You are on page 1of 20

PENGENALAN

Ferdinand De Saussure merupakan salah seorang ahli linguis yang terkenal pada
abad ke-20. Beliau lahir pada 26 November 1857 di Geneva. Beliau menerima pendidikan
di Geneva. Beliau mula mengajar di Universiti Leipzig pada tahun 1876 dan menerima
ijazah doctor falsafah di universiti tersebut pada tahun 1881. Pada tahun 1891, beliau
pulang ke tanah air, Geneva. Beliau kemudiannya mengajar Sanskrit dan filologi Indo-
Eropah di Universiti Geneva. Selepas kembali ke Geneva, Ferdinand De Saussure cuba
menerbitkan suatu buku. Menurut Krampen (1987), dalam surat bertarikh 4 Januari 1894
Ferdinand De Saussure menulis kepada Meillet, kawannya bahawa dia sedang
memikirkan sebuah buku di mana seluruh dunia linguistic akan berubah. Namun begitu
hasrat beliau tidak tercapai.
Beliau meninggal dunia pada 22 Februari 1913, iaitu semasa berumur 55 tahun.
Beliau dikenali sebagai bapa linguistik moden kerana sumbangannya yang terlalu banyak
dalam bidang linguistik. Namun begitu, oleh kerana beliau tidak pernah membukukan
ideanya, banyak ideanya telah dikuburkan bersamanya. Pada tahun 1916, iaitu 3 tahun
selepas beliau meninggal dunia, anak muridnya, Charles Bally and Albert Sechehaye
telah menerbitkan satu buku yang berjudul Cours De Linguistique. Buku ini merupkan
hasil dapatan dan nota kuliah yang diberikan oleh Ferdinand de Saussure di Universiti
Geneva antara 1906 dan 1911. Para linguis menganggap bahawa buku ini ialah dan
pada titik permulaan linguistik struktur. Sepuluh idea terkenal Ferdinand De Saussure
ialah Langue, Parole, Diakronik, Sinkronik, Sintagmatik, Paradigmatik, Deskriptif,
Preskriptif, Signifier dan Signified. Idea Signifier dan Signified amat terkenal dan popular.
Ferdinand De Saussure menolak gaya bahasa empirikal dan nasional, malahan
mempersoalkan bahasa-bahasa. Beliau percaya dalam dasar-dasar linguistik struktur
moden. Beliau memecahkan kajian bahasa kepada dua bahagian iaitu Langue dan
Parole. Menurut Lenihan (2013), Langue adalah bahasa sebenarnya yang dituturkan,
misalnya; Perancis, Jerman atau Inggeris manakala Parole adalah perbuatan ucapan
individu, contohnya berbahasa secara romantis atau kasar. Bahasa adalah pautan antara
pemikiran dan bunyi, dan merupakan cara untuk berfikir untuk dinyatakan sebagai suara.
Pikiran menjadi diperintahkan dan bunyi disuarakan, untuk bahasa berlaku. Ajaran
Saussure seolah-olah menunjukkan bahawa bahasa terletak antara pemikiran dan
bunyi.Idea kedua Saussure ialah Diakronik dan Sinkronik. Secara amnya, Linguistik
Diakronik adalah kajian tentang perubahan dalam bahasa dari semasa ke semasa
manakala Linguistik Sinkronik pula mengkaji elemen linguistik dan penggunaan bahasa
pada satu ketika. Lehman (1968) menerangkan bahawa
kajian sinkronik lebih mendominasi kerana ia adalah benar dan berlaku pada ketika itu.
Idea Sintagmatik dan Paradigmatik pula merangkumi idea ketiga Ferdinand De Saussure.
Chandler (2017) menerangkan idea ini dengan menyatakan bahawa
sintagmatik dan paradigmatik memberikan konteks struktur di mana tanda-tanda boleh
difahami dan mereka adalah bentuk-bentuk struktur di mana tanda-tanda diatur menjadi
kod. Dalam erti kata mudah, Sintagmatik merupakan penyusunan kata dalam sesuatu
ayat. Paradigmatik merujuk kepada pengubah suaian kata. Idea keempat Ferdinand De
Saussure ialah Deskriptif dan Preskriptif. Linguistik menerangkan pendekatan deskriptif
sebagai penerangan tentang bahasa melalui peraturan yang tidak sedar Pendekatan
formal bahasa ialah preskriptif. Ia memberi peraturan tentang bagaimana untuk bercakap
dan menulis. Signifier dan Signified merupakan idea kelima beliau. Signifier dan Signified
membawa maksud Penanda dan Petanda dalam bahasa Melayu. Menurut Ferdinand De
Saussure, bahasa merupakan satu sistem tanda. Oleh itu, tanda wujud kerana terdapat
kesatuan dari suatu bentuk penanda (signifier) dengan sebuah idea atau
petanda (signified). Menurut Bertens (2001), penanda adalah bunyi atau coretan yang
bermakna. manakala petanda adalah gambaran mental, pikiran, atau konsep. Signifier
dan Signified merupakan elemen Semiologi.

