You are on page 1of 8

BAHAGIAN A ( 60 markah )

Jawab semua soalan dengan membulatkan pilihan jawapan yang betul.

1. Manakah antara berikut merupakan sumber tenaga ?


A. Bijih timah
B. Arang batu
C. Air hujan
D. Tanah-tanih

2. Semua yang berikut adalah sumber yang boleh dibaharui kecuali


A. ikan
B. tanah
C. matahari
D. emas

3. Bahan-bahan berikut diperlukan untuk membuat barangan di atas :


I. besi
II. getah
III. kayu
IV. batu
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Negeri-negeri berikut mengeluarkan petroleum di Malaysia kecuali


A. Sabah
B. Sarawak
C. Terengganu
D. Johor

1
Hasil hutan P ialah kayu balak,damar dan rotan

5. Pernyataan di atas adalah mengenai hutan


A. belukar
B. khatulistiwa
C. gunung
D. paya bakau

6. Hasil laut yang digunakan untuk membuat budu ialah


A. udang
B. ketam
C. kerang
D. ikan bilis

7. Agensi utama yang terlibat dalam usaha penghutanan semula ialah


A. Jabatan Perhutanan Semula
B. Unit Perancang Hutan
C. Institut Pemulihan dan Perhutanan Malaysia
D. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

8. Cara menangkap ikan yang tidak sesuai digunakan di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah
A. jala
B. pukat tarik
C. kelong
D. pukat tunda

9. Keadaan berjerebu disebabkan oleh


A. pencemaran air
B. pencemaran bunyi
C. pencemaran udara
D. pencemaran laut

10. Hasil eksport Malaysia yang paling utama ialah


A. getah
B. kelapa sawit
C. petroleum
D. barangan kilang

2
11. Manakah antara berikut adalah contoh industri berat ?
A. Membuat perabot
B. Memproses kelapa sawit
C. Membuat simen
D. Membaiki kereta

12. Barangan berikut dibuat daripada bijih timah kecuali


A. peluru
B. batu jala
C. kotak pensel
D. pembungkus coklat

13. Prinsip Rukun Negara yang ketiga ialah


A. kepercayaan kepada Tuhan
B. kedaulatan undang-undang
C. keluhuran perlembagaan
D. kesetiaan kepada raja dan negara

14. Manakah antara berikut adalah permainan tradisional negara kita ?


A. Bola sepak
B. Tenis
C. Sepak takraw
D. Badminton

15. Kilang penapis petroleum terletak di.........dan di...................


A. Pelabuhan Kelang, Labuan
B. Bintulu, Labuan
C. Kerteh, Lutong
D. Bintulu, Lutong

16. Berikut ialah akibat daripada banjir kecuali


A. kehilangan nyawa dan harta benda.
B. aktiviti harian tergendala.
C. rancangan lima tahun Malaysia tidak dapat dilaksanakan.
D. sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api terputus.

PULAU PINANG
MELAKA
SARAWAK
SABAH

3
17. Ketua negeri bagi negeri-negeri disebelah dikenali sebagai
A. Yang Dipertuan Negeri
B. Yang Dipertua Negeri
C. Ketua Menteri
D. Menteri Besar

18. Mahkamah yang digunakan untuk membicarakan seseorang yang berumur di bawah 18 tahun ialah
A. Mahkamah Majistret
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Juvana
D. Mahkamah Rayuan

19. Negara kita mula menumpukan perhatian kepada sektor industri kerana
A. negara kita selalu mengalami bencana alam seperti banjir yang boleh memusnahkan hasil
pertanian.
B. kawasan pertanian telah ditebusguna sebagai kawasan perumahan.
C. eksport utama negara kita yang kebanyakannya terdiri daripada bahan-bahan mentah tidak
mendapat harga yang tetap di pasaran dunia.
D. sektor industri mendatangkan keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan sektor pertanian.

20. Hutan di negara kita dianggap istimewa kerana sebab-sebab berikut kecuali
A. terdapat tumbuhan dan hidupan liar.
B. menjadi kawasan tadahan hujan.
C. terdapat kegiatan pertanian pindah.
D. membekalkan hasil hutan yang berguna.

21. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar ?


A. Kitar dan guna semula kertas buangan boleh menyebabkan pencemaran alam.
B. Hasil logam yang dilebur semula boleh digunakan untuk membuat kenderaan.
C. Dengan adanya proses guna semula kertas, kadar penebangan hutan dapat dikurangkan.
D. Kitar dan guna semula sisa buangan mengelakkan pembaziran.

22. Antara berikut, bahan-bahan apakah yang boleh digunakan untuk tujuan kitar dan guna semula ?
I. Plastik
II. Besi sekerap
III. Suratkhabar
IV. Tanih
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

4
23. Sektor perindustrian menyumbangkan peluang pekerjaan seperti berikut kecuali
A. konduktor
B. pekerja mahir
C. pengilang industri
D. pekerja separuh mahir

24. Apakah kesan Rukun Negara ke atas rakyat Malaysia ?


A. Rakyat Malaysia akan bersatu menentang penindasan.
B. Rakyat Malaysia akan lebih peka terhadap perkembangan di seluruh dunia, terutamanya di dunia
Islam.
C. Rakyat Malaysia akan sentiasa patuh kepada kerajaan dan tidak menentang sebarang dasar
atau rancangan kerajaan.
D. Rakyat Malaysia dapat memupuk semangat setiakawan dan kecemerlangan di kalangan mereka.

25. Antara jenis perkhidmatan pengangkutan di negara kita yang tidak membawa penumpang ialah
A. feri
B. kapal terbang
C. kontena
D. teksi

26. Pilih pasangan yang benar.

Jenis industri Hasil


A. Desa kapal
B. Ringan Besi dan keluli
C. Berat Kain songket
D. Pemprosesan Minyak sawit

27. Di manakah Tungku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan negara ?


A. Singapura
B. Kuala Lumpur
C. Stadium Negara
D. Bandar Hilir, Melaka

28. Usaha mencari gali petroleum dijalankan oleh


A. SIRIM
B. HICOM
C. PROTON
D. PETRONAS

5
29. Apakah sumber yang digunakan untuk keropok lekor?
A. Laut
B. Hutan
C. Mineral
D. Alternatif

30. Berapakah had umur yang dibenarkan untuk keluar mengundi ?


A. 12 tahun
B. 17 tahun
C. 19 tahun
D. 21 tahun

6
( 40 markah )
BAHAGIAN B

A. Namakan kaum yang mengamalkan budaya dan amalan berikut.

( 16 markah )

B. Namakan bahan bersejarah di bawah.

Artifak Senjata Dokumen Batu


bersurat

( 8 markah )
7
C. Nyatakan kegunaan kayu balak di bawah.

( 8 markah )

D. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ________________ adalah agama rasmi negara.


2. Rakyat Malaysia boleh memilih calon dan parti yang layak melalui ____________ yang
diadakan 5 tahun sekali.
3. Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan ___________ berparlimen.
4. Kaum di Malaysia bebas ____________ agama yang disukai mereka.

( 8 markah )

Disediakan Disemak Disahkan

BETTIE AK IBAI PN ASMIDAH DARMO


Guru Kaj. Tempatan Tahun 6 Guru Panatia Kaj. Tempatan PK1

You might also like