You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah


dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca,
mengira dan menaakul. Menurut tokoh,
‘Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or
vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.’
Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani,
rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam
melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha
merealisasikan aspirasi negara.

Sebenarnya profesyen perguruan bukan satu kerjaya yang dapat dilaksanakan


dengan mudah seperti yang dijangkakan oleh pihak lain. Ia merupakan satu kerjaya
yang murni, yang mencorakkan seseorang insan supaya dapat mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Oleh yang demikian, seseorang yang ingin menjadi guru perlu
menghayati kesucian profesyen tersebut dan menanam sikap mulia dalam dirinya.
Selain daripada itu, para guru juga perlu bersedia untuk mempelbagaikan tahap
kemahiran dan kecekapan mereka dalam usaha mengendalikan kanak-kanak yang
diibaratkan kain putih di sekolah rendah. Semasa menjalani latihan di Institut
Perguruan, para pelajar guru hanya dilatih spesifik dalam satu bidang sahaja malah
setelah mendapat penempatan di sekolah, mereka perlu bersedia untuk
menghulurkan perkhidmatan mereka dalam dalam pelbagai aspek. Sebenarnya,
dalam konteks dunia kemodenan ini, mengurus dan mengenal pasti masalah utama
murid merupakan salah satu cabaran rumit yang sedang dialami oleh guru masa kini
dengan ketara. Keadaan ini yang mendesakkan Kementerian Pendidikan untuk
menempatkan guru bimbingan dan kaunseling di tiap-tiap sekolah. Namun demikian,
ada juga beberapa sekolah yang tidak mempunyai perkhidmatan guru kaunseling
terlatih; maka di sekolah-sekolah tersebut guru biasa yang akan memainkan
peranan sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Ini kerana, bimbingan dalam
pendidikan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah
sekolah sama ada pihak pentadbir, guru kaunseling serta guru biasa juga turut
memainkan peranannya jua. Secara tuntasnya, profesyen perguruan merupakan
satu kerjaya yang tidak mempunyai batasannya dalam mencurahkan
perkhidmatannya; pemahaman tentang hal ini yang menyebabkan saya menerima
tawaran yang diberikan oleh guru untuk menjadi guru bimbingan dan kaunseling
kerana ketiadaan guru bimbingan dan kaunseling terlatih di sekolah rendah yang
saya ditempatkan dengan hati yang terbuka.

Sebenarnya, Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan


yang amat penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru
Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa
untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka
seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang
cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan
kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas
yang telah diamanahkan. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang guru adalah
melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu
memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Selain
itu, seorang guru biasa sebagai guru pembimbing juga berperanan untuk menolong
murid membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak
muridnya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental,
emosi, persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai
guru pembimbing juga perlu menolong murid dalam pelajaran mereka. Oleh itu, saya
selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang sewajarnya
dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan
menjadi kenyataan serta pada masa yang sama, saya dapat mencurahkan bakti
saya di sekolah saya berkhidmat dengan mengatasi masalah murid.
2.0 KOD ETIKA DAN PERANAN GURU B&K

Sebagai seorang kaunselor yang baik saya perlu mematuhi kod etika dalam bimbingan dan
kaunseling. Kod etika merupakan satu aspek yang penting dalam kaunseling dan ia
bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor serta menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian
perlakuan kaunselor. Kod etika ini yang menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin
perhubungan profesional dengan klien. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai
mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

Antara kod –kod etika tersebut, kod etika yang pertama adalah, menghormati privasi
murid dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan
maklumat yang akan membahayakan murid atau orang yang berada di persekitarannya di
samping menyediakan tempat yang kondusif untuk menjalankan sesi kaunseling agar murid
tidak diperhatikan oleh murid lain yang boleh mengganggu proses sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu, saya selaku seorang guru bimbingan dan kaunseling hendaklah
merahsiakan segala maklumat, isi perbincangan atau apa-apa sahaja yang dibincangkan
semasa sesi kaunseling dijalankan bersama murid. Namun, saya juga boleh menggunakan
budi bicara sebagai alat untuk melaksanakan tanggungjawab profesional saya untuk
menjaga kepentingan murid dan orang yang berada di persekitarannya jika maklumat, isi
perbincangan atau apa-apa sahaja yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling
dijalankan. Bagi menangani masalah tersebut saya sentiasa akan prihatin terhadap
keselesaan klien saya di bilik kaunseling saya supaya mereka berasa selamat dan
dilindungi.

Saya selaku seoarang guru bimbingan dan kaunseling perlu memainkan peranan
dalam membantu dan membimbing murid untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan keluarga.
Sebagai contoh, guru membimbing sekumpulan murid melaksanakan tugasan yang diberi
sukar seperti latihan sains dan akan memudahkan murid memahami dan menyelesaikan
latihan tersebut. Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan sebagainya, guru
perlu membimbing murid-murid berkenaan supaya dapat membina keyakinan diri semula
dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes murid
menghadapi masalah keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan
untuk menasihati dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah
keluarga. Malah guru tidak patut membongkarkan masalah peribadi murid dengan murid
lain. Selain daripada itu, saya juga dapat menangani masalah tersebut dengan mengadakan
program seperti Perjumpaan guru dengan ibu bapa bersama murid. Dengan melaksanakan
program seperti ini, saya dapat membina ruang kepada si ibu bapa untuk meluangkan masa
untuk anak mereka dan pada masa yang sama lebih mengenali anak mereka.