Ferdinand de Saussure memperkenalkan teori semiologi berdasarkan


kepercayaannya tentang bahasa sebagai sistem tanda. Menurut Purwasito (2007), dalam
definisi Saussure, Semiologi merupakan “sebuah ilmu yang mengkaji kehidupan tanda-
tanda dalam kalangan masyarakat” Pada awal istilah Semiologi, para linguis Perancis
menerapkan idea ini dalam pelbagai bidang-bidang kajian. Dengan cara itu mereka dapat
membezakan dan mengklasifikasikan karya-karya semiotik yang menonjol di Eropa
Timur, Italia dan Amerika Syarikat.

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN


Kami ingin membincangkan isu semiologi dalam bidang pendidikan, ekonomi dan
sosial. Kami berhajat untuk menyiasat isu sosiologi kerana kami berpendapat bahawa
ilmu dan pengetahuan semiologi berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kami turut
rasa bahawa konsep semiologi menarik dan relevan. Hal ini adalah kerana penggunaan
imej merupakan satu aspek yang tidak boleh diketepikan dalam bidang ekonomi, sosial
dan pendidikan kerana imej memberi gambaran yang nyata dan kukuh. Oleh itu kami
hendak mencari jawapan bagaimana semiologi wujud dalam pelbagai bidang.

Kami memilih enam artikle dari sumber yang berbeza yang berkenaan dengan konsep
semiologi. Kami mencari kesinambungan idea semiologi menerusi pelbagai sumber
seperti jurnal, majalah, internet, kertas persidangan dan seminar. Bidang-bidang yang
ingin dianalisis ialah ekonomi, pendidikan dan sosial. Artikle tersebut telah dibaca dan
difahami. Isi-isi penting dalam setiap artikle dicatat. Seterusnya, kami berempat
berbincang dan mencapai persetujuan dalam isi-isi penting. Artikle tersebut seterusnya
dianalisis dari segi pengaruh semiologi. Kami berharap hasil kajian dan analisis menolong
kami mengenal pasti sama ada konsep semiologi wujud dalam bidang ekonomi,
pendidikan dan sosial.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian atau tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan teori
semiologi Ferdinand De Saussure yang mempengaruhi pelbagai bidang antaranya
bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian: Bagaimanakah teori semiologi Ferdinand De Saussure


mempengaruhi bidang ekonomi, pendidikan dan sosial?

Kaedah Kajian
Pada permulaannya, kita tidah tahu apa tajuk yang perlu ditentukan bagi kolokium. Kita

meneliti setiap tajuk yang diperuntukkan itu dan membuat perbincangan di perpustakaan.

Kita cuba mengimbas kembali tentang setiap kelas yang diajar oleh pensyarah dan ingin

mencari tajuk yang sesuai. Di dalam kelas, kita didedahkan ilmu tentang bapa linguistik

moden iaitu Ferdinand de Saussure. Disebabkan idea-idea beliau dan contoh-contoh unik

yang dikemukakan oleh pensyarah ,kita berasa minat untuk mengkaji tentang ahli

linguistik tersebut. Kempat-empat ahli kumpulan berasa minat tentang idea-idea yang

dicetuskan oleh beliau, tetapi kita masih tidak tahu idea yang mana kita patut mengkaji.

Bagi menentukan arah kita, kita pun membuat kajian perpusatakaan. Kita mencari buku-

buku rujukan di perpusatakan Universiti Malaya,jurnal di laman sesawang dan juga bahan

rujukan yang lain. Setelah seminggu membuat pembacaan, kita pun berjumpa di

perpustakaan untuk membuat perbincangan semula. Dalam proses perbincangan,

adanya pelbagai idea yang wujud dan akhirnya kita bersetuju untuk menjadikan semiologi

sebagai tajuk kajian kita.

