Professional Documents
Culture Documents
Laporankajian 2 121031080612 Phpapp02 PDF
Laporankajian 2 121031080612 Phpapp02 PDF
ANALISA DAPATAN
Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku,
temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian
yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang
diperolehi melalui beberapa instrument.
KELAS : PK Inovatif 2
31
32
33
Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka
bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok
ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti
tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan
seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan
pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam
aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain
bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.
34
Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dan
kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri
sendiri.
Langkah:
2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.
Cadangan:
Tandatangan: .........................................
35
Kelas : PK Inovatif 2
36
Nota:
Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan
setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan.
Kelas : PK Inovatif 2
Nota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang
dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan.
38
Nota:
Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli
kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat
memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri.
39
Nota:
Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak
minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.
Nota:
Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum,
semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung
melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya
persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
41
Nota:
Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum,
semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai.
42
Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan
dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsip
peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah
pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive
reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah
pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau
dendaan dan disensitisasi (desenstization).
Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang
diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau
situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada
masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat
meransang penglibatan dalam aktiviti.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut
tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang
dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi
membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
43
Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan
secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,
perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa
dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian
tersebut.
Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat
supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan
proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
44
David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses
pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan
membuat keputusan megenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
sekil kadar.
45
Ganjaran
a) Ganjaran primer
b) Ganjaran social
c) Ganjaran sekunder
Pembentukan
Pengasingan (time-out)
Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti
kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.
Dendaan / hukuman
Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang
telah dilakukan.
Penghapusan
Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang
bermasalah.
47
Modelling
Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.
Kejelakan (satiation)
Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri daripada melakukannya
Terapi.
Desensitization
Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau
takut yang berlebihan.
Fading.
Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu
kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak
badan dan fizikal.
48
Penamatan/Pelupusan
Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.
Kontrak Perjanjian
Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.
Token Ekonomi
Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga
sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya.
Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah
laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
49
Umur : 10 tahun
Pengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut
arahan guru
Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh
berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran
dengan tanpa rasa rendah diri
Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara
cadangan yang saya jalankan ialah.
1) Terapi Muzik
4) Token Ekonomi
6) Personaliti guru
52
Hari : Isnin
Cara Kerja
Langkah Aktiviti
1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan
terbuka untuk menjalankan aktiviti.
2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut.
3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan.
4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan
5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi
menjadikan aktiviti lebih menarik.
53
Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman
mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik
diri dan merayau-rayau bersendirian.
Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat
penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan
bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid
merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan.
Keberkesanan aktiviti.
Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan .
Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan
rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan
pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti
tanpa bantuan guru.
Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan.
55
Hari : Selasa
2) Skittle
Langkah Aktiviti
1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak,
berguling dan membalikkan badan dengan betul.
2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan
pembantu
3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai
melakukan aktiviti.
4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali
56
Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya
agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan
baik.
Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang
telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token
ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
58
Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk
gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut berada
bersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti
pembelajaran.
Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan
melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membantu
rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri
sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan
ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai.
59
Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis
sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya .
Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya
dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
TINGKAH LAKU TARIKH 8.00- 8.30 9.00 9.30 10.00– 10.30– 11.00-
DIINGINI 8.30 – – – 10.30 11.00 11.30
9.00 9.30 10.00
22/1/10 / / /
Boleh melakukan
23/1/10 / / /
aktiviti dalam
kelas tanpa 24/1/10 / / /
menyepikan diri
25/1/10 / / /
bersama dengan
rakan lain. 26/1/10 / / / /
Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu
diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat
penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.
60
19.5 MODELLING
Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi
mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang
lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud
dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun
juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh
mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya
menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua
murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan
ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan
sebaya .
Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
(a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada
secara visual, ataupun dengan deria-deria lain.
(c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau
sebagainya.
61
Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah
laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan
satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran
yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah
yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid
tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya.
Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:
d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising
supaya murid boleh memberikan tumpuan.
e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti.
62
Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan
empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk
menjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid
bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan
rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima
sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku
sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan
satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan
perlu ialah:
63
Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik
perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam
kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan
teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua
murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan
diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik
dan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam
kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat
bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah
seperti berikut:
64
20 . RUMUSAN
a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain
kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya
tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya.
e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu
sebab masalah tingkah laku.
Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada
penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu
petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut.
65
Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah
laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token
Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang
digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu
pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran.
Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa
sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan
semasa aktiviti dijalankan bersama guru.
Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini
hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah
tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah
laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan
tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989).
66