menggunakan cara
konvensional iaitu gas pemotong perlu diangkat menggunakan tangan terlebih
dahulu untuk diletakkan di atas troli.
iv. Proses amali yang dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran tidak tertangguh
akibat daripada proses pertukaran gas pemotong yang lambat.

KAEDAH PENGGUNAAN PROJEK

Bagi mesin Hiraulik troli pegangkat gas pemotong (HTPGP) ini, hanya terdapat 2 komponen

utama yang perlu dipasang iaitu, bahagian rangka mesin dan bahagian pegangkat yang

digunakan untuk megangkat gas pemotong. Sistem hidraulik digunakan bagi mempercepatkan

proses megangkat dan memudahkan proses pertukaran gas pemotong dengan lebih cepat dan

efektif. Gambar rajah di bawah menunjukkan komponen – komponen yang terdapat pada

Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP).

8
Pemegang
Pegangkat Hidraulik

Rangka Mesin

Rod Pegangkat Lifter Plate

Hidraulik
Supporter (Clamp)

Penahan Gas

Roda Getah

Rajah 3: Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP)

Standard Operasi Prosedur (SOP) yang perlu dipatuhi semasa mengendalikan Hidraulik Troli
Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP)

1. Memastikan keadaan Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong dalam keadaan


selamat digunakan.

2. Memastikan supporter (clamp) dalam keadaan bersedia untuk digunakan bersama


spanner.

3. Memastikan kedudukan silinder pada penahan gas dan rod pegangkat pada supporter
adalah pada kedudukan yang betul.

4. Clamp gas pemotong dengan menggunakan supporter (clamp) dan ketatkan dengan
menggunakan spanner.

5. Guna pegangkat hidraulik untuk megangkat gas pemotong dengan bantuan hidraulik.

9
6. Tolak Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong ke stesen pemotongan gas dengan
berhati –hati.

7. Turunkan gas pemotong dengan melonggarkan pengunci injap hidraulik dengan


menggunakan tuil.

8. Tanggalkan clamp pada gas pemotong dengan melonggarkan skru dan nut pada
supporter (clamp).

9. Letakkan gas pemotong di stesen pemotongan gas dengan selamat.

RUMUSAN PROJEK

Kajian ini bertujuan membina Hidraulik Troli Pegangkat Gas Pemotong (HTPGP) bagi

memudahkan proses megangakat gas pemotong dari stor gas ke stesen pemotongan gas.

Peralatan ini didapati dapat menjimatkan masa pertukaran gas pemotong. Kajian ini di buat

kerana pengkaji melihat penggunaan masanya terlalu lama untuk membuat proses pertukaran

gas pemotong yang mana memerlukan dua atau lebih tenaga pekerja semasa proses megangkat

dijalankan.

Hasil pemerhatian dan pembacaan berkaitan dengan pelbagai jenis troli untuk

membina Hidraulik troli pegangkat gas pemotong diambil kira sebagai bertepatan dengan

keperluan industri pembuatan yang melibatkan proses pemotongan logam. Pembinaan

Hidraulik troli pegangkat gas pemotong (HTPGP) ini merupakan sumber yang di adaptasi dari

pemerhatian sistem hidraulik bagi megantikan tenaga kerja dalam proses megangkat gas

pemotong.

10
LAMPIRAN

Pandangan Atas (Top View)

Pandangan Hadapan (Front View) Pandangan Sisi (Side View)

11
Pandangan Isometrik (Isometric View)

TOP VIEW

SIDE VIEW

FRONT VIEW

DILUKIS OLEH: TAJUK: SKALA: UNIT

MUHAMAD FARIDZUDDIN HIDRAULIK TROLI 1: 5 (MM)


BIN MOHD ZUKI PEGANGKAT GAS
PEMOTONG

12
Lukisan Ceraian

NO BAHAGIAN

1 SUPPORTER PLATE

9 2 RANGKA MESIN
8
3 RODA GETAH

4 PENAHAN GAS PEMOTONG


7
5 ROD PEGANGKAT
1
6 6 HIDRAULIK

2 7 LIFTER PLATE
5
8 SUPPORTER (CLAMP)

4 9 PEGANGKAT HIDRAULIK
3

DILUKIS OLEH TAJUK SKALA UNIT

MUHAMAD FARIDZUDDIN BIN HIDRAULIK TROLI PEGANGKAT GAS 1: 5 (MM)


MOHD ZUKI PEMOTONG (HTPGP)

13

You might also like