Semiologi merupakan bidang yang agak luas kerana ia meliputi pelbagai aspek, jadi kita

pun mengecilkan skopnya. Kita mengklasifikasikan semiologi kepada tiga bidang iaitu

budaya, sosial dan pendidikan. Dengan skop-skop yang kecil ini, kita mengecilkannya

lagi bagi mempermudahkan kajian kita. Kita bersetuju membuat kajian tentang pengaruh

semiologi terhadap tiga aspek tersebut, kerana kita mendapati semiologi sentiasa berada

di persekitaran kita. Kita cuma tidak mengetahui kehadiran semiologi ini atau kita

mungkin tidak mengetahui bahawa sesetengah benda itu ialah semiologi, jadi kita hendak

tahu sejauh mana pengaruh semiologi akan sampai.


Selepas kita mengetahui arah kajian kita, kita pun menetapkan objektif kajian dan

persoalan kajian. Seterusnya, kita pun mengagihkan tugas bagi setiap ahli. Kumpulan

kita terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu Raevarthy, Bhavani, Nicole dan Chan Jin

Yang. Ahli kumpulan yang pertama iaitu Raevarthy, dia telah membentangkan latar

belakang dan fokus kajian bagi tajuk kajian kita. Seterusnya, ahli kumpulan yang kedua

ialah Bhavani, dia membentangkan objektif kajian,persoalan kajian dan hasil kajian bagi

pendidikan. Nicole merupakan ahli kumpulan yang ketiga dan dia telah membentangkan

hasil kajian bagi bidang sosial dan penutup. Ahli kumpulan yang keempat iaitu Chan Jin

Yang telah membentangkan kaedah kajian dan hasil kajian bagi bidang ekonomi. Akhir

sekali, keempat-empat ahli kumpulan ini bersama-sama menghasilkan video bagi

pembentangan tajuk kajian kita.

SEMIOLOGI:BIDANG EKONOMI

Ekonomi sangat penting bagi sesebuah negara ataupun syarikat. Adanya ekonomi,

maka wujudnya perkembangan. Perkataan ekonomi ini membawa banyak maksud

yang berbeza.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat,

ekonomi merujuk kepada keadaan kekayaan atau kebendaan sesebuah negara

dan lain- lain. Selain itu, dia juga merujuk kepada ilmu tentang asas-asas

pengeluaran,penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-

masalah kewangan(kemasyarakatan dan lain-lain) yang bersangkutan dengannya.

(Kamus Dewan Edisi Keempat,2015)


Bagi mengkaji hubungan semiologi dalam bidang ekonomi, kita telah memilih dua

artikel dalam bidang ini. Tajuk artikel yang pertama ialah Analisis semiotik tentang

iklan pada televisyen di India dan impak terhadap pembeli: suatu kajian (Semiotic

analysis of Indian television advertisement and its impact on consumers: an

exploratory study) (Pooja Sharma & Priya Gupta ,2015)Artikel ini membincangkan

tentang iklan-iklan pada televisyen di negara India. Artikel ini juga mengkaji

bagaimana iklan-iklan di televisyen negara India membawa impak kepada para

penonton. Penulis juga mengklasifikasikan simbol-simbol yang terdapat di iklan

televisyen dengan membuat perbandingan antara kaum lelaki dan perempuan.

Selain itu, penulis juga membuat borang soal selidik dan menghantar kepada 112

lelaki, 53 wanita dimana umur mereka dari 19 tahun sehingga 56 tahun. Setelah

kesemua data itu telah dikumpulkan, penulis membuat perbandingan antara

jantina,umur,tempat tinggal. Penulis ingin tahu bahawa simbol yang mana

membawa impak yang tinggi dan adakah jantina,umur dan tempat tinggal ini akan

menjadi faktor yang mempengaruhi para penonton terhadap iklan-iklan tersebut.

Gamabr rajah 1 ialah kategori komunikasi simbolik yang dihasilkan oleh penulis

menurut simbol-simbol yang sering didapati pada iklan televisyen di India. Gambar

rajah 2 ialah klasifikasi tentang perbandingan antara lelaki dan perempuan

terhadap simbol-simbol yang disukai.


Gambar rajah 1: kategori simbol-simbol

Gambar rajah 2:perbandingan antara lelaki dan perempuan terhadap simbol-

simbol
Artikel ini amat penting kerana kita tahu bahawa simbol-simbol yang berlainan

membawa impak yang berlainan. Jadi, kita boleh mengetahui apabila kita hendak

menyampaikan sesuatu mesei itu kepada kaum lelaki atau perempuan, kita akan

mengetahui bahawa simbol yang mana kita patut menggunakan di dalam iklan

bagi membawa impak yang positif dan membantu menjana ekonomi bagi

sesebuah syarikat.

