You are on page 1of 40

BAB 3

JIRIM

3.1 APAKAH ITU JIRIM?

Bab 3: Jirim
3.1 APAKAH ITU JIRIM?

Terdiri daripada
zarah-zarah Contoh : Udara,
yang kecil, air, tanah,
terpisah dan Apa-apa yang haiwan,
sentiasa mempunyai tumbuhan.
bergerak jisim dan
memenuhi
ruang

Bab 3: Jirim
3.1 APAKAH ITU JIRIM?
3.1.1 UDARA MEMPUNYAI JISIM DAN MEMENUHI RUANG

Penyedut minuman
Belon
Dua belon yang Belon yang
seimbang bocor dipenuhi
Pita
Pin udara adalah
selofan
X lebih berat
X Y
Y

Pemerhatian

1. Udara di dalam belon keluar apabila belon dicucuk dengan pin.

2. Belon X menjadi lebih ringan daripada belon Y kerana belon Y masih


dipenuhi udara.
Kesimpulan :
Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Udara ialah jirim.
Bab 3: Jirim
3.1 APAKAH ITU JIRIM?
3.1.1 TANAH MEMPUNYAI JISIM DAN MEMENUHI RUANG

Tanah

Skala
Penunjuk
Tanah

Pemerhatian

1. Silinder penyukat dipenuhi dengan 20 cm³ tanah.

2. Bacaan pada neraca tuas meningkat apabila tanah dituang ke


dalamnya.
Kesimpulan :
Tanah ialah jirim kerana tanah mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Bab 3: Jirim
1. Definisikan jirim.
2. Berikan tiga contoh jirim yang terdapat di makmal
sains.
3. Terangkan mengapa buku boleh dikelaskan
sebagai jirim.
4. Sebuah gelas kosong ditelangkupkan ke dalam
sebuah besen berisi air.

Didapati air tidak memasuki gelas. Nyatakan


inferens anda.
Bab 3: Jirim
BAB 3
JIRIM

3.2 TIGA KEADAAN JIRIM

Bab 3: Jirim
3.2 TIGA KEADAAN JIRIM

Tiga Keadaan Jirim

Pepejal Cecair Gas

Meja, kerusi, batu, Air, minyak Oksigen, nitrogen,


buku, pen, pensil karbon dioksida

Bab 3: Jirim
3.2 TIGA KEADAAN JIRIM
3.2.1 TEORI KINETIK JIRIM
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil,
diskret (terasing) dan sentiasa bergerak.

Sebiji belon yang dipenuhi gas Hablur kalium (VII) manganat


dibiarkan untuk seketika. dilarutkan dalam air.
Hablur kalium
(VII) Larutan
manganat kalium (VII)
manganat

Air

Belon mengempis di akhir


Selepas 20 minit, air menjadi
aktiviti
berwarna ungu
Penjelasan Penerangan
Gas terdiri daripada zarah-zarah Zarah-zarah kalium (VII) manganat
yang kecil yang boleh meresap dan bergerak dan tersebar sama rata di
keluar melalui dinding belon. antara zarah-zarah air.

Bab 3: Jirim
3.2 TIGA KEADAAN JIRIM
3.2.2 PERBANDINGAN SIFAT-SIFAT ANTARA TIGA KEADAAN JIRIM

Pepejal Cecair Gas

Bentuk tetap Bentuk tidak Bentuk tidak tetap,


tetap, mengikut mengikut bentuk
bentuk bekas bekas
Isipadu tetap Isipadu tetap Isipadu tidak tetap

Tidak boleh Sukar Boleh


dimampatkan dimampatkan dimampatkan

Jisim tetap Jisim tetap Jisim tetap

Bab 3: Jirim
3.2 TIGA KEADAAN JIRIM
3.2.3 PERBANDINGAN SUSUNAN DAN PERGERAKAN ZARAH-ZARAH
DALAM KEADAAN JIRIM
Pepejal Cecair Gas

Zarah-zarah Zarah-zarah tidak Zarah-zarah tidak


tersusun rapat dan tersusun dan tersusun dan
seragam dengan kurang rapat berjauhan
sedikit ruang antara berbanding pepejal.
zarah-zarah.
Bergerak bebas
Bergetar pada Bergerak,
secara rawak ke
kedudukan masing- bergelongsor dan
semua arah dan
masing berlanggar antara
berlanggar antara
satu sama lain
satu sama lain
Bab 3: Jirim
1. Kenalpasti tiga keadaan jirim dalam rajah di
bawah.
udara

2. Antara jirim tersebut, yang manakah tidak


mempunyai isipadu yang tetap?
3. Huraikan pergerakan zarah-zarah di dalam
periuk leper di atas.
Bab 3: Jirim
BAB 3
JIRIM

3.3 KONSEP KETUMPATAN

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.1 KETUMPATAN

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.1 KETUMPATAN

Definisi: Rumus:
Jisim per unit isi padu Ketumpatan = jisim
objek isipadu

KETUMPATAN

Contoh:
Unit: Jika 1cm3 tembaga
berjisim 9g, ini
kg/m3 atau g/cm3
bermakna ketumpatan
tembaga ialah 9g/cm3.