Tambahan pula, saya sebagai guru pembimbing perlu membentuk tabiat positif
murid. Pembentukkan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan
prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti positif
terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap kebolehan diri,
berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif ini haruslah
diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan
dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita
dalam usaha mencapai kejayaan. Bidang tugas saya sebagai guru pembimbing yang
seterusnya adalah guru sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya
guru biasa menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka
boleh merujuk kepada saya untuk mendapatkan idea atau pendapat yang waras di samping
mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan
dan kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak muridnya.

Kod seterusnya adalah, guru kaunseling juga haruslah menyelesaikan masalah


pembelajaran murid dengan memberi tumpuan yang lebih kepada mereka, melaksanakan
aktiviti yang sesuai, memberikan tugasan yang boleh meningkatkan kefahaman murid
terhadap sesuatu pembelajaran. Selaku seorang guru kaunseling, saya perlu memaklumkan
perkembangan murid dari semasa ke semasa kepada ibu bapa mereka. Ini juga merupakan
kod yang harus ada dalam diri saya selaku seorang guru kaunseling. Kerjasama antara dua
pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa dapat membantu kedua-dua pihak untuk mengenali
tentang murid atau anak. Hal ini akan mendorong kepada guru atau ibu bapa untuk
mengambil sebarang tindakan seterusnya. Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh
guru kaunseling untuk mengumpul maklumat murid-murid, iaitu teknik ujian dan teknik bukan
ujian. Secara amnya, teknik ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk
mengukur ciri-ciri murid seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan
personaliti. Ujian-ujian tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu
atau kelompok. Hasil penganalisan skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan
dalam sesi bimbingan dan kaunseling kelak. Bagi memperoleh satu gambaran yang
komprehensif dan menyeluruh, teknik bukan ujian turut digunakan oleh seseorang guru
biasa. Teknik bukan ujian ini bersifat subjektif berbanding dengan teknik ujian yang bersifat
objektif. Jadual berikut menunjukkan secara ringkas tentang kaedah pengumpulan
maklumat murid-murid dan contoh-contohnya.
Kaedah Pengumpulan Maklumat
Murid-murid

Teknik Ujian
• Ujian Pencapaian
• Ujian Aptitud
• Inventori Minat Kerjaya
• Ujian dan Inventori
Personaliti
• Ujian Sikap

Teknik Bukan Ujian


• Pemerhatian
• Temu Bual
• Analisis Dokumen

Kod etika ini juga menggariskan tanggungjawab pentadbir terhadap perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling iaitu dikehendaki membantu usaha mewujudkan sebuah
bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, trapeutik dan memenuhi
kualiti KPM di samping sentiasa memantau buku rekod perkhidmatan. Ini adalah
untuk memudahkan saya selaku guru kaunseling untuk melaksanakan
tanggungjawab profesionalnya dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling iaitu melaksanakan sesi kaunseling, bidang pendidikan pencegahan
dadah/rokok/inhalan/ dan HIV/AIDS iaitu penyebaran maklumat berkaitan bahaya
dadah, rokok, inhalan dan sebagainya di dalam bilik bimbingan dan kaunseling dan
bidang pengurusan dan pentadbiran iaitu membuat laporan program, rekod sesi
kaunseling, menyimpan borang-borang perkhidmatan dan lain-lain. oleh itu,
kemudahan bilik bimbingan dan kaunseling adalah sangat diperlukan di sekolah bagi
melaksanakan tanggungjawab profesional saya. Saya juga boleh melaksanakan
program-program yang dapat memberi kesedaran kepada murid seperti taklimat
ataupun ceramah berkaitan penyakit AIDS,tabiat merokok dan sebagainya di
sekolah.

3.0 KESIMPULAN

Murid - murid adalah golongan yang terlibat dalam proses peralihan zaman
kanak-kanak kepada alam dewasa. Ketika melalui zaman ini kanak-kanak masih
teraba-raba untuk membentuk identiti diri. Pada masa yang sama mereka
menghadapi cabaran dalam perubahan dunia yang semakin canggih. Erik Erikson
(1981) telah memperkenalkan teori Perkembangan Psikososial Erikson. Teori ini
menjelaskan bahawa perkembangan sosial manusia adalah satu siri perkembangan
yang mengandungi kecenderungan atau penuh konflik. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling ditawarkan di sekolah-sekolah khususnya untuk memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berada di sekolah. Perkhidmatan ini
menjadi satu keperluan untuk membantu kanak-kanak mengikuti proses sosialisasi
dan mempelajari sistem kehidupan orang dewasa. Kepelbagaian sistem nilai dan
budaya dari kepelbagaian sistem kepercayaan dan nilai mampu menjadikan
kehidupan kanak-kanak bertambah rumit. Kanak-kanak memerlukan bantuan guru
untuk memperolehi kemahiran bersosialisi apabila berinteraksi dengan orang lain.
Perkhidmatan kaunseling seperti ini merupakan perkhidmatan professional yang lain
mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh diri sendiri. Secara
umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam
menjalankan sesuatu tugas. Tahap kritikan-penilaian dapat mengemukakan suatu
justifikasi dan rasional tentang elemen yang abstrak kearah penghakiman yang
seimbang dan saksama. Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses
kaunseling yang melibatkan sama ada tindakan seseorang kaunselor, murid atau
pihak ketiga yang begitu abstrak. Oleh yang demikian, saya perlu menitikberatkan
setiap perkara yang dikemukakan dalam kod etika guru bimbingan dan kaunseling
dan memainkan peranan saya dengan baik demi kehidupan anak murid saya di
sekolah.

You might also like