Artikel kedua yang bertajuk : “Barang-barangan yang kamu perlukan di sini”: suatu

analisis semiotik tentang sebuah syarikat pertanian (“The stuff you need out here”:

A semiotic case study analysis of an agriculture company’s) (Rhoades, Emily B. &

Irani, Tracy,2008) Artikel ini membincangkan tentang iklan bagi sesebuah syarikat

pertanian, terutamanya simbol-simbol yang digunakan di dalam iklannya. Artikel

ini juga mengkaji bagaimana iklan yang digunakan itu berjaya menggambarkan

imej syarikat tersebut dan bagaimana simbol-simbol yang digunakan di iklan itu

dapat memberi pengaruh kepada syarikat ini. Iklan yang dikaji ini ialah iklan yang

digunakan pada tahun 2004-2005 semasa kempen bagi syarikat ini, ketiga-tiga

iklan ini telah dikaji secara mendalam dan teliti bagi mencari maksud yang tersirat

itu.

Di dalam kajian tersebut, idea patriotik terhadap negara Amerika Syarikat sering

digunakan selain ahli politik Amerika Syarikat juga sentiasa wujud di iklan.

Kewujudan idea-idea tersebut di dalam iklan syarikat pertanian merupakan suatu

jaminan tentang kehidupan perkampungan dan pertanian yang aman serta selesa.
Di samping itu, gambar tentang produk bagi syarikat dan gambar petani atau anak-

anak kampung juga dipaparkan di iklan bagi memberitahu para pembeli tentang

produk serta imej mereka. Melalui artikel tersebut, kita mengetahui bahawa

simbol-simbol boleh digunakan bagi iklan sesebuah syarikat untuk menentukan

imejnya. Apabila para pembeli melihat iklan tersebut,mereka akan mengetahui

imej syarikat ini. Selain itu,syarikat juga menggunakan iklan ini sebagai cara untuk

menjual produknya dan lain-lain. Gambar rajah 3 menunjukkan penulis

memasukkan produk dan beberapa simbol di dalam. Gambar rajah 4 menunjukkan

peletakkan produk dan anak-anak kampung digunakan.

Gambar rajah 3
Gambar rajah 4

Secara kesimpulannya, semiotik diterapkan di dalam bidang ekonomi terutamanya

di dalam iklan atas tujuan meningkatkan ekonomi negara atau syarikat. Simbol-

simbol yang digunakan di iklan itu akan membawa impak yang ketara iaitu menarik

minat para pembeli bagi membeli produk tersebut. Dengan kehadiran pembeli

yang ramai untuk membeli produk itu, syarikat perlu menghasilkan produk yang

lagi banyak.Apabila banyak produk yang banyak perlu dihasilkan, maka lagi ramai

pekerja yang perlu dilibatkan. Selain pekerja yang ramai, teknologi yang canggih

juga diperlukan bagi menyingkatkan masa penghasilan itu. Ini merupakan suatu

hubungan yang mempunyai jalinan yang rapat. Jika kita menelitinya, kita boleh

memahami bahawa iklan itu akan menghasilkan jalinan yang jauh secara tidak

langsung. Maka,pentingnya semiotik itu di dalam bidang ekonomi.


SEMIOLOGI : BIDANG PENDIDIKAN

Sejajar dengan perkembangan dunia, pendidikan merupakan satu aspek yang


diberi keutamaan dalam dalam semua masyarakat. Pendidkan juga selalu dikatakan
sebagai satu pendorong yang mendorong pembentukan ketamadunan dalam sesebuah
masyarakat. Pendidikan sangat penting untuk semua golongan masyarakat sama ada
tua atau muda. Ia dapat melahirkan satu individual yang menyeluruh dari segi emosi,
jasmani dan intelektual. Menurut Naajemah (2007) dalam bukunya yang berjudul ‘Konsep
Pendidikan’, pendidkan merupakan satu aktiviti perkembangan atau penyuburan minda
yang merangkumi pendidkan formal dan tidak formal.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah teori semiologi sememangnya
mempengaruhi bidang pendidkan pada zaman dahulu mahupun zaman moden. Konsep
tanda (signifier) dan petanda (signified) dalam semiologi yang dipelopori oleh Ferdinand
De Saussure merupakan satu konsep yang dianggap penting dalam bidang pendidkan
(Susanto, 2015).

