You are on page 1of 6

MENGUKUHKAN

PERPADUAN DAN
KEAMANAN DI
MALAYSIA

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HISYAMUDDIN BIN ARMAN


NOMBOR KAD : 970228-13-5487
KUMPULAN : PPISMP SEJARAH SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2015
NAMA PENSYARAH : USTAZAH SITI FATIMAH BINTI AHMAD
PERKARA

1.0 ISI KANDUNGAN


2.0 PENGENALAN
3.0 KES PEMBUNUHAN DI MALAYSIA
3.1 Tukang cat didakwa membunuh abang kandung
3.1.1 Faktor : Tekanan Hidup
3.1.2 Penyelesaian : Pendidikan Iman sebagai Asas
Akhlak

3.2 Nenek maut ditikam cucu


3.2.1 Faktor : Pengambilan dadah
3.2.2 Penyelesaian : Memilih kawan yang baik

3.3 Bunuh ala kes Sosilawati


3.3.1 Faktor : Pengaruh Media Massa
3.3.2 Penyelesaian : Hukuman Qisas kepada
pembunuh

3.4 Tubuh cair angkara isteri


3.4.1 Faktor : Cemburu buta berlebihan
3.4.2 Penyelesaian : Menahan marah pengelak
pembunuhan

4.0 PENUTUP
5.0 RUJUKAN
Agama Islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan umat manusia sejagat. Bagi
mencapai dan mengukuhkan perpaduan dan keamanan di Malaysia, maka pegangan masyarakat
terhadap Agama Islam perlulah kuat. Perkara seperti membunuh yang merupakan jenayah dan salah
satu dosa besar perlulah dijegah sama sekali.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati-hati orang yang beriman supaya mereka
tetap dalam iman kepada Allah.” (Surah al-Fath, ayat 4).

Ini dikuatkan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah
jugalah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu
berselisihan padanya.” (Surah al-Maidah, 48).

Salah satu hikmah Allah menetapkan peraturan-peraturan kepada manusia ialah agar
manusia dapat hidup di dalam keadaan harmoni di muka bumi ini. Sudah semestinya manusia
memerlukan disiplin agar hawa nafsunya dapat dikawal dengan baik. Suasana kehidupan yang
penuh dengan kemungkaran dapat kita lihat di negara-negara Barat. Ekoran daripada itu, banyak
kes-kes jenayah yang berlaku seperti membunuh akibat menurut hawa nafsu. Membunuh ditakrifkan
sebagai mematikan, menghilangkan nyawa (Kamus Dewan Bahasa Dan Bahasa Edisi ke Empat).

Pembunuhan biasanya dilatarbelakangi oleh bermacam-macam motif. Di negara kita iaitu


Malaysia tidak terlepas daripada jenayah ini dan ia kian merunsingkan apabila mana terdapat banyak
kes-kes pembunuhan telah berlaku. Keruntuhan akhlak adalah rumusan kepada penyumbang
peningkatan gejala pembunuhan di dalam negara kita. Masalah berkaitan akhlak hendaklah diambil
berat agar gejala bunuh dapat dibendung. Apabila akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam dapat
diamalkan, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang selamat untuk didiami dan juga untuk
dikunjungi. Sekiranya masalah yang timbul akibat peningkatan kes-kes pembunuhan ini dapat
dibendung maka ianya pasti dapat mengukuhkan perpaduan dan keamanan dalam masyarakat di
Malaysia.
Bagi membendung kes-kes pembunuhan yang semakin meningkat di Malaysia agar
mampu mengukuhkan perpaduan dan keamanan dalam masyarakat di Malaysia, perlulah dikenal
pasti terlebih dahulu apakah faktor-faktor penyebab berlakunya pembunuhan. Setiap pembunuhan
yang berlaku di kalangan masyarakat pastinya berlaku dengan bersebab. Antara faktor-faktor
penyebab berlakunya pembunuhan yang telah dikenal pasti ialah tekanan jiwa, pengambilan
dadah, pengaruh media massa dan perasaan cemburu buta yang berlebihan.

Setelah dikenal pasti faktor-faktor penyebab berlakunya pembunuhan, maka perlulah dicari
jalan penyelesaian bagi masalah agar dapat mengukuhkan perpaduan dan keamanan dalam
masyarakat di Malaysia. Setiap masalah yang berlaku pastinya ada jalan penyelesaian yang
berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Antara jalan penyelesaiannya ialah pendidikan iman sebagai
asas akhlak, hukuman qisas kepada pembunuh, menahan marah pengelak pembunuhan, dan
memilih kawan yang baik.
Kesimpulannya, pembunuhan merupakan salah satu dosa besar yang sangat dicela oleh
Allah SWT. Pembunuhan adalah jenayah yang boleh menggugat perpaduan dan keamanan
sesebuah negara. Maka jenayah pembunuhan perlulah dijegah oleh semua pihak

Beberapa faktor telah diperjelaskan, dan ianya menunjukkan bahawa setiap pembunuhan
yang berlaku telah mengakibatkan perpaduan dan keamanan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia semakin tergugat. Bukan sekadar memberi impak kepada individu malah juga memberi
impak yang sangat besar kepada negara.

Jadi telah diperjelaskan juga beberapa jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan dan diambil
kira sebagai satu jalan untuk mengukuhkan perpaduan dan keamanan dalam kalangan masyarakat
di Malaysia. Segala penjelasan telah disokong dengan hujah-hujah daripada Al-Quran dan Hadis-
Hadis Sahih agar menjadi satu penjelasan yang boleh diguna pakai.

Ditegaskan lagi, bahawa gejala membunuh adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran
agama Islam. Keruntuhan akhlak akan menyebabkan berlakunya gejala membunuh dan sebaliknya
kekukuhan akhlak menyempurnakan segala aspek kehidupan manusia sekaligus menghindarkan
daripada segala kemungkaran. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-
Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang
paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas,
cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Akhir sekali, semua pihak hendaklah mengambil
berat dan memainkan peranan yang penting di dalam usaha pembentukkan akhlak mulia agar gejala
membunuh dan segala bentuk jenayah dapat dihapuskan sekaligus akan menjana kepada kemajuan
ummah.
Abdul Ghani Azmi Bin Idris. (1997). Mengenal Qanun Jenayah Islam. Kuala Lumpur :
Al-Hidayah Publishers.

Abdul Ghani Azmi Bin Idris. (2005). Himpunan Hadith-Hadith Shahih Jilid 1 . Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publishers.

Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman. (2000). Tinjauan Kepada Perundangan Islam. Kuala
Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Abu Muhammad Haziq. (2000). Himpunan Dosa-Dosa Besar dan Larangan Dalam Islam.
Selangor : Pustaka Ilmi.

Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (2003). Tafsir Al-Azhar Jilid 6. Singapura : Pustaka
Nasional Pte Ltd.

K.A. Rashid. (1988). Pemikiran Islam: Satu Penilaian Semula. Selangor : Thinker’s Library Sdn
Bhd.

Mohamed S. El-Awa. (2003). Hukuman Dalam Undang-Undang Islam. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat (Cetakan Pertama). Ampang/ Hulu Kelang:
Dawama Sdn. Bhd.

Resm Uthmani. (2012). Al-Quran dan Terjemahannya. Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman Sdn.
Bhd.

Yahaya Mahahmood (2008). Dadah dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like