You are on page 1of 1

MARKET CONDITIONS

Trending Sideways
Non Volatile
Volatile

Trend is your friend. Inilah yang sering ditekankan kepada semua trader. Seperti yang diajar dalam
ebook TFS, terdapat tiga jenis trend iaitu uptrend, downtrend dan sideway. Mungkin disini saya ingin
menambah sedikit mengenai bagaimana memahami volatility pasaran banyak membantu untuk
enter high probability trade position.

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, terdapat 4 jenis keadaan am market iaitu;
1. non-volatile uptrend (atau downtrend)
2. non-volatile sideway
3. volatile uptrend (atau downtrend)
4. volatile sideway
Non-volatile market mempunyai arah uptrend atau downtrend ataupun sideway swing yang jelas
TANPA retracement melampau atau spikes ataupun CS shadow yang panjang. Manakala volatile
market pula mempunyai retracement yang ketara atau spikes ataupun shadow yang panjang.

Untuk entry point dengan high probability, adalah lebih selamat bagi traders memilih market yang
non-volatile dengan trend yang jelas. Spikes dalam chart ataupun shadow yang panjang dalam
market yang volatile boleh menyebabkan situasi di mana sesuatu trade terkena SL sebelum market
kemudiannya meneruskan semula pergerakan mengikut arah asal trade entry.

Memang tidak dinafikan volatile market boleh mendatangkan untung yang banyak. Bagaimanapun,
satu prinsip yang sering saya amalkan dalam trading adalah sentiasa memikirkan cara terbaik untuk
mengurangkan risiko. Harap perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua.

You might also like