Jadi, untuk mengkaji hubungan semiologi dalam bidang pendidikan, kami telah
memilih dua artikle dalam bidang ini. Tajuk artikle yang ketiga ialah ‘Mengaplikasi Teori
Semiotik dalam Pendidikan Reka Bentuk Grafik: Satu Kajian Empirikal dalam Pengajaran
Mereka (Poster’ Applying Semiotic Theories to Graphic Design Education: An Empirical
Study on Poster Design Teaching) (Yang & Hsu, 2015). Artikle ini membincangkan
mengenai penggunaan teori semiotic dalam pengajaran mereka poster dalam pendidikan
Reka Bentuk Grafik. Sebanyak 30 orang pelajar yang berumur dalam lingkungan 18
hingga 19 tahun telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka adalah dari Jabatan
visual komunikasi di sebuah Universiti Taiwan. Kesemua pelajar telah dibahagikan
kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Latihan dan pengajaran telah
dijalankan selama 4 minggu. Kumpulan A menerima pengajaran dari segi teori semiotik
Ferdinand De Saussure dan gurunya juga menerangkan tanda dan imej dalam poster
poster lain manakala kumpulan B didedahkan dengan poster-poster yang dilukis oleh
pelukis-pelukis yang terkenal. Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan dan kumpulan A
mendapat markah yang tinggi iaitu 86.85 manakala kumpulan B mendapat 83.05. Rajah
1 ialah poster yang dihasilkan oleh kedua-dua kumpulan untuk tema kedamaian.

Rajah 1

Poster
A Poster B

Poster A merupakan poster yang dihasilkan oleh kumpulan A manakala poster B


merupakan poster yang dihasilkan oleh kumpulan B. Kumpulan A mendapat markah yang
tinggi kerana mempunyai nilai estetik yang tinggi seta nilai kreativiti yang menakjubkkan
berbanding poster B. Hal ini adalah kerana gambar burung merpati merupakan satu
konsep yang umum dan biasa untuk mengibaratkan konsep kedamaian jika dibandingkan
dengan bunga dandelian yang merupakan satu konsep yang baru dan mempunyai
makna yang tersirat. Poster bunga dandelian yang dihasilkan oleh kumpulan A
diibaratkan dengan kebebasan yang boleh terbang tanpa sebarang sekatan dan warna
merah disamakan dengan darah dan kesakitan semasa peperangan. Walaupun poster A
kelihatan mudah tetapi hasil lukisan tersebut mempunyai makna yang mendalam dan
tersirat. Kesemua poster yang dilukis oleh kumpulan A dan B dihantar ke pertandingan
poster antarabangsa dan empat poster dari kumpulan A telah dipilih dalam pertandingan
itu.
Tajuk artikle keempat ialah Semiologi dan Bacaan Semiologi (Kuasa Mitos) dalam
Pendidikan (Semiology and a Semiological Reading of Power Myths in Education) (Kukurt,
2016). Artikle ini membincangkan bagaimana frasa, aplikasi dan imej digunakan dalam
proses pendidikan. Kajian ini dijalankan di Turkey. Sebenarnya, banyak cerit mitos diajar
di sekolah dengan menggunakan imej. Teori semiology dikaji dalam muka depan buku
teks Sains Sosial tahun 5 di tukey. Rajah 2 ialah muka depan buku teks tersebut.

Rajah 2

Muka depan buku teks ini memberi banyak informasi yang berguna kepada pelajar-
pelajar. Imej, objek serta pengunaan warna memberi banyak maklumat yang tersirat dan
tersurat. Menurut Kukurt (2016), penggunaan imej serta warna yang berlainan memberi
impak kepada pelajar dari segi politik, ekonomi serta sosial masyarakat pada zaman
dahulu serta zaman sekarang. Penggunaan imej dalam pendidikan juga membantu
pelajar untuk memahami perkembangan masyarakat turkey dari dahulu sehingga kini.