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.1 KETUMPATAN

Contoh Ketumpatan Beberapa Objek

Kuprum Besi Gabus Kayu getah

Isi padu 1 cm3 1 cm3 1 cm3 1 cm3

Jisim 9g 7.9 g 0.25 g 0.53 g

Ketumpatan 9 gcm-3 7.9 gcm-3 0.25 gcm-3 0.53 gcm-3

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2 MENYELESAIKAN MASALAH MUDAH BERKAITAN KETUMPATAN

CONTOH 1
Sebuah bikar berjisim 200 g. Setelah 100 cm3 cecair A
dimasukkan ke dalamnya, jisim bikar dan cecair A menjadi
375 g. Berapakah ketumpatan cecair A?
Penyelesaian: J
Jisim cecair A = 375g – 200g = 175g

Ketumpatan = jisim K I
isipadu
J – Jisim
Oleh itu, K – Ketumpatan
I – Isipadu
ketumpatan cecair A = 175 g
100 g
= 1.75 g/cm3
Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2 MENYELESAIKAN MASALAH MUDAH BERKAITAN KETUMPATAN

CONTOH 2
Ketumpatan emas ialah 19.3 g/cm3. Berapakah jisim seketul
emas yang berukuran 2 cm x 2 cm x 2 cm?

J
Penyelesaian:

Ketumpatan = jisim K I
isipadu
J – Jisim
Oleh itu, K – Ketumpatan
I – Isipadu
Jisim emas = isipadu x ketumpatan
= 2 cm x 2 cm x 2 cm x 19.3 g/cm3
= 154.4 g
Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2. OBJEK DAN CECAIR YANG TIMBUL ATAU TENGGELAM

• Objek yang kurang tumpat daripada sesuatu cecair


akan timbul di permukaan cecair.

• Objek yang lebih tumpat daripada sesuatu cecair


akan tenggelam dalam cecair.
• Ketumpatan air ialah 1 g/cm3.

• Pepejal atau cecair yang mempunyai ketumpatan


kurang daripada 1g/cm3 akan timbul di permukaan
air.

• Pepejal atau cecair yang mempunyai ketumpatan lebih


daripada 1g/cm3 akan tenggelam di dalam air.

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2. OBJEK DAN CECAIR YANG TIMBUL ATAU TENGGELAM

Minyak sayuran
Air berwarna
Pencuci pinggan mangkuk
Sirap jagung
Madu

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2. OBJEK DAN CECAIR YANG TIMBUL ATAU TENGGELAM

Aktiviti:
Mengkaji ketumpatan dan keapungan cecair dan pepejal

Prosedur:
1. Isikan air ke dalam silinder
penyukat sehingga
separuh.
2. Masukkan minyak masak,
gabus, kiub ais dan duit
syiling satu persatu ke
dalam silinder penyukat
tadi.
3. Lukis dan labelkan
pemerhatian anda.

Bab 3: Jirim
3.3 KONSEP KETUMPATAN
3.3.2 HUBUNGAN ANTARA KETUMPATAN DAN KEUPAYAAN UNTUK
TERAPUNG

• Ketumpatan sesuatu objek boleh diubah dengan


mengubah isi padu objek.

• Seketul plastisin • Apabila plastisin itu diubah


tenggelam dalam bentuknya menjadi bentuk sebuah
air kerana kapal, ia boleh terapung dalam air.
plastisin lebih • Isi padu plastisin bertambah apabila
tumpat daripada bentuknya diubah menjadi bentuk
air kapal.
• Maka, ia sekarang kurang tumpat
daripada air.
Bab 3: Jirim
1. Sebuah bikar diisi dengan 50 ml air. Setelah seketul
batu berjisim 20.5g dimasukkan ke dlam bikar, aras air
naik kepada 65 ml. Berapakah ketumpatan batu itu?

2. Mengapakah kita lebih mudah timbul di laut berbanding


dengan di dalam kolam renang?

3. Apakah yang dapat anda simpulkan tentang


ketumpatan gabus dan batu berbanding dengan
ketumpatan air?

Bab 3: Jirim
BAB 3
JIRIM
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM
DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.1 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG PELBAGAI KEADAAN
JIRIM

Pepejal

Kayu
Pepejal digunakan
adalah untuk
kuat dan menghasil-
keras Kayu kan
digunakan perabot
untuk
Besi dan
membina
keluli
digunakan rumah
untuk
membina
jambatan
dan kereta

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.1 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG PELBAGAI KEADAAN
JIRIM

Cecair

Cecair mengikut
bentuk bekas
Pewangi dan
syampu
diisi dalam bekas
pelbagai bentuk yang
menarik perhatian
pelanggan

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.1 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG PELBAGAI KEADAAN
JIRIM

Gas
• Gas boleh dimampatkan di bawah tekanan tinggi sehingga berubah
menjadi cecair. Menyimpan gas dalam keadaan cecair boleh
menjimatkan banyak ruang.
• Gas termampat atau gas cecair ini boleh disimpan di dalam silinder
atau tangki gas supaya mudah dibawa.
• Gas asli disimpan sebagai gas asli cecair (LNG). Gas memasak juga
disimpan dalam silinder dalam bentuk cecair.
• Oleh kerana udara boleh dimampatkan, udara dapat dipam ke dalam
tayar kenderaan.

