You are on page 1of 8

JOM BELAJAR CARA-CARA MEMBUAT KETUPAT HIASAN DENGAN RIBEN.....

Jom belajar membuat ketupat hiasan.Senang jer...


Tadi Awang singgah sekejap di Kedai Handicraft untuk tengok - tengok ketupat
hiasan.Almaklumlah dah nak raya jadi teringinlah juga Awang hendak hiaskan rumah Awang
dengan ketupat hiasan.Barulah ceria rumah Awang nantikan?Terkejut Awang bila mengetahui
harganya.Mak ooii!! Mahalnya harganya dengan ketupat saiz kecil ini berharga RM1 satu.

Ketupat Hiasan saiz kecil

Manakala ketupat besar ini berharga RM2.50.


Ketupat Hiasan saiz XXL
Kalau sebiji bolehlah Awang beli.Tapi kalau hendak dijadikan hiasan sekurang-kurangnya
sedozenkan?So,Awang kena bayar RM 12 untuk 12 biji ketupat hiasan saiz kecilkan?Itu baru yang
saiz kecil,kalau saiz besar,Rm 30 lah jawabnya.Mahalnya untuk sedikit kecerian di Hari
Rayakan?Jikalau gaji Awang besar Awang tak kisah,jika gaji sekadar cukup makan,biar tak beli
ketupat hiasanpun.Cukuplah Awang menghiaskan Rumah dengan Kad Raya yang dikirimkan oleh
kawan - kawan Awang jer.

Awang dengan sabar mengajar tutorial membuat Ketupat Hiasan secara PERCUMA kepada
pengungjung PSRM Kota Bharu yang berminat.
Erm,mujurlah Awang ni terror membuat ketupat hiasan tahap gaban.Jadi tak perlulah Awang
membeli ketupat hiasan yang mahal tetapi cukuplah Awang membeli 2 gulung reben saiz kecil
berharga RM2 setiap satu yang boleh menghasilkan 15-16 biji ketupat untuk gabungan 2 gulung
riben.Manakala 2 gulung riben besar yang berharga RM4 setiap satu boleh menghasilkan 8 biji
ketupat. Jom kita belajar cara - cara membuat ketupat hiasan cara Awang...

Pertama...

Cara meletak Riben permulaan yang betul


Kedua...

Gulungan Riben mesti berlawanan.Tangan kiri ke bawah(tapak tangan) manakala tangan


kanan keatas(belakang tapak tangan).
Ketiga...

Silangkan Riben yang berada di tangan kanan (hijau) ke atas riben tangan kiri (putih) dengan sifir
tengah,atas dan tengah.

Keempat...

Setelah selesai silangan pertama,pastikan gulungan riben pertama tangan kanan berada pada aras
yang paling bawah untuk memastikan ruangan mencukup untuk 2 silangan seterusnya.
Kelima...

Masukkan gulangan kedua tangan kanan (hijau) dengan sifir atas,tengah dan atas.

Keenam...

Masukkan gulungan ketiga tangan kanan (hijau) dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Ketujuh...

Silangan keempat riben tangan kanan (hijau) secara solo ke arah kiri dengan sifir atas,tengah dan
atas.
Kelapan...

Dan riben (hijau) seterusnya membengkok ke atas.

Kesembilan...

Riben tangan kanan (hijau) naik ke atas dengan sifir tengah,atas dan tengah.

Kesepuluh...

Silangkan Riben tangan kiri (putih) arah bawah ke kanan dengan sifir tengah,atas dan tengah.
Kesebelas...

Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas.
(Pandangan Belakang)

Silangan keempat riben tangan kiri (putih) secara solo ke arah atas dengan sifir tengah,atas dan
tengah.

Kedua belas...

Silangan seterusnya Riben tangan kiri (putih) ke kiri atas dengan sifir atas,tengah dan atas.
Ketiga belas...

Silangkan silangan terakhir riben tangan kanan(hijau) ke bawah dengan sifir atas,tengah dan atas.

Keempat belas...

Tarik ketupat yang telah siap secara pelahan - lahan untuk meng"slim"kannya supaya lebih
cantik.Sekiranya tidak berjaya,sila tarik silangan riben satu persatu untuk mendapatkan bentuk
ketupat sebenar.

Kelima belas...

Potong hujung riben untuk mendapatkan menjadikan ketupat hiasan lebih menarik.
Akhirnya siaplah tutorial membuat ketupat daripada Awang Sulung Mulut Manis...

Cepat-cepat datang beli"2 seringgit,2 Seringgit,2 Seringgit".


Jika sekali gagal,buat lagi..buat lagi..dan buat lagi.InsyaAllah berjaya sebagaimana 3 Abdul di
bawah nie.Fakhrullah (Baju biru) mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan ketupat ini,Joe
Fizo ( Baju kemeja) mengambil masa 4 hari manakala adik Farez pula sampai ke hari ini
belum pandai lagi hendak membuat ketupat.Hehehe...Nasib badan...Jadi,JANGAN PUTUS ASA
Awang harapkan...Selamat Mencuba...

3 Abdul Posing maut bersama ketupat hiasan yang Awang hasilkan.Yang dia orang hasilkan,dia
orang sorokkan.Katanya"Malu Kokrang" jikalau orang lain tengok.Hehehe...
Di k

You might also like