Berdasarkan kedua-dua artikle tersebut, kita dapat melihat bahawa teori semiologi
mempengaruhi bidang pendidikan secara tidak langsung. Antarannya ialah, ianya dapat
melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan kritis dalam kehidupan mereka. Hal
ini dapat dibuktikan apabila kumpulan A yang menerima ilmu dalam teori semiologi dapat
menghasilkan lukisan poster yang kreatif dan kritis (Artikle satu). Kesemua poster yang
dilukis oleh kumpulan A telah dipilih dalam pertandingan poster antarabangsa. Bukan itu
sahaja, penggunaan semiologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
minat murid-murid dalam pelajaran serta memahami isi pelajaran dengan mudah dan
senang. Muka depan sesuatu buku boleh mengungkap pelbagai persoalan dan akan
memupuk minat serta rasa ingin tahu sepertimana yang dilihat dalam artikle dua.
Tambahan pula, pengunaan semiologi juga dapat melahirkan murid-murid yang holistik
dari segi pemikiran dan perlakuan kerana sesuatu gambar dapat memberi pelbagai
maklumat yang berguna dalam pembentukan insan yang menyeluruh dari segi jasmani,
emosi, sosial, rohani dan intelektual. Jadi, ini dapat membuktikan bahawa teori semiologi
dapat mempengaruhi bidang pendidikan dan memberi pelbagai impak yang positif untuk
semua orang.

SEMIOLOGI: BIDANG SOSIAL

Semiologi Saussure juga mempengaruhi bidang sosial. Menurut kamus Cambridge (n.d),
sosial berkaitan rapat dengan masyarakat dan organisasinya. Oleh itu, sosial bukan
sahaja menunjukkan sesebuah masyarakat, ia turut memaparkan kehidupan harian serta
identiti sesebuah negara. Kajian ini fokus kepada dua aspek sosial iaitu pengebumian
dan lirik lagu. Artikle 5 (A5) Semiotik Dan Kajian Budaya Pekerjaan dan Organisasi
(Semiotics And The Study Of Occupational Dan Organizational Cultures”, Barley (1983)
daripada Barley, (1983) membincangkan penggunaan tanda semiologi dalam proses
pengebumian dan rumah mayat.

A5 merupakan kajian ethnosemantik di rumah pengebumian dan melihat bagaimanakah


tanda semiologi dihantar dari segi budaya. Ia termasuklah kod penyediaan, kod
pengalihan dan kod cara mayat berpose. Penggunaan tanda semiologi seperti warna
terang, udara segar dan muka mayat yang tenang mewujudkan suasana yang baik dan
ia menyenangkan hati keluarga dan mengurangkan kesedihan. Oleh itu proses
pengebumian dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Kajian ini merujukkan artikle 6 (A6) “Analisis Semiotika Makna Motivasi Pada Lirik Lagu
“Laskar Pelangi” Karya Nidji” daripada Rahmat Hidayat (2014) untuk melihat tanda
semiologi dari segi sosial. A6 membincangkan penggunaan tanda semiologi, signifier dan
signified serta metafora dalam lirik lagu “Laskar Pelangi”. Artikle ini fokus kepada motivasi
dalam lirik lagu. Signifier di sini merujuk kepada penelitian lirik lagu manakala signified
adalah hasil makna lirik yang dibawa kepada konsep minda. Langkah-langkah analisis
tanda semiologi dalam lirik lagu termasuklah: fokus lirik, bedah lirik, tafsiran tanda dan
mengkomninasikan tanda.

Dalam kajian ini, didapati kepakatan sosial amat penting untuk memahami dan
memaknakan tanda semiologi. Sesuatu masyarakat hendak mempunyai pengetahuan
kongsian agar tanda semiologi ini berkesan. Contohnya, semasa menyeberangi jalan,
lampu isyarat berperanan sebagai tanda semiologi; lampu merah bermaksud berhenti
dan lampu hijau bermaksud boleh jalan. Oleh itu, masyarakat sosial berkongsi
pengetahuan ini dalam konsep minda dan bekerjasama agar tanda semiologi ini dapat
bertindak sebagai alat yang berkesan dalam jalan raya. Tanda semiologi telah diterapkan
dalam kebiasaan hidupan harian dan ia mudah diabaikan, termasuklah lampu isyarat dan
papan tanda. Tanda-tanda ini digunakan berdasarkan konteks suasana. Contohnya
pemberian bunga pada hari perkahwinan membawa makna gembira manakala
pemberian bunga pada pengebumian bermaksud penghormatan kepada orang mati.
Secara tidak langsung, penggunaan tanda semiologi memaparkan identiti sesebuah
negara. Warna kuning dan keris adalah tanda kerajaan di Malaysia; warna oren dianggap
sebagai tanda patriotik negara Holland dan ia adalah tanda yang dipakai oleh rakyatnya
untuk meraikan hari kebangsaan King’s Day pada 27 April; Pizza adalah makanan
kegemaran bangsa Italy, oleh itu bendera Italy mempunyai tanda-tanda “pizza”: warna
hijau (daun basil), warna putih (keju mozarella) dan warna merah (tomato), (Amore. K,
2016).
Rajah 3: Kod pengalihan