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(a) Pengangkutan Kayu Balak

• Kayu balak kurang tumpat


berbanding air membolehkan
ia terapung di permukaan air.

• Oleh itu, kayu balak boleh


diangkut dan dihantar ke
kilang dengan
menghanyutkannya ke dalam
sungai.
• Cara ini menjimatkan kos
pengangkutan kayu balak dari
hutan ke kilang.

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(b) Pelampung, boya dan pelampung pukat


• Pelampung, boya dan
pelampung pukat mengandungi
udara yang menyebabkannya
mempunyai ketumpatan yang
lebih rendah berbanding air

• Pelampung membolehkan
seseorang timbul di kolam
renang atau laut.
• Boya ialah objek terapung yang
digunakan untuk menanda
kawasan berbahaya kepada
kapal.
• Pelampung pukat digunakan
untuk menimbulkan pukat di
permukaan air dalam aktiviti
perikanan.

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(c) Rakit

• Rakit diperbuat daripada


buluh atau batang kayu
mempunyai ketumpatan
kurang daripada air.

• Hal ini membolehkan


rakit terapung di sungai
dan berfungsi sebagai
alat pengangkutan
terutamanya bagi
penduduk di kawasan
pedalaman.

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(d) Belon Udara Panas

• Apabila udara di dalam


belon dipanaskan,
isipadunya akan bertambah.

• Hal ini menyebabkan


ketumpatan udara panas
menjadi lebih rendah
berbanding udara
persekitaran yang lebih
sejuk.

• Perbezaan ketumpatan ini


menyebabkan belon udara
panas terapung di udara.
Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(e) Kapal Selam

• Kapal selam mengaplikasikan


perbezaan ketumpatan bagi
mengawal keapungannya di laut.
• Ia mampu tenggelam atau
terapung di laut dengan
mengubah jisimnya tanpa
mengubah isipadunya.
• Hal ini kerana ia mempunyai
tangki balast.
• Apabila air laut dipam masuk ke
dalam tangki balast, ketumpatan
kapal selam bertambah dan
menyebabkan ia tenggelam.
• Apabila air laut dipam keluar dari
tangki balast, ketumpatan kapal
selam berkurang dan
menyebabkan ia terapung di laut.
Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(f) Mengumpul Gas Hidrogen Dalam Eksperimen

• Hidrogen kurang tumpat


daripada air. Ia boleh
dikumpul dengan kaedah
sesaran air.

(g) Belon Meteorologi

• Helium kurang tumpat


daripada udara. Ini
membuatkan belon terapung
di udara.

Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(h) Kapal terapung di permukaan air

• Kapal mempunyai ruang yang


luas yang dipenuhi udara. Ini
menyebabkan ia kurang tumpat
dari air

(i) Membunuh larva nyamuk

• Minyak kurang tumpat


daripada air. Apabila minyak
disembur pada permukaan
air, udara tidak dapat
memasuki air lalu membunug
larva nyamuk.
Bab 3: Jirim
3.4 PENGGUNAAN SIFAT-SIFAT JIRIM DALAM KEHIDUPAN HARIAN
3.4.2 PENGGUNAAN PENGETAHUAN TENTANG KONSEP KETUMPATAN

(h) Mengangkat objek karam dari dasar laut

• Helium atau udara dipam ke dalam belon yang besar.


Belon itu diikat pada objek karam. Belon akan naik ke
udara bersama objek karam.

Bab 3: Jirim
1. Kayu sesuai digunakan untuk membina bot dan
rakit. Berikan alasan anda.
2. Keluli tenggelam di dalam air tetapi kapal yang
dibina daripada keluli timbul di permukaan air.
Terangkan sebabnya.
3. Nyatakan dua contoh penggunaan
pengetahuan sifat-sifat jirim dalm kehidupan
harian.
4. Nyatakan satu contoh aplikasi konsep
ketumpatan.

Bab 3: Jirim
• Minuman berkarbonat mengandungi
gas karbon dioksida.
• Apabila kismis dimasukkan ke dalam
air berkarbonat, kismis akan
tenggelam.
• Selepas beberapa ketika, gelembung-
gelembung gas karbon dioksida akan
meliputi kismis dan menyebabkan
kismis naik ke permukaan air.
• Hal ini berlaku keraba kismis diliputi
dengan gelembung gas dan
menyebabkan ketumpatannya
berubah.
• Apabila sampai di permukaan air,
gelembung-gelembung gas pecah
seterusnya kismis tenggelam.
• Proses tersebut berterusan sehingga
minuman berkarbonat di dalam gelas
kehilangan semua gas.

You might also like