(Barley, 1983)

Kod pengalihan merujuk kepada ilmu dan proses mengalih mayat dari hospital ke rumah
mayat ataupun rumah keluarga. Rajah 3 menunjukkan tanda semiologi dalam proses ini.
Penggunaan tanda suasana yang merangkumi cahaya matahari, udara segar, warna
terang dan katil yang kemas (jadual kiri) memberi konsep signified bahawa pengebumian
tenang dan kurangkan tanda-tanda kesedihan. Ia memberi maksud metafora yang amat
berlainan berbanding dengan jadual di kanan yang menggunakan tanda semiologi warna
gelap, tertutup, dan undara basi. Air muka mayat turut mempunyai tanda semiologi.
Jadual kiri menunjukkan air muka mayat yang semula jadi, tenang dan tanpa seksaan.
Ini merupakan tanda semiologi yang membawa makna metafora bahawa si mati berada
dalam keadaan yang tenang dan bukan dalam seksaan akibat kematiannya. Ia bukan
sahaja memastikan proses pengebumian berjalan lancar dan mengurangkan kesedihan
ahli keluarga, malahan ia mengurangkan perasaan takut yang biasanya dikaitkan dengan
rumah mayat.

Seterusnya, sumbangan semiologi Saussure dalam bidang sosial dapat dilihat dari segi
lirik lagu “Laskar Pelangi”:

Contoh 1:
“Mimpi adalah kunci Untuk kita menaklukkan dunia Berlarilah tanpa lelah Sampai engkau
meraihnya”

(Rahmat Hidayat, 2014)

Dalam contoh 1, penggunaan perkataan ‘mimpi’ di sini sebenarnya merujuk kepada


angan-angan dan harapan seseorang dan bukannya mimpi yang dialami semasa tidur.
Manakala perkataan ‘kunci’ membawa maksud metafora sebagai alat yang membuka
harapan seseorang. Penggunaan ‘berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya’
mempunyai makna metafora iaitu jangan mudah menyerah dan terus mengejar. Oleh itu,
lirik lagu tersebut bertindak sebagai motivasi yang dicipta oleh penulis lagu untuk
mneyampaikan mesej bahawa “ untuk mencapai harapan menaklukkan dunia, seseorang
harus terus berusaha, jangan mudah menyerah dan terus mengejar sehingga harapan
dan mimpi dicapai”.

Contoh 2:

“Menarilah dan terus tertawa Walau dunia tak seindah surga Bersyukurlah pada Yang K
uasa Cinta kita didunia selamanya”

(Rahmat Hidayat, 2014)

Dalam contoh 2, perkataan ‘menari’ membawa makna metafora yang ingin


menyampaikan perayaan hidup. Meraikan hidup and terus ketawa walaupun hidup
bukannya selalu lancar dan tanpa halangan. Tetapi kita telah diberi peluang untuk hidup
di dunia ini, jadi kita seharusnya bersyukur dengan Tuhan dan kasih sayang yang diberi
kepada kita di dunia selama-lamanya.

Penutup

Tanda semiologi banyak diterapkan dalam kehidupan harian dan sering diabaikan.
Namun, semiologi Saussure telah banyak menyumbang dalam kehidupan manusia
termasuk bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Dalam ekonomi, semiologi Saussure
bertindak sebagai tanda-tanda yang penting untuk menarik perhatian para pembeli dalam
iklan. Ia juga memaparkan imej dan identiti sesebuah syarikat untuk menunjukkan
keunikannya. Dalam pendidkan pula, semiologi Saussure amat menyumbang dalam
meningkatkan prestasi pembelajar dan menambahbaikan proses pembelajaran. Dari segi
sosial pula, ia bukan sahaja memaparkan kehidupan harian manusia dari aspek
pengebumian dan mendengar lagu, malah ia memainkan peranan yang penting dalam
mengelakkan emosi dan memotivasikan kita. Secara ringkasnya, penggunaan semiologi
dapat meningkatkan ekonomi, membantu dalam pembelajaran dan mengelakkan serta
meningkatkan emosi sosial.

Selain daripada aspek ekonomi, pendidikan dan sosial, bidang politik juga merupakan
salah satu aspek penting dalam evolusi manusia. Oleh itu, untuk kajian masa depan,
sumbangan semiologi Saussure dalam bidang politik dan peranan signifier dan signified
dalam bidang ini harus dilihat dengan teliti. Ia bukan sahaja dapat menyempurnakan
sumbangan semiologi Saussure dalam pelbagai aspek kehidupan, malah ia membantu
para politik dan penyokong menyedari tanda-tanda semiologi dalam bidang politik yang
mungkin tidak kelihatan ataupun diabaikan. Selain itu, perbandingan penggunaan tanda
semiologi antara budaya dan kerberkesannya juga boleh dilihat. Penggunaan tanda
semiologi yang sama mungkin membawa konsep minda dan makna metafora yang
berlainan bergantung kepada konteks dan terutamanya budaya komuniti. Contohnya
keberkesanan penggunaan semiologi dalam iklan ke atas budaya timur dan budaya barat.
Usaha dalam bidang ini dapat meningkatkan prestasi iklan ke arah globalisasi.
RUJUKAN

Ahazrina. (2017). Teori Semiotika Ferdinand De Saussure - Konsep dan Sistem Tanda.
Retrieved December 14, 2017, from https://pakarkomunikasi.com/teori-semiotika-
ferdinand-de-saussure

Amore, K. (2016, July 16). Pizza Margherita: History and Recipe. Retrieved December
20, 2017, from http://ww.italymagazine.com/featured-story/pizza-margherita-
history-and-recipe

Barley, S.R. (1983). Semiotic and The Study of Occupational and Organizational Cultures.
Administrative Science Quarterly, 28(3), 393-413.

Bertens, J. W. (2001). Literary Theory: The Basics. London: Psychology Press.

Chandler, D. (2017). Semiotics for Beginners. Retrieved December 26, 2017, from
http://visual-memory.co.uk/Daniel/Documents/S4B/sem03.html

Hidayat, R. (2014). Analisis Semiotika Makna Motivasi Pada Lirik Lagu “Laskar Pelangi”
Karya Nidji, Ejournal Imu Komunikasi, 2(1), 243-258.

I. (2015). Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka

Krampen, M. (1987). Ferdinand de Saussure and the Development of Semiology. In


Classics of Semiotics. New York: Science Business Media.

Kukurt, R. O. (2016). Semiology and A Semiological Reading of Power Myths in


Education. Educational Sciences: Theory & Practice, 16(6), 2167‒2191.

Lenihan, J. (2013). Saussure’s distinctions between Langage, Langue and Parole – A


student view! Retrieved December 24, 2017, from
https://jameslenihan89.wordpress.com/2013/01/17/saussures-distinctions-
between-langage-langue-and-parole-a-student-view/

Lehmann, W. (1968). Saussure’s dichotomy between descriptive and historical


linguistics, in Windfred P. Lehmann and Yakov Malkiel (eds) Directions for
historical linguistics: a symposium. Austin: University of Texas Press.
Najeemah, M. Y. (2007). Konsep pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Purwasito, A. (2007). Analisis Semiologi Komunikasi Sebagai Tafsir Pesan. Jurnal


Komunikasi Massa, 1(1), 65-81

Sharma, P., & Gupta, P. (2015). Semiotic Analysis of Indian Television. Advertisements
and Its Impact on Consumers: An Exploratory Study, Journal of Communications
Studies, 8 (1)15.

Rhoades, E. B., & Irani, T. (2008). The Stuff You Need Out Here: A Semiotic Case Study
Analysis of an Agricultural Company's Advertisements, Journal of Applied
Communications: 92(3), 1-14. doi.org/10.4148/1051-0834.1212

Robert, E. I. (1985). Semiotics: An Introductory Anthology. USA: Indiana University.

Social Meaning in the Cambridge English Dictionary. (n.d.). Retrieved December 20,
2017,
from https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/social

Susanto. H. (2015). Kajian semiotik. Retrived from December 17, 2017,


from https://bagawanabiyasa.wordpress.com/2015/12/23/kajian-semiotik/

Yang, C., & Hsu, T. (2015). Applying Semiotic Theories to Graphic Design Education: An
Empirical Study on Poster Design Teaching. International Education
Studies, 8(12), 117-129. doi:10.5539/ies.v8n12p117

You might also like